IMAM IBNU HAZM AZ ZAHIRI AL ANDALUSI merupakan ulama besar
rujukan madzhab Ad Dzahiri, sebuah madzhab memiliki kaedah hukum tersendiri
yang berbeza dengan empat mazhab lainnya dalam mengambil kesimpulan hukum yang
lebih kepada zahir nash serta menolak kaedah qiyas yang sememangnya dipakai
oleh imam-imam mazhab yang empat
Beliau yang memiliki banyak karya ini sering terlibat
perdebatan dengan para ulama mazhab Maliki yang merupakan mazhab yang dianuti
di wilayah Indalusia waktu itu. Bahkan dalam Kitab Al Muhalla, Ibnu Hazm
mengkritik seluruh imam empat mazhab dan juga ulama lainnya dengan hujah-hujah
yang cukup pedas.
Hujah-hujah beliau yang cukup pedas itu telah disebutkan
oleh seorang ulama seangkatan dengan beliau yang cukup zuhud ketika itu iaitu
Syeikh Abul Abas bin Salleh. Kata beliau ,”Lidah Ibn Hazm dengan pedang Hajaj
bin Yusof As Saqafi (Gabnur Madinah yang zalim) adalah dua bersaudara.” (Siyar
A’lam An Nubala :18/199)
Mengenai pengambilan ilmu oleh Ibn Hazm, Imam As Syatibi
mengatakan bahawa menganbil ilmu itu semistinya bermulazamah atau pun berhubung
secara lansung dengan guru yang menyampaikan ilmu tersebut. Sedangkan Ibn Hazm
Az Zahiri tidak berbuat demikian dan ianya tidak beradab dengan adab-adab
mengambil ilmu sebagaimana yang berlaku kepada Imam-Imam empat mazhab.elakukan
interaksi dengan jangka waktu lama dengan guru menyampaikan, ”Dengan hal ini
jatuhnya pencelaan terhadap Ibnu Hazm Ad Dzhahiri dan sesungguhnya ia tidak
bermulazamah dalam mengambil ilmu dari para syeikh dan tidak beradab dengan
adab mereka dan itu bertolak belakang dengan para ulama mumpuni seperti imam
madzhab empat”.
Imam As Syatibi selanjutnya menyatakan bahwa para penuntut
ilmu perlu untuk mengembil teladan dan adab dari para guru mereka, sebagaimana
para sahabat mencontoh Rasulullah Saw dan tabi’in mencontoh para-para sahabat.
Menurut Imam As Syatibi lagi, Imam Malik rah memilki kelebihan dalam hal ini
meski tidak menafikan bahwa ulama lain melakukan hal yang sama.
Dalam memberi hujjah yang sama, Imam Malik menyatakan,”Ada
seorang laki-laki yang mendatangi menuntut ilmu kepada seorang laki-laki selama
30 tahun” (Hilyah Al Auliya, 6/320) bagi membuktikan bahawa perlu ada hubungan
lansung diantara yang mengambil ilmu dangan yang menyampaikan ilmu.
Qadhi Iyadh Al Maliki rah pula menjelaskan bagaimana para
ulama mengambil akhlak hingga sampai kepada Imam Malik, beliau menyebutkan bahwa Abu Ali Ats Tsaqafi
mengambil akhlak dari tingkah laku Muhammad bin Nashr Al Marwazi hingga beliau perlu
bermukim di Samarkand selama 4 tahun. Muhammad bin Nashr pula mengambil dari
Yahya bin Yahya, kemudian Yahya mengambil dari Imam Malik hingga bermukim
bersama Imam Malik selama setahun setelah beliau mengambil periwayatan hadits.
Bilaman ada yang bertanya, maka Yahya bin Yahya menjawab, ”Sesungguhnya aku
bermukim dalam rangka mempelajari akhlaknya, sesungguhnya akhlaknya
mencerminkan akhlak sahabat dan tabi’in.” (Tartib Al Madarik, 1/117)
Ibnu Qasim murid dari Imam Malik juga pernah menyatakan,”Aku
telah mengabdi diriku kepada Imam Malik selama 20 tahun. Selama 18 tahun aku
mempelajari adab sedang sisanya dua tahun untuk belajar ilmu”. (Tanbih Al
Mughtarrin, hal. 12)
Nafi’ bin Abdillah salah seorang murid kepada Imam Malik juga telah menyatakan bahawa telah berada di
dalam majlis Imam Malik selama 35 tahun bagi mendapatkan ilmu dan adab dari Imam
Malik. (Hilyah Al Auliya, 6/320)
Para imam lainnya juga menjalani kaedah yang sama measa
mendapatkan ilmu. Imam As Syafii sendiri menyatakan syarat untuk memperoleh
ilmu adalah 6 perkara, salah satunya adalah “shuhbah al ustadz” atau bergaul
mesra dan “ thulu az zaman” atau waktu yang lama. (Thabaqat As Syafi’iyah Al
Kubra, 5/208)
Abu Bakr Bin Al Muthawwi’i selalu berada di dalam majelis
Imam Ahmad selama hampir dua belas tahun, namun beliau tidak pernah mencatat
apa-apa yang disampaikan oleh Imam Ahmad. Bila ditanya apa yang beliau
pelajari, Lantas beliau menjawab tingkah laku dan akhlak. (Manaqib Al Imam
Ahmad bin Hanbal, Ibnu Al Jauzi, hal. 250)
Para ulama sendiri apabila melalui kaedah pengambilan ilmu
begini akan merasai bahawa ulama yang diambil ilmu itu seperti bapa sendiri
serta menghurmati dan memuliakan mereka seperti memuliakan kedua orangtua. Hal
ini telah dinyatakan sendiri oleh Imam Nawawi rah sebagaimana yang terdapat di
dalam “Tahzib Al Asma’ Wa Al Lughat : 1/11”
Mengenai Imam Ibnu Suraij, Imam Nawawi mengatakan bahawa beliau adalah
salah seorang dari datok kami dalam jalur fiqih”. (Al Majmu’, 1/214)
Bilamana sesaorang mendapat ilmu sampai ketahap ini maka
akan menjaga adab dan tidak merendahkan para-para ulama lain serta lebih
tawadhuk dan mejaga adab di dalam memutuskan sesuatu hukum. Ia akan merasakan
dirinya terlalu kerdil berbanding dengan ulama lain. Akhlak dan perilaku ini
tidak akan terhasil bagi mereka yang tidak menempuh tradisi ini.
Jikalau orang yang seperti Ibnu Hazm Az Zahiri yang
merupakan seorang alim, muhaddits, faqih, lughawi yang memiliki banyak syeikh
boleh terluput ciri-ciri berkenaan bagaiman pula dengan kita yang merasai cukup
hanya berdepan dengan internet. Nau’zubillah
Wallahualam.