MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, June 24, 2011

Umar bin Abdul Aziz rah dan Rambutnya


Umar bin Abd. Aziz salah seorang Khalifah Kerajaan Umayyah yang paling saleh dan takwa. Satu ketika bapanya telah mengutuskan beliau ke Madinah untuk menuntut ilmu agama. Waktu yang sama beliau juga telah menulis surat kepada Salleh bin Kaisan rah seorang ulama yang cukup alim dan terpecaya agar berjanji dan bersumpah untuk menjaga dan mendidik anaknya dengan sebaik mungkin.

Di samping itu Umar bin Abd Aziz juga mempelajari ilmu agama dengan Ubaidillah bin Abdillah bin Ataibah, juga seorang ulama ketika itu. Ubaidillah mengajar ilmu manakala Salleh bin Kaisan pula memastikan Umar bin Abd.Azizi sentiasa menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah serta lain-lain amalan.

Satu hari Umar bin Abd.Aziz terlewat datang untuk solat berjemaah, lansung ditegur oleh Salleh bin kaisan dengan suara yang agak meninggi, “Mengapa kamu terlewat datang untuk solat berjemaah?” Jawab Umar, “ Aku membetulkan rambutku dengan menyikatnya dengan rapi.” Bila mendengar jawapan ini dari Umar, Salleh bin Kaisan pun dengan marah menengking Umar bin Abd.Aziz dengan katanya,” Aku telah mendidik kamu namun hanya kerana rambut kamu menyebabkan kamu terlepas solat berjemaah?”. Umar terdiam ketakutan.

Lanjutan dari tingkahlaku Umar sebegitu maka Salleh bin Kaisan pun menulis surat kepada Abd.Aziz bin Abd. Malek memberitahu mengenai apa yang telah terjadi tentang anaknya. Maka ketika itu juga Abd.Aziz b Abd.Malek mengutuskan tukang gunting untuk mengguntingkan rambut anak sehingga pendek agar tidak lagi mengganggu solat berjemaah anaknya.

Moral Dari Kisah Ini :


Bayangkan ketika itu Abd.Aziz berada di Mesir sedangkan anaknya berada di Madinah, namun sikap keperahatinan terhadap akhlak dan amalan anak menjadi keutamaan. Tidaklah menghairankan kita jika akhlak Umar sebegitu takwa dan alim.
Dari kisah ini juga dapat kita ketahui bahawa tugas utama seorang bapa adalah mendidik dengan didikan akhlak. Ianya tidak tergantung di bahu guru madrasah miski pun ianya seorang ulama yang hebat. Sabda nabi saw :

“Dari Ayub bin Musa rah dari bapanya dari datuknya r.a,” Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda,” Tidaklah ada pemberian yang terbaik dari seorang bapa kepada anaknya dari adab dan akhlak yang baik.” ( Hadis riwayat Imam Turmizi )

Selain itu jika kita tidak mampu memberi pelajaran agama kepada anak-anak kita, maka kita dituntut untuk mencari ulama yang terbaik untuk mengajar dan mendidik beliau. Ini juga bersumber dari firman Allah swt :

“ . . . . dan membesar ia (Mariam) dengan membesar yang terbaik dan dididik oleh Zakaria . . . . “ (Al-Imran : 37)

Maka berdasarkan inilah bila anak sudah membesar hak bagi ibubapa mencari dan memilih guru yang terbaik. Dan pada Mariam guru terbaik ketika itu adalah Nabi Zakaria a.s. Bagi Umar bin Abd,Aziz pula guru terbaik ketika itu adalah Salleh bin Kaisan dan Ubaidillah bin Abdillah bin Ataibah rah.

Selain itu didikan terbaik juga adalah melalui memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat berjemaah. Ini kerana di dalam solat berjemaah terkandong berbagai-bagai menafaat dan rahmat dari Allah swt.

Dari kisah di atas juga menunjukan bahawa jika pihak madrasah menceritakan sesuatu keburukan anak-anak maka ibubapa tidak sepatutnya melenting dan bertindak melulu. Malah sebaliknya mengambil tindakan positif membantu pihak madrasah.

Seterusnya fesyen rambut atau apa sahaja perilaku dan gaya mereka jika ianya bertentangan dengan sunnah serta terhalang mereka dari amalan-amalan maka sepatutnya diambil peduli oleh ibubapa.

Di dalam suasana akhlak anak-anak yang terhakis sekarang ini maka tidak misti tidak kembali kepada didikan sunnah dan didikan mereka yang terdahulu itulah yang terbaik untuk anak-anak kita.

Semoga Allah memaafkan kita atas kelalaian kita mendidik anak-anak serta moga diberi keupayaan untuk memdidik mereka dengan didikan terbaik seperti di atas.

Wallahualam.

4 comments:

kinakona said...

subhanallah..!!
pengajaran tuk sy nnt bila mendidik ank2 insyaallah.. amin..
impikan ank2 mcm para sahabat. X)

Unknown said...

mashaAllah,sayang,org mcm nie hidup nya tidak panjang...

Zamir Amno said...

SubhanAllah

Hidayatullah said...

subhanallah..
takutnye utk masa hadapan nh..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin