MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, January 21, 2013

KEBENARAN KATA-KATA MASYEIKH DI DALAM USAHA DI BANGKEP




 
                   Keindahan P.Banggai



Teringat penulis kata-kata Al Marhum Maulana Umar Palampuri rah di dalam salah satu bayan beliau. Katanya jika amalan dakwah ilallah ditinggalkan sekurang-kurangnya empat perkara  akan berlaku :-

1         :  Akan terjadi kelemahan iman dan kesesatan dikalangan umat Islam.
2         :  Akan berlaku pelanggaran syariat oleh umat Islam.
3         :  Akan terjadinya kemurtadan di dalam masyarakat Islam.
4         :  Gulongan Kafir akan membenci, memerangi dan menguasai umat Islam.  

Sebaliknya jika  Dakwah ilallah dilaksanakan oleh umat Islam sekurang-kurangnya empat perkara juga akan berlaku :-

1         :  Iman umat Islam akan dapat diislahkan dan menjadi bertambah kuat.
2         :  Syariat Islam akan dapat disempurnakan oleh umat Islam.
3         :  Gulongan kafir akan menyukai  Islam dan datang kepada Islam.
4         :  Islam akan menguasai orang-orang kafir dan negara kafir.

Sesetengah ulama mengatakan dakwah ilallah terhenti hanya sekali sahaja di zaman Rasulullah saw dan sahabat. Iaitu semasa kewafatan Rasulullah saw. Rasulullah saw wafat pada hari Isnin menjelang tengahari dan dikebumikan pada hari Selasa Malam Rabu.

Diriwayatkan dari Imam Muhammad bin Baqir rah bahawa Rasulullah saw wafat pada hari Isnin . Jenazahnya diuruskan pada hari itu dan hari selasa . Baginda disemadikan pada hari Selasa malam Rabu. Sufyan perawi hadis ini berkata,”Cuma ini yang disebutkan di dalam riwayat Imam Baqir rah”. Riwayat yang lain menyebutkan kedengaran bunyi penyuduk dan cangkul sehingga ke lewat malam.(Syamail Tarmizi)

Hanya sekitar satu hari setengah sahaja sebelum perlantikan Abu Bakar ra sebagai khalifah, pada ketika ini dakwah ilallah terhenti maka berlakulah empat perkara dibawah :-

1         :  Timbulnya nabi palsu Musailamah Al-Kazzab serta seorang nabi perempuan.
2         :  Berlakunya perlanggaran syariah iaitu gulongan yang tidak mahu membayar zakat.
3         :  Berlaku kemurtadan dikalangan orang Islam yang lemah imannya.
4         :  Orang-orang kafir cuba memerangi orang-orang Islam.

 
              Cardinal Fish Pulau Banggai




Pengalaman Penulis Ketika Khuruj Di Sulawesi Tengah :

Pada November dan Disember 2012 yang lalu rombongan jemaah kami telah diputuskan untuk khuruj di  Kepulauan Banggai, Sulawesi Tengah, Indonesia atau Bangkep (Banggai Kepulauan). Kami terdiri hanya enam orang sahaja dan semua kami dari satu halqah iaitu Halqah Senawang, Negeri Sembilan. Jemaah kami adalah Jemaah Malaysia yang pertama sampai dan kami berusaha sekitar Pulau Banggai, Pulau Salakan dan juga Pulau Bangkurung. Alhamdulillah kami berhasil mengeluarkan empat jemaah.Tiga jemaah ke Ternate, Maluku dan satu jemaah ke Jakarta. Selain itu tiga Jemaah Masturat juga dapat dikeluarkan. Satu di Pulau Banggai, satu di Pulau Bangkurung dan satu lagi di Luwuk juga di kenali sebagai Banggai Darat.

Empat perkara yang disebutkan oleh Al-Marhum Maulana Umar Palampuri rah itu benar-benar berlaku di kepulauan tersebut.

1         : Timbul empat orang mengaku nabi palsu. Yang paling berpengaruh bernama Ali Thaita.
2         :  Perlanggaran syariah solat dan amalan masjid kosong.
3         :  Kedatangan Missioneri Kristian dari Amerika dan Korea untuk memurtadkan orang-orang Islam.
4         :  Golongan Kristian memerangi orang-orang Islam seperti di Palu, Sulawesi Utara dan lain-lain.

Bila dakwah ilallah tidak dilaksanakan maka memang benar akan timbul nabi palsu. Ali Thaita salah seorang paling berpengaruh sehingga ramai yang datang menjadi pengikut beliau. Syahadat juga berubah dengan mengantikan  “Muhammad Rasulullah “dengan kalimah “Ali Thaita Imamullah”. Cerita dari beberapa orang teman yang pernah menjadi pengikut beliau mengatakan bahawa Ali Thaita ini hebat orangnya dan mempunyai siher yang dasyat. Beliau pernah berjalan di atas air sedangkan penduduk tempatan mengunakan perahu dan kapal. Pernah katika ketiadaan air yang biasanya berlaku di sesetengah pulau, beliau mencucukkan jari beliau ke batu lansung keluar air yang mecurah-curah. Selain itu kata mereka beliau berupaya mengubat berbagai penyakit serta pandai meramal masa depan sesaorang.

Kehebatan ini mempengaruhi orang awam menjadi pengikut beliau, malah ada juga yang dari Majlis Agama terpengaruh dengan beliau. Namun begitu apabila usaha dakwah dijalankan oleh teman-teman kita di sana akhirnya pengaruh beliau lansung hilang yang tinggal hanyalah beberapa kerat sahaja. Juga dikatakan Ali Thaita ini meninggal dunia asbab dari dakwah salah seorang karkun di sana. Dikatakan Ali Thaita ini paling takut berjumpa dengan karkun. Jika ada karkun yang datang menemui beliau, beliau akan gemetar menggigil. 

Satu ketika beliau mendatangi ke Pulau Banggai untuk menemui pengikut beliau, pada waktu itu datang salah seorang karkun lalu mendakwahkan Ali Thaita dengan kalimah lailaha illallah serta mengatakan beliau bukan nabi tetapi sebaliknya penyesat. Ali Thaita lansung mengigil dan jatuh rebah. Beliau di angkat oleh pengikutnya dan akhirnya jatuh sakit sehingga membawa kepada kematian beliau. Beberapa bulan sebelum meninggal beliau nazak yang teramat sehingga ribuan lalat-lalat masuk ke mulut beliau yang ternganga. Usaha memasang Gasline agar lalat tidak datang tidak berjaya. Kesudahannya beliau meninggal dunia dengan lidah terjulur keluar memanjang.

Pada awal tahun 2000an pulau itu didatangi dengan sekumpulan Missioneri Kristian yang cuba memurtadkan orang-orang Islam di pulau tersebut dengan memberi berbagai bantuan. Beberapa minggu berada di pulau tersebut, hampir-hampir mereka berjaya memurtadkan orang-orang Islam. Namun beberapa orang yang masih sedar maksud kedatangan Missioneri Kristian ini mengumpulkan semua pendakwah Kristian di satu gudang dengan alasan perjumpaan. Bila semua terkumpul, pintu gudang di kunci dan minyak petrol dicurahkan.Mereka digertak jika tidak mahu keluar dari pulau tersebut gudang tersebut akan diletupkan. Akhirnya mereka akur dan keluar dari pulau berkenaan.

Sekitar tahun 2000, pulau itu dilanda gerak gempa 6.5 skala richter yang menghancurkan keseluruhan rumah dan banggunan di pulau tersebut. Semuanya hancur , yang tinggal hanya satu masjid sahaja yang tidak roboh. Bila kami tanya, “Masjid yang mana yang tidak roboh?” Kata mereka,”Masjid inilah.” Iaitu markaz Tabligh di pulau berkenaan. Selepas berlaku gerakgempa tersebut, satu rombongan jemaah dari Jakarta telah datang dan berjaya mengeluarkan ramai karkun di sana untuk khuruj  4 bulan dan 40 hari di Jakarta.

Kini Alhamdulillah pulau ini dan beberapa pulau berdekatan mula kembali menjalankan 5 amalan masjid dan kebanyakkan masjid mula dipenuhi dengan solat berjemaah 5 waktu. Sebelum solat akan kedengaran selawat dan tahrim dari seluruh masjid di kepulauan tersebut. Semoga usaha agama akan terus berkembang di kepulauan itu. Insyaallah

Wallahualam.

3 comments:

Unknown said...

Allahu Akbar!

Moga Allah terima kita semua dan seluruh umat buat usaha agama sungguh-sungguh

Abdullah Agung said...

Subhan Allah Ustadz ,nitip salam buat haji Din dari Taman Tuanku Jaffar (mungkin termasuk salah seorang dari ahli jamaat yg ke Bangkep) Jazakallah Khair atas Khidmat Jamaat Masturat Batam di Rumah beliau

Unknown said...

Abdullah Agung
Insyaallah nanti saya sampaikan, mohon maaf kerana tidak nusrah jemaah tuan kerana waktu yg sama ada urusan madrasah anak di Kedah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin