Soalan: Kepada siapa Jamaah Tabligh patut berjumpa (untuk berdakwah dan bertabligh), kepada orang2 Islam atau bukan Islam? Mengapa?
Jawapan:
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.
Allah Taãla berfirman bahawa sesatunya sebab Ummah ini diberi gelaran Ummah Terbaik adalah amalan mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.
Nabi (Sallallaahu Álayhi Wasallam) bersabda, “Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah iman yang selemah-lemahnya. (Mishkãt)
Hadhrat Nuúmaan bin Basheer (Radhiallaahu Ánhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) bersabda, “Perumpamaan orang yang mentaati hukum-ahkam Allah Ta’ala dan orang yang melanggarinya adalah seperti satu kaum yang telah mencabut undi untuk menentukan tempat dalam sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka telah mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila orang di bawah memerlukan air, mereka terpaksa pergi ke atas. Lalu sebahagian mereka mereka merancang, “Jika kita lubangkan bahagian kita ini maka kita tidak perlu menyusahkan mereka yang di atas. Sekiranya orang yang di atas membiarkan (kejahilan) mereka maka kesemua mereka akan karam. Sekiranya mereka memegang tangan-tangan (mencegah) orang di bawah maka mereka semua (samada yang di atas mahupun yang di bawah) akan selamat.” (Mishkãt Jilid 2 m/s 436)
Begitulah, orangramai tidak mencegah kemungkaran dan dosa terbuka dalam masyarakat, maka seluruh masyarakat, yang baik atau yang jahat, sama-sama akan binasa.
Hadhrat Abu Hurayra (Radhiallaahu Ánhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) bersabda, “Ajaklah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran sebelum Allah mendatangkan azab yang akan membinasakan semua orang.” (Ibid).
Petikan ayat al-Quran dan Ahadith di atas sudah menjelaskan bahawa mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah perintah Allah dan RasulNya. Setiap orang mesti melaksanakan hukum Allah tersebut. Semua para Ambiya’ (Álayhimus salaam) telah menjalankan tanggungjawab tersebut. Para sahabah (Radhiallaahu Ánhum) juga telah menggunakan seluruh hidup mereka dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Memandangkan tiada lagi Nabi yang akan diutuskan, maka setiap orang dari umat Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) adalah pembantu kepada Rasulullah dan setiap orang dari umat ini perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut. Mereka dalam Jamaat Tabligh mengorbankan masa, harta dan diri mereka dengan kesusahan dan mujahadah untuk keluar ke jalan Allah, bagi melaksanakan sunnah para Ambiya’ ini, iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.
Berkenaan Jamaah Tabligh, saya berpendapat mereka sedang melaksanakan perintah dan hukum Allah Ta’ala dan memenuhi keperluan Shariah. Jamaah ini menyeru kepada kehidupan sunnah dan mematuhi Shariah. Maksud seseorang bergandingan dalam usaha yang mulia ini adalah, pertamanya, untuk mengislah diri sendiri dan menyelamatkan manusia dari neraka jahannam. Keberkesanan besar yang telah dicapai oleh Jamaah Tabligh adalah terutamanya oleh usaha mewujudkan enam perkara yang mengarahkan kepada kesucian nafsu dan keyakinan Tauhid.
Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah..
Dan Allah Maha Mengetahui.
(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)
No comments:
Post a Comment