MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, March 9, 2012

Laporan Dan Pengalaman Teman Di USA




( Berikut adalah laporan teman saya yang sedang belajar di US berkaitan pengalaman dan usaha beliau juga teman-teman yang lain di sana di Halqah Xenia melalui email yang dikirimkan)

Ijtima Indianapolis tahun 2011, lebih kurang 400-500 orang hadir. Lepas habis bayan utama, saya lepak2 luar masjid, tiba-tiba ada sorang African American datang dan tanya "Are you from Malaysia?" Saya jawab "Ya" Dia tanya lagi "Do you know the history of Malaysian people here in US?" Saya agak tergamam...blur...dan jawab "No, I don't know, sir" Lepas tu dia pun bercerita dengan penuh emosi tentang macam mana student2 Malaysia tahun 70-an mula buat usaha di US. Asbab student Malaysia la ramai orang dapat hidayat, dapat Islam, banyak masjid dibina, dan usaha dakwah aktif.

Hampir semua karkun lama kat US ialah orang African American. Semua yang pernah buat usaha tahun 80-an akan kenal Syed Kadir Alsagoff. Dalam handphone saya ada saya save gambar syed kadiaq dan kalau jumpa karkun lama, saya tunjuk gambar syed kadiaq dan tanya "Do you know this person?" Diorang akan tersenyum dan teriak "Ha! I know this guy!" Saja je saya nak diorang imbas zaman 80-an dulu.

Semua kisah ni hanya di Halaqah Xenia meliputi kawasan Indiana dan Ohio. Halqah dan kawasan lain di US saya tak pasti bagaimana keadaannya. Ada kawan di Texas cerita pun hampir sama:

1) Ramai karkun African American orang lama dan ramai dah sejuk,

2) Kebanyakan karkun IndoPak mendominasi usaha di US dan diorang agak strict. Ada kawan yang pernah tinggal di New York pun cakap di New York hanya beberapa orang je karkun African American yang aktif.

Tapi ada positifnya. Pertama, saya anggap ni tarbiah dari Allah supaya karkun African American lebih ambil berat tentang tertib usaha. Kedua, setakat ni yang saya kenal ada seorang karkun IndoPak dalam halqah kami yang sudah ada fikir risau macam mana karkun IndoPak dan karkun African American boleh bersatu.

Usaha agama ni takkan rosak oleh orang luar (FBI, CIA, anti-Islam) tapi hanya rosak apabila orang yang buat usaha sendiri tak bersatu hati dan buat dengan tertib. Harap dapat doakan usaha di US maju seperti dulu dan bertambah maju lagi. Lebih baik lagi kalau dapat hantar jemaah Malaysia ke sini, atau jemaah bekas student2 sini, atau jemaah Syed Kadir Alsagoff (bukan saya yakin dengan beliau tapi ia adalah munasib/sesuai).

Awal tahun 2011 ada jemaah Malaysia datang 4 bulan. Salah seorang ialah Syura Melaka (Dato' Ibrahim). Tapi masa tu saya tak aware dengan masalah di US. Kalau saya tahu masalah ni, boleh gunakan jemaah tersebut untuk fokus kepada karkun African American.

 Wallahua'lam.

Sedikit Komentar :

Di mana-mana pun usaha agama yang kita laksanakan akan ada ujian dari Allah swt. Samada ujian dari luar maupun dari dalam. Namun yang paling ketara adalah ujian dari dalam. Ujian sesama karkun inilah yang paling bahaya. Ianya akan menyebabkan usaha akan jatuh dan merosot. Semasa usaha di Mekah, sahabat boleh bertahan dengan ujian-ujian dari Kafir Musyrikin yang cukup dasyat. Namun begitu mereka belum diistiharkan sebagai orang yang beriman.

Sebaliknya di Madinah, tidak lagi ada penentangan dan penindasan dari Kafir Musyrikin, yang ada hanyalah dakwah secara terang dan peperangan-peperangan. Namun ujian di sini nampak macam biasa tetapi jauh lebih mencabar. Kalau di Mekah hanya dua gulongan sahaja iaitu Kafir Musyrikin dan orang Islam. Namun ketika di Madinah terbahagi kepada tiga gulongan, iaitu orang beriman, munafikin dan juga kafir yang terdiri dari suku-suku Arab dan empat suku Yahudi. Di Madinah inilah Aisyah rha difitnah, Usman ra dibunuh, berlaku peperangan Jamal dan juga peperangan Siff in. Semua ini adalah ujian dalaman.

Begitulah juga dengan karkun, ujian yang paling dasyat adalah ujian dalaman. Hampir setiap negara ada ujian seperti ini, Malaysia, Thailand, Indonesia dan juga Negara-negara lain. Namun jika kita buat usaha atas niat dan cara yang betul,juga mengikut nasihat ulama-ulama kita di IPB, Insyaallah kita akan maju dan akan diislahkan oleh Allah swt. Jika tidak ,nauzubillah maka akan tersingkir dari usaha yang mulia ini.

Di dalam dunia ini carilah di mana-mana pun kita tidak akan jumpa mana-mana gerakan atau jemaah yang tidak bermasaalah. Semuanya mempunyai masaalah dalaman. Namun apakah dengan masaalah ini kita tinggalkan usaha dan ujudkan usaha dan fikrah baru?

Fikir-fikirkanlah.

( p/s: Terbaik Maafkanlah mereka, doakan untuk mereka keampunan dan bawalah mereka bersama di dalam mesyuarat sebagaimana terdapat di dalam surah Al-Imran 159 )



1 comment:

Umma-ali said...

aslm, nostalgia jgk bl bc kisah ni sbb zmn 80an di USA tu lah saya dpt hidayat...mmg Syed Kadir sgt femes, tapi tak kurang jg Dr Zubair, or well known as Brother Shahrir...saya se halqah dgn dia, Dr Zubair di kawasan midwest, n taklim masturat di rumah dia di Lincoln, Nebraska..African American yg pegang masjid di Lincoln, kenangan manis solat hariraya di situ...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin