MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, December 21, 2009

Aksi Jijik Si Derhaka : Metro 21 Disember 2009


PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, ketiga-tiga anaknya turut dihubongi supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu. (Metro 21 Disember 2009 : Dengan sedikit edit)

Targhib :

Ini lah keadaan kehidupan akhir zaman yang terpapar di dada akhbar. Dari kes zina beramai-ramai, buang bayi, tangkapan khalwat, ragut sehinggalah kepada kes bunoh kejam sekarang ini. Persoalannya bolehkah kita hidup di dalam suasana jahiliah akhir zaman ini. Kehidupan agama yang telah terkikis saban hari.

Bila kita perhati-hatikan nilai-nilai agama sedikit demi sedikit telah hilang di dalam kehidupan kita sekarang ini. Bayangkanlah bagaimana hak-hak ibubapa telah ditekankan oleh Allah swt dan Rasulnya melalui firman dan sabdaan rasulnya namun ianya tidak memberi bekas sedikit pun di dalam hati umat ini.

Diceritakan dari Abu hurairah ra bahawa satu ketika Abdullah Ibnu Umar ra melihat seorang Yaman mengelilingi Ka’bah kerana bertawaf dengan mendukung ibunya di belakangnya sambil berkata, “ Aku adalah seumpama seekor unta yang berjalan atas kehendak penunggangnya. Ketika unta-unta lain lari berkeliaran dan tidak boleh dikawal, tetapi aku tidak.”

Apabila ia melihat Abdullah Ibnu Umar ra, orang Yaman itu menyoal, “Bukankah aku telah menyempurnakan hak ibuku?” Kemudian Abdullah Ibn Umar ra pun menjawab, “Itu bukanlah bayaran ganti rugi, sebenarnya kamu tidak pun terbayar walau pun sedikit dari penderitaan ibunmu sewaktu melahirkanmu.” (Muslim Parents Their Right and Duties : Akhlak Husain)

Yang berkhidmat kepada ibubapa pun belum terbalas apa lagi yang durhaka. Bahagiakah kehidupan kita begitu. Sanggupkah kita melihat balasan tuhan kepada kita jika kita berbuat begitu kepada ibubapa kita?

Terkadang ada yang memelihara ibubapanya di rumahnya namun sebenarnya bukan ia membela mereka namun sebenarnya mereka meletakan kedua ibubapa di rumah hanya semata-mata untuk mengurangkan bebanan mereka dengan mengajikan pembantu rumah yang beratus ringgit setiapa bulan. Ini dapat dijimatkan dengan tidak mengaji pembantu rumah. Hakikatnya ibubapa menjadi pembantu rumah terhurmat dirumah anak sendiri. Hakikatnya lebih hina dari pembantu rumah malah menjadi hamba kepada anak-anak sendiri. Inilah apa yang terjadi sekarang ini.

Jika difikir-fikirkan tidak ada jalan keluar bagi kita melainkan kita perlu kembali kepada nilai-nilai agama dengan mengembalikan umat ini semula kepada jalan agama yang lurus melalui amalan dakwah agar umat ini berada di atas hidayat Allah swt.

Wallahua’lam

6 comments:

Hidayatullah said...

astaghfirullahalazim

PakLong said...

Begitulah jadinya bila solat tidak diendahkan. Bila ada orang mengajak ke Surau / Masjid untuk bersolat berbagai alasan diberi. Semuga Allah swt zahirkan di muka bumi azab kepada mereka sebagai menjadi pengajaran pada yang lain.

anna said...

astaghfirullah...
tp kena tengok jg apa punca anak2 dia jadik mcm tu. bkn nak buka keburukan org tp skadar jd renungan bersama. ni kwn yg citer perihal jiran dia.. dr makbapak smpai lah ke anak x puasa, malah x segan silu anak-beranak lunch kt laman rumah diorg time bulan puasa.klu dah mcm tu.. mmg confirm x solat. anak2 perempuannya dibiarkan berpakaian mcm x berpakaian - nmpak mcm2. kluar rumah,2-3 hari baru pulang dan setiap kali pulang,lelaki yg mhantar x pernah lelaki yg sama.kwn sy ni bukan jenis menyibuk,mgendap aktiviti harian jiran tp stiap kali anak jiran dia ni pulang ntah dr mana,mmg kecoh bunyi2an hon,org terpekik seronok sakan..
nak dijadikan cerita,pd suatu hari suami c jiran td tiba2 kena strok.suami kwn sy kbetulan kerja m.a. kt spital,maka c jiran td dtg mgetuk2 tghmlm mmanggil mntak tlg tp dah terlambat, dah meninggal.
suami kwn sy lah yg byk mbantu jiran td mgurus jenazah.yg sedihnya,dlm rumah jiran td satu peralatan ibadah pun x ada -sejadah,buku yaasin,qur'an,dll smua x ada.. malah anak2nya sorang pun x tau smbahyang atau baca yasin.malah yg pmpuan siap hnya berseluar pendek n bsinglet menangis di hadapan bapanya yg dah terbujur kaku.
bila c bapa meninggal,rumah pun dilelong.anak2 perempuan smua lari ke bandar cari kehidupan baru.tggallah emak td dgn seorg anak lelaki yg dah berkahwin tp lain pulak jadinya.dia x serasi dgn menantu,lalu tggal pula dgn anak yg lain.x serasi jg.bila dah keadaan dah parah dgn anak2nya,anak2 yg mmg x dididik dgn agama pun hantarlah dia ke Rumah Org Tua...gitu lah citerr nya lebih kurang...hrp jadi pengajaran bg smua.utk pgetahuan,usaha agama d daerah sy mmg sdg bkembang tp mcm x pernah pulak diorg ni dtg ziarah ke kwsn2 tmn perumahan.diorg cuma ziarah kws kg2 je..

Unknown said...

Anna,

Jazakillah atas info yang berguna.

Memang pun banyak cerita yang macam tu.Hasil ketiadaan didikan maka anak-anak jagi macam tu.Namun apa yang dipaparkan pada posting kali ini kita pandang dari sudut tanggungjawab si anak terhadap ibubapanya.

Jazakillah atas respond saudari.

ibnu abdullah said...

Apabila tinggalkan sunnah Nabi saw maka pasti dan pasti menuju kesesatan.
Hidayah di tangan Allah swt, tiada usaha tiada jaminan syurga..

hadzrat jee firdaus said...

sebab tu ana azan mahu khidmat pada kedua orang tua ana sampai mereka sudah tiada

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin