MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, April 22, 2010

Wanita Perlu Sentiasa Ditemani Mahram


Metro Hari ini.

2010/04/22

KUALA LUMPUR: Wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan persekitaran dan perlu ditemani mahram terutama ketika perlu berjumpa seseorang lelaki secara peribadi biarpun doktor yang merawatnya, supaya tidak mudah menjadi sasaran 'manusia pelik' yang mempunyai nafsu luar biasa.

Perunding Psikologi K&A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan, berkata wanita perlu sentiasa peka dengan persekitarannya dan tidak mudah mempercayai orang, apalagi yang membabitkan tubuhnya.

Beliau berkata, ini kerana ada lelaki yang mempunyai nafsu pelik yang pelbagai, dikenali sebagai 'fetish' atau 'voyeur', dan mereka hanya merasa puas secara seksual selepas mengintai perlakuan atau melihat barangan peribadi milik wanita.

Katanya, ada pelbagai minat seksual yang kadang-kala wanita tidak terfikir, antaranya ada lelaki terangsang apabila melihat wanita mengandung, wanita berpakaian jururawat atau pramugari dan tidak kurang pula boleh terangsang apabila melihat wanita berlagak ala lelaki atau ‘tomboy’.

“Mungkin pelik pada kita tetapi ada lelaki yang melihat beg wanita pun boleh rasa terangsang, apalagi jika melihat pakaian dalam yang dijemur di ampaian.

“Ada pula yang melihat kasut atau stokin wanita pun boleh terangsang, oleh itu wanita perlu sentiasa berhati-hati atau lebih baik ditemani mahram ke mana-mana supaya tidak menjadi mangsa lelaki yang bernafsu pelik seperti ini.

“Bukan setakat mencabul, malah ada rekod yang menunjukkan lelaki bernafsu pelik ini boleh sampai tahap merogol kerana tidak dapat membendung nafsu mereka,” katanya.

Beliau merujuk laporan Harian Metro semalam mengenai seorang lelaki yang menyamar doktor dan merayau di wad bersalin ketika waktu melawat, semata-mata untuk mencabul wanita mengandung.
______________________________________

Sedikit Targhib :

Perkara sebegini sepatutnya tidak timbul kerana Islam telah pun mengajar kepada wanita-wanitanya adab-adab. Masaalah yang paling besar adalah kerana kita sendiri yang tidak menghayatinya. Bila ini berlaku, maka hasilnya adalah sebagaiman yang kita lihat sekarang ini. Jenayah sexual yang begitu tinggi.


Hadis I :

Dari Jabir ra bahawa Ummul Mukminin ,Ummu Salamah rha meminta izin Nabi saw untuk berbekam. Maka Rasululluh saw memerintah Abu Taibah untuk membekam. Kemudian Jabir berkata , “ Saya menduga bahawa Abu Taibah adalah saudara susuan Ummu Salamah atau dia adalah anak lelaki yang belum baligh”. (Riwayat Muslim)

Hadis di atas membuktikan bahawa pemeliharaan aurat telah dititik beratkan oleh Islam sejak dahulu lagi di dalam permasaalahan pegubatan.

Hari berapa ramai yang tidak ambil peduli bila isteri berjumpa dengan doktor. Masih lagi kita dapati wanita kita berjumpa dengan doktor lelaki sedangkan masih ramai doktor wanita. Begitu juga ketika melahirkan anak, berapa ramai yang tidak memikirkan soal pemeliharaan aurat?


Hadis II

Dari Abu Said Al- Khudri ra, Sesungguhnya Nabi saw bersabda, “Seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat tidak akan keluar rumah (berpergian) seorang diri selama tiga hari atau lebih melainkan ditemani oleh ayahnya, saudara lelakinya, suaminya, anak lelakinya atau lelaki mahram yang lain.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah)

Hal ini berkaitan musafir selama tiga hari atau lebih ketika keadaan aman seperti zaman Nabi dan sahabat. Tetapi untuk zaman ini yang penuh dengan fitnah maka tersangat-sangat perlu diambil berat miski pun kurang dari tiga hari.


Hadis III

Dan dari Aisyah ra, ia berkata ,” Aku masuk ke dalam rumahku yang di dalamnya terdapat (kuburan) Rasulullah saw dan aku melepaskan pakaianku (membuka aurat). Dan aku berkata (sedari) bahawa ianya suamiku dan bapaku (bila Abu Bakar ra dikuburkan di situ). Takala Umar ra dikuburkan bersama mereka, maka demi Allah tidaklah aku masuk melainkan aku akan menutupkan auratku kerana malu kepada Umar ra.” (Riwayat Ahmad)

Hadis di atas kalau direnung menunjukan begitu dasyat dan begitu perlunya aurat wanita wajib ditutup miski pun pada mereka yang telah mati. Inilah sifat yang ada pada isteri-isteri Nabi saw dan isteri sahabt-sahabat rahum di waktu itu. Natijahnya kehidupan mereka terhasil kehidupan “Hayatan Tayyiba” yang tidak mungkin lagi akan ujud selapas dari mereka. Namun begitu wanita dan anak perempuan kita masih tetap perlu memelihara aurat mereka di hadapan mereka yang ajnabi (bukan mahram) sebarang waktu.

Wallahu’alam.

p/s : Untuk kefahaman persoalan aurat dengan penghayatan, wanita dan anak perempuan kita perlulah dikeluarkan Jemaah Masturat setiap 3 bulan sekali 3 hari.

5 comments:

مسافر اسلام said...

Salam ustaz..memang sukar untuk melihat umat akhir zaman ini melaksanakan tugas dan tanggujawab yang telah disarankan oleh al-Quran dan Hadis. Kebanyakan mereka memikirkan bahawa ini adalah perkara yang mudah.

Jika kerajaan yang menyifatkan kehidupan islam di ambil berat dan dilaksanakan, nescaya perkara yang sebegini tidak belaku.

Dan ramai yang boleh keluar dijalan Allah. Tiada lagi kemungkaran dan kerosakan di muka bumi Allah.

Salam

Umma-ali said...

Salam,
Masalah ini berpunca dari kurangnya perasaan cemburu. Apabila tiada rasa cemburu, kaumlelaki tak begitu peka keadaan keselamatan mahram wanitanya, apatah lagi wanita itu sendiri yg memang diakui tidakpeka dgn sensitivity ataupun nafsu liar kaum yg berlainan jenis dgnnya, kerana kebanyakan wanita tak rasa apa2 bila memandang lelaki bkn mahramnya. Jadi dia pun rasa tak apa2 berpergian tanpa mahram... Bagi kita yg diberi sedikit kefahaman tentang agama dan tentang keadaan masyarakat yg runtuh moralnya skrg ni perlulah ambil tanggungjawab untuk menyebarkan kefahaman kepada mereka yg kurang faham. Itulah kita usaha khuruj 3h, 10h, 15h, 40h @ 2bulan untuk islah diri dan kaum sejenis agar sama2 dapat hidup dgn mengamalkan agama yg sempurna...disamping kita usaha hidupkan suasana iman dan amal di rumah dan di marhala kita...

zaujah bahagia said...

Salam,

benar, umma-ali. Di akhir zaman ini, lelaki mudah menyalahkan wanita kerana tidak menjaga aurat dan wanita suka menyalahkan lelaki kerana suka melihat. Bagi lelaki dan wanita beriman, mereka tidak akan saling menyalahkan, bahkan mereka akan bersama-sama kembali kepada ALLAH SWT. Perintah ALLAH dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31:
Katakanlah kepada orang lelaki beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengerti) akan apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada orang perempuan beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang zahir sahaja. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau anak-anak saudara laki-laki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau sesama wanita, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka tersembunyi. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung"

Sudah jelas dan terang perintah ALLAH swt ke atas setiap wanita dan lelaki beriman, bagi yang mahu beriman, maka mereka akan amalkan suruhan ALLAH swt ini, bagi yang tidak mahu beriman dan tidak mahu taat, maka mereka akan melakukan perkara-perkara sebalik itu.

Semoga ALLAH swt kurniakan taufik hidayah kepada setiap kita untuk amalkan perintah ALLAH swt ini, ikhlas kerana ALLAH, tidak kira semasa didepan orang atau ketika dikesunyian. ALLAH swt itu maha melihat.

Irwan said...

salam. baru2 ni saya terserempak dgn anak2 gadis yg menjadi sukarela mengutip sumbangan untuk satu pondok tahfiz. Mereka melakukannya di RnR Seremban PLUS kedua2 arah. Saya tak nampak pula guru pembimbing yg menemani mereka dan kelihatan mereka menyapa sesiapa saja lelaki atau perempuan.
Saya nak tau apa kedudukan perkara sebegini?
Saya faham dgn kaedah mengutip sumbangan ini dan sangat bersetuju tapi biarlah budak2 lelaki saja, ini pendapat saya yg tak berilmu ni la.


Saya tau Allah tunjukkan pada saya agar kita semua KERJA dan DOA lebih kuat lagi, tapi saya nak tau hukumnya sekadar nak mendiamkan bisikan2 dalam hati ni (bisikan asyik suruh saya pergi sound diorang)

Saya harap ustaz dapat nasihatkan saya dalam hal ini.

Terima kasih

Unknown said...

Scuba,

Saya secara peribadib tidak menyukai mengutip derma di tempat tersebut berlebih lagi di pintu masuk Bank.Ianya seolah-olah orang Islam ini tidak mampu memberi sumbangan sehinggakan kutipan derma perlu diminta di hadapan bank.

Persoalan kutipan derma satu hal manakala persoalan aurat dan pergaulan pula satu hal. Umumnya dimana sahaja, batasan pergaulan dan adab perlu dijaga,apa lagi untuk anak gadis. Islam tidak mengajar begitu.

Mungkin juga sesetengah gulongan mencari kesempatan dengan meletakan anak gadis untuk tujuan tersebut.

Rasa saya gulongan ini telah diberi teguran oleh pihak berwajib.

Wallahua'lam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin