Hari ini ( 29 Ogos 2013 ) Menteri Dalam Negeri menyatakan senarai 59 Kongsi
Gelap dan pertubohan haram akan
diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kem.Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi. Selepas daripada ini semua Konsi Gelap dan pertubohan
haram berkenaan tidak boleh lagi mengunakan nama, logo, lambang yang biasanya
pelekat di depan dan belakang kereta. Malah mereka juga tidak boleh bergerak di
dalam satu pasukan.
Di dalam senarai di atas terdapat Geng Tiga Line yang dikatakan pecahan dari PAKIDA. Berkebetulan Geng Tiga Line ini
terdapat ramai teman-teman penulis khusus di Negeri Sembilan yang rata-rata
mereka telah menjadi karkun (join Tabligh). Alhamdulillah ramai juga dikalangan
mereka yang bergelar Abang Long dan Ayahanda yang telah keluar 4 bulan dan 40
hari di Jalan Allah. Mereka-mereka ini secara peribadi amat-amat penulis kenali
dan benar-benar berubah. Mereka-mereka ini sememangnya benar-benar ingin berusaha
agar “Adek-Adek” dan “Anak-Anak Baiat”
di bawah mereka berubah. Ramai juga dikalangan bawahan mereka yang telah
keluar 3 hari, namun sebagaimana yang kita
sedia maklum sukar jika sekadar tiga hari untuk betul-betul berubah. Apa pun
sekurang-kurangnya mereka-mereka ini mula berjinak dengan agama, hanya cuma
kekurangan pembimbing sahaja.
Baru-baru ini mereka telah menjemput penulis memberi kuliah
khas kepada ahli-ahli Seni Silat yang biasanya dikaitkan dengan Tiga Line di satu resort di sekitar Seremban di dalam program Jamuan
Hari Raya. Agak terkejut juga penulis sebabnya ketika hadir, penulis diberitahu
bahawa satu van D7 (“SB” dari Kontigen Polis Seremban) turut hadir beserta dua
Trak Polis. Ketika memberi kuliah mereka mengambil gambar penulis serta
merakamkan isi kuliah penulis. Bagi penulis itu tidak menjadi masaalah kerana sudah
terbiasa kuliah penulis dibuat rakaman samada rakaman suara atau video. Apa yang penulis tekankan pada isi kuliah adalah betapa pentingnya agama di dalam kehidupan dan persediaan iman yang sempurna khususnya di dalam perjuangan. Maklum balas yang penulis terima nampaknya banyak yang terkesan dan bersedia untuk khuruj di Jalan Allah. Kita doakan semuga mereka dipilih oleh Allah swt.
Apa pun keinginan untuk merubah ahli-ahli di dalam PAKIDA ini
telah diusahakan oleh karkun-karkun yang terlibat. Perancangan mereka akan datang
adalah sebanyak mungkin Jemaah dikeluarkan dari kalangan ahli Tiga Line ini
beserta orang awam. Kita doakan agar niat yang mulia kawan-kawan kita ini
dikabulkan tuhan.Insyallah