Akhbar Metro hari memuatkan berita dari Daily Mail perbezaan
ketara di dua perhimpunan Penduduk Kristian
di sekitar kawasan Canon Street dan di Cable Street, iaitu di Gereja St
George-In-The-East dan Gereja St Mary’s
berbanding dengan perhimpunan Jumaat penduduk Islam di sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune
yang hanya beberepa meter dari kedua-dua gereja berkenaan.
Mengikut bancian 2011 sejumlah 33.2 juta penduduk di England
dan Wales menganggap diri mereka Penganut Kristian. Namun kehadiran pada
perhimpunan mingguan begitu hambar sekali sekitar 15 ke 20 orang Penganut
Kristian berbanding ribuan yang hadir pada Solat Jumaat bagi Penganut Islam.
Bagi tempoh 10 tahun jumlah Penganut Kristian telah menurun
sedangkan pada waktu yang sama jumlah Penganut Islam makin bertambah. Hasilnya
ramai permerhati mengandaikan bahawa Kristian akan menjadi “Agama Silam” dan
dijangkakan bahawa Islam akan menawan Britain.
Bagi penulis bukan sekadar Britain yang akan di tawan oleh
Islam malah seluroh Eropah akan jatuh ke tangan Islam. Beberapa tahun lepas
terdapat satu kajian berkaitan “Mapping the Global Muslim Population” yang
dibentangkan di dalam “ Forum on Religion & Public Life” yang mana hasil
kajian mengejutkan pemimpin-pemimpin Barat. Mengikut kajian tersebut jumlah
penduduk Islam Eropah meningkat begitu ketara sehinggakan mereka mengandaikan
bahawa negara yang pertama yang akan dikuasi Islam adalah Belgium. Belgium
dijangka akan dikuasai Islam sekitar tahun 2018 manakala Perancis sekitar 2023. Malah seluroh Eropah
akan dikuasai sepenuhnya oleh Islam pada 2050.
Kalau betul sebagaimana andaian sesetengah penulis Islam
bahawa bermula 2013 tahun ini sehingga 2020 akan ada perubahan pada dunia dan
khususnya pada Dunia Islam maka penguasaan Islam bukan sekadar Eropah malah
seluroh dunia mungkin lebih cepat.
Di sisi kita teruskan dakwah dan taklim dan pengeluaran Jemaah
ke seluroh dunia. InsyaAllah.
Wallahulam.
1 comment:
Assalamualaikum ustaz,
Tetapi tidak di tempat negara kita ustaz. Solat berjemaah masih sekita 5-10 peratus. Salah saya tak buat usaha.
Post a Comment