MAKLUMAN :


widgeo.net

Sunday, April 10, 2011

Komen Berita : Saat Jamaah Tabligh “Rukun” dengan Salafi


MAGETAN - Antara Jamaah Tabligh (JT) dan Salafi dikenal kurang harmonis. Umumnya, pada masalah-malasah perselishan pendapat dalam banyak hal. Bahkan perselisihan itu kadang begitu tajam dan dapat dibaca dalam majalah-majalah mereka. Tapi dalam hal bermuamalah, ternyata mereka rukun-rukun saja.

Itu seperti terjadi di Pesantren Al Fatah, Temboro, Magetan Jawa Timur. Temboro, begitu pesantren ini biasa disebut adalah markas JT terbesar di Jawa Timur.
Di Temboro antara JT dan Salafi justru tampak ‘mesra’ dan menjalin hubungan bisnis yang baik.

Misalnya dalam hal pengobatan Thibbun Nabawi (pengobatan ala Nabi), Pesantren Temboro banyak mengambil obat dari Salafi. Tapi apa yang membuat pesantren yang dikenal sebagai basis JT ini mau bekerjasama dengan Salafi?

“Dalam hal kejujuran, teman-teman Salafi bisa dipercaya,” kata Ustadz Ubaidillah Ahror, salah seorang putra pendiri Temboro yang akrab dipanggil Gus Ubeid kepada hidayatullah.com.

Bagi Salafi, Temboro adalah pasar yang ‘basah’. Betapa tidak, pesantren yang tak jauh dari Lapangan Udara Iswahyudi, Mauspati ini memiliki 9 ribu santri. Selain itu, setiap Kamis malam ribuan jamaah JT berkumpul di sini.

Maklu, Pesantren Temboro tidak tanggung-tanggung bila belanja obat.
“Misalnya madu, kami biasa mengambil 1 ton,” kata Gus Ubeid kepada media ini, beberapa waktu lalu di kediamannya di komplek Pesantren Al Fatah. (arrahmah.com)



Komen Penulis :

Pengalaman penulis khuruj di Jawa Timur di sekitar Temboro, Magetan serta Pacitan pada 2006 yang lalu mendapati persolan salafi dan Jemaah Tabligh ini banyaknya berpunca dari sesetengah ahli di dalam Jemaah Salafi yang selalunya membidahkan Jemaah Tabligh. Kata-kata Jemaah Tabligh sesat biasanya akan kita dengar di Majalah Salafi sekitar awal 1990an lagi seperti Majalah Asy Syaariah.

Ini kerana rata-rata Jemaah Salafi mendapat maklumat awal tentang Jemaah Tabligh hanya bersumberkan dari internet. Malah ada Jemaah Salafi dari sesetengah tempat di Eropah dan juga Kanada mengkafirkan Jemaah Tabligh sedikit masa dahulu. Pandangan sebegini telah diambil oleh sebahagian ahli Jemaah salafi di Indonesia yang ikut mengkafirkan Jemaah Tabligh. Ini terbukti jika kita membaca komen-komen dan pandangan serta posting ahli Jemaah salafi di Webside Sidogiri.com beberapa tahun yang lalu.

Persoalan ini ini bukan sahaja berlaku di Jawa Timur malah juga di Jawa Barat, Jakarta, Jambi dan juga di Padang serta di Sumatra Utara. Semua tempat ini penulis pernah khuruj di sana.

Namun akhir-akhir ini bila penerangan demi penerangan telah dibuat oleh beberapa ulama di dalam Jemaah Tabligh khusus di Indonesia sendiri melalui Majalah Al- Madinah, Buku-buku agama serta Jaulah Khususi, sedikit sebanyak dapat menjelaskan berkaitan dengan jemaah ini.

Ketika penulis berada di Holland dan German isu sebigini juga timbul di sana. Namun apabila ulama Salafi sendiri yang menjelaskan tentang kedudukan sebenar Jemaah Tabligh di satu program TV, barulah masaalah membid’ah dan lain-lain dari sebahagian ahli Jemaah salafi berkurangan.

Apa pun Alhamdulillah hubungan antara Salafi dan Jemaah Tabligh telah semakin baik akhir-akhir ini. Namun bukanlah hanya dengan Jemaah Salafi malah di dalam Jemaah Tabligh diajar memperbaiki hubungan dengan semua saudara Islam malah juga dengan yang bukan Islam sesuai dengan perinsip yang ke empat di dalam Jemaah Tabligh “Ikram Muslimin”

Wallahulam.

5 comments:

Ismi Ijmi said...

alhamdulillah ada beberapa orang salafy yang saya kenal adalaha antara yang buat usaha

Wafi said...

salafi ni kefahaman apa?

Ismi Ijmi said...

Maaf ustaz,berkongsi.kalau salah betulkan
Salafy ni penyokong pendapat syeikh Muhammad Abdul Wahhab.
actually sapa2 ikut sunnah,dia slaafy. CUma orang2 salafy ambil nama salafy,kan ustaz?

Unknown said...

masa sy keluar 4 bulan thun lepas,sy jumpa ramai org dari saudi arabia,sy tanya mereka,anta salafi,dia jwb ye,sy tanya dia,bgaimana usaha dkwah di saudi arabia,adakh mndpat tntgn dr salafi,dia jwb tidak,bahkan dia bagi nasihat pd sy,usaha dakwah ini bergerak dgn kudrat Allah..bukan dgn kepandaian or sebagainya...good advise...

AHLIA NAIEM said...

alhamdulillah..semasa jemaah masturat keluar di Medan thn lepas, kami di fahamkan oleh karkun tempatan tntg org2 salafi yg anti dgn tabligh..sy cuma mendengar perbualan amir sab dgn rihabah di dlm van..

dia kata masa dulu org23 salafi tidak membenarkan org selain mereka utk ziarah kematian mereka..mereka juga tidak boleh berkongsi masjid apatah lg menghadiri majlis2 ilmu mereka n sebalknya..mcm2 lg cerita..

amir sab mnta kami doa khusus spy masalah ini tidak timbul sms kami keluar di sini..alhamdulillah,syukur.. kami dapati isteri2 (salafi) dtg utk ziarah kami dgn senang hati n mengikuti program masturat tnpa ada apa2 bantahan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin