MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, September 20, 2012

Colonel Amiruddin Saab Kembali Ke Rahmatullah

Colonel Amiruddin Saab memang tidak asing lagi bagi karkun-karkun awaleen 70an dan 80an, khususnya bagi mereka-mereka yang belajar di USA dan United Kingdom. Beliau antara para dae yang begitu gigih menjalankan usaha agama (Jemaah Tabligh) di UK,USA, Kanada dan Eropah pada zamannya. Pernah datang ke Malaysia sekitar tahun 80an beberapa kali dan seingat penulis beliau pernah datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1989 dan ketika itu beliau khuruj di Malaysia sekitar Kuala Lumpur dan penulis pernah nusrah serta membawa ahliah mendengar bayan masturat di rumah Arwah Abang Zainol RTM. Bayannya cukup memberi kesan pada ahliah penulis dan setahun selepas itu penulis dan ahliah keluar 40 hari Masturat di India.

Pada 17 September 2012, beberapa hari yang lalu iaitu bersamaan hari Isnin yang lalu pada jam 5.45 pg beliau menghebuskan nafasnya yang terakhir di Toronto,Kanada. Jenazah beliau disembahyangkan di Markaz Birchmount, Toronto/ Masjid Abu Bakar Toronto. Beliau dilahirkan di Scotland pada tahun 1922 dan menetap di Kanada. Bapa beliau berketurunan India dari galur Saidina Abu Bakar r.a, manakala ibu beliau berbangsa Scotish dan bekas seorang biarawati Kristian. Namun kemudiannya memeluk agama Islam dan menjadi wanita yang solehah.Beliau seorang dae yang begitu gigih bukan sekadar membawa saudara-saudara Islam kita di Eropah atau Amerika dekat dengan Allah, malah telah berjaya mengislamkan ribuan penganut agama Kristian ke dalam Islam.

Kematian beliau umpama kehilangan muntiara berharga di dalam Jemaah Tabligh dan masyarakat Islam Kanada Khususnya. Semoga Allah swt mencucuri rahmatnya ke atas arwah beliau.

Amin Ya! Rabal A'lameen

3 comments:

Kaki Bakar said...

Al Fatihah...

Umma-ali said...

Innalillahi wainna ilaihi roji'un...
Mmg benar nmnya sinonim dgn usaha tabligh di USA...selalu bersemangat bila dgr bayan2nya masa baru2 dpt usaha di sana...masih ingat lg bayannya, antaranya dia kata,"have u seen Badr? I've seen Badr!" mqsudnya dia pernah menyertai peperangan...dan dia selalu menyesali keadaan bapa2 saudaranya yg masih kristian pd waktu itu...semoga rohnya diRahmati Ilahi...alfatihah...

Anonymous said...

semoga karnal sab dirahmati Allah dan pengorbanannya utk agama diterima Allah. ameen

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin