MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, December 5, 2009

Jawapan Kepada Kritikan Artikel “Ulama-Ulama Besar Pendukung Jemaah Tabligh”.


Nota :

Tulisan ini agak sedikit keras dan ianya ditulis pada Julai 2009 yang lalu. Untuk makluman ini Bukan Cara Saya, namun apabila kecaman keras ke atas Maulana Zakaria rah dan beberapa orang ulama maka saya pun menjawab dengan cara yang bersesuainya. Cadangan awal untuk tidak pamerkan jawapan ini, namun bila selesai ijtimak tempoh hari rasanya terpanggil untuk pamerkan.

Untuk makluman saudara/saudari ianya adalah beberapa jawapan namun ini adalah jawapan terakhir. Kemudian dari itu tidak ada lagi email yang saya terima dari pengkritik berkenaan. Di dalam kenyataan beliau (pengkritik) katanya ia adalah bekas pengikut Tabligh dan pernah keluar 40 hari

Jawapan :

Assalamualaikum,

Maaf kerana saya baru terbaca komen saudara kerana baru je pulang dari khuruj 10 hari masturat.

Masing-masing ulama berbeza pendapat dan pandangan bukan sahaja di dalam isu Jemaah Tabligh tetapi hampir keseluruhan isu dan cabang agama. kalau kita baca blog atau website wahabi/salafi pasti dan pasti kita akan berjumpa perbezaan ketara dan pasti kita akan menjumpai kritikan dan pandangan yang kata kuncinya adalah "bid'ah". Untuk makluman saudara apakah ulama-ulama yang saya senaraikan yang menjadi pendukung Jemaah Tabligh adalah ulama yang begitu bodoh dan ulama wahabi/salafi sebegitu alim dan sebegitu cerdik. Apa yang dikesan oleh ulama wahabi/salafi yang dikatakan sesat dan bidah tidak pula disedari oleh ulama selain wahabi/salafi. Betulkah begitu atau semua ulama selain wahabi/salafi sesat belaka? Apa yang saya sebutkan bukan cakap kosong. Saudara boleh buka puluhan blog/website wahabi/salafi dan kitab-kitab yang mengatakan demikian. Membid'ah dan menyesatkan berbagai gerakan yang berlainan dengan manhaj Wahabi/salafi. Menyesatkan Jemaah Tabligh, Ikhwanul Muslimin, Gerakan Tariqah dan Kesufian, Imam-imam Mazhab yang empat serta ulama-ulama terdahulu. Tidaklah menghairankan kalau Jemaah Tabligh menjadi sasaran kritikan.

Persoalan yang saudara minta saya komen sebenarnya persoalan yang telah biasa dibahaskan diberbagai blog/website Salafi Indonesia. Ianya bukan bertujuan untuk mencari kebenaran atau titik pertemuan tetapi sebaliknya.Persoalan ini juga adalah persoalan yang biasa yg dikemukakan oleh hampir 99% mereka-mereka yg berfahaman wahabi/salafi. Setakat yang difahami tidak ada satu pun pandangan yang dibahaskan akan diterima oleh mana-mana Wahabi/Salafi walau apa pun hujjah yang diberikan miskin pun ianya seorang ulama.Jadi saya membuat keputusan untuk tidak menjawab persoalan yang dikemukakan.

Perumpamaan : Kawah gulai yang dimakan dan dijamah di zaman sahabat rahum adalah gulai fresh yang baru dimasak oleh Rasulullah saw. Rasanya enak dan sedap serta menyelerakan oleh sesiapa sahaja yang memakannya. Isinya, dagingnya yang berbagai dapat dimakan dan dijamah oleh sahabat rahum. Selepas sekian lama, kawah itu telah dimakan dan jamah oleh berbagai generasi sehinggalah ianya dijamah dan dimakan oleh generasi pinggir kedatangan Dajjal (sekarang ini). Maka ketika itu kawah gulai berkenaan telah pun hampir kering yang tinggal hannyalah cebisan serat-serat daging seurat dua. lalu sipenjamahnya yang akhir ini mengomen mengatakan mereka benar-menar merasai, menjamah gulai dan isinya lalu mengomen gulongan yang lebih dahulu merasai, menjamah dan memakan gulai dan isinya.Kononnya merekalah yang benar-benar memahami resepi gulai berkenaan dan benar-benar merasai kesedapan gulai berkenaan. Akhirnya mereka mendustai kesedapan generasi lalu dengan menyenaraikan kandungan resepi tulin katanya dari Nabi saw. Begitulah perumpamaan.

Saudara pernah keluar Tabligh 40 hari saudaralah hakim yang sebaiknya untuk menilai dan merasai kemanisan di dalam beribadat. Ketika saudara berada di dalam manhaj Wahabi/Salafi dan ketika berada di dalam 'kesesatan' Tabligh yang telah difatwakan oleh ulama Wahabi/Salafi yang saudara dukungi. Saudara berhak memilih jalan yang saudara yakini tiada sebarang paksaan. Kalau saudara ikut Jemaah Tabligh sekali pun, tiada jaminan jutaan manusia boleh mendapat hidayat dengan sebab kemasukan saudara. Jemaah Tabligh tidak berhajat kepada saudara, saya juga kepada sesiapa hatta ulama-ulama yang sedia ada sekali pun.

Untuk makluman saudara jika satu dunia tak nak ikut Jemaah Tabligh, itu pun tiada sebarang kerugian kepada Jemaah Tabligh sedikit pun. Di dalam berbagai kritikan yang dilempar saya dapati makin ramai yang mengikuti Jemaah Tabligh. Buktinya sila saudara datang sendiri nanti ketika Ijtimak sedunia 10,11 dan 12 Julai 2009 nanti pasti akan dapati dari negara pengasas Wahabi/salafi (Arab Saudi) pun ribuan yang akan hadir selain negara-negara Arab yang lain.Saudara datanglah sebagai "pemerhati ajaran sesat". Jangan terkesan dengan sebarang ceramah yang diberi kerana ianya adalah "BID'AH" dan "SESAT" sebagaimana yang Salafi/Wahabi anggap.

Wassalam.

P/s : Tulisan ini tidak bertujuan untuk semua Salafi/Wahabi cuma yang berkaitan sahaja. Masih ramai lagi yang bagus dan lebih baik dari saya. Maaf kalau tersinggung.

9 comments:

Ziarah76 said...

alhamdulillah,
sungguh bagus jawapan ustaz.
siapa la gerangan yg bertanya kpd ustaz tu. Pedaas kena tu.
saya pun ada jumpa org salafi/wahabi ni. di tempat yg tak kuat, depa kata tabligh bidaah. di tempat yg depa kuat, depa kata tabligh sesat.
Saya rimas dgn depa ni. Doakan lah hidayah untuk selurooohh umat.

Hidayatullah said...

ntah la ape nk ckp dgn diorg nh..kje fire je
tegur je dgn ayat nh..
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(49:11

Unknown said...

Salam,cikgu Yusri pendang pernah citer kat sy time jemaah tabligh di haram di Melaka,waktu tu dia syura sana,Ya Allah mujahadahnya ketika tu,pergi Masjd semua kene halau,memang x de harapan lagi dah,cikgu yusri pergi bawa jemaah khususi dia,mulanya nak cium tangan amek berkat ustaz nie,pastu ustaz tu tarik tangan,dan cakap engkau semua kene taubat sebab buat bidaah,salah sorang ahli majlis fatwa melaka,turun masjid by masjid dedah kata jtabligh sesat,pendek cte,ada satu jemaah ulama dari mekah datg dan khususi ustaz nie,ulama mekah nie buta x silap saya syech Ahmad kot,bila pi khususi ustaz nie ,rupa2nya syech ahmad nie guru dia dulu,lepas diberi penerangan oleh syech ahmad nie,dia pun tunduk malu..dan dia mintak maaf, dan ahli fatwa melaka ni pun turun masjid by masjid mintak maaf kt pasai perbuatan dia dulu kata tabligh sesat...dan seminggu lepas tu,dia meninggal dunia...pengajaran disini,usaha dakwah dan tabligh nie Allah swt yang jaga,walaupun seluruh ulama2 dalam dunia nie tentang usaha nie,,tapi ianya tetap akan berjalan seperti biasa,kerana usaha nie ALLAh swt yang jaga..seperti mana ALLah jaga Kaabah dari tentera bergajah...

walaupun penetangnye dah besa keluar 4 bulan atau dah jadi syura sekalipun,dah pandai cop tabligh nie x brapa betul,..sebenar nye dia buat usaha x ikhlas kerana kami semua buat tabligh adalah untuk tingkatkan iman kami,supaya Allah x dakwa kami di akhirat nanti,,bukan kami nak baiki orang lain,tapi nak baiki iman,akhlak,ibadat kami....

ibnu abdullah said...

benarlah ustaz, tiada siapa yg pernah berhajat dengan dia, dia syok sendiri tu, biarkan dia.

anak pendang, jika kamu mahu tahu sehingga hari ini masih ada ulama setempat yg menentang jemaah tabligh, di seremban sendiri. Ada artikel yang disebarkan melalui internet oleh rakan saya sendiri, kononnya dari bekas jemaah yang pernah keluar sehingga 7 tahun, akhirnya bertaubat kerana percakapan karkun dalam bayan yang dikatakan menyesatkan. Bekas mufti N9 dikatakan juga akan mengatakan sedemikian (tabligh tak betul) sekiranya dijumpai face-to-face.

tetapi setelah banyak penjelasan saya beri namun sahabat saya ini masih insist malah dah sedia dengan bermacam-macam artikel untuk menerangkan percakapan tabligh yang menyesatkan dalam bayan, akhirnya saya beri email terakhir mengatakan demi persahabatan saya tidak akan meneruskan perbahasan ini sebab dah macam yahudi suka berbahas-bahas & bertengkar walaupun ketika itu Nabi saw telah membelah bulan.

namun sekarang perkara ini menimpa wahabi/salafi pula. diterkam sekumpulan ulama setempat. barangkali mereka takut hilang kuasa??

Huszaimi said...

Alhamdulillah ustaz..
jawapan penuh dengan sifat ilmuan
takpe yg penting kt ambil yg baik.. salafi/wahabi ni bagus jg.. bgus dalam mengingati ayat quran dan hadis..

ilmu tinggi..
kitab2 tersusun rapi..
sebagai rujukan setiap hari..
hujah yg shahih sahaja, tak main dhoifi..
yang penting doa pada mereka.. Ikram2..
yakin dengan usaha agama untuk kebaikkan diri kita dan seluruh umat..
4 bulan, 40 hari, 3 hari, setahun, dan beberapa hari pun bukan maksud.. maksud utama pengorbanan diri,perasaan,masa dan harta untuk agama Allah swt.. niat belajar dapat ilmu, niat keburukan dapat keburukan..
wallahualam..

Unknown said...

Perumpamaan : Kawah gulai yang dimakan dan dijamah di zaman sahabat rahum adalah gulai fresh yang baru dimasak oleh Rasulullah saw.

Selepas sekian lama, kawah itu telah dimakan dan jamah oleh berbagai generasi sehinggalah ianya dijamah dan dimakan oleh generasi pinggir kedatangan Dajjal (sekarang ini).

Teringat saya tentang kutbah akhir Rasulullah SAW dan kata kata terakhir baginda

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu….

ini lah doa baginda untuk umatNya. Semoga kita termasuk dalam doa baginda.

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Pedas rasanya gulai tuan ni.
Tu la, dalam kerja Nabi memang akan ada fitnah.
Semoga Allah memberi hidayah kepada semua ummat Nabi Muhammad SAW.
Amin.
Iklan. Kami menjual barangan sunnah. Sila lewati kami di http://pesandansampai.tk
Wasallam

QuLMinD said...

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang....

jemput ziarah blog QuLMinD!
http://qulmind-firqahislami.blogspot.com/

Anonymous said...

kebenaran akan tetap akan menang dan mulia, kebatilan akan tetap jatuh dlam keadaan hina..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin