MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, January 30, 2012

TG Hj.Salleh Penanti Kembali Ke Rahmatullah





Tuan Guru Hj Salleh bin Sheikh Osman Jalaluddin tuan guru di Madrasah Manabi Ul Ulum, Penanti, Bukit Mertajam atau lebih dikenali dengan Pondok Penanti telah kembali menemui Illahi pada 29 Jan 2012 di Mekah pukul 12.00 tengahari waktu Saudi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amiin!

Al-Marhum Tuan guru merupakan anak lelaki kepada ulama terkenal iaitu Sheikh Osman Jalaluddin. Beliau merupakan salah seorang Syura Jemaah Tabligh di Malaysia ini. Beliau memperolehi dua kerakyatan iaitu Malaysia dan juga Saudi. Kalau tidak salah penulis akhir tahun 1990an kerajaan Malaysia meminta beliau memilih hanya satu kerakyatan sahaja, maka beliau memilih kerakyatan Saudi. Sejak dari itu beliau hanya pulang sekali sekala, namun jika ada program Ijtimak di Malaysia beliau tidak ketinggalan akan pulang dan hadir bersama.



Penglibatan beliau di dalam Jemaah Tabligh setelah ditaskil oleh Maulana Lutfurrahman Bangladesh untuk keluar 4 bulan sekitar tahun 1970an. Namun begitu beliau telah pun bersama dengan Maulana Yusof melakukan Jualah/ghast di Mekah ketika rombongan jemaah Maulana Yusof rah datang ke Mekah cumanya belum keluar lagi ketika itu. Setelah keluar 4bulan beliau menjadi penggerak utama jemaah dan sering menjalankan jaulah khususi gulongan khawas bersama Uts Arabi Penanti ketika itu.


Kefahaman berkaitan Jemaah Tabligh di Malaysia sekitar akhir 70an dan awal 80an banyak terhasil daripada beliau. Ketika itu masyarakat kurang faham dan kurang senang dengan Jemaah Tabligh namun beliau tampil menjelaskan dan keluar beberapa hari bersama jemaah serta jaulah/ghast dari rumah ke rumah miski pun menaggung malu dan cacian.


Di sebabkan beliau adalah seorang alim maka kefahaman berkaitan Jemaah Tabligh sedikit demi sedikit terungkai di dalam masyarakat khususnya di kawasan utara semenanjung. Pertama kali penulis bertemu beliau ialah pada 1979 di Ijtimak Buloh Gading,Terengganu ketika itu penulis keluar pertama kali 40 hari. Setahun kemudian iaitu pada tahun 1980 satu Ijtimak dibuat di perkarangan Pondok Penanti. Sekali lagi penulis ikut menghadiri ijtimak tersebut bersama kawan-kawan serta beberapa orang tua dikalangan anak murid Tn. Guru Hj.Ahmad Bt6.


Kematian beliau mengeringi kematian Saudara Khalid Bhai syura Malaysia yang meninggal baru-baru ini.


Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua. Amiin!


Monday, January 16, 2012

Abu Hurairah Akhir Zaman






Hadis Nabi saw:

Hadis  1 :

Dari Abu Hurairah r.a ,dari Nabi saw bersabda,” Sesungguhnya Allah swt memiliki seratus rahmat,satu rahmat Allah turunkan di antara jin, manusia, binatang –binatang ternak dan binatang melata. Maka dengan sebab satu rahmat itulah mereka saling menyayangi dan dengan sebab satu rahmat itu pula binatang buas sayang pada anaknya. Sedangkan 99 rahmat lagi Allah swt tangguhkan untuk dikurniakan kepada hamba-hambanya di Hari Kiamat (nanti)” (H/R : Muslim)

Hadis 2 :

Dari Ibn Umar r.a dari Nabi saw bersabda,” Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya memakan serangga bumi.” (H/R : Bukhari)


Hadis 3 :

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda maksudnya,” Ketika mana seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu maka ia pun turun ke dalamnya  dan meminun air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia member anjing itu minum . Allah swt berterima kasih kepadanya (menyukai amalnya)lantas mengampunkan dosanya dan memasukkanya ke dalam syurga. Sahabt bertanya,” Ya Rasulullah ! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga? Baginda menjawab ,” Ya ! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala.” (H/R : Bukhari) 


Komentar Penulis :

Bila kita menonton klip vedio di atas terasa sebak dada betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah yang ditempiaskan kepada hambanya dari  khazanah rahmat Allah. Masih lagi terdapat hambanya yang bersifat kasih dan sayang kepada kucing sebagaimana sahabat Nabi saw Abu Hurairah r.a. Bedasarkan hadis yang ke 3, jelas menunjukkan bahawa menolong pada haiwan juga berpahala dan akan diberi ganjaran oleh Allah swt.

Ianya juga menunjukkan kepada kita betapa zalimnya manusia jika tidak diberi rahmat oleh Allah swt. Atas dasar ini juga maka perlu kita mencari rahmat Allah yang sememangnya akan terhasil dari amal-amal yang di kasihi oleh Allah. Maka tidaklah ada amal yang dikasihi oleh Allah swt melainkan amal itu di amal kan dan ditunjukkan oleh Rasulnya saw. Sesiapa sahaja yang beramal dengan amalan Nabi saw maka pastinya ianya akan diliputi oleh rahmat walau sejahil mana ia dan sejahat mana ianya sebagai mana pelacur di atas.

Perlu diingat bahawa tidaklah dapat masuk ke syurga sesaorang itu melainkan rahmat dari Allah swt. Bukan masuknya sesaorang itu dengan amalnya yang banyak dan bergunung-gunung. Habis itu mengapa kita bersusah payah beramal dan bersusah payah bersengkang mata bertahajud setiap malam? Jawapannya, agar Allah kasih kepada kita dengan kurniaan rahmatnya. Maka dengan rahmat inilah bekalan kepada kita untuk memasuki syurganya, Insyallah.

Hanya kasih dan menolong binatang begitu sekali rahmat dan kasih Allah kepada kita. Bayangkanlah bagaimana pula jika kita mengasihi sesama manusia dan fikirkan bagaimana semua manusia mendapat HIDAYAT dari Allah swt. Untuk inilah janggut Nabi saw sentiasa basah di waktu sahurnya dengan menangis mengenangkan umatnya agar mendapat hidayat dari Allah swt dan keletihan di siang hari menyeru umatnya kepada Islam. Fikir dan kerisauan ini diikuti oleh sahabatnya r.ahum sehingga mereka juga tidak ada kerehatan di siang dan di malam harinya menangis sebagaimana tangisan Nabi saw.
Fikir fikirkanlah.

P/s : Hero sebenar bukanlah kucing itu, tetapi pemuda yang menyelamatkannya. Semoga Allah memberi hidayat kepada keluarga beliau. (Hairie dan Mariah)

Thursday, January 5, 2012

Permata Yang Hancur Berkecai. . . . .




      Hadis Rasulullah saw: 

Dari Ayyub bin Musa Rah dari bapanya dari datoknya r.a , Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda, “ Tidaklah ada suatu pemberian dari seorang bapa untuk anaknya terlebih utama dari mendidik dengan akhlak yang baik/mulia.” ( H/R : Tarmizi )

Dari Abu Saied dan Ibn Abbas r.ahum telah berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Mana-mana ibubapa yang dikurniakan anak maka hendaklah memberi  nama anaknya dengan nama yang baik dan mendidik dengan didikkan yang baik. Maka apabila mereka telah dewasa hendaklah kahwinkan mereka. Jika tidak berbuat demikian sedangkan anak-anak terlibat dengan dosa /zina. Maka dosa/zina itu terpikul kepada bapanya (ibubapanya). (H/R : Baihaqi)

Dari Hadis di atas menunjukkan kepada kita bahawa kepandaian sahaja bukan suatu tiket kejayaan jika tidak ada akhlak dan pendidikan kerohanian kepada anak-anak. Sebab itulah di dalam Islam tidak ditekankan kepandaian semata jika tidak diiringi dengan akhlak yang mulia. Islam adalah agama terbaik dan pendidikan kerohanian sebagaimana yang dikehendakki oleh Islam itulah yang terbaik sepanjang zaman sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah dan sabdaan Nabi saw tidak pernah tipu dan menipu kita. Malah selama ini kitalah yang menipu diri kita sendiri. Umumnya setiap manusia tidak mahu menjadi jahat. Seorang pencuri pun tidak mahu anaknya menjadi pencuri. Itu naluri semulajadi manusia. Namun realitinya manusia tidak mungkin boleh menjadi baik tanpa saluran keagamaan. Ini adalah kerana kita semua ciptaan tuhan dan semua ciptaannya perlu tunduk dengan kehendak dan peraturan tuhan. Jika tidak, status sebagai “Asyraful Makhluqat” dan “Ahsatu taqwim” tidak layak bagi kita.

Jadi mendidik anak tidaklah semata pandai dan cerdik sahaja. Jika inilah matlamat kita maka lihat mereka-mereka yang terlibat dengan penipuan kelas atasan. Kes-kes rasuah bilion dan jutaan ringgit, konspirasi politik di setiap Negara. Perancangan dan pembunuhan serta ujudnya perang dan pembuhunan beramai-ramai. Ianya bukan dihasilkan oleh mereka yang bodoh. Malah kesemua mereka-mereka adalah terdiri dari gulongan yang cukup cerdik dan pandai di dalam masyarakat dan bangsa mereka. Malah sesetengah mereka bergelar ahli fikir dan cendikiawan. Namun lihatlah apa yang terhasil dari tangan-tangan mereka ini.

Mendidik anak bukanlah hanya pada ketika mereka kecil, malah ianya dikehendaki sehinggalah mereka dewasa dan telah berkahwin. Kisah Ibrahim a.s mengarahkan anaknya  Ismail a.s menukarkan alang pintu rumahnya menunjukkan bahawa peranan mendidik tidak terbatas sewaktu kecil sahaja, ianya mencangkupi waktu dewasa. Cuma kaedahnya sahaja yang berbeza.

Lihat pula kepada kisah keluarga Imran di dalam Surah Al-Imran. Bagaimana peranan ibu kepada Mariam a.s  (Hannah) mendidik anak perempuannya, miski pun pada ketika itu kematian suami. Lihat pula peranan bapa mendidik anak lelakinya yang terdapat pada Surah Luqman. Bagaimana peranan bapa mendidik anak lelakinya. Semuanya telah ditujukajarkan kepada kita oleh Allah swt.

Khulasahnya jika hanya pandai semata tanpa di isi dengan akhlak yang mulia dan kerohanian maka HAKIKATNYA adalah GAGAL.

Wallahualam.


Monday, January 2, 2012

Mati Dan Kematian




Terbujur Jasad Itu. . . . Kaku
Tiada Lagi Rukuk Dan Sujud
Tiada Lagi Briani Dan Teh Tarik
Hanyalah Tidur Yang Panjang

Siapakah Yang Terbujur Itu ?
Dia Adalah Aku Dan Kamu
Jika Kamu Marah . . . . .
Dia Adalah Aku Dan Aku . . . .

Kenapa Begitu ?
Agar Gemetar Aku Dan Kamu
Agar Sedar Aku Dan Kamu
Di Mana Dan Ke Mana Kita ?

Kerana Aku Dan Kamu
Lalai Dan Sibuk Memanjang
Di Darul Fana Ini

Persoalanya
Bolehkah Aku Dan Kamu
Bahagia Dan Sejahtera
Di Darul Khulud Nanti ?

Kerana
Kad Jemputan Aku Dan Kamu
Telah Pun Di Hantar
Cuma Berlainan Tarikhnya

Aku Sedang Menunggu
Kamu Juga Sedang Menunggu

Pasti dan Pasti
Ianya Akan Sampai
Pada Tarikh Yang Ditentukan

Harapan Aku. . . .
Agar Tarikh Jemputan Itu
Menyenangkan "Dia" dan Aku

D Tempat Yang Jauh
Jauh Dari Rumahku
Agar Aku Beroleh Berehat Panjang
Di Bumi KekasihNya.

Amin Ya Rabbal A'lamin. . . . .

( Tak kala mengenangi kematian rakan seusaha
Abg Zainal, Roslan dan Sdr Khalid Bhai )

Nukilan :
al-alostari
10.30 pg Pasir Gudang
2 Jan 2012

P/s : Sajak Yang Berkaitan
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/01/embun-di-atas-kuburan.html

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin