MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, January 30, 2012

TG Hj.Salleh Penanti Kembali Ke Rahmatullah





Tuan Guru Hj Salleh bin Sheikh Osman Jalaluddin tuan guru di Madrasah Manabi Ul Ulum, Penanti, Bukit Mertajam atau lebih dikenali dengan Pondok Penanti telah kembali menemui Illahi pada 29 Jan 2012 di Mekah pukul 12.00 tengahari waktu Saudi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amiin!

Al-Marhum Tuan guru merupakan anak lelaki kepada ulama terkenal iaitu Sheikh Osman Jalaluddin. Beliau merupakan salah seorang Syura Jemaah Tabligh di Malaysia ini. Beliau memperolehi dua kerakyatan iaitu Malaysia dan juga Saudi. Kalau tidak salah penulis akhir tahun 1990an kerajaan Malaysia meminta beliau memilih hanya satu kerakyatan sahaja, maka beliau memilih kerakyatan Saudi. Sejak dari itu beliau hanya pulang sekali sekala, namun jika ada program Ijtimak di Malaysia beliau tidak ketinggalan akan pulang dan hadir bersama.



Penglibatan beliau di dalam Jemaah Tabligh setelah ditaskil oleh Maulana Lutfurrahman Bangladesh untuk keluar 4 bulan sekitar tahun 1970an. Namun begitu beliau telah pun bersama dengan Maulana Yusof melakukan Jualah/ghast di Mekah ketika rombongan jemaah Maulana Yusof rah datang ke Mekah cumanya belum keluar lagi ketika itu. Setelah keluar 4bulan beliau menjadi penggerak utama jemaah dan sering menjalankan jaulah khususi gulongan khawas bersama Uts Arabi Penanti ketika itu.


Kefahaman berkaitan Jemaah Tabligh di Malaysia sekitar akhir 70an dan awal 80an banyak terhasil daripada beliau. Ketika itu masyarakat kurang faham dan kurang senang dengan Jemaah Tabligh namun beliau tampil menjelaskan dan keluar beberapa hari bersama jemaah serta jaulah/ghast dari rumah ke rumah miski pun menaggung malu dan cacian.


Di sebabkan beliau adalah seorang alim maka kefahaman berkaitan Jemaah Tabligh sedikit demi sedikit terungkai di dalam masyarakat khususnya di kawasan utara semenanjung. Pertama kali penulis bertemu beliau ialah pada 1979 di Ijtimak Buloh Gading,Terengganu ketika itu penulis keluar pertama kali 40 hari. Setahun kemudian iaitu pada tahun 1980 satu Ijtimak dibuat di perkarangan Pondok Penanti. Sekali lagi penulis ikut menghadiri ijtimak tersebut bersama kawan-kawan serta beberapa orang tua dikalangan anak murid Tn. Guru Hj.Ahmad Bt6.


Kematian beliau mengeringi kematian Saudara Khalid Bhai syura Malaysia yang meninggal baru-baru ini.


Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua. Amiin!


7 comments:

zarch said...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ -

VoiceOut said...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. satu kehilangan yg amat besar.

Kaki Bakar said...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Karkun 80an pasti akan merindui Armarhum nanti...

Ahmad Baei Jaafar said...

إن لله وإنا إليه راجعون Allah, sayang dia lalu meninggal dunia di makkah, semoga syurga sedia menantinya. Takziah buat keluarganya, semoga mereka bersabar dan reda dengan pilihan Allah ini.

musa said...

Umat Islam telah kehilangan seorang ulamak yang mukhlis, tawaduk dan dae Allah, semuga Allah terima beliau, masih ingat lagi saya ketika ijtimak Penanti 1980 dalam satu bayannya "orang yang memancing ikan haruan tidak solat subuh, elok kita ganti umpan katak yg dia guna ganti dengan dia sendiri, sebab katak tu berzikir"
satu lagi katanya "hari ini orang banyak buat kertas kerja untuk islam, kertas yang kerja orang tak buat kerja. Insyaallah kita semua buat kerja" masih terbayang bayan beliau tika itu.

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam takziah dr saya..
saya juga ada kenangan dgn TG Haji Salleh rah..

Aidarus said...

salam takziah dr saya sklrg..
smg Allah swt mnerangi pusara Allahyarham...amin

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin