MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, October 20, 2008

Penerangan terhadap Kitab Fadha'il Amal


Soalan : Mengapa Kitab Fadhail Amal mengandungi hadis dhaif dan maudhu'?

Jawapan 1 : Penerangan dari Mufti Mahmudul Hassan Gangohi (rahimahullah), Mufti Besar Darul Ulum Deoband dalam fatwa beliau pada 24/3/1395 AH:

"Kemungkinan besar tidak ada hadith yang disepakati oleh semua ulama' sebagai maudhu'. Bagaimana pun terdapat hadith yang dianggap dha'if atau lemah malah dilabel sebagai palsu oleh sebahagian ulama'. Pengarang kitab Fadha'il Amal yang mulia (Maulana Zakariyya rah.) sendiri telah menyentuh tentang perkara ini. Kitab 'Tadribur Rawi' menerangkan bahawa adalah dibolehkan menggunakan hadith dho'if berkaitan dengan fadhilat atau kelebihan-kelebihan amal. Jika sebaliknya, apa yang kamu akan perkatakan tentang Ibn Majah (rah.) apabila Ibn Jauzi (rah.) mengatakan bahawa kebanyakan daripada hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau sebagai maudhu'? Ibn Majah adalah sebahagian dari silibus madrasah malah salah satu dari 6 kitab sahih. Ibn Majah (rah.) tidak menyebut pun hadith-hadith tersebut sebagai maudhu'. Malah kitab beliau digunakan tanpa sebarang bantahan.

Pengarang kitab Fadha'il Amal sangat berhati-hati. Beliau telah menerangkan tentang hadith-hadith yang sesetengah ulama' mengatakan sebagai maudhu'. Jika sekiranya semua ulama bersepakat bahawa hadith-hadith tersebut adalah maudhu', beliau sekali-kali tidak akan meriwayatkannya."

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin