MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, July 29, 2009

Cerita Mimpi Nabi TGHH


(Di bawah ini penulis letakan satu posting terakhir (setakat ini) dari rakan seusaha di Tranungkite.net pada topik “Alhamdulillah Najib Menyertai Tabligh Semuga Dapat Hidayat”)






sejadahipoh
Laskar Muda

Askum,

Untuk jawab soalan Tabligh-PAS ini, eloklah rujuk Ustaz Abdul Hadi Awang.

Ana telah berpengalaman berjumpa dengan dua orang berkenaan masalah ini.

1. Hafiz Hatta (pelajar Madrasah Kubang Bujuk, Terengganu)

Dia bersama jama'ah Pakistan 4 bulan diputuskan untuk keluar di Masjid Rusila, Terengganu. Setibanya di Masjid itu, Ustaz Abdul Hadi dan rakan2nya telah siap menunggu ketibaan jama'ah dan TGHH telah menjemput jama'ah ini untuk makan dirumahnya. Dia sempat bertanya jika ada ulama di dalam jama'ah agar mudah berbicara arab dengannya. TGHH banyak berbual dengan mu'alim jamaah itu. Selepas balik ke masjid, maulana itu menceritakan kepada ahli jama'ah yg TGHH telah bermimpi Rasulullah saw malam sebelum kedatangan jamaah itu. Badan Rasulullah saw separuh di dalam tanah dan Rasulullah saw mengatakan kepada TGHH bahawa jama'ah baginda akan datang dan menyuruh TGHH melayan jama'ah itu.

2. Ustaz Jamaluddin (bekas pelajar Penanti)

Ustaz telah bermuzakarah dengan jamaah di markaz PAS di Terengganu selepas Isya sampai hampir waktu Subuh. Orang2 PAS di markaz itu masih tidak berpuas. Lantas salah seorang dari jama'ah itu mengatakan agar mereka semua berjumpa dengan 'POK CHIK' (gelaran TGHH). Mereka cuba menelefon TGHH tapi tiada jawaban, lantas Ustaz Jamaluddin memberi satu hadis yang jika seorang tanda mukmin ialah memuliakan tetamu. Maka mereka semua pergi ke rumah TGHH. Bila TGHH tahu masalah berkenaan ahli2 PAS yang tidak bersetuju dengan Tabligh, TGHH telah mengambil satu kitab dan membaca DALIL-DALIL Tabligh di hadapan mereka semua. Selepas itu, TGHH menasihatkan Ustaz Jamaluddin agar MENERUSKAN USAHA TABLIGH, DAN JANGAN LAYAN MEREKA-MEREKA YANG JAHIL INI (sambil merujuk kepada ahli2 PAS yang tidak bersetuju itu).

Pengalaman Penulis Bersama Jemaah Tersebut:

Pada tahun 1989/90 penulis tinggal di Ceras di kawasan Ceras Flat serta dilantik menjadi imam serta mengajar tajwid di salah satu surau di kawasan tersebut. Ianya adalah marhalah keempat penulis ketika tinggal di Kuala lumpur. Pada akhir 1989 Jemaah Pakistan tersebut sampai di tempat kami (Ceras) dan berusaha di sekitar kawasan tersebut selama satu minggu sebelum bertolak untuk keluar 4bulan di Indonesia. Jemaah tersebut sebenarnya adalah jemaah satu tahun. Kebanyakannya adalah dari Peshawar, Pakistan. Selama seminggu di Ceras penulis, berkesempatan bersama jamaah berkenaan dan maulana yang di dalam jemaah tersebut cukup rapat dengan penulis berlebih lagi penulis berbahasa Arab dengan beliau bagi melancarkan bahasa Arab penulis. Penulis sering bersama maulana berkenaan untuk ‘khususi’ dan sebagainya.

Jemaah ini satu jemaah yang cukup bagus yang pernah penulis ‘nusrah’. Satu hati, satu fikir serta kuat amalan istimai dan juga infiradi. Setiap malam yang penulis dapat pasti, hampir kesemua ahli jemaah akan bagun bertahajud sekitar jam 3.00 pagi. Tidak ada seorang pun yang tercicir. Dalam jemaah tersebut terdapat 5/6 orang muda dan boleh berbahasa Inggeris. Pernah penulis bertanya kepada mereka bagaimana tertib usaha di Peshawar (ketika itu bertebung dengan jihad di Afganistan) kata salah seorang ahli jemaah kepada penulis bahawa mereka ada tertib khusus yang di benarkan oleh Elders Nizamuddin iaitu 4bulan belajar madrasah, 4bulan berjihad di Afghanistan dan 4bulan keluar di Jalan Allah (keluar Tabligh). Bagi yang berkeluarga 4bulan belajar madrasah diganti dengan 4bulan bersama keluarga.

Jemaah mereka adalah jemaah satu tahun dan kedatangan mereka ke Malaysia adalah transit sementara untuk ke Indosesia selama 4bulan dan untuk mendapat visa di Malaysia untuk ke Saudi mengerjakan haji setelah pulang dari Indonesia. Setelah pulang jemaah ini berusaha di sekitar Terengganu untuk beberapa waktu dan akhir sekali kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi mengerjakan haji. Mereka terkesan dengan nusrah dari rakan seusaha di Ceras dan memutuskan kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi. Lagi sekali penulis dan rakan-rakan di Ceras nusrah jemaah ini. Namun kali ini cerita sensasi di atas menyebabkan ramai rakan-rakan seusaha di sekitar Kuala Lumpur datang menziarahi dan bertanya kebenaran mimpi TGHH.

Penulis mengambil kesempatan bertanyakan hal berkenaan kepada maulana berkenaan. Ceritanya memang betul jemaah tersebut telah masuk untuk 3 hari di Masjid Rusila yang sebelum ini belum pernah Jemaah Tabligh masuk. Apatah lagi sekitar tahun 1993 TGHH pernah berceramah yang ceramahnya agak keras menghentam jemaah. Sehingga ketika itu keset-kaset ceramah tersebut laris di jual di pasar malam dan juga di jual di hadapan masjid India pada tajuk “Jemaah Tabligh Dan Penyelewengannya” . Selepas di khususi, tajuk itu ditukar kepada “Jemaah Tabligh Dan Amalanya”. Kata maulana itu lagi bahawa beliau malu kerana bajunya agak berbau namun di peluk erat oleh TGHH. Begitu juga dengan ahli jemaah yang lain. Selama tiga hari di Masjid Rusila TGHH mengosongkan kuliah beliau dan membenarkan jemaah memberi bayan.Memang pun TGHH bermimpi Nabi saw sebagaimana cerita di atas.

Selepas beberapa hari di Ceras jemaah tersebut berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Tahun yang sama penulis beserta dengan abang dan rakan seusaha di kampong Kedah serta rakan seusaha di Kuala Lumpur telah dipileh oleh Allah swt untuk menegrjakan haji. Ketika berada di Tanah Suci sekali lagi penulis berjumpa dengan maulana berkenaan yang sedang memberi “dakwah infradi” kepada beberapa orang Arab di ruang legar Masjid Nabi saw. Patutlah jemaah ini menjadi asbab TGHH bermimpi Nabi saw kerana amalan mereka sememangnya “HEBAT”.

Wallahu’alam.

Asbabun Nuzul Hukum Zihar



Satu ketika Saidina Umar r.a sedang berjalan di Madinah tiba-tiba dia disekat oleh seorang wanita tua lalu wanita itu memberi beberapa nasihat kepadanya. Kata wanita tua itu, “Wahai Umar aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar sewaktu kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kamu dikenali dengan panggilan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah swt mengenai hal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia kan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Dia berkata demikian di hadapan Umar r.a yang mana ketika itu adalah seorang Amirul Mukminin. Umar r.a mendengar dengan penuh perhatian sambil menundukan kepalanya.

Al-Jarud al-Abdi yang bersama dengan Umar r.a ketika itu menegur perempuan tua itu dengan katanya,” Kamu telah lama bercakap-cakap dengan Amirul Mukminin wahai wanita tua.” Umar kemudian menegur Jarud dengan berkata, “Biarkan dia….tahukah kamu siapa wanita tua ini? Beliau adalah Khaulah binti Tsa’labah yang Allah sendiri mendengar perkataannya di langit yang ketujuh, apatah lagi Umar sepatutnya lebih mendengar perkataannya. Di dalam riwayat yang lain Umar r.a berkata,” Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasihatnya kepada aku hingga ke waktu malam sekali pun maka aku tidak akan berpaling sehingga beliau selesai apa yang dikehendakinya, kecuali sampai waktu solat maka akan akau berhenti bersolat dan kemudian akan kembali mendengar nasihatnya hingga selesai ia bercakap.”

Wanita tua itu adalah Khaulah binti Tsa’labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau dilahirkan sebagai wanita yang fasih dan cerdik. Beliau telah berkahwin dengan Aus bin Samit bin Qais, iaitu saudara lelaki Ubadah bin Samit r.a. Hasil perkahwinan dengan Aus inilah beliau dikurniakan seorang anak laki-laki yang bernama Rabi’.

Satu ketika suaminya Aus bin Samit dalam keadaan marah telah berkata,” Engkau bagiku seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus pun keluar setelah mengatakan kalimat tersebut dan kemudiannya pulang dan berhajat untuk menggauli Khaulah. Atas kesadaran hati dan kehalusan perasaan, Khaulah menolak permintaan Aus hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah Islam itu. Khaulah berkata pada suaminya, Aus, “Tidak…jangan! Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh mengauliku atas apa yang engkau telah ucapkan sehingga Allah dan Rasulnya memutuskan hukum tentang peristiwa yang berlaku ke atas kita.”

Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu duduk di hadapan Nabi saw dan menceritakan apa yang telah berlaku lalu meminta hukum dari Nabi saw. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah terjumpa hukum berkenaan hal ini… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”

Wanita mukminah ini mengulangi ceritanya kepada Nabi saw serta kesan yang akan menimpa dirinya dan anaknya jika ia bercerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.

Selepas daripada itu beliau sentiasa berdoa menadah tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersembunyi kesedihan dan kesusahan. Sambil menangis-nangis beliau berdoa kepada Allah dengan berkata,”Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepadaMu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.

Kesan dari doa wanita yang solehah ini akhirnya Allah swt menurunkan wahyunya kepada Nabi saw lalu Nabi pun mengkhabarkan kepada Khaulah dengan katanya,”Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan wahyu tentang masaalah kamu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (ertinya), “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang mengajukan masaalanya kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan [halnya] kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,…sampai firman Allah: “dan bagi orang-orang kafir ada siksaan yang pedih.”(Al-Mujadalah:1-4)

Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan) Zhihar dengan katanya,” Perintahkan kepadanya (suami Khaulah) untuk memerdekan hamba.” Jawab Khaulah ,” Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang hamba yang boleh dimerdekakan.” Kata Nabi lagi,” Kalau begitu suruhlah beliau berpuasa dua bulan berturut-turut.” Namun jawab Khaulah lagi,”Demi Allah wahai Rasulullah beliau seorang yang tak mampu untuk berpuasa.’Jawab Nabi saw kembali,” Kalau begitu suruhlah dia memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.”Jawab Khaulah lagi memberia alasan,” Demi Allah ya! Rasulullah beliau tidak berharta untuk berbuat demikian” Akhir sekali kata Nabi saw,” Aku bantunya dengan separuh dan kamu bantu dia dengan separuh lagi. Maka Khaulah pun pergi untuk melaksanakannya.

Ummul mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, “Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang megadu masaalahnya kepada Rasulullah saw, dan meminta hukum dari Nabi saw sedangkan aku berada dibalik dinding rumahku dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah…” (Al-Mujadalah: 1)

Targhib:

Di dalam kerja masturat (keluar bersama isteri) kita hendak ujudkan satu sifat kepada ahlia (isteri) kita agar mengadu dan meminta hanya pada Allah. Selain itu agar segala masaalah di dalam rumahtangga kita diselesaikan dengan perataraan amalan serta doa kepada Allah. Alangkah indahnya kalau ahlia (isteri) kita bersifat dengan sifat begitu yang ada pada para-para sahabiah r.hum

Wallahu’alam.

(Rujukan: Buku Mengenal Shahabiah Nabi SAW., karya Mahmud Mahdi al-Istanbuly dan Musthafa Abu an-Nashar asy-Syalaby, h.242-246, penerbit AT-TIBYAN)

Tuesday, July 21, 2009

Antara Ijtimak Malaysia 1982 Dan Ijtimak Malaysia 2009


Aku masih ingat lagi sewaktu akan diadakan Ijtimak Malaysia 1982 yang ketika itu jemaah demi jemaah dikeluarkan sebelum ijtimak. Aku termasuk dikalangan mereka-mereka yang menyambut takazar keluar 40 hari sebelum ijtimak. Kami keluar di sekitar kawasan Raub, K.Lipis dan Benta , Pahang. Keseronokan untuk buat usaha jelas kepada setiap karkun berlebih lagi bila elders Nizamuddin akan turut hadir di Ijtimak berkenaan. Hadratjie Maulana Inamulhassan, Maulana Umar Palampuri, Maulana Ahmad Lat, Maulana Izhar, Maulana Ibrahim dan beberapa orang lagi Mukimin Nizamuddin turut serta hadir.

Usaha sebelum ijtimak hampir seperti yang kita buat untuk Ijtimak Malaysia 2009 yang lalu cumanya ketika itu penentangan usaha begitu kuat dikalangan masyarakat. Masih juga aku ingat, aku , Hj.Baharuddin Ali, Abdullah Kg.Baru (dah arwah), Ramli Bandaraya (sewaktu itu baru keluar 3 hari) ditangkap polis ketika kami buat s’cond ghast di Flat Kg.Padang, Kg.Baru. Huru hara jadinya kat flat tu. Seluruh penduduk keluar menyaksikan ‘pengikut ajaran sesat’ ditangkap polis. Kami dibebaskan sebaik sahaja maklumat peribadi diambil oleh pihak polis. Namun pihak polis memohon maaf apabila mendapati Hj Baharudin Ali adalah salah seorang lawyer terkenal sewaktu itu.

Sesetengah rumah lansung tak membuka pintu pagar ketika usaha ghast dibuat malah ada yang mengherdik dan menghalau kami. Malah ketika keluar 40 hari sebelum ijtimak lagi mujahadah, ada ahli jemaah kami dikejar dengan parang ketika ghast. Bayangkanlah dengan kain pelikat berlari ketika dikejar. Aku sendiri ketika buat ghast di satu kawasan surau di Raub diajukan dengan senapang patah. Berpeloh seluroh anggota badan dibuatnya. Namun alhamdulillah tidak ada sedikit pun perasaan putus asa dikalangan karkun malah bertambah bersemangat untuk meneruskan usaha yang mulia ini. Istimewa waktu itu perahan airmata cukup mudah. Apa tidaknya asyik menangis je ahli jemaah. Keluar ghast doa menangis, lepas bayan doa menangis, sebelum tidur selepas Solat Taubat menangis, dalam taklim pagi menangis, apa lagi selepas Solat Tahajud dan Hajat di waktu Sahur lagi le banyak menangis. Hampir semua ahli jemaah akan bangun dan menangis ketika berdoa. Waktu hening pagi tu hanya kedengaran tangisan ahli jemaah. Mungki juga kerana ketika itu tidak ada apa-apa “kabel” seperti sekarang. Sekarang ini macam-macam “kabel” dengan orang atasan. Lagi pun ramai karkun dah jadi orang-orang besar, pengarah kat situ pengarah kat sini. Dato kat situ dato kat sini dan ramai karkun dah kayaraya. Waktu itu tak ada sebarang “kabel” namun ada “codeless” lansung berhubong dengan Allah swt, mengadu dengan Allah dengan perahan airmata.

Kat Markaz Masjid India waktu itu pun begitu, bila malam markaz pasti akan kedengaran suara tangisan ramai sekali di waktu Sahur. Selepas Solat Suboh kami akan membaca Yaasin sebelum Bayan Suboh. Selepas Yaasin akan berdoa beramai-ramai untuk kejayaan ijtimak. Seingat aku waktu itu karkun cukup satu hati, masing-masing kami mengenali di atara satu dengan yang lain. Cukup berkasih sayang dan berlapang dada. Indah sekali usaha agama waktu itu. Tidak ada “Hubud Dunya”,“Hubbud Raisah”,”Hubud Jah” dan “Hubud Taqadum”. (Maaf bukan semua begitu, segelintir sahaja namun masih banyak yang ikhlas. Biasalah bila usaha telah maju begitulah keadaannya.)

Hasilnya bila karkun ketika itu bersifat begitu, banyak jemaah yang dikeluarkan sebelum dan selepas ijtimak berdasarkan peratus bilangan yang hadir waktu itu. Selepas dari itu banyak jemaah dikeluarkan khususnya 4 bulan IPB. Peningkatan usaha tempatan bertambah. Istimewa lagi madrasah hafiz pertama ditubohkan oleh jemaah di Kubang Bujuk,Terengganu yang sebelum ini seingat aku belum ada madrasah tahfiz yang dibina. Kemudian diikuti oleh setiap negeri membina madrasah tahfiz masing-masing.

Khemah ijtimak tidaklah secanggih sekarang , ianya dibuat dengan buluh, malah tempat menginap Hadratjie dan elders kita hanyalah berdingdingkan buloh, beratapkan nipah dan rumbia serta katil kayu yang dianyam tali ala India/Pakistan. Aku sekali pernah masuk melihatnya ketika menjadi sekuritu beberapa hari sebelum ijtimak.

Sambutan Pembesar Negara di atas usaha teramat pudar. Ramai yang belum faham lagi usaha ketika itu. Mungkin juga ketika itu kita kekurangan khawas di dalam usaha ini. Yang ada waktu itu adalah Dato Pakjang Haris, Tn Hj.Muda Terengganu dan TG Hj.Salleh Penanti. Usaha atasan begitu kurang selain jemaah ditohmah begitu dan begini serta dianggap sesat oleh berbagai gulongan. Hasilnya rombomgan Hadratjie dan elders ditahan begitu lama di Airport serta berbagai lagi karenah sehingga mendatangkan kemarahan elders.

Habis ijtimak, Hadratjie singgah di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum berangkat pulang. Tiada program di Indonesia dan Philipina. Usaha tersangat baru di Indonesia dan Philipina. Negara yang baru berkembang di rantau ini ketika itu adalah Thailand. Sewaktu itu Ustaz Mahmud Yala baru pertama kali keluar 4 bulan. Singapura pula waktu itu masih bersama Malaysia di dalam usaha ini malah ramai karkun di sana akan keluar di Malaysia seperti negeri-negeri lain. Sewaktu singgah di Kuala Lumpur Hadratjie menginap di Kg Baru di rumah Hj.Baharuddin Ali marhalah Masjid Kg.Baru ianya juga marhalah kedua aku selepas Segambut Luar ketika aku tinggal di Kuala Lumpur. Disebabkan Hadratjie menginap di Kg.Baru,semua karkun Kg.Baru mengambil peranan untuk khidmat. Sekali lagi aku dengan beberapa teman bertugas sebagai sekuriti. Bayan Maghrib pertama di Masjid Kg.Baru disampaikan oleh Maulana Umar Palampuri dan diterjemahkan oleh Utz. Wan Ubaidullah Pensyarah UTM ketika itu. Kehadiran ahli jemaah alhamdulillah memenuhi masjid dan membuka sedikit salah faham sesetengah penduduk setempat dengan usaha yang mulia ini.

Malam seterusnya Hadrajie memberi Bayan Nasihat khas untuk karkun Kuala Lumpur di Markaz Masjid India. Setahu aku semua karkun Kuala Lumpur waktu itu hadir di dalam program itu. Penghujung dari program malam itu adalah majlis angkat nikah yang dinikahkan sendiri oleh Hadratjie. Seingat aku angkat nikah pertama Saudara Ziaraq Khan dan yang kedua adalah Cik Gu Mohd Amir Syura Seremban. Kata-kata Hadratjie yang masih aku ingat sampai sekarang adalah bahawa beliau bersumpah tidak akan datang lagi ke Malaysia. Ini mungkin layanan pemerintah serta kesusahan yang ditangung ketika masuk ke Malaysia di Airport Subang.

Selepas beberapa tahun sekitar tahun 1993/4 Hadratjie singgah di Singapura sepulangnya beliau dari Ijtimak Mellborn, Autralia. Disebabkan singgah di Singapura maka Syura Malaysia menjemput beliau untuk singgah di Malaysia. Ketika berbual dengan karkun Sg.Besi aku khabarkan kepada mereka bahawa aku begitu yakin bahawa hadratjie tidak akan datang lagi ke Malaysia disebabkan beliau pernah bersumpah di Masjid India. Sangkaan aku memang tepat beliau menolak jemputan Syura Malaysia dengan baik sehinggalah beliau wafat beliau tidak pernah datang kembali ke Malaysia.

Hari ini segala-galanya telah berubah Ijtimak Malaysia 2009 baru-baru ini membuktikan perubahan yang besar ke atas pemimpin atasan kita. Orang-orang atasan kita telah mula berubah. Kesemuanya menyukai jemaah. Malah menganggap usaha ini adalah usaha kita bersama, samaada ianya keluar dari mulut Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri Agama, Menteri DJPM, Wakil Pemimpin PAS-Dato Hassan Ali, DS Anuar Ibrahim dan MB Selangor wakil PKR, YDP ABIM dan lain-lain. Perubahan ini menyukakan Elders kita khususnya Maulana Saad dan Maulana Zubir d.bhum. Ianya juga membuka banyak mata untuk orang atasan, pertengahan dan juga bawahan. Perhimpunan yang julung-julang kali begitu besar kehadirannya serta kemudahan infrastruktur yang menyenangkan banyak pihak.

Kini yang tinggal hanya khemah-khemah yang akan diruntuhkan. Ijtimak telah pun berlalu, jemaah telah pun keluar berpusu-pusu. Tetamu luar negara telah pun sedikit demi sedikit meninggalkan Malaysia. Yang tinggal hanyalah kenangan. Apakah kenangan ini akan berulang kembali. Ianya memerlukan usaha dan doa kita bersama. Meningkatkan usaha tempatan bagi yang akan keluar ujung tahun serta mereka yang telah selesai keluar. Bagi mereka yang sedang keluar berusaha mengeluarkan seberapa banyak jemaah di setiap tempat.

Semuga Allah swt kekalkan kita serta memileh seluruh umat untuk maksud usaha yang mulia ini.

Wallahu’alam

Thursday, July 16, 2009

9 orang Kristian ditahan di UPM


kemaskini 6.30pm

Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.

Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu.

Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.

Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.

(Sumber Malaysiakini.com)

Targhib:

Kata Maulana Elyas rah "Apabila dakwah di tinggalkan pasti sekurang-kurangnya tiga perkara akan berlaku:

a ) Akan berlaku perlanggaran Syariah dikalangan orang-orang Islam (Solat,puasa dll akan ditinggalkan)

b ) Berlaku kemurtadan dikalangan orang-orang Islam yang lemah imannya.

c ) Orang-orang kafir memusohi dan membenci orang-orang Islam.(Hilang ketakutan di hati orang-orang kafir terhadap Islam)".

Kisah di atas sudah cukup untuk kita tidak berlepas tangan untuk menjadikan kerja dakwah sebagai kerja utama kita.Inilah saranan ulama-ulama ketika Ijtimak Malaysia 2009 beberapa hari yang lalu.

Untuk semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Politik Islam, Badan-Badan Islam "SEKARANG BUKANNYA MASA UNTUK KITA MENGHINA DAN MENCACI SESAMA ISLAM"

Ambillah ikhtibar dari berita di atas, perahlah airmata kita di waktu Tahajud. Kasihanilah ummat yang sedang menderita. Yang telah menjadi "Anak Yatim Piatu" namun tiada yang mahu pungut.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun"

Monday, July 13, 2009

Satu Jawapan Setelah Pulang Dari Ijtimak 3 Hari.



(Di Bawah Ini Saya Letakan Satu Tulisan Sebagai Menjawab Isu Jemaah Tabligh Di Tranungkite.com Oleh Salah Seorang Rakan Seusaha)

TABLIGH SINCE 1978

Assalamualaikum wbt

Setelah 3 hari berkampung di Nilai bersama 4 anak lelaki Abu basyir yang Hafiz al-Quran., baru hari ini abu basyir sempat jengok Teranungkite..thread ni nampaknya hebat sambutan luahan pendapat.

Dibaca dengan hati terbuka.Izinkan Abu Basyir menulis dan bacalah tulisan ini dengan hati terbuka.InsyaAllah Abu Basyir tulis seikhlas hati dari pengalaman dalam Tabligh 30 tahun. Dari seorang yang TIDAK cermat menjaga solat kemudian di rayu oleh pelajar senior Tabligh untuk solat dan Alhamdulillah hari ini Abu Basyir amat berusaha mencari fardhu di Mesjid/surau. Berdiri dibelah kanan Imam dan mendapatkan Takbir Ula. Selesai solat merasa takut dan harap.

Permulaan ayat bukan hendak menunjuk2 yang kesemua anak lelaki Abu Basyir Hafiz Al-Quran tetapi untuk menunjukkan kurniaan Allah dan asbab menghayati kesan pimpinanTabligh. Syukur juga 3 anak perempuan Abu Basyir juga hafizah Al-Quran dan sentiasa berpurdah.

Setiap hari Abubasyir mengadakan majlis ilmu masail dan fadhail di rumah bersama anak isteri.Anak lelaki Abu Basyir akan ke Syria untuk mendalami ilmu agama.

Niat Abu Basyir ialah agar dapat mati dalam keredhaan Allah. Mati mengucap 2kalimah syahadah.

Apa yang Abu Basyir dapat dalam Tabligh selepas 30 tahun?

1. Menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya.
Cuba mentaati SEMUA perintah Allah dan cuba menghayati SEMUA sunnah Rasulullah saw sehingga berjumpa batu dijalanan Abu basyir akan buangkan kerana ia bakal menyusdahkan orang lain.

2. Abu Basyir akan menjaga solat berjemaah 5 waktu dan cuba beristiqamah dalam solat sunat Dhuha, Awabin, Tahajud, Tasbih ,witir dan lain-lain solat sunat.

3. Abu basyir akan hadir kuliyyah ustaz2, beli kaset TGHH dan TGNA
dan semua ulamak-ulamak. Sebab ulamak Tabligh ARAHkan kami belajar ilmu masail dari ulamak2 tempatan.

Abu Basyir membaca kitab2 fadjail amal kelauran Tabligh dan lain2 kitab juga seperti Tanbighul Ghafilin, Ihya Ulumuddin, Duratun Nasihin, Al Jawaharil Mauhub, sirah salikin, Al-Hikam dan lain-lain.

4. Abu Basyir amat menyayangi SEMUA umat manusia. Sentiasa mendokan agar SEMUA orang diberi hidayat. Mengasihi kanak-kanak, anak yatim, menghormati orang tua-tua, jaga hubungan dengan jiran walaupun kafir. Menunaikan hak orang Islam dan tidak mengambil hak mereka. membantu orang susah, janda dan anak yatim. Zakat , Abu basyir bagi direct ke tangan orang susah. Orang mukmin yang terbaik ialah yang paling banyak manafaat kepada orang lain. Abu basyir TIDAK akan membuang sampah merata-rata dan tidak akan langgar lampu merah. Membantu khidmat kenduri kendara jiran PAs dan jiran UMNO.

5. Abu Basyir sedaya upaya dalam kelemahan melakukan amal dengan niat mencari redha Allah. Kadang terasa ingin dipuji tetapi segera beristighfar kerana menyedari hanya amalan yang ikhlas diterima Allah.

6. Abu Basyir kini nekad untuk berkorban apa sahaja untuk agama yang suci murni ini. Korban diri dan harta untuk agama. Semoga Allah pilih Abu basyir mati syahid. Di Malaysia, Abu Basyir terlibat dengan aktiviti Tabligh yang berusaha pujuk rayu umat Islam agar kembali kepada perintah Allah dan sunnah Rasulullah. kerja dibuat dengan hikmah dan kasih sayang. tidak berkefrontasi dengan sesiapa. Untuk membina surau Abu Basyir dapatkan sebahagian besar dana dari rakan-rakan Tabligh.
Di surau Abu Basyir orang PAS dan UMNO makan sedulang. Kami amat berkasih sayang antara satu sama lain. Abu Basyir MENYOKONG semua gerakan ISLAM.

Di peringkat global Abu Basyir pernah bertabligh ke Indonesia, Thailand, Singapura, Sri Langka, India, Pakistan dan Saudi Arabia. Doa Abu Basyir " Ya Allah jangan matikan saya sehingga seluruh negara saya jelajahi menyebarkan agamaMU"

Kawan-kawan Abu Basyir berkat usaha Tabligh berada si SELURUH dunia.
Terlalu banyak untuk dikongsi pengalaman semasa bertabligh meninggikan kalimah Allah.

Sukacita dimaklumkan kami TIDAK pernah mengajak orang kepada TABLIGH TETAPI mengajak manusia hanya kepada ALLAH.

Terakhir ingin juga merakamkan kesedihan atas tulisan CrayonSinChan yang tulisannya bercampur antara benar dan fitnah. InsyaAllah kelemahan yang tuan tonjolkan akan diperbaiki dan semoga diampunkan oleh Allah swt dan bagi fitnah yang saudara tuliskan semoga Allah mengampuni tuan.

Selepas ijtimak Malaysia ini dalam bulan ini juga akan diadakan

ijtimak Filipina
ijtimak Indonesia
Ijtimak Singapura

Abu Basyir

(Semoga ianya memberi iktibar dan menafaat, Insyaallah)

Sunday, July 5, 2009

ATURCARA IJTIMAK MUSLIMIN MALAYSIA


( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.
( Info Dari KRENMAUT )

Thursday, July 2, 2009

TSUNAMI KEDUA 22 JULAI 2009 ?



Semalam penulis menerima e-mail menceritakan akan berlaku Tsunami kedua secara besar-besaran malah dijangka lebih dasyat dari yang pertama dulu. Tsunami yang kedua ini dijangka akan berlaku pada 22 Julai 2009 Jam 3.00 ptg mengikut waktu tempatan Jepun. Ianya bermula dengan kadar 5+ gerakgempa dan diikuti dengan Tsunami sekitar jam 5.00 ptg dan jam 7.00 malam. Kejadian Tsunami ini di jangka akan bermula di Lautan Pasifik sehingga Tenggara Jepun. Ianya dijangka mengenai pulau-pulau di Barat Daya Jepun, Indonesia serta kepulauan di New Zealand. Tempat-tempat yang terkena Tsunami dengan dasyatnya adalah Indonesia,Taiwan dan Selatan Jepun.

Kalaulah betul apa yang diramalkan maka ketika yang sama kita telah pun membuat sesuatu yang terbaik untuk menghindari bala bencana dan musibah ini dengan cara yang terbaik berdasarkan kalam Rasul saw yang paling benar sebagaimana sabdaannya :-

“….dan cegahlah bencana yang datang dengan “Doa” kerena doa dapat menghilangkan penderitaan yang diturunkan dan dapat mencegah bencana yang akan datang”.(Dari Ubadah bin Samit r.a : Fadhilat sedekah)

Cara yang yang penulis maksudkan ialah pada tarikh-tarikh berkenaan adalah Ijtimak Muslimin di Malaysia. Philipina, Singapura dan Indonesia. Bermula di Malaysia pada 9 Julai 2009 dan berakhir pada 22 Julai 2009 di Indonesia. Kemuncak Ijtimak “Doa” akhir dan ribuan jemaah akan dikeluarkan.

Insyaallah, Semuga kita semua dapat hadir dan keluar selepas Ijtimak.

Program Kuliah Julai 2009


2 Julai 2009 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Cempaka Fasa1
3 Julai 2009 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Oked
4 Julai 2009 (Sab) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rose Mewah/Cempaka 2
5 Julai 2009 (Ahd) : Kuliah Hadith Tmn Desa Melor.
6 Julai 2009 (Isn) : Kuliah Zohor MAS Hanger KLIA
6 Julai 2009 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 15 Tmn Seri Pagi.

7 Julai 2009 (Sel) : Kuliah Hadis Tmn Rose Mewah/Cempaka 2
8 Julai 2009 (Rab) : Ke Tapak Ijtimak Muslimin KLIA Quarters.
12 Julai 2009 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Dato Wan, Ampangan
13 Julai 2009 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Gadong Jaya
14 JuLai 2009 (Sel) : Kuliah Hadis Tmn Rose Mewah/Cempaka 2
16 Julai 2009 (Kha) : Kuliah Bulanan Masjid Bandar Baru Senawang.
17 Julai 2009 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Matahari Height

18 Julai 2009 (Sab) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rose Mewah/Cempaka 2
18 Julai 2009 (Sab) : Ceramah Israk Mikraj Tmn Anggerik.
19 Julai 2009 (Ahd) : Kuliah Suboh Bulanan Masjid Bongek, Rembau.
19 Julai 2009 (Ahd) : Ceramah Israk Mikraj Garden Home Fasa F.
20 Julai 2009 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 15 Tmn Seri Pagi
21 Julai 2009 (Sel) : Kuliah Hadith Tmn Rose Mewah/Cempaka 2
23 Julai 2009 (Kha) : Kuliah Bulanan Pengasih, K.Lumpur.

24 Julai 2009 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height
25 Julai 2009 (Sab) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rose Mewah/Cempaka
25 Julai 2009 (Sab) : Israk Mikraj Surau Ibrahim G/Home Fasa E
26 Julai 2009 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Tuanku Pn.Chik, Bahau.
27 Julai 2009 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.15 Tmn Seri Pagi.
28 Julai 2009 (Sel) : Kuliah Hadith Tmn Rose Mewah/Cempaka 2
30 Julai 2009 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Jasmine, Senawang.

Nota : Sekiranya Ada Perubahan Akan Dimaklumkan Kemudian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin