MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, September 18, 2013

Kajang Gengster : “Lu Langsi Lu Mati” - Isteri Kaki Pukul




Kajang (Harian Metro : 18/9/2013) : Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.
Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.

Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.
Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.
“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.

“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.
Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.
“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sedikit Komentar :

Cukup melucukan bila aku membaca berita di atas. Dah terbalik,  beberapa bulan yang lalu kes suami membelasah isteri tanpa belas kasihan. Namun berita hari ini membuat kita tersenyum bila membaca. Selama ini selalu kita menyangkakan bahawa punca perceraian dalam kaitan belasah ini hanya suami yang membelasah isteri, tetapi sebaliknya.

Sebelum Ramadhan yang lalu telah keluar di akhbar Arus Perdana bahawa kedar perceraian di Malaysia sudah makin tinggi sehinggakan kadar setiap 15 minit satu pasangan akan bercerai. Punca paling utama adalah “Facebook”. Luahan perasaan bukan lagi kepada pasangan masing-masing namun telah berubah. Masing-masing melepaskan perasaan di hadapan teman-teman di “Facebook”. Sepatutnya “Face to Face” bukannya “Facebook”. Sebabnya dengan cara “Face to Face”  lebih tersembunyi masaalah keluarga dan mudah pula diselesaikan. Ianya lebih menepati kepada syariat. Kalau berlaku perceraian atau rujuk sekali pun tidaklah akan mendatangkan malu kepada kedua keluarga. Maruah keluarga lebih tersembunyi dan tertutup.

Kekadang bila kita amati-amati macam dah terbukti bahawa perkahwinan melalui percintaan sebelum kahwin ini banyak yang merosakkan daripada berkekalan. Bila dilihat kadar perceraian di atas membuktikan semua itu. Atas sebab inilah ada sesetengah agensi kusus perkahwinan dan motivasi berminat melaksakan kursus yang dikenali “Kursus Percintaan Selepas Perkahwinan”.

Agaknya tak lama lagi selain pengesahan HIV oleh pihak pasangan masing-masing, mungkin perlu juga ada pengesahan dari pihak polis yang setiap pasangan bebas dari rekod jenayah dan kaki pukul. Selain itu, sunat melihat muka dan tapak tangan pasangan perempuan tidak lagi memadai. Perlu juga ditambah satu lagi, ia itu melihat juga saiz penumbuk serta perlu dipastikan pasangan perempuan yang akan dikahwini tidak terlibat dengan aktiviti “Body Builder”. Bukanya apa, takut kes yang di atas akan berulang dan akan bertambah parah.. .  ceewaah!

2 comments:

mohd akhmar Mukhlisin said...

hihi

islam itu indah said...

dah akhir zaman ni macam-macam terjadi ustaz....suami berhak tinggikn suara pada isteri tapi isteri tak ada hak langsng tinggikan suara pada suami apatah lagi nak pukul suami sendiri..walaupun saya perempuan tapi saya tetap tak setuju & membenci perbuatan wanita tersebut...si suami itu pun rasanya tak berjaya didik isteri menuju ke jalan Allah...kasihan lihat orang-orang sebegini...semoga Allah beri keampunan pada si isteri amin...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin