Tuesday, July 17, 2012
Wa Balighna Ramadhan. . . . .
Tadi aku mendapat berita kematian karkun baru dari Halqah Senawang. Beliau yang kami panggil abang Fadhil meninggal pagi tadi waktu tahajud dan jenazahnya di sembahyangkan selepas solat Zohor tadi. Malam tadi beliau telah tidur bersama teman di Kulai Johor dan telah setkan alarm talefon beliau untuk bangun 4.30 pagi Solat Tahajud. Namun ketika bangun beliau sesak nafas dan akhirnya menghembus nafas yang terakhir. Sebelum meninggal beliau sempat menyebut beberapa kali kalimah. Alhamdulillah kesudahan beliau dengan kesudahan yang baik.
Miski pun beliau terlalu baru di dalam jemaah namun dari wajah beliau tergambar keinginan kepada agama yang cukup kuat. Beliau sering menemui aku ketika malam markaz beberapa minggu yang lalu. Serta meminta aku untuk memberi ceramah di Masjidnya. Beliau juga telah beberpa kali berada di dalam kuliah mingguan aku. Empat lima tahun yang lalu aku sering ikram dan tashkil beliau, tetapi disebabkan beliau selalu "outstation" maka agak terhalang namun selepas pencen beberapa bulan yang lalu beliau mulai ikut keluar beberpa hari. Beliau juga ikut serta pada Istimak Zon N.Sembilan/Melaka bulan lepas dan memberi azam untuk keluar 40 hari hujung tahun ini. Tetapi apakan daya ketentuan tuhan segalanya. Semuga Allah swt menerima azam beliau dan mengampunkan segala dosa-dosa beliau. Amin.
Kekadang bila kita kenang-kenang doa Nabi saw yang tercatit di dalam "al-Azkhar" Imam Nawawi rah terbukti bahawa untuk sampaikan kita pada bulan Ramadhan sememangnya pilihan dari tuhan. Bukanlah keupayaan dan kehendak kita miski pun hanya beberapa hari sahaja untuk sampai kepada bulan yang mulia itu. Namun semuanya adalah pilihan dan kehendak dari Allah swt. Atas dasar inilah maka ulama sering berdoa dengan doa tersebut bermula dari bulan Rejab lagi agar boleh sampai kepada bulan Romadhan.
Semuga Allah swt sampaikan kita pada bulan yang mulia itu serta dapat menyempurnakan hak dan tuntutan Ramadhan dengan sebaik mungkin. Amin.
Wallahulalam.
"Allahuma Bariklana Fi Rajaba Wa Sya'bana Wa Balighna Ramadhan."
Wednesday, July 11, 2012
Jaya Negara Yang Tak Jaya?
Kesian aku bila terbaca berita kematian lelaki yang dikatakan mengaku Imam Mahdi terbunuh. Selain itu wanita yang ikut bersama dengannya pula bukanlah seorang yang biasa tetapi adalah bekas pelajar UIA juga seorang Penolong Pengurus di sebuah Syarikat Perkapalan di Pelabuhan Utara, Kelang. Apakah yang menyebabkan mereka jadi begini? Apakah hanya dengan pedang samurai dan pisau pemotong daging boleh menguasai Putra Jaya?
Apa pun sama-samalah kita lihat hasil siasatan pihak polis. Kalau melihat tulisan petikan dari blog beliau tak mungkin ianya seorang yang ada masaalah mental. Atau apakah situasi yang ada sekarang di negara kita menyebabkan sesetengah gulongan masyarakat tidak berpuas hati sehigga sanggup memprotes dengan cara tersendiri ? Cuba lihat apa yang ditulis di bawah ini :
Salah siapa? Salah pemerintahkah atau salah pembangkangkah? Atau salah suasana dan keadaan sekarang yang rata-rata nampak kepincangan di sini dan di sana? Disokong pula oleh tidakkan pihak polis yang orang awam nampak kezaliman yang bergitu ketara yang belum pernah berlaku sebelum ini. Atau apakah kita semua yang bersalah kerana tidak merubah suasana yang ada sekarang? Inilah yang kita patut sama-sama renungi.
Bagi aku terkejut beruk juga apabila seorang teman yang sering duduk di dalam kuliah aku menalifon aku semalam dan memaklumkan pada aku bahawa "Imam Mahdi" tersebut adalah follower blog aku. Kechut juga aku, sedangkan semua tulisan aku biasa sahaja tidak menghina dan mengkritik sesiapa atau pun mendorong untuk provokasi. Mendorong untuk buat dakwah ada le. Lihat di bawah ini :
Apa pun kita berdoa ke atas roh beliau semuga diberi rahmat dan keampunan oleh Allah swt. "Allah hummaghfir lahu war hamhu wa afihi wa fuanhu"
Apa pun sama-samalah kita lihat hasil siasatan pihak polis. Kalau melihat tulisan petikan dari blog beliau tak mungkin ianya seorang yang ada masaalah mental. Atau apakah situasi yang ada sekarang di negara kita menyebabkan sesetengah gulongan masyarakat tidak berpuas hati sehigga sanggup memprotes dengan cara tersendiri ? Cuba lihat apa yang ditulis di bawah ini :
Salah siapa? Salah pemerintahkah atau salah pembangkangkah? Atau salah suasana dan keadaan sekarang yang rata-rata nampak kepincangan di sini dan di sana? Disokong pula oleh tidakkan pihak polis yang orang awam nampak kezaliman yang bergitu ketara yang belum pernah berlaku sebelum ini. Atau apakah kita semua yang bersalah kerana tidak merubah suasana yang ada sekarang? Inilah yang kita patut sama-sama renungi.
Bagi aku terkejut beruk juga apabila seorang teman yang sering duduk di dalam kuliah aku menalifon aku semalam dan memaklumkan pada aku bahawa "Imam Mahdi" tersebut adalah follower blog aku. Kechut juga aku, sedangkan semua tulisan aku biasa sahaja tidak menghina dan mengkritik sesiapa atau pun mendorong untuk provokasi. Mendorong untuk buat dakwah ada le. Lihat di bawah ini :
Apa pun kita berdoa ke atas roh beliau semuga diberi rahmat dan keampunan oleh Allah swt. "Allah hummaghfir lahu war hamhu wa afihi wa fuanhu"
Thursday, July 5, 2012
65 Tahun Merangkak Ke Masjid
Di dalam suasana akhir zaman ini yang mana rata-rata
keinginan untuk amalan agama makin terhakis di kalangan ummat. Berlebih lagi
peratus orang yang bersolat begitu kecil apa lagi dengan peratus orang yang
solat berjemaah. Namun begitu masih lagi terdapat insan yang tidak sempurna
sanggup ke masjid untuk solat berjemaah miski pun terpaksa merangkak bilamana
iman menyelinap ke anggota badan.
Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw yang menyatakan
bahawa sekiranya diketahui pahalanya (solat Suboh berjemaah) maka pasti mereka
akan datang walau pun terpaksa merangkak. Hadis ini telah pun dipraktikkan oleh
insan yang penulis sebutkan iaitu Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lupuh anggota
badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat suboh berjemaah tetapi setiap
lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.
Beliau
tinggal di salah satu perkampungan terpecil di Selatan Azizia, Arab Saudi.
Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahunditambah dengan kecacatan
tubohnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak.
Beliau telah berbuat demikian selama hamper 65 tahun berulang alik untuk solat
berjemaah di masjid di tempatnya.
Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh
Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul
bil masaajid” terpaut pada masjid.
Kita, miski pun mengetahui fadhilat dan ganjaran pahala
serta celaannya, namun tidak mampu untuk berbuat demikan. Ke hulu ke hilir kita
boleh berjalan untuk shooping atau berjoging namun ke masjid . . . .
Semuga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk
istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah.
Insyaallah.
Monday, July 2, 2012
Jasus Of Nazareth : Suatu lagi Fitnah Ke Atas Isa a.s
Akhir-akhir ini ramai penulis buku dan novel keagamaan
Kristians menfitnah ke atas Isa a.s. Berbagai tomohan dikenakan ke atas Rasul Ulul Azmi tersebut. Dari dulu mereka menuduh Isa sebagai anak tuhan sehingga
kini fitnah demi fitnah dilemparkan ke atas beliau yang suci lagi mulia itu.
Firman Allah swt, “ Dia (Maryam ) berkata. “ Ya Tuhanku,
bagaimana mungkin aku akan mempunyai anak padahal tidak ada seorang lelaki pun
yang menyentuhku?.” Dia (Allah) berfirman, “ Demikianlah Allah menciptakan, apa
yang Dia hendak menetapkan sesuatu , dia hanya berkata kepadanya, “ Jadilah ! “
Maka pasti akan terjadi sesuatu itu.” (Al-Imran : 47)
Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw , “ (Allah
swt berfirman) , “ Anak Adam telah mendustakan Aku , padahal tidak sepatutnya
mereka berbuat demikian. Anak Adam juga telah mencaci maki (menuduh) Aku,
padahal tidak sepatutnya mereka berbuat demikian. Ada pun dusta mereka itu ke
atasKu itu dengan mengatakan bahawa Aku tidak akan mengembalikan
(menghidupkannya kembali setelah kematian) sebagaimana Aku mula menciptakan
mereka. Ada pun cacimaki mereka terhadap Aku , mereka mengatakan bahawa Aku
mempunyai anak, padahal Aku adalah tuhan tempat bergantung segala sesuatu. Aku
tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu pun yang setara dengan
Aku. (Riwayat Bukhari : 4975)
Beberapa tahun yang lalu mereka menuduh Nabi Isa a.s
telah berkahwin dengan Mariam Mecdelina serta mendapat anak sehingga kini masih
terdapat zuriat beliau kononnya. Isu ini bukan setakat tulisan dibuku-buku dan
novel mereka tetapi sampai ketahap mereka filemkan kisah tersebut. Kemudian
mereka juga menuduh bahawa Isa a.s adalah seorang yang berfahaman Komunis serta
menfilemkan kisah ini di dalam bentuk filem dukumentri.
Terkini mereka menuduh beliau adalah anak yang mempunyai
bapa (nauzubillah) hasil dari seorang tentera Romawi merogol/memperkosa Mariam
a.s yang suci itu. Ini bermakna mereka mengatakan bahawa Isa a.s adalah anak
luar nikah. Peliknya tidak ramai kita dengar di Barat yang mereka memprotes isu
ini. Ini adalah kerana rata-rata masyarakat Barat tidak lagi berpegang dengan
agama Kristians ini.
Proses pengambaran (Shooting) filem ini akan bermula
tidak lama lagi yang diadaptasi dari buku karya Paul Verhoevan yang berjudul
“Jesus of Nazareth”. Karya ini bukan setakat bertentangan dengan kepercayaan
Islam malah amat-amat bertentangan dengan kepercayaan turun tenurun ajaran
Kristians. Selain itu filem tersebut lebih menjurus Isa a.s sebagai manusia
biasa tanpa mukjizat dari tuhan dan ianya akan disalib bukan kerana ajaran
keagamaan dan tauhid pada Allah swt sebaliknya kefahaman politik dalam
masyarakat Romawi yang ada pada ajarannya.(Nauzubillah)
Bagi penulis apa sahaja yang mereka fitnahkan ke atas
jasad suci itu dari dulu, kini dan akan datang ianya adalah susunatur Tuhan
Rabul Jalil yang Maha Bersih dari sangkaan mereka bahawa Ia mempunyai anak.
Susunatur yang penulis maksudkan bahawa tanda-tanda semakin hampir yang Isa a.s
akan turun membersihkan ajaran agamanya, Tuhanya, dirinya dan ibunya dari semua
tuduhan tersebut. Maknanya sudah hampir dekat dengan zaman yang telah
dijanjikan oleh Allah swt. Sama-sama kita tunggu kebenaran tersebut. Insyallah.
Jadual Kuliah Julai 2012 / Ramadhan 1433
Jadual Kuliah Julai 2012
01
Julai 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi G/Home F
02 Julai
2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Yusoh Teh,
Pedas
03 Julai
2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
04 Julai
2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
05 Julai
2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
06 Julai
2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Matahari Height
07 Julai
2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
08 Julai
2012 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
09 Julai
2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur
10 Julai
2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
11 Julai
2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
12 Julai 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Qudwah G/S Home
13 Julai
2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah
14 Julai
2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
15 Julai
2012 (Ahd) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.3 G/Home F
16 Julai 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3
Hanger 6 KLIA
16 Julai 2011 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Pinggiran
Senawang
17 Julai
2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
18 Julai
2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
19 Julai
2012 (Kha) : Persediaan Ramadhan
Program
Bulan Ramadhan 1433
20 Julai
2012 (Jum) : Persediaan Ramadhan
21 Julai
2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
22 Julai 2012 (Ahd) : Tazkirah Ramadhan Tmn Lavender Height
23 Julai 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
23 Julai 2012 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Tmn Mantau Endah
24 Julai 2012 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Al Qudwah G/S Home
25 Julai 2012 (Rab) : Tazkirah Ramadhan Pinggiran Senawang
26 Julai 2012 (Kha) : Tazkirah Ramadhan An Nur BSS
27 Julai 2012 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Tmn Rembau Utama
28 Julai 2012(Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
29 Julai 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Rasah Kemayan S’bn 2
29 Julai 2012 (Ahd) : Tazkirah Ramadhan M.Yusof Teh Pedas
30 Julai 2012 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Tmn G/Home F 2
31 Julai
2012 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Jasmine
01 Ogos
2012 (Rab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Matahari Height
02 Ogos 2012 (Kha) : Tazkirah Ramadhan An Nur BSS
03
Ogos 2012 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Tmn Gadong Jaya
04
Ogos 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
05
Ogos 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.3 G/Home F
05 Ogos 2012 (Ahd) : Tazkiraah Ramadhan Tmn Pinggiran Senawang
06 Ogos 2012 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Surau Al-Qudwah
05 Ogos 2012 (Ahd) : Tazkiraah Ramadhan Tmn Pinggiran Senawang
06 Ogos 2012 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Surau Al-Qudwah
07
Ogos 2012 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Jasmine
08
Ogos 2012 (Rab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Desa Melor
09
Ogos 2012 (Kha) : Tazkirah Ramadhan Tmn Mantau Endah
10 Ogos 2012 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Tmn Rembau Utama
11
Ogos 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
12
Ogos 2012 (Ahd) : Kuliah suboh Tmn Lavender Height
12
Ogos 2012 (Ahd) : Tazkirah Ramadhan M.Yusof Teh Pedas
13
Ogos 2012 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Tmn Gadong Jaya
14 Ogos 2012 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Matahari Height
14 Ogos 2012 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Matahari Height
Nota : Sekiranya terdapat perubahan di dalam judual kuliah ini,
Insyaallah akan dimaklumkan kemudian.
Subscribe to:
Posts (Atom)