MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, June 19, 2010

Jawapan Kepada Dua Persoalan


Email Pertama

From: A@# #@!*<*^&@88@yahoo.com>
To: ibnsaad61@yahoo.com
Sent: Sat, June 19, 2010 2:31:10 AM
Subject: nasihat


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Salam.. Saya sebenarnya ingin meminta nasihat daripada ustaz. Saya telah baca beberapa sesi soal jawab yang boleh didapati di laman web ustaz tetapi saya masih belum mendapat sepenuhnya yang saya mahukan. Oleh itu saya meminta jasa baik ustaz untul memberikan sedikit nasihat atau oun bimbingan kepada saya.

Sebenarnya, lebih kurang sebulan yang lalu teman lelaki meminta untuk memutuskan hubungan kerana dia jatuh hati kepada orang lain. Beberapa hari sebelum itu saya telah memulakan solat istikharah. Dan semenjak itu saya akan bermimipi teman lelaki setiap malam. Saya tahu bahawa kemungkinan besar mimpi itu cumalah mainan syaitan maka saya masih meneruskan solat istikharah sehingga hari ini walaupun saya masih mendapat mimpi yang sama. Kami pernah melakukan beberapa perkara tidak elok bersama ( tetapi tidak sampai ke tahap bersetubuh ). Disebabkan saya berasa bersalah atas dosa tersebut, saya menyuruh dia bertanggungjawab ke atas saya. Teman lelaki setuju untuk bersama saya tetapi tanpa perasaan atau kebahagiaan cuma atas dasar tanggungjawab. Saya benar-benar merasakan dia yang terbaik untuk saya dan saya mampu membahagiakan dia, tetapi dia tetap menyatakan bahawa hatinya telah tertutup dan tiada kebahagiaan akan datang kepadanya tidak kira ke mana sahaja dia pergi. Oleh itu, saya ingin bertanya, sekiranya saya mempunyai cara untuk melembutkan hatinya, atau sekurang-kurangnya memberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya? Saya juga melakukan solat hajat setiap hari untuk meminta yang terbaik bagi kami. Saya melakukan solat istikharah dan solat hajat setiap kali selesai solat fardhu. Kami merasakan mungkin berkahwin merupakan cara yang terbaik, tetapi, bagaimana harus saya berkahwin dengannya jika dia mengatakan dia tidak akan bahagia? Saya mengharapkan ada cara yang terbaik buat kami.

Bantulah saya. Terima Kasih

_________________________________________________

Jawapan Penulis :

Assalamualikum,

#%$@ +*&^#,

Perkahwinan bukanlah jalan penyelesaian. Ramai yang berkahwin akhirnya kecundang malah bertambah berdosa selepas berkahwin. Berdasarkan apa yang saudari ceritakan, menunjukan hubungan saudari dengan teman lelaki adalah hubungan yang dilarang dari sudut agama miski pun tidak sampai dosa-dosa besar. Namun begitu hubongan sebegitu juga termasuk dosa dan boleh membawa kepada dosa besar (zina) Nauzubillah.

Kasih terbahagi kepada 3 ketegori.

1 ) Kasih semula jadi yang berkaitan keturunan. Cth : Kasih kepada ibubapa, abang, adek dan sebagainya.

2 ) Kasih yang datang kemudian. Cth : Kasih kepada kekasih (teman lelaki).Kawan dengan kawan yang lain.

3 ) Kasih yang pautan atas dasar agama.

Ketegori Pertama :

Kasih ketogori ini adalah kasih semula jadi yang datang melalui kelahiran dan akan sukar dihilangkan kerana pautan kekeluargaan. Miskin pun seorang yang kafir kemudian ia memeluk Islam namun syariat tetap mengarahkan untuk berhubung dengan keluarga yang belum memeluk agama Islam.

Ketegori Kedua :

Kasih yang datang kemudian. Ini adalah kasih yang datang mungkin cepat datangnya dan mungkin juga berlalu dengan cepat. Waktu disayangi, kasihnya terlalu kuat. namun ketika benci terlalu cepat berlalu. Jika ianya diluar batas agama maka ianya mengundang dosa-dosa. Jika ianya atas batas agama maka ianya tergulong seperti di dalam hadis gulongan yang akan dilindungi di bawah naugan Allah swt di Hari Akhirat. Dua lelaki yang berkasih kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah. Ini jika ianya ada pautan agama maka ianya masuk di dalam ketegori ketiga.

Kategori Ketiga :

Kasih yang ada pautan atas dasar agama. Hubungan seorang dangan yang lain kerana agama. Ini sebagaimana yang berlaku dikalangan sahabat Nabi rhum. Kerana hubungan agama mereka sanggup berperang memerangi saudara mereka sendiri. Hubungan kasih inilah yang paling rapat. Lebih rapat dari hunbungan ketegori yang pertama dan ketegori yang kedua.

Ketegori yang pertama dan yang kedua juga akan berkekalan jika disertai dengan pautan agama.

Masaalah Saudari :

Saudari berada di dalam ketegori kasih yang kedua. Berdasarkan cerita, teman lelaki saudari bukan seorang yang baik untuk dibuat teman hidup ( sebagai suami mithali ) Lagi pun kenyataan beliau bahawa jika berkahwin pun hanya atas dasar tanggungjawab (munkin atas perkara sumbang yang terjadi), maka ianya tidak akan membahagiakan saudari dan juga teman lalaki. Kehidupan berkeluarga akan menjadi masaah nanti selepas berkahwin. Yang suka sama suka pun akhirnya berlaku perceraian apa lagi seperti ini.

Tindakan saudari solat istiqarah adalah tindakan yang baik. Namun begitu bermimpi beberapa kali tidak bermakna ianya 'khair' (baik) untuk saudari. Jalan mimpi bukanya ketetapan ianya baik untuk saudari. Maulana Asyraf Ali Thanwi rah di dalam kitabnya 'Bahisti Ziwar' mengatakan hasil mimpi bukanlah hasil dari istiqarah. Hanya kekadangnya menunjukan begitu, namun ianya perlu ditafsir. Ini adalah kerana mimpi terbahagi tiga.

1 ) Mimpi dengan sebab igauwan (mengigau).Ini terhasil karana kesukaan yang kuat dan banyak berfikir atas perkara tersebut kekadang ianya terbawa di dalam mimpi. Ini biasanya berlaku pada awal malam.

2 ) Mimpi yang dipengaruhi oleh syaitan dan jin (makhluk halus). Ianya disebabkan disampuk, terkena sihir, amalan sesat atau pun dengan sebab saka. Ianya berlaku di awal malam.

3 ) Mimpi yang dipengaruhi malaikat. Ini diketegorikan mimpi yang baik yang disebutkan sebagai 'mubasyarah'. Ianya berlaku di akhir malam di waktu Sahur/Tahajud. Mimpi begini ada yang tepat dan ada yang memerlukan takwilan.

Nasihat saya :

Tinggalkan hubongan dengan teman lelaki saudari. Mungkin ianya agak perit namun cara hubongan saudari begitu adalah dilarang oleh agama. Selain ciri-ciri buruk yang ada pada beliau. Kerana Allah saudari tinggalkan beliau.

Mulakan kehidupan beragama dengan permulaannya saudari perlu bertaubat kepada Allah swt atas kesilapan saudari.

Firman Allah, "Melainkan mereka-mereka yang bertaubat dan beriman serta melakukan amalan kesalihan, melainkan Allah akan tukarkan keburukan mereka kepada kebaikan. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Al-Furqan : 70)

Ini adalah kerana jodoh itu di tangan Allah dan Allah pula adalah tuhan yang maha adil. Allah swt akan bertindak di atas keadilannya. Kalau saudari berakhlak buruk maka saudari juga akan mendapat suami yang berakhlak buruk. Janji Allah di dalam Al-Quran :

"Lelaki penzina tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan penzina atau perempuan musyrik. Dan penzina perempuan tidak akan berkahwin melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik. Dan yang demikian itu diHARAMkan bagi orang-orang mukmin". (An-Nur : 4)

Selepas itu saudari berbanyakkan berdoa dan bersolat hajat agar ditemukan dengan lelaki yang saleh lagi taqwa. Tidak ada yang mustahil jika saudari ada kesungguhan.

Wallahu’alam

___________________________________________________________________________________

Email Kedua

From: #$%@
To: ibnsaad61@yahoo.com
Sent: Fri, June 18, 2010 12:15:14 PM
Subject: Mohon Pandangan & Bantuan Ustaz
Assalamualaikum Ustaz.

Pertamanya, saya berharap Allah s.w.t meredhai tindakan saya bertanya ustaz tentang hal yang terlalu peribadi ini. Dalam bayan Maulana Hamid di Masjid Sri Petaling (SP) baru2 ini, beliau ada berpesan supaya sesiapa yang ada perbuatan-perbuatan dosa yang sukar ditinggalkan, rujuklah pada mana-mana orang alim. Saya terlalu segan untuk rujuk kepada mana2 ustaz di SP kerana saya terpaksa bersemuka dengan mereka apabila bertanyakan hal ini, jadi saya mengambil keputusan untuk bertanya ustaz.

Saya telah buat usaha agama sejak 2004 dan pernah keluar 4B IPB pada 2005. Saya pernah ter'singkir' dari usaha ini pada 2005, balik dari IPB. Semuanya berpunca daripada satu tabiat saya yang terlalu susah untuk saya buang iaitu onani (selepas ni sAya sebutkan sebagai 'maksiat'). Sejak buat usaha agama, saya telah tinggalkan tabiat maksiat ini, tetapi sampai satu ketika saya telah buat semula maksiat itu. Akibatnya, saya menangis hari2 sebab semua nikmat yang Allah beri telah hilang dari saya, dengar bayan x faham, lemah utk beramal dll.

Setelah hampir 2 tahun x buat usaha, Allah beri saya peluang untuk buat usaha semula pada penghujung 2008 sehingga kini.

Masalahnya ustaz, tabiat maksiat saya tu terlalu susah untuk dibuang hingga sekarang. Saya segan nak bertanya orang, jadi saya hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Allah menutup hati saya daripada keinginan utk melakukannya walaupun sedetik. Saya mohon pada Ustaz sekiranya ada amaln-amalan @ doa khusus yg boleh saya amalkan, dan mohon juga doa khusus dr ustaz utk saya. Hidup sy tak tenang akibat dosa maksiat ini.

Perkara ke 2, ada kaitan dgn yg pertama tadi. Saya belum berkahwin (26 thn) dan ada azam kuat utk menikah wpun belum ada calonnya lg. Tapi, saya mpyi naluri meminati kaum sejenis. Naluri ni mmg ada pd sy dari kecil lagi. Saya sgt berharap apb buat usaha agama ni, naluri buruk ini akan hilang. Tapi ternyata tidak. Saya takut akan dilaknat Allah.Sy tidak menjalinkan hubungan sejenis, cuma kecenderungan adalah meminati kaum sejenis.

Ustaz, tolong saya. Kadang2 sy berdoa, Ya Allah lebih baik akumati drpd hidup berbuat maksiat.

Mohd %$#@

___________________________________________

Jawapan Penulis :

Saudara Mohd %$#@.

Assalamualaikum,

Dari Abu Hurairah ra berkata, " Aku telah mendengar dari Nabi saw bersabda, "Sungguhnya seorang hamba apabila telah melakukan suatu dosa, lalu berdoa,"Wahai Rabbku ! Aku telah terlanjur melakukan suatu dosa, maka ampunkanlah aku!" Maka Allah swt berfirman," Apakah hambaKu telah mengetahui bahawasanya ia mempunyai Rabb yang maha mengampuni dosa dan menghapuskan dosa?. Aku mengampunkan dosa hambaKu". Kemudian selang beberapa waktu sesuai dengan kehendak Allah, hamba itu melakukan lagi dosa tersebut, lalu ia pun berdoa,Wahai Rabbku ! Aku telah melakukan dosa lagi, ampunkanlah dosaku itu? Maka Allah swt berfirman, "Apakah hambaKu mengetahui bahawasanya ia mempunyai Rabb yang maha mengampuni dosa dan menghapuskanya?" Aku mengampuni dosa hambaku". Kemudian selang beberapa waktu sesuai dengan kehendak Allah, ia melakukan dosa lagi, lalu ia berdoa," Wahai Rabbku!, Aku telah melakukan dosa lagi, maka ampunilah dosa ku itu". Maka Allah swt berfirman, " Apakah hambaKu telah mengatahui bahawa ia mempunyai Rabb yang maha mengampuni dosa dan menghapuskannya? Maka aku mengampuni dosa hambaKu. "(Allah berfirman begitu) hingga tiga kali. Maka berbuatlah ia sekehendaknya." (Riwayat Bukhari Hadis No7507)

Saudara,

Tidak ada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah swt melainkan 'syirik'.Tidak ada penyakit yang tidak boleh disembuh melainkan 'maut'. Saudara perlu sibukan diri saudara dengan kerja agama. Jaga tertib usaha lima amal masjid pasti saudara aku dipulihkan dan dimajukan oleh Allah swt. Saudara juga perlu kurangkan berada bersendirian. Ini akan mendatangkan masaalah kepada saudara.Selain itu bersaorang mengunakan komputar bagi saudara boleh mengundang masaalah.

Perkara seterusnya saudara perlu berusaha untuk berkahwin. Berbanyak berdoa agar dipermudahkan jodoh saudara. Kahwin salah satu jalan menutup jalan-jalan maksiat berkenaan. Dalam pada itu selalulah berpuasa khususnya Isnin dan Khamis. Jika saudara berkahwin saudara juga akan di sibukan dengan keluarga dan anak-anak dan ianya akan mengindari masaalah saudara.

Saya juga telah berjumpa karkun yang bermasaalah seperti saudara beberapa orang. Malah rasa saya lebih bermasaalah dari saudara. Mereka berkahwin dan sibukan dengan usaha agama yang mana akhirnya mereka berjaya serta istiqamah sehingga ke hari ini.

Apa pun saudara perlu berbanyak berdoa dan istiqamah di dalam usaha. ini akan mendorong kepada kesungguhan keinginan untuk bertaubat dan berubah serta insyaallah akan dirubahkan oleh Allah swt.

Sama-sama kita doakan.

Wallahualam.

____________________________________________________________________________

Untuk semua pembaca :

Dari Ibn Abbas r.huma dari Nabi saw bersabda,” Lima jenis doa yang pasti dikabulkan.Doa orang yang dizalimi ketika ia bermohon pertolongan. Doa orang yang berhaji disaat dia kembali. Doa seorang mujahid disaat dia pulang. Doa seorang yang sakit ketika sembuh sakitnya. Doa sorang muslim kepada saudaranya tanpa diketahui.” Kemudian Rasulullah saw bersabda,” Doa yang paling cepat dikabulkan di antara yang lima adalah doa seorang muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuannya.” ( Riwayat Baihaqi II/46 : Syakbul Imaan)

Berdasar hadis ini, saya memohon saudara semua doakan untuk 2 teman kita di atas. Jazakallah.

4 comments:

QuLMinD said...
This comment has been removed by the author.
QuLMinD said...

Moga Allah ampunkan dosa mereka...

Moga Allah Kembalikan ketenangan yg hak dlm diri mereka...

Moga Allah bawa mereka kembali di atas jalan-Nya...


"jika kamu tidak menyibukkan diri kamu dalam agama, maka Allah akan sibukkan kamu dgn urusan dunia..."

Mohon doa utk ana juga...

Moga trossss istiqamah atas jalan-Nya.

Moga seluruh ummat beroleh hidayah Allah InsyaAllah...

Amin Ya Rabbal 'Aalamiin!

Irwan said...

salam ustaz,

posting yang menarik

musafir said...

Penyakit Nafsu duduk dalam diri.

Siapa yang tak kena tak tahu.

Ujian yang berbeza-beza Allah bagi kepada setiap manusia.

Tetapi itulah mujahadah yang sedang dilaluinya.

Terbaik adalah SEGERAKAN KAHWIN.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin