Sabda Nabi Saw ,”Sesungguhnya Allah swt akan bertanya setiap
penanggung jawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya atau
menyia-nyiakannya.” (Riwayat Ibn Hibban)
Sabda Nabi saw lagi,” Manusia itu sentiasa menurut kelakuan
temannya, maka hendaklah sesaorang kamu memerhatikan siapa yang ia berkawan
dengannya.” (Riwayat Tarmizi)
Komentar :
Berdasarkan hadis di atas tugas dan tanggungjawab ibubapa
memastikan anak dibawah jagaannya dapat ia pelihara dengan sebaik mungkin
berdasarkan kehendak agama dan syariat. Kegagalan berbuat demikian bermakna
kita telah menyia-nyiakan mereka. Maka semua ini akan dipersoalkan diakhirat
nanti.
Berdasarkan pengalaman penulis kaunseling pelajar-pelajar dan
juga ibubapa, penulis dapati bahawa kegagalan di dalam pendidikan ini menjadi
masaalah utama kerosakkan anak-anak. Baru-baru ini seorang ibu telah menelipon
penulis menangis-nangis menceritakan anak perempuannya yang berumur 13 tahun
telah lari dari rumah. Ini kali ketiga katanya kepada penulis. Bila penulis
amat-amati maka punca masaalah ini adalah kegagalan di dalam mendidik anak
dengan didikan sunnah(syariat). Selain itu suasana persekitaran di dalam rumah
tidak menjurus kepada suasana keagamaan serta pengaruh kawan-kawan melalui
telefon bimbit dan juga “Facebook”.
Sebagaimana sabdaan Nabi saw’ “ Cahayailah rumah kamu dengan
solat dan bacaan al-Quran “ Dan sabdanya lagi,” Janganlah kamu jadikan rumah
kamu seperti kubur.” Ini bermakna bahawa persekitaran dan suasana rumah
semestilah berdasarkan suasana keagamaan. Suasana bersolat sunat, bacaan quran,
bacaan hadis-hadis Nabi saw serta memperdengarkan kisah-kisah sahabat Nabi
kepada anak-anak. Telah berkata sesetengah sahabat nabi saw,” Telah jadi
kebiasaan Nabi saw apabila selesai satu-satu solat fardhu baginda akan
berpaling kepada kami.” Maksudnya bahawa apabila selesai solat Nabi saw akan
menasihati sahabat-sahabat yang hadir solat atau jika ada wahyu yang diturunkan
maka baginda akan menyampaikan selepas solat kepada sahabat. Apabila pulang
kerumah maka mereka akan mengumpulkan anak-anak dan isteri, mereka menyampaikan
hadis atau firman Allah yang mereka dengar dari nabi saw di masjid.
Masing-masing akan mengingati dan beramal dengannya.
Dengan amalan begini maka jadilah suasana rumah-rumah mereka
sebagaimana suasana masjid. Dengan suasana begini anak-anak akan
terbentuk dengan akhlak dan sifat yang mulia. Lantaran dari itu jika ada wanita
yang datang memeluk Islam maka wanita ini akan ditempatkan dirumah
isteri-isteri Nabi saw dan juga di rumah-rumah sahabat.
Hari ini kecoh tentang pengaruh ajaran Syiah di kalangan
masyarakat. Sebahagian besar adalah pelajar-pelajar di Institut Pengajian
tinggi awam dan juga swasta. Namun sedar tak kita bahawa pengaruh Syiah tidak
akan tembus keatas mereka yang mempunyai cinta kasih yang mendalam terhadap
Rasulullah saw dan Sahabat r.hum. Sebab itu kita lihat pengaruh Syiah boleh tembus
dan berada di dalam gerakkan-gerakkan Islam yang samaada berorientasikan politik
, Parti kepartian, Usrah-usrah Islamiah dan NGO-NGO namun di dalam Jemaah
Tabligh lansung tidak ada. Sebabnya adalah di dalam Jemaah Tabligh secara
lansung mendengar Kisah-kisah Sahabat setiap kali Majlis Taklim di adakan serta menjadi kemistian membicarakan dan bermuzakarah “ 6 Sifat-sifat Sahabat”. Ini
yang “memanaskan” mana-mana gulongan Syiah yang cuba menyerap masuk ke dalam
Jemaah Tabligh.
Kini atas dasar inginkan agar kisah-kisah sahabat Nabi ini
menjadi kecintaan dan perbualan anak-anak maka teman penulis telah menyusun
beberapa siri buku keluaran beliau atas nama “Himpunan 20 Kisah Keajaiban Para
Sahabat” untuk menjadi bacaan anak-anak di rumah serta juga sesuai untuk bacaan
santai ibubapa. Walaupun tidak secanggih novel “Ombak Rindu” namun rasa penulis
cukup untuk menjadikan anak-anak merindui kisah kehidupan Para Sahabat Nabi saw
di dalam kehidupan mereka apabila mereka membaca dan menghayatinya.
Wallahulam
P/S : Sesiapa yang berminat boleh hubungi Saudara Khairi
Tajuddin di talian 019-4702839