MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, October 11, 2013

Mendidik Anak-Anak Dengan Kisah-Kisah Sahabat




Sabda Nabi Saw ,”Sesungguhnya Allah swt akan bertanya setiap penanggung jawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya atau menyia-nyiakannya.” (Riwayat Ibn Hibban)



Sabda Nabi saw lagi,” Manusia itu sentiasa menurut kelakuan temannya, maka hendaklah sesaorang kamu memerhatikan siapa yang ia berkawan dengannya.” (Riwayat Tarmizi)

Komentar :

Berdasarkan hadis di atas tugas dan tanggungjawab ibubapa memastikan anak dibawah jagaannya dapat ia pelihara dengan sebaik mungkin berdasarkan kehendak agama dan syariat. Kegagalan berbuat demikian bermakna kita telah menyia-nyiakan mereka. Maka semua ini akan dipersoalkan diakhirat nanti.
Berdasarkan pengalaman penulis kaunseling pelajar-pelajar dan juga ibubapa, penulis dapati bahawa kegagalan di dalam pendidikan ini menjadi masaalah utama kerosakkan anak-anak. Baru-baru ini seorang ibu telah menelipon penulis menangis-nangis menceritakan anak perempuannya yang berumur 13 tahun telah lari dari rumah. Ini kali ketiga katanya kepada penulis. Bila penulis amat-amati maka punca masaalah ini adalah kegagalan di dalam mendidik anak dengan didikan sunnah(syariat). Selain itu suasana persekitaran di dalam rumah tidak menjurus kepada suasana keagamaan serta pengaruh kawan-kawan melalui telefon bimbit dan juga “Facebook”.

Sebagaimana sabdaan Nabi saw’ “ Cahayailah rumah kamu dengan solat dan bacaan al-Quran “ Dan sabdanya lagi,” Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kubur.” Ini bermakna bahawa persekitaran dan suasana rumah semestilah berdasarkan suasana keagamaan. Suasana bersolat sunat, bacaan quran, bacaan hadis-hadis Nabi saw serta memperdengarkan kisah-kisah sahabat Nabi kepada anak-anak. Telah berkata sesetengah sahabat nabi saw,” Telah jadi kebiasaan Nabi saw apabila selesai satu-satu solat fardhu baginda akan berpaling kepada kami.” Maksudnya bahawa apabila selesai solat Nabi saw akan menasihati sahabat-sahabat yang hadir solat atau jika ada wahyu yang diturunkan maka baginda akan menyampaikan selepas solat kepada sahabat. Apabila pulang kerumah maka mereka akan mengumpulkan anak-anak dan isteri, mereka menyampaikan hadis atau firman Allah yang mereka dengar dari nabi saw di masjid. Masing-masing akan mengingati dan beramal dengannya. 

Dengan amalan begini maka jadilah suasana rumah-rumah mereka sebagaimana  suasana masjid. Dengan suasana begini anak-anak akan terbentuk dengan akhlak dan sifat yang mulia. Lantaran dari itu jika ada wanita yang datang memeluk Islam maka wanita ini akan ditempatkan dirumah isteri-isteri Nabi saw dan juga di rumah-rumah sahabat.

Hari ini kecoh tentang pengaruh ajaran Syiah di kalangan masyarakat. Sebahagian besar adalah pelajar-pelajar di Institut Pengajian tinggi awam dan juga swasta. Namun sedar tak kita bahawa pengaruh Syiah tidak akan tembus keatas mereka yang mempunyai cinta kasih yang mendalam terhadap Rasulullah saw dan Sahabat r.hum. Sebab itu kita lihat pengaruh Syiah boleh tembus dan berada di dalam gerakkan-gerakkan Islam yang samaada berorientasikan politik , Parti kepartian, Usrah-usrah Islamiah dan NGO-NGO namun di dalam Jemaah Tabligh lansung tidak ada. Sebabnya adalah di dalam Jemaah Tabligh secara lansung mendengar Kisah-kisah Sahabat setiap kali Majlis Taklim di adakan serta menjadi kemistian membicarakan dan bermuzakarah “ 6 Sifat-sifat Sahabat”. Ini yang “memanaskan” mana-mana gulongan Syiah yang cuba menyerap masuk ke dalam Jemaah Tabligh.

Kini atas dasar inginkan agar kisah-kisah sahabat Nabi ini menjadi kecintaan dan perbualan anak-anak maka teman penulis telah menyusun beberapa siri buku keluaran beliau atas nama “Himpunan 20 Kisah Keajaiban Para Sahabat” untuk menjadi bacaan anak-anak di rumah serta juga sesuai untuk bacaan santai ibubapa. Walaupun tidak secanggih novel “Ombak Rindu” namun rasa penulis cukup untuk menjadikan anak-anak merindui kisah kehidupan Para Sahabat Nabi saw di dalam kehidupan mereka apabila mereka membaca dan menghayatinya.

Wallahulam

P/S : Sesiapa yang berminat boleh hubungi Saudara Khairi Tajuddin di talian 019-4702839

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin