MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, January 16, 2012

Abu Hurairah Akhir Zaman






Hadis Nabi saw:

Hadis  1 :

Dari Abu Hurairah r.a ,dari Nabi saw bersabda,” Sesungguhnya Allah swt memiliki seratus rahmat,satu rahmat Allah turunkan di antara jin, manusia, binatang –binatang ternak dan binatang melata. Maka dengan sebab satu rahmat itulah mereka saling menyayangi dan dengan sebab satu rahmat itu pula binatang buas sayang pada anaknya. Sedangkan 99 rahmat lagi Allah swt tangguhkan untuk dikurniakan kepada hamba-hambanya di Hari Kiamat (nanti)” (H/R : Muslim)

Hadis 2 :

Dari Ibn Umar r.a dari Nabi saw bersabda,” Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya memakan serangga bumi.” (H/R : Bukhari)


Hadis 3 :

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda maksudnya,” Ketika mana seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu maka ia pun turun ke dalamnya  dan meminun air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia member anjing itu minum . Allah swt berterima kasih kepadanya (menyukai amalnya)lantas mengampunkan dosanya dan memasukkanya ke dalam syurga. Sahabt bertanya,” Ya Rasulullah ! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga? Baginda menjawab ,” Ya ! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala.” (H/R : Bukhari) 


Komentar Penulis :

Bila kita menonton klip vedio di atas terasa sebak dada betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah yang ditempiaskan kepada hambanya dari  khazanah rahmat Allah. Masih lagi terdapat hambanya yang bersifat kasih dan sayang kepada kucing sebagaimana sahabat Nabi saw Abu Hurairah r.a. Bedasarkan hadis yang ke 3, jelas menunjukkan bahawa menolong pada haiwan juga berpahala dan akan diberi ganjaran oleh Allah swt.

Ianya juga menunjukkan kepada kita betapa zalimnya manusia jika tidak diberi rahmat oleh Allah swt. Atas dasar ini juga maka perlu kita mencari rahmat Allah yang sememangnya akan terhasil dari amal-amal yang di kasihi oleh Allah. Maka tidaklah ada amal yang dikasihi oleh Allah swt melainkan amal itu di amal kan dan ditunjukkan oleh Rasulnya saw. Sesiapa sahaja yang beramal dengan amalan Nabi saw maka pastinya ianya akan diliputi oleh rahmat walau sejahil mana ia dan sejahat mana ianya sebagai mana pelacur di atas.

Perlu diingat bahawa tidaklah dapat masuk ke syurga sesaorang itu melainkan rahmat dari Allah swt. Bukan masuknya sesaorang itu dengan amalnya yang banyak dan bergunung-gunung. Habis itu mengapa kita bersusah payah beramal dan bersusah payah bersengkang mata bertahajud setiap malam? Jawapannya, agar Allah kasih kepada kita dengan kurniaan rahmatnya. Maka dengan rahmat inilah bekalan kepada kita untuk memasuki syurganya, Insyallah.

Hanya kasih dan menolong binatang begitu sekali rahmat dan kasih Allah kepada kita. Bayangkanlah bagaimana pula jika kita mengasihi sesama manusia dan fikirkan bagaimana semua manusia mendapat HIDAYAT dari Allah swt. Untuk inilah janggut Nabi saw sentiasa basah di waktu sahurnya dengan menangis mengenangkan umatnya agar mendapat hidayat dari Allah swt dan keletihan di siang hari menyeru umatnya kepada Islam. Fikir dan kerisauan ini diikuti oleh sahabatnya r.ahum sehingga mereka juga tidak ada kerehatan di siang dan di malam harinya menangis sebagaimana tangisan Nabi saw.
Fikir fikirkanlah.

P/s : Hero sebenar bukanlah kucing itu, tetapi pemuda yang menyelamatkannya. Semoga Allah memberi hidayat kepada keluarga beliau. (Hairie dan Mariah)

2 comments:

Irwan said...

Cantik!

Brainz said...

Wow... nice and well said...
reconditioned used vehicles then please have a look on Best used car exporter

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin