MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, January 7, 2010

Jangan Solat Berdekatan Tabir Wanita.


Bila aku terkenang-kenang sewaktu kami keluar di Dumai ,Indonesia pada tahun 1985, pasti akan menyebabkan aku tersenyum panjang. Bukannya apa cuma kejadian itu cukup melucukan kami ahli jemaah.

Kebiasaannya di Dumai, Indonesia ramai kaum wanita akan datang untuk bersolat di masjid dan juga di musolla hampir setiap waktu solat. Kekadang tabir di masjid dan musollah di sana tidak begitu sempurna. Tabir pemisah selain dari kain yang agak jarang juga agak singkat tergantung sedikit tidak seperti di tempat kita, Malaysia. Jadi bila terkena angin yang agak kuat dari kipas dinding akan menyebabkan ianya terselak dan terbuka sehingga akan menampakkan jemaah perempuan.

Di dalam ramai-ramai ahli jemaah kami, salah seorang ahli jemaah kami ni pula suka sangat bersolat berdekatan dengan kain tabir pemisah. Pantang solat sunat sahaja pasti tempat yang dipilihnya bedekatan dengan kain tabir pemisah ini. Sekali selepas Solat Maghrib macam biasa beliau memilih tempat kesukaannya iaitu berdekatan dengan kain tabir pemisah. Berkebetulan jemaah Solat Maghrib malam tu agak ramai maka ianya memilih tempat yang betul-betul bersebelahan dengan kain tabir pemisah. Macam biasa beliau bertakbir solat sunat sesudah solat fardhu Maghrib. Beliau rukuk macam biasa, namun tak kala sujud kain tabir yang agak tergantung sedikit itu ditiup oleh angin yang datang dari kipas di bahagian jemaah wanita. Kain berkenaan telah terselak kehadapan meliputi beliau yang sedang khusyuk sujud. Bila bangun sahaja dari sujud ke rukun berdiri betul, beliau sudah berada di dalam bahagian jemaah wanita. Apa lagi sudah jadi kecoh di bahagian kaum wanita. Beliau pula bila dah jadi begitu bukan main gabra, terpaksa meyelesaikan solatnya dengan segera. Selesai bagi salam pertama terus meluru keluar tabir ke bahagian lelaki. Wajahnya pucat lesi apatah lagi dengan suasana riuh rendah ketawa ahli jemaah yang melihat kejadian itu.

Selepas kejadian itu, aku lihat beliau tidak lagi memilih tempat berdekatan dengan tabir pemisah lelaki dan wanita jika bersolat sunat sehinggalah kami pulang selepas 40 hari nisab di Dumai, Indonesia.

Moral of the story :

Jangan bersolat terlalu dekat dengan tabir wanita miski pun tabir yang ada tebal dan labuh ke bawah kerana dari segi adab ianya tidak begitu elok dan beradab. Bukan itu sahaja malah bahagian kaum wanita pun jangan kita berbaring melepak miski pun jemaah wanita telah selesai bersolat dan telah pulang. Juga jangan memilih tempat begitu untuk beriktikaf sewaktu keluar di Jalan Allah kerana dari segi adab ianya tidak elok dan beradab.

Ibn Umar r.a tidak akan melalui pintu ‘Bab An- Nisak’ sewaktu memasuki Masjid Nabawi walau pun pintu itu telah dibuka sebagai laluan umum untuk jemaah lelaki (setelah pintu yang lain dibuka untuk jemaah wanita). Ini adalah kerana pintu itu pernah dilalui olah kaum wanita.

Wallahua’lam

1 comment:

School Of Tots said...

Alhamdulillah kerana berpeluang melawat tempat orang dan memerhati pula suasana di sana. Semoga mendapat banyak pengajaran.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin