MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Semua Pengunjung.



Mahfum hadis Nabi saw " Bagi mereka yang berpuasa dua kegembiraan. Kegembiraan yang pertama ketika berHari Raya (berbuka) dan kegembiraan yang kedua ketika bertemu tuhannya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Untuk ini kata sesetengah ulama hendaklah kita zahirkan kegembiraan pada hari yang mulia ini. Zahirkan kesyukuran atas nikmat menyempurnakan Ramadhan serta jadikan kita lebih pemurah dari hari-hari biasa.

Mohon kemaafan sekiranya tulisan saya di blog ini menyinggung saudara saudari semua.
Jazakallah atas kunjungan.

Wednesday, August 24, 2011

Aduhai Lailaku : Lailatul Qadar


Aduhai ! Lailaku
Aku tidak mendambakan seribu satu malam
Juga aku tidak mendambakan malam pengatin
Namun aku sebagai perindu
mencari-carimu di ruang Mahligai
Tetapi belum kelihatan keayuanmu
Miski pun keharumanmu makin dekat

Datanglah padaku wahai Laila
Peluklah aku dengan pelukan kerinduan
Ciumlah aku dengan ciuaman kasih sayang
Rangkullah aku dengan rangkulan berpanjangan
Kerana engkau datang menemuiku
Hanya sekali di purnama ini.

Datanglah padaku wahai Laila
Peluklah aku di kala mulutku memuji keagunganNya
Ciumlah aku di kala hatiku merinduiNya
Rangkullah aku di kala airmataku mengalir keranaNya
Juga di kala hatiku bersama hatiNya

Agar nanti
Pelukkanmu Menjadi penyuluh
Ciumanmu menjadi Penawar
Rangkulanmu menjadi benteng kukuh
Dalam perjalanan bertemuNya


Nukilan : al-alorstari
Ilham ketika memandu ke tempat kerja.

24 Ogos 2011 / 24 Ramadhan 1432

Friday, August 12, 2011

Sajak Ramadhan : al-alorstari Siri II


Purnama Ramadhan 1432

Pada purnama ini
Aku menunggu dianjung harapan
Agar sinar purnama ini menyinari
Ruang-ruang kegelapan
Di tanah kesayanganku
Juga tanah kesayanganmu

Masih lagi aku menungkat dagu
Menunggu dan akan aku terus tunggu
Kerana aku yakin sinarnya pasti menyuluh
Disegenap ruang kegelapan
Di setiap ceruk dan sudut

Kini purnama telah menyinar
Namun sinarnya tidak sampai ke tanahku
Juga tidak sampai ketanahmu
Kabur dan penuh kekaburan
Ditutupi jerubu serta kabus tebal

Aku pinta pada mu teman
Bersamaku kita jadi angin
Yang bertiup lembut dan sepoi-sepoi
Agar jerubu dan kabus hilang
Biar sinar purnama memancar terang
Menyuluhi tanahku dan tanahmu

Moga kembali indah dan nyaman.
Sementara menunggu hari siang.

al-alorstari : 12 Ogos 2011/12 Ramadhan 1432
Selepas solat Jumaat


Kedidi Puteh

Kedidi putih itu
Kelihatan hitam
Diselaputi lumpur
Tercungkit-cungkit di pantai
Menunggu air pasang.

Pantai pasti dipenuhi air
Takkala purnama muncul
Kerana itulah ketentuan Ilahi

Kini hampir muncul purnama itu
Pastinya air akan pasang
Kedidi tetap menunggu
Bisa mandi sepuas-puasnya
Membersikan selaput lumpur

Bulu dan sayapnya
Akan kembali putih bersih
Akan terbang tinggi bersama camar
Hinggap dan berpaut
Di ranting pepohon bakau.

al-alorstari : 27 Sya’ban 1432
Saat mengenangkan kedatangan Ramdhan bulan penghapus dosa-dosa.

Sajak-Sajak Ramadhan : al-alorstari Siri 1


Musim Ramadhan 1431

Musim Ramadhan Mubarak Ini
Ku Taburkan Baja –Baja Seruan Dan Doa
Agar Tumboh Subor Benih-Benih
Juga pepohon Yang Terkulai Layu
Pada Penghujung Musim

Di Celah-Celah Taburan Baja
Ku Lihat Sejak Pada Awal Musim
Racun Rumpai Maksiat Talah Ditaborkan
Hancur luluh Sebahagian Benih dan pepohon Layu
Miski Pun Benih Haram Yang Musnah.

Di Penghujung Musim Ini
Ku Cuba Mengapai Baja-Baja Subur Al-Qadar
Yang dijanjikan Oleh Pemilik Kebun
Agar Benih Terus Subor Dan Becambah
Pepohon Layu Terus Segar Berbuah

Dengan Iringan Peluh Airmata
Moga Terhasil Kelansungan Hidup
Pada Musim Kemarau
Yang Pasti Mendatang.


Nukilan : Al-Alorstari 28 Ramadhan 1431
(Saat bertolak untuk kuliah tengahari)


Ramadhan Di Station 1430

Gerabak “Sinaran Ramadhon” telah pun singgah di station 1430
Ianya di sambut mesra oleh penumpang
Yang menunggunya setelah berlalu “Sinaran Rejab”
Juga telah berlalu “Sinaran Sya’ban”

Indah dan cantik sekali hiasan station ini
Lampu neon dan bunga-bungaan memenohi setiap ruang
Bau semerbak kasturi di setiap sudut

Pelayannya yang cantik dengan pakaian indah
Beramah mesra dangan senyuman
Turun menjamu dengan juadah “Keampunan”
Mengagihkan hemper “kerahiman”
Menghulurkan sijil “Kebebasan”

Tergelak aku melihat sikecil . . .
Girang ketawa dengan mulut penuh Juadah “Kerahiman”
Tersenyum aku melihat situa. . . .
Mendukung Hemper “Keampunan” dengan senyum kepuasan
Tersipu aku melihat gadis pingitan . . . .
Bergambar kegirangan pamirkan Sijil “kebebasan” di tangan.

Kini di penghujung acara . . . .
Mencari pemenang cabutan bertuah. . .
“Lailatul Qadar”

Namun di sudut seberang sana
Kelihatan Sirambut Beruban kelaparan
Anak Muda Punk kedahagaan
Gadis Ranggi kesejukan

Apakah kita akan biarkan mereka
Dengan kelaparan berpanjangan ?
Dengan kedahagaan berterusan ?
Dengan kesejukan ke Tulang Hitam ?

Demi Tuhan,
Kasihanilah mereka
Pimpinlah mereka
Bersama menikmati dan memiliki
Juadah “kerahiman”
Hemper “Keampunan”
Juga Sijil “Kebebasan”
Sebelum Gerabak ini berlalu pergi.

Agar kita menjadi pemenang . . .
Cabutan bertuah yang dijanjikan.

Ilham:
Al-Alorstari : Saat melelapkan mata ketika Iktikaf

Monday, August 8, 2011

Nur Tiada Pilihan : Isu Bantuan Gereja


(Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011)
SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.
“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.
“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.


Komen Penulis :

Sedih teramat bila membaca kisah ibu tunggal di atas memandangkan ianya berlaku di bulan Ramadhan yang mana kita diminta untuk menzahirkan perasaan belas kasihan kepada fakir miskin ketika berbuka puasa. Makanan yang dimakan tersangat-sangat sunat untuk kita beri kepada sesiapa sahaja dikalangan mereka-mereka yang berpuasa.

Terlalu banyak hadis yang berkaitan perkara tersebut dan ianya disebut-sebut oleh penceramah-penceramah tazkirah Ramadhan yang hampir di setiap surau dan masjid.

Kemuncak amalan puasa yang kita jalani bila mana setiap hari kita merasai simpati kepada gulongan yang kekurangan dan kelaparan, yang fakir lagi miskin. Maka di akhir Ramadhan kita diPAKSA (Wajib) oleh Allah swt menzahirkan perasaan belas kasihan kepada gulongan yang kekurangan ini dengan membawa beras fitrah dan mencari gulongan ini untuk membayar zakat fitrah. Bukan mereka yang mencari kita sebenarnya.

Namun jika ada di hadapan kita asnaf begini maka sepatutnyalah kita mendahului mereka yang hadapan mata kita yang merintih kesusahan dan kemiskinan. Sebaliknya jika kita membayar zakat fitrah kepada mereka maka kita dianggap bersalah dan berdosa.

Ini terbukti bilamana penulis mendengar satu soaljawab di Radio IKIM minggu lalu. Di dalam rancangan tersebut bila soalan dikemukakan berkaitan asnaf yang ada di depan mata jika kita membayar zakat fitrah kita kepadanya. Maka jawab ustaz berkenaan kita dikira berdosa dan bersalah berdasarkan anekmen Agama Islam Selangor ( menurut ustaz jemputan berkenaan). Kata ustaz itu lagi ianya sah bayaran zakat berkenaan tetapi berdosa kerana melanggar perintah di dalam anekmen Agama Islam Selangor.

Beginilah kedudukan hukum zakat fitrah di Negara kita. Subhanallah!

Amat berbeza dan terbalik jika dibandingkan dengan keadaan di zaman Umar r.a. Diriwayatkan bahawa Umar r.a melihat seorang kafir zimmi yang sudah tua, sedang meminta-minta di Baitul Maqdis maka di panggil oleh Umar r.a lalu berkata ,” Sesungguh kami tidak adil kepada kamu sebab telah mengambil jizyah ke atas kamu ketika kamu masih muda, kemudian setelah kamu tua kami sia-siakan kamu.” Lalu Umar r.a mengambil harta dari Baitul Mal dan memberinya kepada orang tua berkenaan. (Tanbihul Ghafilin)

Sebaliknya sekarang ini terbalek , pihak gereja pula yang memberi bantuan kepada fakir miskin di kalangan orang Islam di negera yang kita anggap Negara Islam terbaik.

Sesetengah pengurus zakat berbangga dengan jumlah kutipan zakat dan berbangga dengan jumlah hasil zakat tahunan yang berjuta-juta . Namun sebaliknya di zaman awal Islam pemimpin dan pengurus zakat ketika itu akan berbangga-bangga jika kesemua hasil zakat diagihkan kepada semua asnaf. Ketika Umar r.a mengambil alih jawatan khalifah mengantikan Abu Bakar r.a, maka Umar r.a dapati tidak ada sekeping dinar mau pun dirham ditinggalkan oleh Abu Bakar r.a di dalam Baitul Mal.

Atas sebab inilah maka sesetengah ulama mengatakan bahawa jika masih terdapat fakir miskin yang tidak terbela maka sesungguhnya di sana pastinya terdapat sistem zakat tidak berfungsi dengan sempurna.

Sama-sama kita renungi dan berdoa agar kita tergulong di dalam gulongan Umat Islam yang dapat menyempurnakan setiap perintah tuhan yang diamanahkan kepada kita .

Wallahualam

Monday, August 1, 2011

Jadual Kuliah Ramadhan/Ogos 1432/2011


1 Ogos 2011 (Isn): Program Pertama Ramadhan Bersama Keluarga
2 Ogos 2011 (Sel): Program Jaulah Al-Amin
3 Ogos 2011 (Rab): Tazkirah Ramadhan Tmn Jasmin
4 Ogos 2011 (Kha): Majlis Berbuka Puasa Al-Amin Bersama Syeikh Muhsen
5 Ogos 2011 (Jum): Tazkirah Ramadhan Kolej UTC
6 Ogos 2011 (Sab): Kuliah Soboh Bahrul Maazi Al-Amin
6 Ogos 2011 (Sab): Tazkirah Ramadhan Tmn Pinggiran Senawang.
7 Ogos 2011 (Ahd): Kuliah Suboh Tmn G/Home Fasa F
8 Ogos 2011 (Isn): Tazkirah Ramadhan Tmn Seri Pagi.
9 Ogos 2011 (Sel): Tazkirah Ramadhan Tmn Gadong Jaya
10 Ogos 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Jemaah
11 Ogos 2011 (Kha) : Majlis Berbuka Puasa Al-Amin Bersama Ust. Kusyairi
12 Ogos 2011 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Kolej UTC
13 Ogos 2011 (Sab) : Kuliah Soboh Bahrul Maazi Al-Amin
13 Ogos 2011 (Sab) : Program 3 Hari Masturat.
14 Ogos 2011 (Ahd) : Kuliah suboh Tmn Lavender Height
15 Ogos 2011 (Ahd) : Kuliah Bahrul Maazi Hanger 6 KLIA.
15 Ogos 2011 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Tmn Muntiara Gala
16 Ogos 2011 (Sel) : Program Nuzul Quran Tmn Cempaka Fasa 1
17 Ogos 2011 (Rab) : Tazkirah Lailatul Qadar Tmn Jasmine
18 Ogos 2011 (Kha) : Majlis Berbuka Puasa Al-Amin Bersama Timb. Mufti N.S
19 Ogos 2011 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Kolej UTC
20 Ogos 2011 (Sab) : Kuliah Soboh Bahrul Maazi Al-Amin
21 Ogos 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn G/Home Fasa F
22 Ogos 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Hanger 6 KLIA
22 Ogos 2011 (Isn) : Tazkirah Lailatul Qadar Tmn Pinggiran Senawang.
23 Ogos 2011 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Gadong Jaya
24 Ogos 2011 (Rab) : Tazkirah Lailatu Qadar Tmn Lavender Height
25 Ogos 2011 (Kha) : Rehlah Ramadhan Ke Yala, Thailand
26 Ogos 2011 (Jum) : Rehlah Ramadhan Ke Yala, Thailand
27 Ogos 2011 (Sab) : Rehlah Ramadhan Ke Yala, Thailand
28 Ogos 2011 (Ahd) : Rehlah Ramadhan Ke Yala, Thailand

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin