Kisah Pertama
Ahmad, Al-Darimi, Al-Tabrani, Abu Nuaim dan Al-Baihaqi
mentakhrijkan secara bersama-sama dari Ibnu Abbas, Bahawa isterinya menemui
Nabi saw sambil membawa anaknya, kemudian ia berkata,
“ Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada yang tak kena pada
anakku ini yang melihat (sesuatu) ketika ia makan di siang hari dan juga ketika
makan di malam hari. Sehingga suasana kerananya (di rumah) kami menjadi kelam
kabut.”
Maka Rasulullah saw mengusap dada anak itu sambil membaca
doa baginya. Lalau anak itu muntuh dengan mengeluarkan cairan yang berwarna
hitam. Selepas itu ia kembali sedar seperti biasa.
Kisah Kedua
Ahmad, Abu Daud dan Al-Tabrani mentakhrijkan dari hadis Ummu
Abban binti al-Wazi’ dari ayahnya bahawa saudaranya pernah pergi menemui
Rasulullah saw sambil membawa anaknya yang dirasuk jin/syaitan. Maka Baginda
saw bersabda, mahfumnya,
“ Bawa dia ke mari dan tidurkan dia dengan bahunya menghala
ke arahku.”
Kemudian Rasulullah saw mengusap seluruh pakaian anak itu
dari bahagian atas sehingga bahagian bawah lalu memukul bahu anak itu dan
bersabda,” Keluarlah wahai musoh Allah.” Selepas itu anak itu sedar kembali
seperti biasa.
Kisah Ketiga
Abu Yakla, Abu Nuaim dan Al-Baihaqi metakhrijkan dari Usamah
bin Laid r.a, dia berkata , “Kami pergi bersama Rasulullah saw untuk menunaikan
haji. (Ketika sampai) di perkampongan Al-Rauha’, ada seorang wanita datang
menemui Rasulullah saw sambil membawa anaknya . Dia berkata, “Wahai Rasulullah
saw, ini adalah anakku yang tak pernah sedar semejak ia dilahirkan sehingga sekarang
ini.”
Rasulullah saw mengambil anak itu dari dukungan ibunya kemudian
menelentangnya. Baginda meludah kemulut anak itu sambil bersabda, “ Keluarlah
wahai musoh Allah. Sesungguhnya aku adalah Rasul Allah.” Kemudian baginda saw
menyerahkan kembali anak itu dengan bersabda ,” Terimalah kembali anak ini
kerana ianya sudah sihat.”
( petikkan dari kitab : Luqutul Marjan Fi Ahkamil Jan / Al-Imam
As-Suyuti )
Khulasah Dari Kisah
Di Atas
Dari kisah di atas, bolehlah kita rumuskan bahawa penyakit
berpunca dari dua sebab. Satu dari pemakanan/zahiriah dan kedua dari sebab
makhluk halus. Dari kedua-dua penyakit ini Allah swt meletakkan penawarnya.
Penawarnya juga dari pemakanan(yang nampak) dan juga ayat Quran dan doa
(sesuatu yang tak nampak).
Maknanya sesuatu penyakit yang zahir kita perlu mengubat
dengan cara zahir (ambil ubat) dan yang tidak zahir pula perlu mengambil ubat
namun dalam bentuk doa-doa dan ayat-ayat Quran. Kedua-duanya perlu kita berubat
dengan kaedah masing-masing. Kedua-dua cara ini telah ditunjukkan oleh
Rasulullah saw. Zahiriah dengan madu, hibbatus sauda’ dan lain-lain, manakala
yang satu lagi dengan ayat Quran dan doa.
Ada sesetengah orang yang kekadang berpenyakit yang
disebabkan oleh makhluk halus namun jika hanya berubat dengan kaedah zahiriah
maka sudah tentu penyakit itu tidak akan sembuh. Maka berdasar ketiga kisah di
atas membuktikan bahawa rawatan makhluk halus semistinya dengan Quran dan doa.
Jika mengunakan mentera dan jampi serapah maka kaedah itu bertentangan dengan
kaedah Rasulullah saw. Jika ini berlaku maka pesakit akan terjebak dengan
syirik dan kurafat.
Jika penyakit zahiriah kita tersalah ambil rawatan dan ubat
kita akan berdepan dengan sakit yang bertambah kronik, begitujuga dengan
tersalah ambil rawatan dengan penyakit makhluk halus ini maka sesaorang itu kan
berdepan dengan perkara yang lebih besar iaitu syirik dan kurafat.
Wallahualam.
3 comments:
Assalamualaikum, Ustaz(beside the point )apakah tindakan sunnah sebenarnya dalam menghadapi penghinaan terhadap Rasul SAW seperti yang berlaku mutakhir ini? Adakah pernah berlaku di zaman hayat Baginda@sahabat hal-hal seumpama ini?Apakah demontrasi secara brutal boleh diterima?
Assalamualaikum,
Country Boy 56,
Bagi saya cara demontrasi bukanlah cara terbaik bagi membela penghinaan atas Rasulullah saw.Namun asas yg paling utama adalah kembali kpd menghayati semula sunnah saw yg telah ditinggalkan oleh ummat. Kegagalan ini yg menyebabkan musoh rasa berani menghina Nabi saw.
Mengajak kembali ummat kpd sunnah dan memberi penerangan kpd kepentingan sunnah kpd masyarakat .Rasa saya ini yg terbaik kerana kehebatan sunnah akan lebih terserlah. Jika ini dihayati maka ketakutan akan dicampakkan oleh Allah swt di dalam hati-hati musoh Islam.
Namun begitu saya menghurmati tindakkan dan fahaman dgn cara demontrasi ini oleh sesetengah saudara kita.
Wallahualam
Assalamualaikum,
Country Boy 56,
Bagi saya cara demontrasi bukanlah cara terbaik bagi membela penghinaan atas Rasulullah saw.Namun asas yg paling utama adalah kembali kpd menghayati semula sunnah saw yg telah ditinggalkan oleh ummat. Kegagalan ini yg menyebabkan musoh rasa berani menghina Nabi saw.
Mengajak kembali ummat kpd sunnah dan memberi penerangan kpd kepentingan sunnah kpd masyarakat .Rasa saya ini yg terbaik kerana kehebatan sunnah akan lebih terserlah. Jika ini dihayati maka ketakutan akan dicampakkan oleh Allah swt di dalam hati-hati musoh Islam.
Namun begitu saya menghurmati tindakkan dan fahaman dgn cara demontrasi ini oleh sesetengah saudara kita.
Wallahualam
Post a Comment