MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, January 23, 2014

Tulisan Lama : Cerita Mimpi Nabi TGHA




Pengalaman Penulis Bersama Jemaah Tersebut:

Pada tahun 1989/90 penulis tinggal di Ceras di kawasan Ceras Flat serta dilantik menjadi imam serta mengajar tajwid di salah satu surau di kawasan tersebut. Ianya adalah marhalah keempat penulis ketika tinggal di Kuala lumpur. Pada akhir 1989 Jemaah Pakistan tersebut sampai di tempat kami (Ceras) dan berusaha di sekitar kawasan tersebut selama satu minggu sebelum bertolak untuk keluar 4bulan di Indonesia. Jemaah tersebut sebenarnya adalah jemaah satu tahun. Kebanyakannya adalah dari Peshawar, Pakistan. Selama seminggu di Ceras penulis, berkesempatan bersama jamaah berkenaan dan maulana yang di dalam jemaah tersebut cukup rapat dengan penulis berlebih lagi penulis berbahasa Arab dengan beliau bagi melancarkan bahasa Arab penulis. Penulis sering bersama maulana berkenaan untuk ‘khususi’ dan sebagainya.

Jemaah ini satu jemaah yang cukup bagus yang pernah penulis ‘nusrah’. Satu hati, satu fikir serta kuat amalan istimai dan juga infiradi. Setiap malam yang penulis dapat pasti, hampir kesemua ahli jemaah akan bagun bertahajud sekitar jam 3.00 pagi. Tidak ada seorang pun yang tercicir. Dalam jemaah tersebut terdapat 5/6 orang muda dan boleh berbahasa Inggeris. Pernah penulis bertanya kepada mereka bagaimana tertib usaha di Peshawar (ketika itu bertebung dengan jihad di Afganistan) kata salah seorang ahli jemaah kepada penulis bahawa mereka ada tertib khusus yang di benarkan oleh Elders Nizamuddin iaitu 4bulan belajar madrasah, 4bulan berjihad di Afghanistan dan 4bulan keluar di Jalan Allah (keluar Tabligh). Bagi yang berkeluarga 4bulan belajar madrasah diganti dengan 4bulan bersama keluarga.

Jemaah mereka adalah jemaah satu tahun dan kedatangan mereka ke Malaysia adalah transit sementara untuk ke Indosesia selama 4bulan dan untuk mendapat visa di Malaysia untuk ke Saudi mengerjakan haji setelah pulang dari Indonesia. Setelah pulang jemaah ini berusaha di sekitar Terengganu untuk beberapa waktu dan akhir sekali kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi mengerjakan haji. Mereka terkesan dengan nusrah dari rakan seusaha di Ceras dan memutuskan kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi. Lagi sekali penulis dan rakan-rakan di Ceras nusrah jemaah ini. Namun kali ini cerita sensasi di atas menyebabkan ramai rakan-rakan seusaha di sekitar Kuala Lumpur datang menziarahi dan bertanya kebenaran mimpi TGHH.

Penulis mengambil kesempatan bertanyakan hal berkenaan kepada maulana berkenaan. Ceritanya memang betul jemaah tersebut telah masuk untuk 3 hari di Masjid Rusila yang sebelum ini belum pernah Jemaah Tabligh masuk. Apatah lagi sekitar tahun 1993 TGHH pernah berceramah yang ceramahnya agak keras menghentam jemaah. Sehingga ketika itu keset-kaset ceramah tersebut laris di jual di pasar malam dan juga di jual di hadapan masjid India pada tajuk “Jemaah Tabligh Dan Penyelewengannya” . Selepas di khususi, tajuk itu ditukar kepada “Jemaah Tabligh Dan Amalanya”. Kata maulana itu lagi bahawa beliau malu kerana bajunya agak berbau namun di peluk erat oleh TGHH. Begitu juga dengan ahli jemaah yang lain. Selama tiga hari di Masjid Rusila TGHH mengosongkan kuliah beliau dan membenarkan jemaah memberi bayan.Memang pun TGHH bermimpi Nabi saw sebagaimana cerita di atas.

Selepas beberapa hari di Ceras jemaah tersebut berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Tahun yang sama penulis beserta dengan abang dan rakan seusaha di kampong Kedah serta rakan seusaha di Kuala Lumpur telah dipileh oleh Allah swt untuk menegrjakan haji. Ketika berada di Tanah Suci sekali lagi penulis berjumpa dengan maulana berkenaan yang sedang memberi “dakwah infradi” kepada beberapa orang Arab di ruang legar Masjid Nabi saw. Patutlah jemaah ini menjadi asbab TGHH bermimpi Nabi saw kerana amalan mereka sememangnya “HEBAT”.

Wallahu’alam.

Sumber: Laman Jemaah Tabligh
Nota :
Tulisan di atas diambil dari Tranungkite.net yang mengingatkan penulis kepada tulisan lama penulis sembilan sepuloh tahun yang lalu di dalam satu laman “. . . . Tabligh” yang penulis menjadi moderator atas nama “SufahWalla”. Nama penuh laman tersebut pun penulis dah lupa.
Wallahualam

Wednesday, January 15, 2014

Apakah Ini Juga Petanda Akhir Zaman?



Beijing: Seekor kura-kura dilaporkan berjaya menewaskan arnab dalam pertandingan ski yang dianjurkan untuk haiwan peliharaan di utara China semalam. Pertandingan diadakan di cerun bersalji di Hunan, lapor akhbar China News Service.

Akhbar ini juga melaporkan bahawa arnab tewas kerana ia suka melompat dan tidak mematuhi arahan pemiliknya.“Keadaan itu membolehkan arnab dipintas kura-kura,” lapornya. (Metro 15Jan)
\
Biasanya di dalam cerita dengeng rakyat yang kononnya berasal dari Greek sering memaparkan bahawa kura-kura sering kalah di dalam perlumbaan sebab perlahanya ia berjalan dan kalau menag pun sebab sifat kesombongan arnab yang tertidur. Namun berita di atas mengambarkan realiti sebenar kisah arnab dan kura-kura ini.

Moral dari cerita ini mengambarkan bahawa cerita yang DONGENG pun boleh menjadi KISAH SEBENAR bagaimana pula kisah yang terdapat di dalam hadis dan AL Quran yang sememangnya TIDAK DOGENG dan TIDAK PERNAH MENIPU namun ramai yang tak membenarkanya dan tak mahu membenarkanya. Fikir-fikirkanlah

Program Kuliah Bulan Januari 2014



                                             (Tasik Lanao Del Sur Mindanao, Philipines)
                                          
05 Jan 2014 (Ahd)             Kuliah Suboh Surau G/Home F Bahrul Maazi Jld 7
06 Jan 2014 (Isn)               Mesyuarat Khas Surau Al Amin  
07 Jan 2014 (Sel)               Kuliah Maghrib  Surau Al Amin
08 Jan 2014 (Rab)             Mesyuarat Markaz Masjid Rahang          
09 Jan 2014 (Kha)             Kuliah Maghrib Gadong Jaya Bahrul Maazi Jld 3
10 Jan 2014 (Jum)             Kuliah Maghrib  Matahari Height Bahrul Maazi Jld 7
11 Jan 2014 (Sab)              Kuliah Suboh Surau Al Amin Bahrul Maazi Jld 7
11 Jan 2014 (Sab)              Kuliah Maghrib Rembau Utama Bahrul Maazi Jld 7
12 Jan 2014 (Ahd)             Kuliah Maghrib Desa Melor
13 Jan 2014 (Isn)               Kuliah Maghrib  Pengasih K.Lumpur
14 Jan 2014 (Sel)               Kuliah Suboh Masjid Rasah
14 Jan 2014 (Sel)               Kuliah Maghrib Al Amin Tanbihul Ghafileen
15 Jan 2014 (Rab)             Kuliah Maghrib  Masjid Yusof Teh Pedas               
16 Jan 2014 (Kha)             Kuliah Maghrib  Tmn Mantau Indah
17 Jan 2014 (Jum)             Khuruj 3h Kaw.Rembau               
18 Jan 2014 (Sab)              Ceramah Maulud Masjid Gemas Jelai    
19 Jan 2014 (Ahd)             Ceramah Maulud Tmn Delima Senaling 
20 Jan 2014 (Isn)               Kuliah KLIA Hanger 6 Bahrul Maazi Jld 7
20 Jan 2014 (Isn)               Kuliah Maghrib  Tmn Mutiara Gala
21 Jan 2014 (Sel)               Kuliah Maghrib Al Amin Tanbihul Ghafileen
22 Jan 2014 (Rab)             Mesyuarat Markas Masjid Rahang          
23 Jan 2014 (Kha)             Kuliah Maghrib  Tmn Pinggiran Senawang
24 Jan 2014 (Jum)             Kuliah Maghrib  Tmn Kiambang 
25 Jan 2014 (Sab)              Ceramah Maulud Masjid Tg. Agas            
26 Jan 2014 (Ahd)             Kuliah Suboh G/Home F Bahrul Maazi Jld 7
27 Jan 2014 (Isn)               Kuliah Tghari KLIA Hanger 6 Bahrul Maazi Jld 7
27 Jan 2014 (Isn)               Kuliah Maghrib  Tmn Rembau Utama Bahrul Maazi Jld 7
28 Jan 2014 (Sel)               Kuliah Maghrib  Surau Al Amin Tanbihul Ghafileen
29 Jan 2014 (Rab)             Mesyuarat Markaz Masjid Rahang          
30 Jan 2014 (Kha)             Kuliah Maghrib  Surau Al Qudwah
31 Jan 2014 (Jum)             Kuliah Maghrib  Tmn Lavender Height    

Friday, October 11, 2013

Mendidik Anak-Anak Dengan Kisah-Kisah Sahabat




Sabda Nabi Saw ,”Sesungguhnya Allah swt akan bertanya setiap penanggung jawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya atau menyia-nyiakannya.” (Riwayat Ibn Hibban)



Sabda Nabi saw lagi,” Manusia itu sentiasa menurut kelakuan temannya, maka hendaklah sesaorang kamu memerhatikan siapa yang ia berkawan dengannya.” (Riwayat Tarmizi)

Komentar :

Berdasarkan hadis di atas tugas dan tanggungjawab ibubapa memastikan anak dibawah jagaannya dapat ia pelihara dengan sebaik mungkin berdasarkan kehendak agama dan syariat. Kegagalan berbuat demikian bermakna kita telah menyia-nyiakan mereka. Maka semua ini akan dipersoalkan diakhirat nanti.
Berdasarkan pengalaman penulis kaunseling pelajar-pelajar dan juga ibubapa, penulis dapati bahawa kegagalan di dalam pendidikan ini menjadi masaalah utama kerosakkan anak-anak. Baru-baru ini seorang ibu telah menelipon penulis menangis-nangis menceritakan anak perempuannya yang berumur 13 tahun telah lari dari rumah. Ini kali ketiga katanya kepada penulis. Bila penulis amat-amati maka punca masaalah ini adalah kegagalan di dalam mendidik anak dengan didikan sunnah(syariat). Selain itu suasana persekitaran di dalam rumah tidak menjurus kepada suasana keagamaan serta pengaruh kawan-kawan melalui telefon bimbit dan juga “Facebook”.

Sebagaimana sabdaan Nabi saw’ “ Cahayailah rumah kamu dengan solat dan bacaan al-Quran “ Dan sabdanya lagi,” Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kubur.” Ini bermakna bahawa persekitaran dan suasana rumah semestilah berdasarkan suasana keagamaan. Suasana bersolat sunat, bacaan quran, bacaan hadis-hadis Nabi saw serta memperdengarkan kisah-kisah sahabat Nabi kepada anak-anak. Telah berkata sesetengah sahabat nabi saw,” Telah jadi kebiasaan Nabi saw apabila selesai satu-satu solat fardhu baginda akan berpaling kepada kami.” Maksudnya bahawa apabila selesai solat Nabi saw akan menasihati sahabat-sahabat yang hadir solat atau jika ada wahyu yang diturunkan maka baginda akan menyampaikan selepas solat kepada sahabat. Apabila pulang kerumah maka mereka akan mengumpulkan anak-anak dan isteri, mereka menyampaikan hadis atau firman Allah yang mereka dengar dari nabi saw di masjid. Masing-masing akan mengingati dan beramal dengannya. 

Dengan amalan begini maka jadilah suasana rumah-rumah mereka sebagaimana  suasana masjid. Dengan suasana begini anak-anak akan terbentuk dengan akhlak dan sifat yang mulia. Lantaran dari itu jika ada wanita yang datang memeluk Islam maka wanita ini akan ditempatkan dirumah isteri-isteri Nabi saw dan juga di rumah-rumah sahabat.

Hari ini kecoh tentang pengaruh ajaran Syiah di kalangan masyarakat. Sebahagian besar adalah pelajar-pelajar di Institut Pengajian tinggi awam dan juga swasta. Namun sedar tak kita bahawa pengaruh Syiah tidak akan tembus keatas mereka yang mempunyai cinta kasih yang mendalam terhadap Rasulullah saw dan Sahabat r.hum. Sebab itu kita lihat pengaruh Syiah boleh tembus dan berada di dalam gerakkan-gerakkan Islam yang samaada berorientasikan politik , Parti kepartian, Usrah-usrah Islamiah dan NGO-NGO namun di dalam Jemaah Tabligh lansung tidak ada. Sebabnya adalah di dalam Jemaah Tabligh secara lansung mendengar Kisah-kisah Sahabat setiap kali Majlis Taklim di adakan serta menjadi kemistian membicarakan dan bermuzakarah “ 6 Sifat-sifat Sahabat”. Ini yang “memanaskan” mana-mana gulongan Syiah yang cuba menyerap masuk ke dalam Jemaah Tabligh.

Kini atas dasar inginkan agar kisah-kisah sahabat Nabi ini menjadi kecintaan dan perbualan anak-anak maka teman penulis telah menyusun beberapa siri buku keluaran beliau atas nama “Himpunan 20 Kisah Keajaiban Para Sahabat” untuk menjadi bacaan anak-anak di rumah serta juga sesuai untuk bacaan santai ibubapa. Walaupun tidak secanggih novel “Ombak Rindu” namun rasa penulis cukup untuk menjadikan anak-anak merindui kisah kehidupan Para Sahabat Nabi saw di dalam kehidupan mereka apabila mereka membaca dan menghayatinya.

Wallahulam

P/S : Sesiapa yang berminat boleh hubungi Saudara Khairi Tajuddin di talian 019-4702839

Friday, October 4, 2013

Jadual Kuliah Oktober 2013




O1 Okt 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilen Surau Al Amin
02 Okt 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
03 Okt 2013 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
04 Okt 2013 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
05 Okt 2013 (Sab) :  Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2.
06 Okt 2013 (Ahd) :  Kuliah Suboh Bahrul Maazi G/Home F
06 Okt 2013 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
07 Okt 2013 (lsn) : Kuliah Bahrul Maazi Masjid Yusof Teh, Pedas
08 Okt 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilen Surau Al Amin
09 Okt 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
10 Okt 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn.Mantau Endah
11 Okt 2013 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Kiambang  
12 Okt 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 5 Al-Amin  
13 Okt 2013 (Ahd) : Urusan Anak Di Kedah
14 Okt 2013 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.3 Hangger 6 KLIA
14 Okt 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur
15 Okt 2013 (Sel) : Acara Qurban Hari Raya Aidal Adha
16 Okt 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
17 Sept 2013 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rembau Utama
18 Okt 2013 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Seri Pulai
19 Okt 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2.
20 Okt 2013 (Ahd) : Kuliah Hadis Surau Hj Musa BSS
20 Okt 2013 (Ahd) : Kuliah Bahrul Maazi G/Home F
21 Okt 2013 (Isn) : Kuliah Tgh Hari Bahrul Maazi Hanger 6, KLIA
21 Okt 2013 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
22 Okt 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilen Surau Al Amin
23 Okt 2013 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi Masjid Yusof Teh, Pedas
24 Okt 2013 (Kha) :  Kuliah Maghrib Tmn Pinggiran Senawang
25 Okt 2013 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height
26 Okt 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 5 Al-Amin   .
27 Okt 2013 (Ahd) : Urusan Anak Di Kedah
28 Okt 2013 (Isn) : Kuliah Tgh Hari Bahrul Maazi Hanger 6, KLIA
28 Okt 2013 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rembau Utama
29 Okt 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilen Surau Al Amin
30 Okt 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
31 Okt 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan al Qudwah G/Street Home
Note : Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian. Insyaallah
AJK Surau/Masjid, jika terdapat kesilapan, sila hubungi saya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin