Tuesday, April 26, 2011
Reincarnations Amalan Ayah Pin “Ayahanda Tarzan”
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin ajaran sesat mungkin layak digelar ‘tok guru tarzan’ kerana hanya memakai seluar pendek dan kemeja-T koyak rabak ketika menyampaikan ceramah kepada pengikutnya sebelum dia ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah milik sepasang suami isteri yang juga pengikut tegarnya di Puchong, dekat sini, minggu lalu.
Siasatan awal Jais mendapati, lelaki terbabit aktif menyebarkan ajaran sesat dipeloporinya di negeri asalnya di pantai timur dan fahaman karutnya itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta ‘berkawan’ dengan hidupan liar seperti harimau dan gajah.
Penolong Pengarah Jais, Shahrom Maarof berkata, tok guru tarzan itu mula menyebarkan ajarannya sejak tiga tahun lalu serta memiliki puluhan pengikut di kampungnya dan kini dipercayai cuba mengembangkan ajaran itu di Lembah Klang.
“Dia memakai seluar pendek dan baju koyak rabak ketika ditahan dan penampilannya itu selari dengan tuntutan ajaran karutnya yang diperoleh dari kawasan hutan di tempat asalnya,” katanya. Menurutnya, ketika ditahan, tok guru tarzan memberi ceramah cara ‘mengenal Allah’ kepada pemilik rumah yang juga bekas anggota keselamatan dan isterinya, kedua-duanya berusia 50-an.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat, tok guru tarzan datang ke rumah pengikut taksubnya itu bagi memberikan ceramah terakhir sebelum membawa pasangan terbabit ke ‘alam baru’ bagi mengenal Allah di dalam hutan di kampungnya.
Shahrom berkata, antara kesesatan terkandung di dalam ajaran tok guru tarzan ialah umat Islam tidak perlu mendirikan solat, sebaliknya hanya perlu mengenal diri sebelum dapat mengenal Allah, selain memastikan hati yang bersih.
“Dia mendakwa kononnya Islam tidak mementingkan pakaian zahir, tapi cukup memiliki hati yang baik. Mungkin sebab itu dia gemar berseluar pendek dan memakai baju koyak rabak.
“Lelaki itu membahasakan dirinya ‘ayahanda’ dan isterinya yang berperanan sebagai orang kanannya dipanggil ‘bonda’ oleh pengikut,” katanya. Menurutnya, ketika disoal siasat, tok guru tarzan mengaku ilmunya bukan bersandarkan al-Quran dan hadis, tetapi lebih kepada ilham yang diperoleh ketika menuntut di hutan. Dia mengaku tidak mendirikan solat dan begitu juga pengikutnya. Katanya, Jais sudah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama di negeri asal lelaki terbabit bagi memantau kampungnya dan mengesan kemungkinan wujud pengikutnya di kawasan lain.
Sedikit Komen :
Beginilah keadaan akan berlaku kepada orang-orang Islam jika amalan dakwah ditinggalkan. Sebab itulah kata ulama kita bahawa jika dakwah ditinggalkan sekurang-kurangnya dua perkara akan berlaku :
1) Orang Islam akan lemah imannya (Mudah mengikuti setiap perkara yang sesat)
2) Orang-orang kafir akan membenci Islam dan orang Islam.
Ini telah pun berlaku sekarang ini. Bayangkanlah macam ni punyai “tok guru” pun ramai yang mengikut. Jika difikir-fikir hanya orang sewel sahaja yang akan ikut “tok guru” yang macam ni. Namun beginilah jika umat kekurangan hidayat. Yang bertentangan dengan akal pun manusia akan ikut. Bayangkanlah jika “Samhoe” atau “Uncle Sam” atau Dajjal yang datang nanti yang akan menyesatkan manusia. Segala bentuk yang dibawa dajjal akan dilihat seoalah-olah logik. Sudah tentu ramai yang akan ikut. Tidak heran jika sebahagian besar yang akan ikut Dajjal itu adalah “Ulama”. ini juga sabit dari hadis Nabi saw.
Jalan keluar adalah Usaha dakwah yang perlu dilaksanakan oleh semua gulongan di dalam Islam.
Firman Allah swt, “ Katakanlah (oleh mu wahai Muhammad) inilah jalanku, aku mendakwah manusia kepada Allah atas jalan yang terang, aku dan mereka yang mengikuti aku . . . . . . . .dan tidaklah aku tergulong dikalangan orang yang syirik” (Surah Yusof :108)
Jelas di dalam ayat surah Yusof ini bila dakwah dilaksanakan maka akan hilang sifat syirik (ikut ajaran sesat) di dalam diri kita dan juga di dalam masyarakat sekiranya masyarakat berkenaan ujudnya di dalamnya amalan dakwah”
Khusus kepada karkun pucong perlulah keluarkan jemaah dan tingkatkan usaha jemaah masjid dengan lebih aktif. Semuaga Allah swt akan membantu kita semua. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
keluar jalan Allah swt sehingga kita dikeluarkan oleh Allah swt dari dunia ini
Salam ziarah,menarik artikel yang ustaz tulis,saya menjemput ustaz untuk memberi komentar,cadangan untuk penambahbaikan atau pandangan terhadap artikel terbaru saya.Semoga jasa ustaz dibalas oleh Allah SWT.Mana tahu kemungkinan kita berbeza pandangan,jesturu itu,di harapkan dapat berkongsi bersama.
ader lagi ke kes aharan sesat nh?
aduh2... moga2 keturunan kita tak terjebak..
nauzubillah
macam2 sekarang ni
assalamualaikum tuan...artikel yg menarik...macam2 ajaran karut marut...yang hak ditinggal...batil pula nak d ikut...terima kasih atas informasi ajaran sesat ni tuan...
adik beradik salah seorang pengikut ayahanda tarzan ni telah pergi dakwah terhadap saudara mereka setelah mendapat tahu tentang kesesatan abang long mereka .Antaranya adik beliau seorang maulana(karkun setahun dan adik yang lain yang juga karkun KL.Sempat berhujah dengan gurunya tapi ternyata kesesatan mereka dah jaun.Termasuk amalan mereka ialah dizikirkan lagu "berkorban apa nauzubiilah dah terlalu taksub dengan guru.Ni karguzari dari adik beradik pengikut tersebut yang diceritakan kepada saya
Post a Comment