MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, April 22, 2014

Perlu Suhbat Dengan Ulama Yang Diambil Ilmu




IMAM IBNU HAZM AZ ZAHIRI AL ANDALUSI merupakan ulama besar rujukan madzhab Ad Dzahiri, sebuah madzhab memiliki kaedah hukum tersendiri yang berbeza dengan empat mazhab lainnya dalam mengambil kesimpulan hukum yang lebih kepada zahir nash serta menolak kaedah qiyas yang sememangnya dipakai oleh imam-imam mazhab yang empat
Beliau yang memiliki banyak karya ini sering terlibat perdebatan dengan para ulama mazhab Maliki yang merupakan mazhab yang dianuti di wilayah Indalusia waktu itu. Bahkan dalam Kitab Al Muhalla, Ibnu Hazm mengkritik seluruh imam empat mazhab dan juga ulama lainnya dengan hujah-hujah yang cukup pedas.

Hujah-hujah beliau yang cukup pedas itu telah disebutkan oleh seorang ulama seangkatan dengan beliau yang cukup zuhud ketika itu iaitu Syeikh Abul Abas bin Salleh. Kata beliau ,”Lidah Ibn Hazm dengan pedang Hajaj bin Yusof As Saqafi (Gabnur Madinah yang zalim) adalah dua bersaudara.” (Siyar A’lam An Nubala :18/199)

Mengenai pengambilan ilmu oleh Ibn Hazm, Imam As Syatibi mengatakan bahawa menganbil ilmu itu semistinya bermulazamah atau pun berhubung secara lansung dengan guru yang menyampaikan ilmu tersebut. Sedangkan Ibn Hazm Az Zahiri tidak berbuat demikian dan ianya tidak beradab dengan adab-adab mengambil ilmu sebagaimana yang berlaku kepada Imam-Imam empat mazhab.elakukan interaksi dengan jangka waktu lama dengan guru menyampaikan, ”Dengan hal ini jatuhnya pencelaan terhadap Ibnu Hazm Ad Dzhahiri dan sesungguhnya ia tidak bermulazamah dalam mengambil ilmu dari para syeikh dan tidak beradab dengan adab mereka dan itu bertolak belakang dengan para ulama mumpuni seperti imam madzhab empat”.

Imam As Syatibi selanjutnya menyatakan bahwa para penuntut ilmu perlu untuk mengembil teladan dan adab dari para guru mereka, sebagaimana para sahabat mencontoh Rasulullah Saw dan tabi’in mencontoh para-para sahabat. Menurut Imam As Syatibi lagi, Imam Malik rah memilki kelebihan dalam hal ini meski tidak menafikan bahwa ulama lain melakukan hal yang sama.

Dalam memberi hujjah yang sama, Imam Malik menyatakan,”Ada seorang laki-laki yang mendatangi menuntut ilmu kepada seorang laki-laki selama 30 tahun” (Hilyah Al Auliya, 6/320) bagi membuktikan bahawa perlu ada hubungan lansung diantara yang mengambil ilmu dangan yang menyampaikan ilmu. 

Qadhi Iyadh Al Maliki rah pula menjelaskan bagaimana para ulama mengambil akhlak hingga sampai kepada Imam Malik, beliau  menyebutkan bahwa Abu Ali Ats Tsaqafi mengambil akhlak dari tingkah laku Muhammad bin Nashr Al Marwazi hingga beliau perlu bermukim di Samarkand selama 4 tahun. Muhammad bin Nashr pula mengambil dari Yahya bin Yahya, kemudian Yahya mengambil dari Imam Malik hingga bermukim bersama Imam Malik selama setahun setelah beliau mengambil periwayatan hadits. Bilaman ada yang bertanya, maka Yahya bin Yahya menjawab, ”Sesungguhnya aku bermukim dalam rangka mempelajari akhlaknya, sesungguhnya akhlaknya mencerminkan akhlak sahabat dan tabi’in.” (Tartib Al Madarik, 1/117)

Ibnu Qasim murid dari Imam Malik juga pernah menyatakan,”Aku telah mengabdi diriku kepada Imam Malik selama 20 tahun. Selama 18 tahun aku mempelajari adab sedang sisanya dua tahun untuk belajar ilmu”. (Tanbih Al Mughtarrin, hal. 12)

Nafi’ bin Abdillah salah seorang murid kepada Imam Malik  juga telah menyatakan bahawa telah berada di dalam majlis Imam Malik selama 35 tahun bagi mendapatkan ilmu dan adab dari Imam Malik. (Hilyah Al Auliya, 6/320)

Para imam lainnya juga menjalani kaedah yang sama measa mendapatkan ilmu. Imam As Syafii sendiri menyatakan syarat untuk memperoleh ilmu adalah 6 perkara, salah satunya adalah “shuhbah al ustadz” atau bergaul mesra dan “ thulu az zaman” atau waktu yang lama. (Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, 5/208)

Abu Bakr Bin Al Muthawwi’i selalu berada di dalam majelis Imam Ahmad selama hampir dua belas tahun, namun beliau tidak pernah mencatat apa-apa yang disampaikan oleh Imam Ahmad. Bila ditanya apa yang beliau pelajari, Lantas beliau menjawab tingkah laku dan akhlak. (Manaqib Al Imam Ahmad bin Hanbal, Ibnu Al Jauzi, hal. 250)

Para ulama sendiri apabila melalui kaedah pengambilan ilmu begini akan merasai bahawa ulama yang diambil ilmu itu seperti bapa sendiri serta menghurmati dan memuliakan mereka seperti memuliakan kedua orangtua. Hal ini telah dinyatakan sendiri oleh Imam Nawawi rah sebagaimana yang terdapat di dalam “Tahzib Al Asma’ Wa Al Lughat : 1/11”

Mengenai Imam Ibnu Suraij,  Imam Nawawi mengatakan bahawa beliau adalah salah seorang dari datok kami dalam jalur fiqih”. (Al Majmu’, 1/214)

Bilamana sesaorang mendapat ilmu sampai ketahap ini maka akan menjaga adab dan tidak merendahkan para-para ulama lain serta lebih tawadhuk dan mejaga adab di dalam memutuskan sesuatu hukum. Ia akan merasakan dirinya terlalu kerdil berbanding dengan ulama lain. Akhlak dan perilaku ini tidak akan terhasil bagi mereka yang tidak menempuh tradisi ini.

Jikalau orang yang seperti Ibnu Hazm Az Zahiri yang merupakan seorang alim, muhaddits, faqih, lughawi yang memiliki banyak syeikh boleh terluput ciri-ciri berkenaan bagaiman pula dengan kita yang merasai cukup hanya berdepan dengan internet. Nau’zubillah

Wallahualam.

2 comments:

Al-faqir Abu Thaqif said...

Ana mohon share dlm fb ustaz...Aajarakallah

Unknown said...

Ya silakan tiada masaalah
Jazakallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin