MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, December 1, 2011

Artist Bila Mendapat Hidayat



Bila hidayat Allah datang tidak ada siapa yang boleh menghalang. Begitulah dengan anak perempuan kepada aktor terkenal Philipina Robin Padilla, Queenie Padilla juga seorang artist terkenal Philipina.

Tepat sebagaimana isi permulaan khutbah selepas "asna alaihi" berbunyi, " Man yahdihillahu falaa mudhillalah, wa man yudhlil hu falaa haadiyalah". Maknanya, " Sesiapa yang diberi hidayat oleh Allah, maka tidak ada kesesatan baginya. Sebaliknya sesiapa yang tersesat maka tidak ada baginya hidayat."

Maka hidayat perlu diusahakan, jika tidak berusaha di atas hidayat dibimbangi akan kehilangan hidayat bagi yang pernah mendapat hidayat. Untuk inilah kita diminta berusaha di atas hidayat dan berdoa agar diberi hidayat oleh Allah swt. Bila kita bersolat kita secara tidak lansung berdoa memohon hidayat dengan ayat ke 5 surah Al-Fatihah dengan sebutan," Ihdinas siratol mustaqim" Hidayatkanlah kami di atas jalan yang lurus.


                                                                            
(Quneenie Padillah dan teman yang mendapat hidayat Allah swt)



     ( Artist kita yang belum lagi mendapat hidayat. Insyaallah nanti akan dapat juga hidayat dari Allah swt )

Selain itu hidayat terkandung di dalam dakwah dan seruan sebagai mana di dalam surah Yaasin ayat 21," Ikutlah mereka yang tidak minta upah/bayaran sedangkan mereka mendapat hidayat (orang yang mendapat hidayat)". Maka jelas kepada kita bahawa di dalam dakwah dan seruan terkandung "khazanah" hidayat dari Allah swt.

Maka berusaha di atas dakwah dan seruan bermakna berusaha agar kita dikekalkan hidayat dan asbab turunnya hidayat kepada mereka yang kita dakwahkan.

Wallahualam.

6 comments:

Irwan said...

salam ustaz, saya mohon agar ustaz taruk button share ke twitter, google dan FB untuk post-post ustaz agar saya dapat share info kepada semua yang berkenaan (dunia).

Berkenaan dengan hidayah, kita kena minta dan minta dikekalkan. Cumanya, saya nak tau (jika ada pengkajian tentang ini) apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan:

a) hilangnya hidayah
b) terhalangnya hidayah dari sampai
c) apa-apa amalan utk kekalkan hidayah

Terima kasih didahulukan dan semoga kita semua berada dalam lingkungan rahmat Nya

Hidayatullah said...

siapa sangka orang sebegini beroleh hidayah.. moga Allah kekalkan hidayah dlm diri sy dan seluruh umat..


p/s:sy syor gmbr di bwh tu di buang.. syor aje

Kamarol Azli Bahari said...

Salam ust. hambali...izin kan share di blog ana ustaz..Jazakallahu khair..

Aishah Nur Hakim said...

Salam, ustaz.
Terima kasih atas maklumat tentang taklim masturat.

Semoga Alah mudahkan untuk jalan taklim di rumah tuan. hubungilah saya untuk ikuti nanti insya'Allah. buat masa ni seua bertembung dengan kelas hujung minggu saya :(

jazakallah

refah00 said...

Moga semakin ramai artis mendapat hidayah.Saya mengimpikan ada filem tentang ulama2 Melayu dulu seperti Tokku Paloh, Tok Kenali, Tuan Hussin dll

Ramly said...

a) hilangnya hidayah?
Sibuk dengan mengejar dunia, ingin sanjungan dan pujian dan lalai tentang kematian.

b) terhalangnya hidayah dari sampai?
Cinta Dunia,Kibir dan takut Mati.

c) apa-apa amalan utk kekalkan hidayah?
Syukur dengan apa yang ada, Merendah diri memuliakan orang lain dan sentiasa mengingati mati.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin