MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, November 14, 2011

Pulang Dari Khuruj 40 Hari


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, Saya baru pulang beberapa hari yang lalu dari khuruj di Melaka. Banyak pengalaman dan keseronokkan keluar dengan orang yang sebelum ini saya belum pernah kenali.

Namun begitu ramai rakan seusaha di Melaka yang telah mengenali saya. Termasuk beberpa orang syura Melaka.

Saat-saat akhir pun saya diminta untuk memberi bayan khusus pada Program Masturat.Alhamdulillah untuk Program Masturat sebanyak 5 kali dan program markas sekali.

Kesan yang mendalam adalah kepentingan anak-anak yang belajar madrasah dan yang pernah keluar setahun difikirkan agar dapat melibatkan secara lansung dengan 5 amal masjid.

Kegagalan berbuat demikian akan mendedahkan anak-anak kita terlibat dengan usaha yang lain terutama berkaitan zikir tarikat yang tidak muktabar dan maksur.

7 comments:

Ibnu Hatari said...

Selamat kembali dpd khuruj ust. Aper contoh tariqat yg tak muqtabar tu, ust? Nak tau pasal ade member yg tabligh pun terikut2 tariqat jugak.. tapi berzikir tu keadaan laki n pompuan campo...penin..

abah said...

senang2 dtg bw jmt 3h masturat ke melaka plk.

ibnsaad61@yahoo.com said...

Ibnu Hatari,

Di Malaysia kita tak dapat pastikan melainkan yang telah disahkan oleh pihak JAKIM melalui kajian mereka.

Sesetengah Tn Guru di Kedah khususnya Tn guru Hj Ahmad bt.6 K.Kedah ketika saya berguru dengan beliau berkata, " ada beberapa tariqat di Malaysia masih was-was dari segi galur sanadnya dan kaedah pembawaannya".

Ketika saya berada di Temboro serta kawasan Pacitan, Indonesia, ada tariqat namanya sama tetapi galur sanadnya dan pembawaannya tidak sama. Cth. Tariqat Na'syambandiah di Malaysia dan di Pengkalan Brandan dan Pengkalan Susu, Sumatra Utara tidak sama dengan pembawaan di Malaysia.

Bagi karkun sebaiknya ambillah yang direstuai oleh elders N'deen. Saya pernah dengar nasihat dari M.Mustaqim di Surau Syed Muhammad, Sg Besi pada 1994 dulu, katanya," Sesiapa yang ambil Tariqat selain N'deen adalah KHIANAT."

Kalau nak sangat beramal dengan zikir tariqat boleh ke Syaharampur berjumpa denagn M.Talhah anak M.Zakaria rah. Tariqat di sana lebih sahih dan disahkan oleh ulama benua IndoPak.

ibnsaad61@yahoo.com said...

abah,

Insyaallah akan cuba saya bentuk jemaah Masturat khusus dari Senawang ke Melaka.

Tapi ada syaratnya. Bila balek kami nak anak pokok kurma sorang sebatang. Boleh?

Ibnu Hatari said...

Bnar kata ust! Nizamuddin lah org2 tua kita dlm pengislahan hati dan usaha agama. Jazakallah ust.

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam,sy pernah tgk tarikat nasyabandi dan salasilahnya oleh kiyai khuzairon,beliau merupakan khalifah mursyid yg ke 40 slpas Nabi saw...

musafir said...

Tariqat dari nizamuddin.. adalah Tariqat chistiyyah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin