MAKLUMAN :


widgeo.net

Sunday, March 31, 2013

Kumpulan Panji Hitam Langkasuka



 
Baru-baru ini penulis terbaca di dalan "Tranung kite" satu posting yang dibuat oleh ustaz Alexanderwathern
 bekas karkun yang tak silap saya pernah keluar 40 hari bersama-sama karkun Pokok Asam, Taiping Perak
tahun 80an dulu. Hasil pengamatan beliau maka beberapa ciri-ciri kumpulan dan Pemuda Bani Tamin " itu


1.      Pemuda Bani Tamim lahir di Malaysia.
2.      Jemaahnya iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah dibentuk.
3.      Jemaahnya sudah dibai’ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. 3 hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia.
4.      Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara.
5.      Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II. Dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi.
6.      Mereka boleh berhubung dengan arwah Tok Kenali.
7.      Majlis mereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.
8.      Majlis-majlis mereka ada yang dihadiri oleh Wali-wali Songo/Sembilan, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan.
9.      Jemaah mereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist.
10.  Raja Langkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi Muhammad. Juga berketurunan Nabi Ibrahim campur keturunan Nabi Sulaiman, iaitu satu kaum yang dikatakan hilang dalam sejarah.
11.  Mendakwa ada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya. (Sesiapa yang ada masa bolehlah buat semakan tentang hadis-hadis ini).
12.  Dalam salah satu majlis mereka berlaku “keajaiban dari langit”.
13.  Sebagai bantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York.
14.  Pihak Pesuruh & Pengikut Dajjal sudah mengesahkannya 5/10/12 surat pengesahan dan peralihan kuasa ekonomi kepadanya. (*Apa yang disah dan siapa yang mengesah itu tidaklah saya ketahui).
15.  Bermula 1 Muharram 1434, Jemaah mereka sudha mula bergerak dari masjid ke masjid, bermula dari negeri Kelantan.
16.  Mereka akan sampai kepada Yang Dipertuan Agong dalam masa terdekat.
17.  Beberapa orang karkun (ahli Jemaah Tabligh) sudah menjadi pengikut Raja Langkasuka ini.

Untuk maklumat detail sila layari link ini : 


Komen Penulis :

Sebagaimana tulisan saya di dalam beberapa posting yang lama di dalam blog ini ada kaitan dengan Pemuda
Bani Tamin ini. Maksud penulis, untuk tahun-tahun kebelakangan ini kita akan kedengaran berita-berita tentang pengakuan mereka-mereka yang mengaku Imam Mahdi dan juga yang akan mengaku Pemuda Bani Tamin. Tujuan komen ini dibuat kerana pada perkara yang terakhir pada no.17 itu menunjukkan bahawa terdapat beberapa orang Karkun yang menjadi pengikut beliau. Bukannya apa dibimbangi Jemaah Tabligh yang akan menjadi sasaran fitnah oleh masyarakat dengan sebab segelintir yang terlibat.

Bagi penulis siapa sahaja yang membuat pengakuan Imam Mahdi atau Pemuda Bani Tamin atau apa-apa tokoh berkaitan misti disuluh oleh ilmu dan pandangan ulama. Di sini bagi para Karkun semistinya mendapat pandangan peribadi atau Ijtimae dari ulama/elders di Nizamuddin. Ini kerana kekadang urusan sebegini kita tidak mampu menilai dengan ilmu kita serta cahaya kerohanian yang pudar ini melainkan pandangan ulama/elders. Ulama-ulama ini kita sedia maklum bahawa mereka ini sememangnya alim dan menghafal ribuan hadis selain menghafal Al-Quran serta alim 4 mazhab. Mereka juga adalah syeikh tariqat muktabar serta mengarang beberapa kitab agama. Maka pandangan mereka serta keputusan mereka adalah terbaik.

Sebagaimana kaca dan permata tidak boleh dikenal oleh orang biasa begitulah juga dengan urusan keagamaan ini. Penulis tidak bermaksud merendahkan pandangan ulama setempat atau pun bersifat ghuluw dengan ulama India namun urusan sebegini biarlah "pakar" sahaja yang akan menilai dan membuat keputusan. Di sisi kita teruskan usaha macam biasa di dalam kerja agama sebagaimana yang digariskan oleh mereka.

Wallahualam.
















Jadual Kuliah April 2013




01 April 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Yusof Teh, Pedas
02 April 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2
03 April 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
04 April 2013 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2 Tmn Gadong Jaya
05 April 2013 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
06 April 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2

07 April 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
07 April 2013 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Desa Melor
08 April 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih, K.Lumpur
09 April 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2
10 April 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
11 April 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah

12 April 2013 (Jum) : Kuliah Hadis Bulanan Tmn Kiambang
13 April 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
14 April 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Pinggiran Senawang
15 April 2013 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rembau Utama
16 April 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2
17 April 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang

18 April 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Seri Pulai
19 April 2013 (Jum) : Kuliah Bulanan Surau Hj. Musa BSS
20 April 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
21 April 2013 (Ahd) : Kuliah Maghrib Tmn G/Home F
22 April 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
22 April 2013 (Isn) : Kuliah Maghrib Tmn Pinggiran Senawang

23 April 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen  Al-Amin Cempaka 2.
24 April 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
25 April 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Al-Qudwah G/Street Home
26 April 2013 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Lavender Height
27 April 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
28 April 2013 (Ahd) : Program 3 Hari Surau Al-Amin

29 April 2013 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.7 Hanger 6, KLIA
30 April 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen  Al-Amin Cempaka 2.

Note : Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian, Insyaallah.
AJK Surau/Masjid, jika terdapat kesilapan, sila hubungi saya. 

Thursday, March 21, 2013

Indonesia Haramkan Siput Babi

MUI atau Majlis Ulama Indonesia baru-baru ini telah menfatwakan bahawa Siput Babi adalah haram dimakan. Hukam haram ini meliputi memakan dan juga memasarkan sebagai hasil pasaran di restoran-restoran dan hotel-hotel di Indonesia.Di Indonesia sipu ini dikenali sebagai Bekicot yang sememangnya laris di restoran-restoran di Indonesia. Selain dimasak berkuah ianya juga dijadikan satey untuk dimakan.

Hukum haram ini bersesuaian dengan Fatwa Jumhur Ulama Hanafiyah, Syafiyyah, Hanabilah dan juga Zahirriyah. Hanya pandangan Imam Malik sahaja yang mengatakan bahawa ianya halal jika ianya bermenafaat dan tidak mendatangkan mudarat.

Selain itu mereka juga menghalalkan Ketam Batu atau setengahnya memanggil Ketam Nipah serta juga menghalalkan Siput Sungai atau di Utara Malaysia dikenali sebagai Siput Paeh. Di Indonesia Ketam Nipah ini dikenali sebagai Kepiting. Manakala Siput Sungai dikenali sebagai Tutut.

Ketika penulis khuruj di Sulawesi Tengah di Pulai Banggai, kami juga diberi masakkan Ketam Nipah ini. Di pulau ini Ketam Nipahnya besar sehingg seberat 3/4 kg dan kekadang sampai 5 ke 6 kg. Di Malaysia Ketam Nipah ini telah difatwakan halal oleh sesetengah negeri seperti Negeri Perak. Setahu penulis fatwa halal ini telah pun dikeluarkan oleh Majlis Agama Perak ketika penulis bekerja dengan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) ketika Projek Menternak Ketam dilaksanakan.
Ketam Batu atau Nipah ini sememangnya dua alam namun fatwa kehalalannya berdasarkan banyak masanya ia berada di dalam air walaupun sesekali berada di darat. Manakala Siput Sungai pula sememangnya pun halal sejak dahulu lagi malah ketika penulis masih kecil pun ramai orang di Utara memakanya. Biasanya masak lemak dan orang Negeri Sembilan biasanya Masak Lemak Ciliapi. Siput ini cukup banyak ketika waktu awal bersawah ketika sawah diairi air.

Persoalan hukum fatwa siput dan ketam di atas tidak timbul masaalah di Malaysia kerana kita di sini berpegang kuat dengan fatwa Mazhab Syafie dan juga pandangan Syafieyah (ulama-ulama di dalam Mazhab Syafie). Berlainan dengan Indonesia yang mana fahaman Salafi/Wahabi mendominen fahaman ulama-ulama di sana. Pengalaman penulis berada di Indonesia yang hampir kebanyakkan proponsi (negeri)  penulis pernah ziarahi mendapati fahaman Salafi/Wahabi ini sememangnya mendominen pemikiran ulama di sana melainkan di kawasan Jawa Timor, Lombok dan lain-lain kepulauan sebelah Timur
 

Fatwa yang tidak konsisten ini dipengaruhi oleh fahaman yang berasal dari Timur Tengah ini dibawa oleh ulama-ulama Sumatra Barat semejak tahun 1920an lagi. Antara ulama yang mengketengahkan fahaman ini seperti K.H Sulaiman Rasyid K.H Muhammad Dahlan, HAMKA dan lain-lain. Ianya bertambak rancak apabila Gerakkan Muhammadiah menguasai sekeolah-sekolah dan pusat-pusat pendidikan di Indonesia.

Natijahnya fatwa yang tidak konsisten memberi kesan kehidupan masyarakat di sana. Selain itu fatwa Siput Babi, Fatwa Perkahwinan Campor antara Penganut Islam dan Penganut Kristian juga memberi kesan nagetif masyarakat di sana khususnya Masyarakat Islam. Fatwa ini pun tidak konsisten di sesetengah daerah di sana.

Wallahualam.



Wednesday, March 20, 2013

Jemaah I.M (Imam Muda Bukan Imam Mahdi)



Komen :

Rasanya tak mungkin jemaah-jemaah yang ada di Malaysia ini sampai ke tahap ini. Namun ada mesej yang nak disampaikan. Tengok ke muka diorang ni tak macam gengster pun. Gaya serban pun tak berapa betul lilitannya,  namun kerana terkesan dengan budaya K.L Gengster maka terbawa-bawa ke klip video ni. Yang lucunya di Jordan gengster dikuasai oleh orang Melayu.

Apa pun ianya satu usaha yang baik untuk menarik anak-anak muda yang selesa dengan budaya K.L Gengster ini untuk menonton sesuatu yang agak islamik.

Jazakallah pada yang menjayakan klip video ini khusus pelajar kita yang berada di Jordan.

Tuesday, March 12, 2013

Remaja Universiti Newcastle Meminati Bertudung





Di dalam kesibukan remaja Islam di negara-negara Umat Islam menanggalkan tudung kepala. Menjadikan selebriti barat sebagai idola serta gaya hidup sosial yang tinggi namun begitu terdapat ramai remaja barat khususnya mahasiswa Universiti Newcastle mencuba memakai tudung kepala serta berasa senang memakainya. Ramai di antara mereka berubah perspektif berfikiran negatif membenci Islam kepada berfikiran positif dan menukar gaya hidup dengan bertudung kepala.

Bagaimana ini boleh terjadi? Ini terjadi kerana usaha-usaha murni mahasiswa Islam University berkenaan mengadakan “Discover Islam Week” baru-baru ini. 

Program ini menarik ramai remaja Non-Islam kepada amalan-amalan di dalam Islam. Hasilnya Alhamdulillah setidak-tidaknya satu kefahaman terhadap indahnya Islam kepada mereka yang selama ini negatif terhadap Islam. Ramai di antara mereka mencuba memakai tudung kepala serta merasakan lebih sopan dan lebih cantik.

Namun begitu di  Negara-Negara Umat Islam seperti Malaysia, menjadi terbalik sekarang ini. Ramai pelajar dan mahasiswa telah menanggalkan tudung kepala serta mewarnakan rambut mengikut trend terkini artis barat dan artis tempatan. Ini boleh kita lihat di mana-mana IPTS dan IPTA tanahair. Sepatutnya pihak pentadbir IPTA dan IPTS melaksanakan sesuatu bagi menyedarkan siswa dan siswi tentang kepentingan bertudung serta amalan Islam itu sendiri.

Di tempat penulis mengajar, kami memastikan setiap permulaan kuliah bacaan Taklim (hadis Nabi saw) dibacakan oleh setiap pensyarah. Selian itu poster-poster keagamaan dibanyakkan di setiap ruang legar kolej dan pelajar diwajibkan menghadiri kuliah khas kerohanian.

Semoga sedikit usaha sebegini mendatangkan kembali keinginan siswa siswi kepada amalan agama serta menjadikan satu budaya yang islamik di kolej.

Wallahulam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin