MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, April 30, 2010

Majlis Eropah Desak Haramkan Amalan Pukul Anak


HARIAN METRO
2010/04/29

LONDON: Kumpulan hak asasi manusia, Majlis Eropah, berpendapat ibu bapa yang memukul anak sendiri wajar didakwa kerana melakukan serangan.
Menurut mereka, amalan memukul kanak-kanak - walaupun tamparan yang perlahan - boleh memberi kesan buruk terhadap psikologi.

Malah, seorang pegawai pertubuhan itu turut membandingkan perbuatan itu sama seperti seorang lelaki mengasari isteri sendiri. - Agensi



Targhib :

Tadi jam 740 pagi sehingga jam 8.45 pagi, penulis dijemput memberi ceramah khusus kepada pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 5 di sebuah Sekolah Menengah di Senawang ini. Insyaallah pada petang ini jam 3.30 petang penulis juga dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar di ILP di Pedas, Negeri Sembilan.

Apa yang penulis nampak, kebanyakan pelajar-pelajar yang bermasaalah adalah pelajar yang tidak dididik dengan didikan agama. Dan salah satu kaedah pendidikan di dalam agama adalah “merotan”.

Hadis I

Dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.ma daripada Rasulullah saw ,“Perintahlah anak-anak kamu bersolat apabila mereka berumur 7 tahun dan rotanlah mereka (kerana tidak bersolat) ketika mereka berumur 10 tahun, dan pisahkan di antara mereka dari tempat tidur.” (Riwayat Hakim dan Abu Daud)

Penafsiran ulama bukan hanya khusus kepada solat semata, tetapi juga kepada semua perintah Allah swt yang lain.

Hadis II

Sabdaan Nabi saw,” Kerjakanlah segala rupa ketaatan kepada Allah swt, dan takutlah berbuat maksiat kepadaNya. Dan surohlah anak-anak kamu supaya menurut segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Itulah yang dikatakan memelihara diri mereka dan diri kamu daripad api neraka.” (Riwayat Ibn Jarir dan Ibn Munzir)

Atas dasar inilah kita dapati terdapat nasihat Luqman Al-Hakim dengan katanya, “Merotan anak perlu dilaksanakan sebagaimana ladang perlu kepada air.”

Jika kita membaca “Aap Beeti” (Riwayat hidup Maulana Zakaria rah), pasti kita akan terharu melihat didikan bapa beliau Maulana Yahya kepada anaknya Maulana Zakaria. Beliau pernah dipukul bukan hanya menggunakan rotan tetapi juga sandal yang di pakai oleh bapanya. Beliau bercerita bagaimana sekali ibu beliau telah membuat sebuah batal kecil yang agak comel dengan dihiasi benang emas dan perak. Beliau cukup menyayangi bantal berkenaan dan selalu meletakannya di bawah pipinya dan kekadang di bawah dadanya ketika berbaring.

Sekali bapa beliau Maulana Yahya memanggil beliau untuk mengambil bantal untuk beliau berehat. Beliau lansung berkata, “ Adakah ayah hendak batal yang saya punya ini?” Dengan suara yang meninggi bapanya memanggil, “Mari kamu ke sini.” Bila sampai sahaja di hadapan bapanya, bapanya memegang kedua tanganya dengan tangan kiri dan memukul kedua pipi beliau dengan tangan kanannya sambil berkata,” Adakah kamu boleh berkata sesuatu kepunyaan kamu.” (Maksud beliau segala sesuatu adalah kepunyaan Allah swt di dalam mendidik anaknya kepada kehebatan Allah swt). Kejadian itu tidak akan melupakan beliau sehingga kesaat kematiannya sebagaimana kata beliau.

Di dalam mempelajari Al-Quran dan menghafal Al-Quran beliau juga sering dirotan oleh bapanya. Hasilnya beliau boleh menghafal Al-Quran 30 juzuk sewaktu berumur 8 tahun. Juga ketika umur muda lagi beliau telah menghafal beberapa Kitab-kitab Hadis sehinggalah beliau menjadi Muhadisin. Malah beliau pernah mengajar di Madinatul Munawwarah serta dirujuk oleh berbagai ulama khusus di dalam bidang hadis. Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah juga pernah merujuk kepada beliau. Malah beliau juga mengambil sanad hadis dari beliau.

(Lihat tulisan penulis pada posting yang lalu pada tajuk “Surat Syeikh Abd.Fattah Abu Ghuddah Kepada Maulana Zakaria” serta posting pada tajuk “ Ulama-Ulama Di Dalam Jemaah Tabligh”.)

Jadi pandangan orang-orang Barat seperti petikan berita di atas adalah satu pandangan yang tidak boleh diterima serta ianya boleh membawa kepada terhasilnya generasi yang rosak dan maksiat untuk masa-masa akan datang. Sekarang ini pun sudah terlalu teruk, bagaimana jika pandangan ini diterima, pastinya akan bertambah teruk.

Wallahu’ala.

3 comments:

M.Faiz Dr.Deen said...

Kekeliruan yang terbuku didalam minda Orang Islam Malaysia juga akan mendorong menjadi sebab terjadinya perkara2 sebegini di Malaysia,berapa ramai anak2 yg rosak akhlaknya..kata ibunya: "anak tersayang tak perlu dirotan,nanti besar dia tahu la berfikir,tahu beza halal haram "..tapi semuanya meleset.. Nauzubillah

Joe said...

Mungkin ya dan tidak.

"sebagaimana ladang perlu kepada air"

Ya , namun terlebih air ladang pun jahanam . Apa pun x jadi , habis semua tanaman akan mati ditenggelami air .

Saya tidak menentang keharusan memukul anak tetapi cukup keras menentang kekejaman mendera anak ,

patutkah seorang bapa memukul anaknya yg berumur 4 tahun dengan getah paip sebanyak x 3 kali semata-mata satu kesalahan yang remeh temeh?

Ustaz sanggup x , pukul anak umur 4 tahun dengan getah paip 3 kali (angkat tangan tinggi melepasi kepala dan hayun dengan perasaan marah) kerana anak tersebut x solat???

zuhairirani said...

Pukul anak tak solat ni bila berusia 10 tahun, tuan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin