MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, September 18, 2014

Terkini : Imam Mahdi Muncul di Melaka



                                            (Pedang yang digunakan oleh Imam Mahdi tersaebut)

Metro hari ini memaparkan sorang lelaki yang berusia 53 tahun mengaku Imam Mahdi dan juga sebagai Sultan Mahmud. Kes ini terbungkar apabila telah di dedahkan oleh bekas pengikut beliau melalui siasatan pihak polis. Berita penuhnya di sini http://www.hmetro.com.my/articles/WakmengakuImanMahadi//Article

Sebagaimana tulisan aku terdahulu di dlam blog aku menyatakan akan muncul puluhan orang yang akan mengaku sebagai Imam Mahdi, bukan sahaja di Malaysia namun juga diseluroh negara Islam di dunia ini. Apa lagi disaat-saat akhir ini kita pasti akan dengari berita seperti ini. Malah nanti kita juga akan pasti dapat melihat tokoh-tokoh agama akan memberi pandangan masing-masing terhadap Imam Mahdi yang muncul ini. Akan ada pro dan cont terhadap kemunculan Imam Mahdi berdasarkan kacamata masing-masing. 

Yang pro Wahabi Salafi akan mempertahan hujjahnya dengan berbagai dalil berdasarkan fikrah mereka. Yang bermazhab juga akan berhujjah berdasarkan kefahaman mazhab. Yang Syiah akan menghujjah berdasarkan fahaman Syiah yang memang pun sedang menunggu “al Mahdi al Muntazar”. Malah "ustaz-ustaz" yang berguru dengan “internet” pun akan ikut berhujjah dengan klip-klip vedio yang di”copypath”kan mempertahankan hujjahnya.

Tokoh ulama dunia yang dipilih baru-baru ini oleh Syeikh Yusof Al Qaradhawi pun akan berhujjah dengan hujjah masing-masing. 

Habis tu kita orang awam bagaimana? Maka kita orang awam ini akan terpinga-pinga dengan berbagai hujjah ini dan tidak mustahil akan ada gulongan yang ikut memerangi Imam Mahdi yang sebenar kerana terpengaruh dengan hujjah-hujjah berkenaan. 

Kalau sudah begitu siapakah yang kita akan ikut? 

Bagi pendapat aku, kita sebagai orang awam perlu kembali balik kepada membetulkan iman dan amalan kita selain dari pengetahuan ilmu. Bilamana iman dan amal kita menjadi sahih maka pasti Allah swt akan tunjukkan sesuatu yang benar dan menjauhi kita dari sesuatu yang sesat. Sebagai contoh ketika kemunculan Nabi Muhammad saw, yang mengikuti beliau adalah orang biasa seperti Saidina Bilal ra , Saidina Ali ra juga orang Ansar dari Madinah yang tak tahu apa-apa. Namun yang cerdik dan pandai adalah gulongan ahli kitab Yahudi dan Nasrani tetapi tidak pulak mengikuti Nabi saw dan mendokong beliau.

Kekadang sulohan Iman dan amal itu lebih bercahaya dari sulohan ilmu.

Wallahualam

Tuesday, September 9, 2014

Cinta Kasih Burong Bubul Terhadap Imam At Tsauri




Suatu ketika Imam At Tsauri rah tinggal di rumah Abu Manshur sahabat karib beliau. Di rumah itu juga beliau sakit dan meninggal dunia. ketika tinggal di rumah berkenaan Imam At Tsauri melihat ada seekor burong bulbul yang dikurung di dalam sangkar. Melihat burung berkenaan terkurung datang perasaan kesian dan alangkah baiknya burung ini dilepaskan agar boleh bebas terbang dan mencari makan. Beliau menyampaikan hasratnya kepada sahabat baik beliau Abu Mansur agar burung itu dilepaskan. Bila diketahui harat Imam At Tsauri berkenaan maka Abu Mansur pun berkata bahawa burong berkenaan adalah hak milik anaknya dan jika Imam berhajat maka beliau boleh hibahkan kepada Imam. Namun begitu Imam At Tsauri membelinya dengan harga satu dinar.

Setelah membeli burong tersebut Imam At Tsauri pun melepaskan burong itu dari sangkarnya dan bebas terbang. Namun begitu burong itu tetap kembali pulang setiap petang dan tinggal di rumah yang sama yang didiami oleh Imam At Tsauri. Hal ini berlansung beberapa lama sehinggalah hari kewafatan Imam. 

Pada hari kewafatan Imam At Tsauri burong bulbul tersebut ikut bersama menghantar jenazah Imam ke tanah perkuburan serta terbang dengan berciap-ciap seperti gelisah teramat sangat di atas jenazah Imam. Semejak hari perkebumian Imam At Tsauri, burong bulbul tersebut tidak pulang lagi ke rumah kediaman Imam sebaliknya berada di atas pusara Imam sehinggalah akhirnya dijumpai mati di atas pusara berkenaan. Burong itu akhirnya dikebumikan di atas pusara Imam At Tsauri.
(Manaqib Al Imam At Tsauri, karya Adz Dzahabi, hal. 80)

Moral Kisah Ini
Kekadang binatang yang mempunyai akal yang sedikit  pun memahami nilai kasih sayang dan terima kasih. Ini tidak terbatas kepada Imam At Tsauri rah sahaja tetapi sesiapa sahaja sehingga hari kiamat. Malah sekarang ini pun kita boleh jumpa kisah-kisah seperti ini. Jadi untuk berbuat baik bukan terbatas kepada manusia sahaja namun juga kepada binatang-binatang sebagaimana sabit dari beberapa hadis Nabi saw.

Tuesday, September 2, 2014

Jadual Kuliah September 2014





01 Sept 2014 (Isn) : Kuliah Suboh Tmn Purba
01 Sept 2014 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Yusof Teh Pedas
02 Sept 2014 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilen Surau Al Amin
03 Sept 2014 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
04 Sept 2014 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 1 Gadong Jaya
05 Sept 2014 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2 Matahari Height
06 Sept 2014 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al Amin
06 Sept 2014 (Sab) : Kuliah Muntakhab Ahadis Mutiara Gala.

07 Sept 2014 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi G/Home F
07 Sept 2014 (Ahd) : Kuliah Muntakahab Ahadis Desa Melor
08 Sept 2014 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Pinggiran Senawang
09 Sept 2014 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilen Surau Al Amin
10 Sept 2014 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
11 Sept 2014 (Kha) : Kuliah Hadis Pilihan Tmn Mantau Indah

12 Sept 2014 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Park Avenue
13 Sepi 2014 (Sab) : Kuliah Suboh Tmn Lavender Height
14 Sep 2014 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Vision Home
15 Sep 2014 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Hanger 6 KLIA
15 Sep 2014 (Isn) : Kuliah Hadis Flat Seroja, Tasik Jaya

16 Sept 2014 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilen Surau Al Amin
17 Sept 2014 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2 Yusof Teh Pedas
18 Sept 2014 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rembau Utama
19 Sept 2014 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Kiambang Senawang
20 Sept 2014 (Sab) : Kuliah Maghrib Pengasih K.Lumpur
21 Sept 2014 (Ahd) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 G/Home F
22 Sept 2014 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Hanger 6 KLIA
22 Sept 2014 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Sri Pulai, Sikamat

23 Sept 2104 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilen Surau Al Amin
24 Sept 2014 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
25 Sept 2014 (Kha) : Kuliah Hadis AL Qudwah G. Street Home
26 Sept 2014 (Jum) : Kuliag Bahrul Maazi jld 3 Lavender Height
27 Sab 2014 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 1 Al Amin 
28 Sept 2014 (Ahd) : Program 3 Hari Al Amin
29 Sept 2014 (Isn) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld 7 Tmn Rembau Utama
30 Sept 2014 (sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilen Surau Al Amin

Note : Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian. Insyaallah
AJK Surau/Masjid, jika terdapat kesilapan, sila hubungi saya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin