MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, April 30, 2010

Majlis Eropah Desak Haramkan Amalan Pukul Anak


HARIAN METRO
2010/04/29

LONDON: Kumpulan hak asasi manusia, Majlis Eropah, berpendapat ibu bapa yang memukul anak sendiri wajar didakwa kerana melakukan serangan.
Menurut mereka, amalan memukul kanak-kanak - walaupun tamparan yang perlahan - boleh memberi kesan buruk terhadap psikologi.

Malah, seorang pegawai pertubuhan itu turut membandingkan perbuatan itu sama seperti seorang lelaki mengasari isteri sendiri. - Agensi



Targhib :

Tadi jam 740 pagi sehingga jam 8.45 pagi, penulis dijemput memberi ceramah khusus kepada pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 5 di sebuah Sekolah Menengah di Senawang ini. Insyaallah pada petang ini jam 3.30 petang penulis juga dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar di ILP di Pedas, Negeri Sembilan.

Apa yang penulis nampak, kebanyakan pelajar-pelajar yang bermasaalah adalah pelajar yang tidak dididik dengan didikan agama. Dan salah satu kaedah pendidikan di dalam agama adalah “merotan”.

Hadis I

Dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.ma daripada Rasulullah saw ,“Perintahlah anak-anak kamu bersolat apabila mereka berumur 7 tahun dan rotanlah mereka (kerana tidak bersolat) ketika mereka berumur 10 tahun, dan pisahkan di antara mereka dari tempat tidur.” (Riwayat Hakim dan Abu Daud)

Penafsiran ulama bukan hanya khusus kepada solat semata, tetapi juga kepada semua perintah Allah swt yang lain.

Hadis II

Sabdaan Nabi saw,” Kerjakanlah segala rupa ketaatan kepada Allah swt, dan takutlah berbuat maksiat kepadaNya. Dan surohlah anak-anak kamu supaya menurut segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Itulah yang dikatakan memelihara diri mereka dan diri kamu daripad api neraka.” (Riwayat Ibn Jarir dan Ibn Munzir)

Atas dasar inilah kita dapati terdapat nasihat Luqman Al-Hakim dengan katanya, “Merotan anak perlu dilaksanakan sebagaimana ladang perlu kepada air.”

Jika kita membaca “Aap Beeti” (Riwayat hidup Maulana Zakaria rah), pasti kita akan terharu melihat didikan bapa beliau Maulana Yahya kepada anaknya Maulana Zakaria. Beliau pernah dipukul bukan hanya menggunakan rotan tetapi juga sandal yang di pakai oleh bapanya. Beliau bercerita bagaimana sekali ibu beliau telah membuat sebuah batal kecil yang agak comel dengan dihiasi benang emas dan perak. Beliau cukup menyayangi bantal berkenaan dan selalu meletakannya di bawah pipinya dan kekadang di bawah dadanya ketika berbaring.

Sekali bapa beliau Maulana Yahya memanggil beliau untuk mengambil bantal untuk beliau berehat. Beliau lansung berkata, “ Adakah ayah hendak batal yang saya punya ini?” Dengan suara yang meninggi bapanya memanggil, “Mari kamu ke sini.” Bila sampai sahaja di hadapan bapanya, bapanya memegang kedua tanganya dengan tangan kiri dan memukul kedua pipi beliau dengan tangan kanannya sambil berkata,” Adakah kamu boleh berkata sesuatu kepunyaan kamu.” (Maksud beliau segala sesuatu adalah kepunyaan Allah swt di dalam mendidik anaknya kepada kehebatan Allah swt). Kejadian itu tidak akan melupakan beliau sehingga kesaat kematiannya sebagaimana kata beliau.

Di dalam mempelajari Al-Quran dan menghafal Al-Quran beliau juga sering dirotan oleh bapanya. Hasilnya beliau boleh menghafal Al-Quran 30 juzuk sewaktu berumur 8 tahun. Juga ketika umur muda lagi beliau telah menghafal beberapa Kitab-kitab Hadis sehinggalah beliau menjadi Muhadisin. Malah beliau pernah mengajar di Madinatul Munawwarah serta dirujuk oleh berbagai ulama khusus di dalam bidang hadis. Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah juga pernah merujuk kepada beliau. Malah beliau juga mengambil sanad hadis dari beliau.

(Lihat tulisan penulis pada posting yang lalu pada tajuk “Surat Syeikh Abd.Fattah Abu Ghuddah Kepada Maulana Zakaria” serta posting pada tajuk “ Ulama-Ulama Di Dalam Jemaah Tabligh”.)

Jadi pandangan orang-orang Barat seperti petikan berita di atas adalah satu pandangan yang tidak boleh diterima serta ianya boleh membawa kepada terhasilnya generasi yang rosak dan maksiat untuk masa-masa akan datang. Sekarang ini pun sudah terlalu teruk, bagaimana jika pandangan ini diterima, pastinya akan bertambah teruk.

Wallahu’ala.

Thursday, April 22, 2010

Wanita Perlu Sentiasa Ditemani Mahram


Metro Hari ini.

2010/04/22

KUALA LUMPUR: Wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan persekitaran dan perlu ditemani mahram terutama ketika perlu berjumpa seseorang lelaki secara peribadi biarpun doktor yang merawatnya, supaya tidak mudah menjadi sasaran 'manusia pelik' yang mempunyai nafsu luar biasa.

Perunding Psikologi K&A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan, berkata wanita perlu sentiasa peka dengan persekitarannya dan tidak mudah mempercayai orang, apalagi yang membabitkan tubuhnya.

Beliau berkata, ini kerana ada lelaki yang mempunyai nafsu pelik yang pelbagai, dikenali sebagai 'fetish' atau 'voyeur', dan mereka hanya merasa puas secara seksual selepas mengintai perlakuan atau melihat barangan peribadi milik wanita.

Katanya, ada pelbagai minat seksual yang kadang-kala wanita tidak terfikir, antaranya ada lelaki terangsang apabila melihat wanita mengandung, wanita berpakaian jururawat atau pramugari dan tidak kurang pula boleh terangsang apabila melihat wanita berlagak ala lelaki atau ‘tomboy’.

“Mungkin pelik pada kita tetapi ada lelaki yang melihat beg wanita pun boleh rasa terangsang, apalagi jika melihat pakaian dalam yang dijemur di ampaian.

“Ada pula yang melihat kasut atau stokin wanita pun boleh terangsang, oleh itu wanita perlu sentiasa berhati-hati atau lebih baik ditemani mahram ke mana-mana supaya tidak menjadi mangsa lelaki yang bernafsu pelik seperti ini.

“Bukan setakat mencabul, malah ada rekod yang menunjukkan lelaki bernafsu pelik ini boleh sampai tahap merogol kerana tidak dapat membendung nafsu mereka,” katanya.

Beliau merujuk laporan Harian Metro semalam mengenai seorang lelaki yang menyamar doktor dan merayau di wad bersalin ketika waktu melawat, semata-mata untuk mencabul wanita mengandung.
______________________________________

Sedikit Targhib :

Perkara sebegini sepatutnya tidak timbul kerana Islam telah pun mengajar kepada wanita-wanitanya adab-adab. Masaalah yang paling besar adalah kerana kita sendiri yang tidak menghayatinya. Bila ini berlaku, maka hasilnya adalah sebagaiman yang kita lihat sekarang ini. Jenayah sexual yang begitu tinggi.


Hadis I :

Dari Jabir ra bahawa Ummul Mukminin ,Ummu Salamah rha meminta izin Nabi saw untuk berbekam. Maka Rasululluh saw memerintah Abu Taibah untuk membekam. Kemudian Jabir berkata , “ Saya menduga bahawa Abu Taibah adalah saudara susuan Ummu Salamah atau dia adalah anak lelaki yang belum baligh”. (Riwayat Muslim)

Hadis di atas membuktikan bahawa pemeliharaan aurat telah dititik beratkan oleh Islam sejak dahulu lagi di dalam permasaalahan pegubatan.

Hari berapa ramai yang tidak ambil peduli bila isteri berjumpa dengan doktor. Masih lagi kita dapati wanita kita berjumpa dengan doktor lelaki sedangkan masih ramai doktor wanita. Begitu juga ketika melahirkan anak, berapa ramai yang tidak memikirkan soal pemeliharaan aurat?


Hadis II

Dari Abu Said Al- Khudri ra, Sesungguhnya Nabi saw bersabda, “Seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat tidak akan keluar rumah (berpergian) seorang diri selama tiga hari atau lebih melainkan ditemani oleh ayahnya, saudara lelakinya, suaminya, anak lelakinya atau lelaki mahram yang lain.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah)

Hal ini berkaitan musafir selama tiga hari atau lebih ketika keadaan aman seperti zaman Nabi dan sahabat. Tetapi untuk zaman ini yang penuh dengan fitnah maka tersangat-sangat perlu diambil berat miski pun kurang dari tiga hari.


Hadis III

Dan dari Aisyah ra, ia berkata ,” Aku masuk ke dalam rumahku yang di dalamnya terdapat (kuburan) Rasulullah saw dan aku melepaskan pakaianku (membuka aurat). Dan aku berkata (sedari) bahawa ianya suamiku dan bapaku (bila Abu Bakar ra dikuburkan di situ). Takala Umar ra dikuburkan bersama mereka, maka demi Allah tidaklah aku masuk melainkan aku akan menutupkan auratku kerana malu kepada Umar ra.” (Riwayat Ahmad)

Hadis di atas kalau direnung menunjukan begitu dasyat dan begitu perlunya aurat wanita wajib ditutup miski pun pada mereka yang telah mati. Inilah sifat yang ada pada isteri-isteri Nabi saw dan isteri sahabt-sahabat rahum di waktu itu. Natijahnya kehidupan mereka terhasil kehidupan “Hayatan Tayyiba” yang tidak mungkin lagi akan ujud selapas dari mereka. Namun begitu wanita dan anak perempuan kita masih tetap perlu memelihara aurat mereka di hadapan mereka yang ajnabi (bukan mahram) sebarang waktu.

Wallahu’alam.

p/s : Untuk kefahaman persoalan aurat dengan penghayatan, wanita dan anak perempuan kita perlulah dikeluarkan Jemaah Masturat setiap 3 bulan sekali 3 hari.

Monday, April 19, 2010

Mazhab Az-Zahiri : Imam Daud bin Ali Al-Asfahani Az-Zahiri


Bila kita membaca beberapa kitab kuning seperti Matla’al Badrin, Muniatul Musholli, Sabilal Muhtaden, Bahrul Maazi dan lain-lain, kita pasti akan terjumpa penulis kitab berkenaan akan merujuk juga dengan pandangan mazhab yang telah pupus seperti pandangan Az-Zahiri, Al-Laits, Ishak, As-Sauri dan lain-lain. Kemunculan mazhab-mazhab ini bermula pada awal kurun yang kedua hingga ke kurun yang keempat hijrah.
Miski pun mazhab ini telah pupus namun sesetengah pandangan mereka masih dirujuk oleh ulama kemudian dari mereka.

Di bawah ini adalah sedikit sejarah ringkas Mazhab Az-Zahiri :

Imam Daub bin Al-Asfahani Az-Zahiri adalah pemimpin bagi gulongan Mazhab Az- Zahiri. Beliau yang bertanggungjawab meletakan asas kepada mazhab ini dan telah dikembangkan oleh Abu Muhammad Ali bin Said bin Hazam Al-Andalusi .

Imam Daud dialhirkan dikufah pada tahun 202 H dan meninggal dunia pada tahun 270 H di Baghdad. Beliau adalah di antara hufaz hadis iaitu gulongan yang sampai ke mertabat Al-Hafiz di dalam bidang hadis.

Disamping itu, beliau juga adalah mujtahid dalam bidang fiqh dan mempunyai mazhab tersendiri selepas beliau mempalajari Mazhab Syafie ketika di Baghdad.

Asas Mazhab Az-Zahiri ialah beramal dengan zahir A-Quran dan Sunnah selama mana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa ia mempunyai makna yang tersirat disebalik zahir ayat Al-Quran atau Sunnah. Beliau juga berpegang kepada Ijmak Ulama dan turut menerima Ijmak Para Sahabat.

Manakala berhubung dengan Qias, Rakyu dan Istihsan, dhari’ dan hukum yang dilahirkan berdasarkan pendalilan dengan menggunakan ijtihad adalah ditolak dan tidak diambil kira dalam menentukan sebarang hukum. Mazhab Az-Zahiri ini juga menolak sebarang Taqlid.

Sebagai contoh di dalam masaalah fiqh, pendapat Az-Zahiri mengharamkan untuk minum daripada bejana yang dibuat dari emas dan perak. Ini hanyalah khusus untuk tujuan menggunakan emas dan perak untuk minum.

Mengenai hukum riba pula, mereka hanya mengharamkan enam jenis riba yang disebut di dalam hadis.

Dalam masaalah suami isteri, Mazhab Az-Zahiri berpendapat bahawa isteri yang kaya perlu menanggung perbelanjaan suaminya yang susah. Pendapat Mazhab ini adalah sama dengan pendapat Abu Thawr, seorang pengasas Mazhab Fiqh yang telah pupus.

Mazhab Az-Zahiri ini berkembang luas di Andalusia pad kurun yang kelima dan kemudianya merosot dan pupus pada kurun yang kelapan hijrah.

(Petikan dengan sedikit olahan dari Majalah Al-Islam Bil. 4/2005)

Wednesday, April 14, 2010

Kehalusan Di Dalam menjalani Usaha Dakwah


(Surat Nasihat dari Maulana Saeed Ahmad Khan : Makhtoobat-e-Saeed)

Tarikh : 2 April 1986

Assalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh

Usaha Jemaah Tabligh adalah satu usaha yang bergerak di atas kaedah atau prinsip yang cukup halus. Ianya akan menjadi cukup mudah bagi mereka-mereka yang inginkan memperbaiki diri (meningkatkan kerohanian diri ) , sebaliknya ianya akan menjadi cukup payah dan susah bagi mereka yang bermaksud untuk memperbaiki diri orang lain
Kaedah atau perinsip-perinsipnya adalah seperti berikut :

1) Jangan sekali-kali lepaskan perasaan marah kepada orang tanggungjawab (syura) miski pun kamu tidak senang dengan keputusan yang mereka putuskan.

2) Jangan merasa lemah untuk melaksanakan keputusan yang telah diputuskan oleh orang tanggungjawab(syura) atau juga Amir jemaah sebaliknya hendaklah rela melaksanakan sebarang keputusan tersebut.

3) Jangan bersikap baran dan marah terhadap isteri, ibubapa dan juga saudara mara kita. sebalikya selalulah bersikap sabar dan tabah di atas segala kerenah mereka.

4) Selalulah merasai bahawa usaha dan pengorbanan kita terlalu sedikit, sebaliknya janganlah sekali-kali merasakan semua itu terlalu besar.Juga jangan sekali-kali terlintas difikiran kita bahawa kita telah banyak memberi pengorbanan jiwa dan harta di dalam usaha yang mulia ini.

5) Binalah cinta dan kasih terhadap ulama-ulama dan ahli zikir samaada mereka lerlibat dengan usaha yang mulia ini atau pun tidak terlibat dengan usaha ini. Malah juga bagi mereka yang menentang usaha yang mulia ini. Selalulah memuliakan mereka dengan merendahkan diri dan sentiasa menziarahi mereka serta meminta doa dari mereka.

6) Jangan sekali-kali membelakangkan ilmu dan juga zikir, tetapi sesuaikan ketiga-tiga ini (Dakwah,Ilmu dan Zikir) mengikut kesesuaian dan kepentingannya ke atas ummat.Atas sebab tiga perkara inilah maka Allah swt mengutuskan Nabi-Nabi as sebagai “Daie”.

8) Sentiasalah berdoa kepada Allah swt dengan penuh perasaan hina diri dan kesedihan (mengenangi dosa-dosa).

9) Jangan membenci pada sesiapa pun samaada dia seorang yang berpelajaran mahu pun dia seorang yang miskin. Juga jangan sekali-kali kita membelakangkan gulongan miskin dan mengutamakan gulongan kaya di dalam usaha yang mulia ini.Sebaliknya layanilah dan ra’ilah mereka mengikut kesesuaian.

10) Jangan hanya satu sudut gulongan sahaja kita beri tumpuan melaksanakan usaha ini, sebaliknya kembangkan usaha yang mulia ini kepada semua gulongan di dalam masyarakat.

11) Pastikan kita sentiasa berhubung rapat dengan mereka (gulongan di dalam masyarakat) dan pastikan mereka juga berhubong rapat dengan kamu.

12) Di dalam sudut-sudut tertentu mungkin akan terjadi sedikit salah faham di dalam melaksanakan usaha yang mulia ini, namun begitu jangan sampai sesetengah menyalahkan sesetengah yang lain. Jika ini berlaku, maka maksud pengislahan diri tidak akan terhasil dan gulongan yang disasarkan juga tidak dapat diislahkan. Sikap ini akan mengujudkan sentimen permusuhan dan balas dendam. Kesudahannya akan ujud sifat megah diri dan kesombongan. Ini semua akan menyebabkan sesaorang itu terperangkap dengan pemahaman peraturan dan kaedah sehingga maksud sebenar usaha agama tidak akan tercapai.

13) Sekiranya kita sampai di suatu tempat/negeri, sebaiknya kita berbincang dahulu dengan mereka-mereka yang lama di dalam usaha ini di tempat tersebut. Kemudian baharulah usaha dilaksanakan di situ.( mengikut usul-usul dan tertib tempatan)

14)Jika titik persamaah tidak terhasil di dalam sesetengah usul dan tertib serta ianya juga tidak terhasil melalui mesyurat maka rujuklah dengan orang tanggungjawab negara/negeri tempat berkenaan. Dalam pada itu hubungan kasih sayang tetap dipelihara. Jangan sesekali biarkan sifat dendam kesumat dan benci membenci serta menyalahkan satu dengan yang lain.

15) Mereka yang terbaik dan terunggul adalah mereka-mereka yang senantiasa memelihara sifat teloransi dan faham memahami antara satu dengan yang lain hingga ke akhirnya.

16) Gulongan yang kedua terbaik ialah mereka-mereka yang dapat memelihara perasaan satu hati dan sentiasa membuat hubongan dengan semua orang. Kedua-dua sifat ini (no.15 dan 16) akan terhasil hanya kepada mereka-mereka yang mempunyai sifat rendah diri (dan ikhlas di dalam melaksanakan usaha yang mulia ini)

(Terjemahan bebas dari Surat Nasihat Maulana Saeed Ahmad Khan rah.)

Thursday, April 8, 2010

Harapan Tanpa Suara : Isu Pembuangan Bayi


Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu S.Atan
Lirik Habsah Hassan

Sedikit Targhib :

Isu pembuangan anak sebenarnya adalah isu besar di dalam masyarakat kita sekarang ini. Persoalannya bolehkah melalui hiburan dan dendangan lagu isu ini boleh ditangani dengan berkesan? Hari demi hari berita pembuangan anak pasti akan terpapar di dada akhbar harian. Kadar pembuangan anak begitu tinggi dan makin meningkat yang membimbangkan banyak pihak. Mereka-mereka yang terlibat umumnya mendapat kasih sayang yang sempurna dari ibubapa. Mereka-mereka ini bukannya tidak ada pendidikan, malah sesetengah dari mereka adalah pelajar-pelajar IPTA/IPTS. Maknanya mereka-mereka ini berpendidikan. Cumanya kurang dari sudut didikan agama serta datang dari keluarga yang bermasaalah yang kurang penghayatan agama.Selama ianya hiburan,maka ianya tetap hiburan. Yang pasti apa yang terhasil dari hiburan adalah hiburan juga.Bertambah lagi masyarakat saban waktu disajikan dengan hiburan-hiburan yang melalaikan di kaca TV juga dengan acara-acara masyarakat yang tidak islamik.
Sekarang ini kedengaran suara-suara agar anak-anak ini jangan dibuang. Serahlah di Pusat Jagaan Anak-anakTerbuang. Seruan ini adalah baik, tapi sampai bila isu ini boleh diselesaikan. Satu waktu Pusata Jagaan Anak terbuang ini pun akan penuh juga. Untuk 10 hingga 15 tahun akan datang pasti kita akan dikelilingi dengan anak-anak terbuang ini. Yang mendapat kasih sayang ibubapa pun bermasaalah, bagaimana pula yang tidak mendapat kasih sayang ibubapa. Pastinya mereka-mereka ini akan mencorakkan budaya hidup kita ketika itu. Bolehkah anak-anak kita dibesarkan dengan sempurna waktu itu? Inilah yang berlu kita fikirkan bersama.

Persoalanya sekarang mengapa tidak kita tangani isu ini dengan kembali balek dengan cara agama yang mana kita yakin inilah cara terbaik dan cara sebenar bagi menangani masaalah ini. Setakat yang penulis sedar belum lagi isu ini diperkatakan di mimbar masjid sewaktu khutbah Jumaat di tempat penulis. Sedihnya, di dalam kita berkerut dahi dengan isu ini, kita disajikan dengan isi khutbah yang begitu membonsankan dan tidak menjurus ke arah isu masyarakat yang lebih penting ini. Sebagai contoh di tempat penulis, isi khutbahnya berkaitan dengan pengambilan gula berlebihan yang dikaitkan dengan penyakit kencing manis.Tajuk lengkap khutbah “Kurangkan Gula Lebarkan Senyuman”. Begitu juga pada minggu-minggu yang lalu ianya berkaitan isu demam denggi. Penulis tidak bermaksud bahawa isu yang diketengahkan ini tidak penting tetapi isu pembuangan bayi ini sepatutnya diketengahkan.

Sekitar tahun 60an dan 70an kita dapati masyarakat kita begitu perihatin dengan amalan kurafat Mandi Safar. Hampir setiap orang di dalam masyarakat bila sahaja datang bulan Safar pasti amalan dan acara Mandi Safar ini akan disambut dan akan menjadi acara tetap. Kita dapati berduyun-duyun akan ke tepi pantai untuk Mandi Safar. Pantai Tanjung Keling, Pantai Morib, Pantai Port Dickson akan menjadi lokasi pilihan untuk Mandi Safar ketika itu. Miski pun pada waktu itu penulis masih di zaman anak kecil (7/8 tahun) namun penulis masih ingat penglibatan masyarakat di dalam acara ini. Mereka-mereka yang tinggal di pendalaman yang jauh dengan pantai akan merendamkan kertas yang tertulis dengan tulisan “syifak” di dalam air bekas air yang dibuat dari tanah (buyong). Air tadi akan mereka mandi untuk membuang sial pada bulan Safar.

Apabila mimbar masjid memainkan peranan besar ketika itu membetulkan masyarakat serta ceramah agama di RMT ketika itu (Mimbar Islam Malam Jumaat) menekankan serta menjelaskan amalan kurafat tersebut. Juga teks buku agama sekolah ketika itu pun memasukan hadis menerangkan kurafatnya amalan tersebut, maka akhirnya amalan Mandi Safar ini hilang terus dari masyarakat. Sehingga hari, jenerasi baru tidak lansung kenal dan tahu bahawa Mandi safar ini pernah menjadi amalan masyarakat kita suatu waktu dulu.

Mengapa perkara yang sama tidak kita warwarkan melaui khutbah jumaat yang mana penulis merasakan satu cara berkesan bagi menangani masaalah ini. Dalam pada itu institusi masjid perlu diperkemaskan bukan sahaja bercorak ceramah dan kuliah sahaja malah setiap masyarakat perlu dilibatkan dengan satu aktiviti ziarah rumah ke rumah memperkatakan soal agama yang mana secara tidak lansung akan menjurus kearah kesedaran dan hidayat. Dengan kesedarandan hidayat inilah maka penulis merasakan bahawa gejala ini juga gejala maksiat yang lain akan berkurangan di dalam masyarakat.
Pandangan penulis ini bukanlah pandangan biasa tetapi ianya adalah kaedah yang telah diperintahkan oleh Allah swt kepada nabi-nabiNya pada setiap kaum bilamana kaum mereka berada di dalam kesesatan dan maksiat.

Sama-samalah kita renungi. Insyaallah.

Tuesday, April 6, 2010

Ceramah Perdana / Kuliah Suboh


Penceramah :Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki

Tempat : Surau Al-Amin, Taman Cempaka Fasa 2,
Senawang, Negeri Sembilan.

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu Malam Minggu)

___________________________________________

Kuliah Suboh

Tarikh : 11 April 2010

Tempat : Surau Al-Amin, Taman Cempaka 2,
Senawang,Negeri sembilan.

Makan Malam dan Sarapan Pagi Disediakan.

Semua Dijemput Hadir.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin