MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, December 29, 2011

Hina Sahabat Nabi Saw




Seorang lelaki warga Australia, Mansor Al-Maribe telah dihukum oleh mahkamah Saudi atas kesalahan menghina Sahabat Nabi ketika musim haji baru-baru ini di Madinah. Beliau yang berumur 45 tahun, ayah kepada 5 orang anak ini dihukum rotan sebanyak 500 sebatan dan dipenjarakan selama setahun.

Setahu penulis gulongan Syiah seperti Mansor Al-Maribe ini kalau dulu-dulu sekitar tahun 80an tidak akan berani berbuat demikian berlebih lagi jika berada di Madinah. Miski pun ketika itu Revolusi Iran begitu rancak diperkatakan sekitar Tanah Arab sehingga ke Negara-negara Islam yang lain. Propaganda fahaman Syiah ini cuba disebarkan ke seluroh dunia. Pernah penulis berada di satu tempat di Sempadan Burma berdekatan Bandar Ranong di Thailand, penulis terjumpa beberapa majalah dalam bahasa Thailand berkaitan propaganda Syiah. Majalah ini disebarkan di seluroh pondok-pondok sehingga ke Selatan Thailand. Namun begitu fahaman Syiah ini tidak berkembang di sana.

Di Malaysia pun pada ketika itu rancak membicarakan tentang Syiah sehingga berlaku Polemik Syiah Sunni di dalam akhbar Watan. Seingat penulis telah berlaku perdebatan diantara Nahmar Jamil dengan seorang penulis yang berfahaman Syiah. Malah pada ketika itu Pendakwah Bebas seperti Pak Yazid, Ust. Abdullah Hassan, Ust Hassan Salleh, Uts Mahfuz, malah terdapat beberapa orang lagi Ustaz di dalam Persatuan Ulama Malaysia. Malah di Universiti Malaya dan juga UKM ramai yang terlibat dengan fahaman ini. Penulis berani berkata demikian kerana penulis telah sempat belajar dengan semua mereka ini melainkan Pak Yazid dan Ust Mahfuz. Hampir setiap pagi hujung minggu penulis akan ke rumah Pak Yazid mengikuti kuliah pengajian ustaz-ustaz jemputan.kekadang terdapat juga utaz-ustaz yang pro kepada fahaman Syiah ini.

Perkembangan lebih ketara apabila gulongan pecinta Syiah ini mengadakan satu seminar Sunni – Syiah di Kuala Lumpur waktu itu. Walau pun asasnya kepada “Taghribul Mazahib” namun ianya adalah salah satu penyebaran Syiah di Malaysia. Kertaskerja berkenaan masih lagi di dalam simpanan penulis sehingga kini. Selain itu pendakwah-pendakwah di Malaysia ketika itu dijemput khas ke Iran untuk melihat perkembangan Syiah ini termasuk pemimpin Al-Arqam Utz Asyaari Muhammad. Tidak kurang dari mereka yang terlibat dengan Syiah setelah pulang ke Malaysia.

Perkembangan Syiah makin pesat berlebih lagi bila kefahaman dan pengetahuan tentang Syiah di Malaysia begitu cetek di kalangan ustaz-ustaz dan ulama ketika itu.

Hari ini pendokong Syiah semakin ramai di Malaysia. Mereka kekadang bertambah berani, cumanya belum lagi kedengaran suara-suara mengutuk Sahabat Nabi saw. Namun begitu di dalam artikel mereka, secara terang-terangan mereka mengutuk Sahabat Nabi saw.

Bagaimana kita boleh menghina dan mengutuk Sahabat Nabi saw sedangkan terdapat beberapa hadis Nabis melarang berbuat demikian. Malah menghina dan mengutuk selain Sahabat Nabi juga dianggap tercela, apa lagi Sahabat Nabi saw.

Sabda Nabi saw, " Jika kamu semua melihat orang memaki para Sahabatku, katakanlah bahawa laknat Allah swt keatas keburukkan kamu." (H/R : Tarmizi)

Sabda Nabi saw lagi," Jangan kamu semua memaki para sahabatku. Seandainya ada seorang di kalangan kamu yang menginfakkan emas sebesar gunung Uhud ia tidak akan dapat memadai seorang pun dari mereka, walau hanya separuh." (Hadis Mutafaq a'laih)

Juga sabda Nabi saw, " Bintang-bintang adalah yang mengamankan langit, bila tiada bintang-bintang akan tibalah apa yang telah dijanjikan baginya. Aku pengaman bagi Sahabatku, bila aku telah tiada akan tiba apa yang telah dijanjikan kepada mereka. Para Sahabatku adalah pengaman bagi umatku, jika para Sahabatku telah tiada akan tiba apa yang telah dijanjikan kepada mereka." (H/R : Muslim)

Sabda Nabi saw lagi, "Allah...Allah.... berhati-hatilah akan para Sahabatku sepeninggalku janganlah kamu semua jadikan mereka sebagai sasaran. Barangsiapa mencintai mereka ia kucintai dengan kecintaanku, dan barangsiapa yang membenci mereka ia kubenci dengan kebencianku. Sesiapa yang mengganggu mereka bererti ia menggangguku dan barangsiapa yang mengganggu diriku bererti ia talah menganggu Allah dan tidak lama lagi Allah pasti akan membalasnya." (H/R : Tarmizi)

Bagi penulis bagi menghindari fahaman Syiah ini daripada menular selain dari penerangan dan diskusi ilmiah di kalangan masyarakat, maka kita perlu mengembargemburkan kemuliaan Sahabat Nabi pada masyarakat dan berusaha menghayati kehidupan mereka di dalam kehidupan kita. Caranya dengan membaca kisah-kisah kehidupan mereka di rumah-rumah kita dalam bentuk ta'lim di rumah. Cara dan kaedah ini telah pun dilaksanakan oleh sahabat kita di dalam Jemaah Tabligh. Ini tidaklah terbatas kepada Jemaah Tabligh sahaja, namun hendaklah dilaksanakan juga oleh semua peringkat masyarakat.


Wallahualam.

Wednesday, December 28, 2011

Jadual Kuliah Januari 2012



01 Jan 2012 (Ahd) : Program Keluarga Di Johor
02 Jan 2012 (Isn) : Program Keluarga Di Johor
03 Jan 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al-Amin
04 Jan 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.Sembilan
05 Jan 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 G/Home F
06 Jan 2012 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
07 Jan 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
08 Jan 2012 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
09 Jan 2012 (Isn) :  Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
10 Jan 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
11 Jan 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
12 Jan 2012 (Kha) : Kuliah Hadis Tmn Bandar Senawang
13 Jan 2012 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn pinggiran Senawang
14 Jan 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
15 Jan 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi G/Home Fasa  F.
16 Jan 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
16 Jan 2012 (Isn) : Program Mingguan Pengasih K.Lumpur
17 Jan 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
18 Jan 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
19 Jan 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah
20 Jan 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Surau Haji Musa BSS
21 Jan 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin.
22 Jan 2012 (Ahd) : Program Masturat 3 Hari
23 Jan 2012 (Isn) : Program Masturat 3 Hari
24 Jan 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
25 Jan 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
26 Jan 2012 (Kha) : Kuliah Hadis Tmn Seri Pulai
27 Jan 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height.
28 Jan 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin.
28 Jan 2012 (Sab) : Kuliah Bulanan Qudwah G/S Home.
29 Jan 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Pinggiran Senawang
30 Jan 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
30 Jan 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Tmn Rembau Utama.
27 Dis 2011 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin 

Thursday, December 15, 2011

Siher Semakin Berleluasa



Berita Dari Metro Hari Ini 15 Dis 2011

Berita Pertama :

KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.

“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.

Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.

Berita Kedua :

KUALA LUMPUR: “Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengakui menerima banyak aduan berhubung kes ilmu hitam membabitkan sihir penunduk nafsu,” kata Penasihat Medianya, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Beliau berkata, orang ramai lebih terdorong untuk merujuk bomoh bagi mendapatkan cinta walaupun menggunakan cara yang bertentangan Islam berbanding berdoa dan berserah kepada Tuhan.

Katanya, apabila mangsa tidak kuat untuk menghadapi gangguan terbabit, sihir itu lebih mudah terjadi apatah lagi jika kedua-dua pihak pernah mempunyai hubungan istimewa.

“Kes sihir seperti ini terjadi sejak sekian lama di kalangan masyarakat kita yang terlalu taksub dengan dukun. Orang yang menggunakan khidmat bomoh ini kebanyakannya menggunakan ilmu hitam kerana putus asa disebabkan doa mereka tidak dimakbulkan.

“Sepatutnya kita lihat balik ibadat wajib kita terutama solat, sempurna atau tidak. Kalau yang itupun tak cukup, jangan pertikaikan kenapa permintaan kita tidak ditunaikan, namun jangan pula memilih jalan tidak diredai iaitu sihir,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tuan Asmawi berkata, hanya solat mampu menjadi pendinding untuk mengelak terkena perbuatan sihir oleh pihak tertentu walaupun ia ilmu hitam yang paling kuat.

Berita Dari “Yahoo News” 14 Dis 2011

A Saudi woman was beheaded after being convicted of practicing "witchcraft and sorcery," according to the Saudi Interior Ministry, at least the second such execution for sorcery this year.
The woman, Amina bint Abdulhalim Nassar, was executed in the northern Saudi province of al-Jawf on Monday.

A source close to the Saudi religious police told Arab newspaper al Hayat that authorities who searched Nassar's home found a book about witchcraft, 35 veils and glass bottles full of "an unknown liquid used for sorcery" among her possessions. According to reports, authorities said Nassar claimed to be a healer and would sell a veil and three bottles for 1500 riyals, or about $400.
According to the ministry, Nassar's death sentence was upheld by an appeals court and the Saudi Supreme Judicial Council.

Komen Penulis :

Metro hari ini (15 Dis 2011) dan juga berita dari Yahoo News semalam (14 Dis 2011) melapurkan bukan hanya di negara kita malah di negara yang dua tanah suci berada di sana juga terlibat dengan amalan siher ini.

Bila diperhatikan semamangnya amalan siher makin berleluasa. Apa lagi saat-saat akhir ini bilamana makin hampir kedatangan Dajjal maka amalan siher akan makin berleluasa diseluroh dunia. Kemuncak amalan siher ini akan disempurnakan takkala kedatangan Dajjal nanti.
Bagi masyarakat Barat, amalan siher ini semakin dipraktikan di sana. Malah agama Yahudi yang tidak boleh di anuti oleh mana-mana bangsa selain Yahudi pun sebahagian ajarannya diajar kepada penganut-penganut yang bukan Yahudi atas nama “Ajaran Kaballa”. Bila diteliti ianya lebih kepada ajaran siher yang diajarkan kepada penganut yang bukan berbangsa Yahudi.

Selain itu melalui industri perfileman pun digunakan oleh gerakkan Yahudi sedunia untuk mengembangkan siher ini. Lihat sahaja filem seperti “Harry Porter” .”Lord Of The Ring”, ‘The Sorcerer’s Apperentice” “The Seekers” “Super Natural” “Merlin”. Malah di dalam filem kartun pun kekadang diselitkan dengan amlan siher. Seperti filem “Futurama” yang digambarkan dengan mata satu.

Bukan begitu sahaja malah di jalan-jalan juga akan diperkenalkan dengan amalan siher seperti “Street Magic” oleh David Blaine, Criss Angel dan juga beberapa persembahan oleh David Cooperfeld. Semua ini mengambarkan satu cara mempromosikan amalan Dajjal dan menjadikan siher itu sebahagian kehidupan kita. Tidak kurangnya juga di Malaysia kita ini bila mana akhir-akhir ini semakin banyak filem-filem hantu dan mentera siher diperkenalkan.

Bila ini berlaku maka masyarakat tidak segan silu dan tidak merasai bersalah jika mempraktikkan siher atau setidak-tidaknya berjumpa dengan bomoh untuk urusan siher menyehir.
Pengalaman penulis berdepan dengan isu sebegini begitu banyak akhir-akhir ini bila penulis bersama teman terlibat di dalam pengubatan berkaitan makhluk halus. Malah pusat-pusat pengubatan makhluk halus ini begitu banyak akhir-akhir ini dan kekadang bayaran yang dikenakan terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

 Bagi penulis jika kita beramal dengan amalan agama kita dengan betul. Insyaalah kita akan terjauh dari kejahatan siher ini. Wirid selepas solat lima waktu itu sendiri pun jika kita istiqamah beramal dengannya akan terjauh kita dari terkena kejahatan siher. Rumah-rumah yang di dalamnya ada bacaan quran dan hadis akan terpelihara dari kejahatan siher ini. Setiap amalan sunnah Nabi saw yang di amalkan pun akan menjauhkan kita dari kejahatan siher. Kalau terkena pun tidaklah terlalu teruk.

Jadi akedah pengubatan yang mujarab agar tidak terkena kejahatan siher ini sebenarnya adalah melalui beramal dengan amalan agama itu sendiri.
Wallahualam.

Tuesday, December 6, 2011

Pegawai Polis Pertama Sweden Mengenakan Jilbab



Memakai tudung adalah sesuatu yang sukar dan terlalu banyak halangan berlebih lagi jika sesaorang itu berada di nagara yang majoritinya adalah bukan Islam. Apa lagi slogan “Islamicphobia” bagi sesetengah mereka di Barat begitu mendalam. Namun itu tiadak menjadi halangan jika kecintaan pada agama terpahat di dalam lubuk hati seorang muslimah yang solehah.
Ini berlaku pada diri Donna El Jammal dari Sweden. Beliau merupa muslimah yang pertama di negara itu yang mengenakan Jilbab/bertudung di dalam pasukan polis Sweden. Sebelum ini jilbab/bertudung merupakan sesuatu yang mustahil boleh dipakai apa lagi di dalam pakaian seragam pasukkan polis. Cukup mustahil dan sukar dipercayai. Namun selepas perkembangan Islam yang begitu ketara di Sweden serta melalui perbahasan dan perdebatan awam yang panjang akhirnya ianya diberi kelonggaran oleh pemerintah di sana.
Pengalaman penulis berada di German dan Holland selama dua bulan cukup memberi kesan yang mendalam betapa keinginan muslimah di sana mengenakan pakaian Islam. Di dalam rintangan dan mujahadah yang tinggi, muslimah di sana tetap dapat mengenakan jilbab/tudung malah sesetengah mereka dapat pula memakai purdah tanpa sedikit pun rasa takut. Maknanya “Di mana ada keinginan maka di situ akan ada jalannya”
                     ( Anak Perempuan Teman Penulis Ketika Berada Di German )

Terbalik pula di tempat kita, akhir-akhir ini semakin banyak pula yang tidak bertudung. Bukan hanya tidak bertudung malah rambut pula “colouring” dan ditambah pula dengan jeans ketat. Punca paling ketara adalah suasana di rumah yang tidak islamik. Rumah yang rata-rata tidak ada suasana ke agamaan yang mana secara tidak lansung mencorakkan akhlak dan peribadi anak-anak kita.
Lantaran inilah perlu diujudkan suasana keagamaan di dalam rumah dengan amalan “taklim”. Ini bersabit dari hadis Nabi saw “ Cahayailah rumah kamu dengan solat dan bacaan qur’an” di sana juga termasuk bacaan “taklim”. Maka ulama meminta kita berusaha mengujudkan amalan “taklim” ini di setiap rumah orang-orang Islam.
Wallahualam.

Thursday, December 1, 2011

Artist Bila Mendapat Hidayat



Bila hidayat Allah datang tidak ada siapa yang boleh menghalang. Begitulah dengan anak perempuan kepada aktor terkenal Philipina Robin Padilla, Queenie Padilla juga seorang artist terkenal Philipina.

Tepat sebagaimana isi permulaan khutbah selepas "asna alaihi" berbunyi, " Man yahdihillahu falaa mudhillalah, wa man yudhlil hu falaa haadiyalah". Maknanya, " Sesiapa yang diberi hidayat oleh Allah, maka tidak ada kesesatan baginya. Sebaliknya sesiapa yang tersesat maka tidak ada baginya hidayat."

Maka hidayat perlu diusahakan, jika tidak berusaha di atas hidayat dibimbangi akan kehilangan hidayat bagi yang pernah mendapat hidayat. Untuk inilah kita diminta berusaha di atas hidayat dan berdoa agar diberi hidayat oleh Allah swt. Bila kita bersolat kita secara tidak lansung berdoa memohon hidayat dengan ayat ke 5 surah Al-Fatihah dengan sebutan," Ihdinas siratol mustaqim" Hidayatkanlah kami di atas jalan yang lurus.


                                                                            
(Quneenie Padillah dan teman yang mendapat hidayat Allah swt)



     ( Artist kita yang belum lagi mendapat hidayat. Insyaallah nanti akan dapat juga hidayat dari Allah swt )

Selain itu hidayat terkandung di dalam dakwah dan seruan sebagai mana di dalam surah Yaasin ayat 21," Ikutlah mereka yang tidak minta upah/bayaran sedangkan mereka mendapat hidayat (orang yang mendapat hidayat)". Maka jelas kepada kita bahawa di dalam dakwah dan seruan terkandung "khazanah" hidayat dari Allah swt.

Maka berusaha di atas dakwah dan seruan bermakna berusaha agar kita dikekalkan hidayat dan asbab turunnya hidayat kepada mereka yang kita dakwahkan.

Wallahualam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin