MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, September 24, 2010

"Once Upon A Time in China" Cerita Sebenar Wong Fei Hung


(Bila Aku Terbaca Tulisan Drs Khalil Idham Lim Terasa Bahawa Begitu Banyak Sejarah Islam Kita Di Tipu)

Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sedia ada di China).
( Petikan dari Blog Negara Kedah )

p/s : Kisah di atas menunjukan bahawa kehebatan sesaorang tergantung pada kuat pegangan agama Islam.

Tuesday, September 21, 2010

Al-Quran Tulisan Tangan Maharaja Aurangzeb rah Ditemui


Baru- baru ini satu Quran lama tulisan tangan yang ditulis oleh Maharaja Monggol Aurangzeb rah salah seorang maharaja Dinasti Monggol di India telah dijumpai. Al-Quran tulisan tangan tersebut diandaikan berumur hampir 400 tahun ( 1636M – 1644M & 1653M – 1658M )

Beratnya 13.5kg manakala panjangnya 39.5cm dan lebarnya 20cm. Hiasan mukanya dengan bertahtakan emas dan perak.

Setiap muka surat Al-Quran berkenaan diwangikan dengan wangian yang berbeza-beza serta muka surat dan kulit hadapan dicipta khas untuk rintangan api ( fire proofed )

Al-Quran ini dirampas oleh pihak polis India dari seorang lelaki Hindu, M.G Sukumar dari Kerala ketika cuba menjualnya pada orang ramai khusus kepada pelancong asing dengan harga 5 Crore Rupees.


Komentar :

Aurangzeb rah sememangnya terkenal sebagai Maharaja Dinasti Monggol yang paling alim dan memerintah dengan penuh keadilan. Malah sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya salah seorang waliAllah di zamannya.

Mengikut sesetengah catatan mengatakan bahawa beliau belajar agama dari salah seorang ulama paling terkenal di zamannya yang dikenali sebagi "Mulla Ji Wun".

Penemuan Al-Quran bekenaan membuktikan kehebatan dan keagongan Islam di zaman tersebut. Ianya dianggap sebagai penemuan barang bersejarah yang paling tinggi nilainya. Malah dianggap hasil seni yang istimewa sebagaimana Taj Mahal, Red Fort, Kutub Minar, Istana Mysor dan lain-lain kesan sejarah di Benua India.

Dari kesan sejarah inilah menghasilkan pendapatan negara paling tinggi di India dari sektor pelancongan. Nehru, Perdana Menteri India yang pertama pernah mengatakan bahawa,"Kalaulah tidak kerana Islam menguasai India maka India tidak akan maju dan berkembang."

Bayangkan India telah diperintah oleh Kerajaan Islam hampir 600 tahun manakala kerajaan Hindu India sekarang ini memerintah hanya sekitar 60 tahun sahaja. Itu pun melalui penjajahan Kerajaan British serta memecahkan India kepada 3 bahagian iaitu India,Pakistan dan Bangladesh. Kalaulah semua itu masih di dalam Benua India, Maka rasanya pasti sukar Kerajaan Hindu sekarang boleh bertahan.

Wallahualam.

Sunday, September 19, 2010

Isu Pembakaran Al-Quran Kaitan Ramadhan Antara Kita Dan Barat


Di dalam kesibukan Umat Islam menyambut Ramadhan dan Syawal maka ketika itu juga Amerika Syarikat dan Barat cuba mengambil kesempatan menghasut bagi mengujudkan satu lagi perang baru melawan Islam. Ianya melalui penghinaan terhadap Al-Quran dengan slogan “Burn A Quranday 11/9/2010”. Mengikut sesetengah pandangan beberapa orang pengkaji politik Timur Tengah bahawa dalang di sebalik pembakaran Al-Quran adalah Zionis Yahudi. Miski pun slogan ini di utarakan oleh Pederi Evangelist dari Gainesville, Terry Jones dari Dove World Outreach Center.

Mengikut pandangan seorang penulis Perancis terkemuka, Thierry Meyssan mengatakan bahawa “Pemimpin-pemimpin Barat tidak takut kepada Islam kerana Barat memerlukan peperangan sebagaimana manusia memerlukan udara untuk bernafas”. Katanya lagi bahawa “Kenyataan Presiden Barack Obama mengenai peningkatan hubungan baik dengan Dunia Islam adalah sesuatu yang dirancang.” Kenyataan itu semata-mata untuk mengelabui Dunia Islam agar penentangan terhadap Islam melalui Islamophobia meningkat di Barat. Buktinya bebrapa hari sebelum slogan “Burn A Quranday 11/9/2010” dilaungkan, Conselor German, Angel Merkel telah menganugerahkan anugerah khusus untuk kartunis yang menghina Nabi Muhammad saw.



Malah sesetengah pemimpin Amerika sendiri menghina Islam di dalam kenyataan mereka terkini. Ada sesetengah vetren perang Amerika seperti Leftenan Jenderal William Boykin Mantan Angkatan Darat, mengatakan bahawa Islam di Amerika merugikan Amerika sendiri. Mereka juga menilai Al-Quran dan syariah adalah satu Doktrin Sosial yang membawa kepada “Politik Totalitarian”. Malah bagi mereka perancangan memerangi Islam perlu dibuat sebagaimana mereka memerangi Kominis suatu waktu dahulu. ( Sumber Dengan Olahan Dari :Chicago Breaking News ,The Washington Times : Arrahmah.Com)



Komentar :

Di Barat dan Amerika :

Ketika Ramadhan yang lalu, Umat Islam seluroh dunia berpuasa dan dalam waktu yang sama kita disibukan dengan Al-Quran, bukan sahaja di Dunia Islam malah di Barat dan Amerika Syarikat juga suasana bacaan Al-Quran bergema di masjid-masjid dan juga di “Islamic Centres” yang mana sudah cukup untuk menarik mereka-mereka yang dahaga kepada hidayat untuk datang kepada Islam. Ini terbukti di Kanada bagaimana wanita muda yang bukan Islam ikut sama-sama berpuasa dan berbuka dengan masyarakat Islam di sana dan akhirnya tertarik kepada Islam.

Ianya bukan setakat menambah kadar peratus bilangan orang-orang Islam malah sudah cukup merubah suasana kepada suasana yang lebih Islamik. Kita juga dapati ketika bulan Ramadhan, ada Sinagong, Yahudi yang disewakan kepada masyarakat Islam setempat untuk acara solat Terawikh serta aktiviti bulan Ramadhan.

Selain itu, masjid-masjid dan “Islamic Centres” memberi ruang kepada tetamu yang bukan Islam untuk berkunjung serta menerangkan keindahan Islam. Maknanya usaha-usaha dakwah telah ditingkatkan secara tidak lansung dan hasilnya ramai yang meminati Islam serta memeluk Islam.

Penghayatan Islam melalui Ramadhan sudah cukup untuk merubah suasana di temapat mereka. Malah apa sahaja slogan yang menentang Islam tidak sedikit pun menggugat mereka.

Di Malaysia Bumi Bertuah :

Di tempat kita pula terbalik, antara Ogos/September sahaja sejumlah 27 bayi luar nikah dibuang. Ini berlaku di bulan Ramadhan. Sejumlah mereka-mereka yang ditangkap khalwat pada malam Kemerdekaan juga berbetulan malam ke 21 Ramadhan begitu ramai yang kebanyakkannya adalah pelajar IPT. Itu belum lagi yang hadir di Pub,Kaorake dan Kelab Malam serta yang makan di warong mamak di siang hari. Malah paling dasyat, pembunuhan trajis pun berlaku di bulan Ramadhan di tempat kita.

Apa yang kita dapat rumuskan bahawa Ramadhan di tempat kita tidak cukup merubah dan menabah suasana ketakwaan yang sepatutnya berlaku di bulan Ramadhan. Bayangkalah bagaimana pula bulan selain Ramadhan.

Sama-samalah kita renungkan. Wallahualam.

Tuesday, September 7, 2010

Musim Ramadhan 1431



















Pada Musim Ramadhan Mubarak Ini
Ku Taburkan Baja –Baja Seruan Dan Doa
Agar Tumboh Subor Benih-Benih
Juga pepohon Yang Terkulai Layu
Pada Penghujung Musim

Di Celah-Celah Taburan Baja
Ku Lihat Sejak Pada Awal Musim
Racun Rumpai Maksiat Talah Ditaborkan
Hancur luluh Sebahagian Benih dan pepohon Layu
Miski Pun Benih Haram Yang Musnah.

Di Penghujung Musim Ini
Ku Cuba Mengapai Baja-Baja Subur Al-Qadar
Yang dijanjikan Oleh Pemilik Kebun
Agar Benih Terus Subor Dan Becambah
Pepohon Layu Terus Segar Berbuah

Dengan Iringan Peluh Airmata
Moga Terhasil Kelansungan Hidup
Pada Musim Kemarau
Yang Pasti Mendatang.



Nukilan : Al-Alorstari 28 Ramadhan 1431
(Saat bertolak untuk kuliah tengahari)

Thursday, September 2, 2010

Zakat Di Zaman Umar Abd.Aziz r.a

















Yahya Ibn Said rah meriwayatkan bahawa Umar Ibn Abd.Aziz r.a telah melantiknya memungut zakat di Afrika. Apabila zakat telah dipungut, beliau mencari asnaf (orang yang berhajat kepada zakat)tetapi beliau gagal menemui satu orang pun asnaf zakat.Beliau seterusnya berkata bahawa dasar-dasar iqtisad Umar Ibn Abd.Aziz r.a telah membuat semua orang cukup keperluannya, dan dengan itu beliau tidak ada pilihan kecuali membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakannya bagi pihak kaum muslimin amnya.

Seorang lagi daripada Quraisy meriwayatkan bahawa semasa pemerintahan Umar yang amat singkat, orang ramai biasa mengeluarkan jumlah zakat yang banyak kepada Bendahari Negara untuk diagihkan kepada fakir miskin, tetapi zakat tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada mereka kerana tidak ada asnaf yang ditemui yang berhak menerima zakat tersebut. Beliau berkata bahawa setiap orang telah begitu makmur pada zaman Umar sehingga tidak ada orang yang berada di dalam kesusahan sehingga memerlukan kepada bantuan zakat.

Selain daripada kemakmuran rakyat (yang sebahagian maksud kepada Kerajaan Islam)perubahan yang lebih penting yang dicapai oleh Umar ialah perubahan di dalam kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Orang-orang sezamannya meriwayatkan bahawa apabila beberapa orang kawan bertemu pada zaman Khalifah Al-Walid, mereka akan berbicara mengenai bangunan dan seni bina, kerana itulah keasyikan Al-Walid. Khalifah Sulaiman pula berminat kepada perempuan cantik dan majlis makan yang besar-besaran, maka itulah yang menjadi keasyikan rakyat jelata pada zamannya.

Sebaliknya di dalam pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abd.Aziz, perbualan rakyat jelata berkisar kepada soal solat, munajat, doa dan ibadat. Hasilnya setiap kali orang-orang berkumpul, mereka akan seringkali bertanyakan persoalan solat-solat sunat yang dikerjakan untuk menafaat rohaniah, juzuk-juzuk Al-Quran yang telah di baca atau yang telah di hafaz, puasa yang dikerjakan setiap bulan dan lain-lain amal taqwa.Ini dikeranakan Umar Ibn Abd.Aziz cenderung dan asyik kepada amalan taqwa.

(Petikan dari Dunia Islam Ramadhan 1416 Dengan Sedikit Olahan)

P/s : Sepatutnya wang zakat ini perlu sampai kepada asnaf yang lapan. Tetapi tidaklah berlaku begitu. Jikalau ianya berlaku, bagaimana mungkin ramai yang tercicir dari bantuan sebagaimana yang dipaparkan di dalam program "BersamaMu".

Kalaulah ianya berlaku, mengapa Baitulmal/Pejabat Zakat kayaraya. Malah sesetengahnya mengadakan kursus-kursus khusus untuk pegawai kakitangan di hotel mewah setiap hujung tahun. Ini sebagimana yang di kabarkan oleh teman yang bekerja di salah satu Pejabat Zakat/ Baitulmal.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin