MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, October 29, 2008

Dakwah Kepada Penagih










Kata Sahabat Nabi : “ Nahnu nakrahu a’si ,walakin nahnu la nakrahu ma’asi”
Maksudnya : “ Kami membenci maksiat ,akan tetapi kami tidak membenci pelaku maksiat”

Teringat aku sewaktu tinggal di Flat Ceras kira-kira 20 tahun yang lalu. Ianya merupakan marhalah ke empat aku selepas Segambut, Kg.Baharu dan Setapat Jaya. Setelah beberapa bulan tinggal di sana , aku dilantik menjadi Imam di Surau berdekatan. Disamping kesibukan urusan pejabat aku juga menyibukan diri aku dengan kerja-kerja Dakwah dan Tabligh serta mengajar Tajwid kepada rakan-rakan dan juga anak muda setempat.

Di Flat serta taman berdekatan sememangnya ramai penagih dari luar berlebih lagi anak-anak tempatan. Hampir setiap pagi bila aku ke surau untuk solat Suboh pastinya akan ada beberapa orang penagih yang melepak di situ. Telah menjadi kebiasaan masyarakat akan memandang hina , mengherdik, memaki dan menghalau penagih-penagih ini yang rata-rata adalah anak tempatan. Terasa kasihan bila melihat keadaan mereka yang terjauh dari hidayat sedangkan satu ‘Kalimah’ dengan kita. Patutkah kita hanya mencemoh dan memaki tanpa membimbing mereka ke jalan hidayat.

Dengan bertemankan rakan seusaha , kami pun ziarah khususi mereka dan ajak mereka untuk solat berjemaah dan keluar 3 hari. Alhamdulillah ramai dikalangan mereka yang dapat keluar 3 hari. Dikalangan mereka terdapat beberapa orang yang menagih Morphine dan yang lainnya menagih Ganja. Ada dikalangan mereka yang telah menagih hampir 15 tahun. Ini yang banyak masaalah untuk mengawal mereka. Kami keluar di Petaling Jaya dan Alhamdulillah setelah balek ada perubahan kepada mereka ini. Tapi yang susahnya untuk mengawal mereka di samping tidak tahu solat dan bacaan Quran. Bila melihat pakaian serta mata yang bercelak tebal menakutkan masyarakat. Paling ketara ada yang solat Suboh 4 rokaat. Bila ditanya sebab apa abang solat Suboh 4 rokaat jawapnya dengan penoh yakin tak boleh ke aku solat lebih kerana dah bertahun-tahun aku tak solat.

Masyarakat melihat banyaknya yang mecemoh dengan mengatakan Tabligh ini tak ada ilmu, jahil dan Pusat Dakwah dan Pusat Dadah. Sedikit sangat yang menyokong dan memuji. Begitulah lumrah dalam kerja dahwah.

Setelah berpindah ke Seremban, beberapa tahun yang lalu aku berkesempatan nusrah Jemaah Masturat (Wanita) dari Seremban yang ‘transit’ di surau berdekatan dengan surau yang pernah aku tinggal dahulu, Di sana aku kembali bertemu dengan beberapa orang dari mereka yang pernah aku ‘taskil’. Alhamdulillah mereka telah berubah dan menajadi ahli surau dan ada yang belajar pondok di Thailand serta pulang mengajar agama di surau juga menjadi Imam serta Pengerusi surau yang dahulunya mereka menagih dan melepak di situ.

Pengalaman dakwah kepada penagih ini tidak hilang dari diri aku atas simpati, kasihan dan merasakan perlu membimbing mereka masih terasa di benak hati aku. Sehingga kini aku menjadi salah seorang penceramah untuk program kuliah di PENGASIH Kuala Lumpur sejak 4/5 tahun yang lalu.Di sana aku bertemu berbagai lapisan penagih dari dalam dan luar Negara. Ada anak gabnor, anak pensyarah universiti, anak saudara menteri, anak ustaz, anak pendakwah malah mereka dari kalangan pelajar universiti ,lawyer, pendidik serta ramai lagi golongan proposional yang kita tak sangka boleh menjadi penagih. Dari luar negara pula ada dari Oman, Saudi , Arab Emerate, Mildive ,Pakistan, Bangladesh, Indinesia dan lain –lain Negara Asian.

Bergaul dan bermesra serta bermuzakarah dengan mereka cukup mengajar aku makna hidup dan kehidupan serta nilai “HIDAYAT” dari Allah.

2 comments:

ceejay said...

assalamualaikum.alhamdulillah semoga usaha tuan mendidik dan mentarbiah golongan hamba ALLAH yg sebegini akan mendpt rahmat drNYA.Teruskan usaha tuan kerana dlm apa sj masalah dunia ini hanya jln agama sj yg dpt menyelamatkanmanusia secara total..kerana usaha2 yg dijlnkan oleh agensi2 kerajaan cthnya...dan...hasilnya adalah amat minimum,malahan belanja yg dikeluarkan bkn sedikit.ini terbukti bila ana sendiri terlibat dlm mentarbiah penagih tegar secara langsung yg mana penagaih ini telah beberapa x keluar masuk institut latihan pusat serenti(ILPS).kt hnya berusaha/berdoa dan bertawakkal ALLAH yg menentukan.ckit komen dr ana kl blh gunakan ganti dr ANA/SY dlm penulisan tuan wlaupu aku agak friendly(dgn shbt rapat)tp secara keseluruhan agak kasar.maafkan ana.sekian wsslm

Ismail Maarus said...

Assalamualaikum....
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz. Usaha ustaz yang murni ini membantu bekas-bekas pengguna dadah untuk kembali ke jalan agama diberkati Allah. Semoga blog ini dapat memberi mamfaat kepada masyarakat dan diteruskan. Saya juga ingin bekerjasama dengan ustaz dalam berkongsi pengalaman dalam kerja-kerja pembasmian penagihan dadah.
Sekian Wassalam.....

Haji Ismail Maarus
Pengasih
ismailpengasih@yahoo.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin