MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, April 23, 2013

Drebar Bas Kesal Menang Loteri - Metro 23 April 2013



London: Di sebalik ‘tuah’ kerana memenangi loteri bernilai puluhan juta ringgit, seorang bekas pemandu bas mengakui, kadang-kadang dia berharap kemenangan itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

Sebelum ini, John Noakes berkongsi dengan 11 lagi pemandu bas membeli loteri dan mereka disahkan memenangi hadiah bernilai £38 juta (RM176.5 juta) Kata lelaki berasal dari Corby itu, pada awalnya dia menyangka kemenangan itu akan membolehkan segala impiannya tercapai. Namun, Noakes, 50, berkata selain kegembiraan, wang loteri itu datang bersama pelbagai bala.“Sebab itu sesekali saya berharap saya tidak memenangi loteri berkenaan,” katanya. Bekas Pemandu Bas Terbaik itu berkata, setiap daripada mereka yang berkongsi membeli loteri itu memperoleh kira-kira £3 juta (RM13.9 juta) seorang. 

Sejak memenangi loteri itu, kata Noakes, mereka mula didatangi pelbagai masalah, daripada isu keluarga sehingga membabitkan aspek kesihatan. Noakes kini masih menetap di rumah lamanya bersama isteri, Jean, di bandar Northamptonshire. Kata Noakes, masalah itu memaksa sebahagian daripada rakannya berpindah dari Northamptonshire. Malah, dua daripada kami terpaksa meninggalkan Britain. 

“Saya dan Jean pula sedang bersiap-siap memulakan hidup baru di Cyprus,” katanya.
Sejak menjadi jutawan, kata Noakes, hidup mereka berubah sama sekali, tetapi tidak semuanya membawa kebaikan. “Kebanyakan rakan saya juga enggan bersahabat dengan saya lagi,” katanya. Noakes turut selalu didatangi orang tidak dikenali dan meminta wang di jalanan.

Satu lagi cabaran Noakes ialah untuk berlaku adil kepada semua anggota keluarga tanpa menyebabkan sesiapa kecewa. Justeru, katanya, dia dan Jean bercadang berpindah ke Cyprus.
Seorang rakan Noakes yang memenangi loteri itu kini berpindah ke Sepanyol bagi mengelak berdepan perselisihan faham sesama keluarga. - Daily Mail

Komen Penulis :

Allah swt Tuhan Yang Maha Agung tidak pernah meletakkan kebahagian di dalam sesuatu yang haram. Di dalam kekayaan yang datang dari sumber yang haram tidak pernah memberi kebahagian sama ada pada mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, apa lagi kepada mereka-mereka yang beriman. Lihatlah di dalam kekayaan dan kemewahan bukan kepada mereka di atas sahaja malah kepada mereka-mereka yang sebelum mereka pun tidak pernah bahagia dengan sumber yang haram. Sebagaimana berlaku kepada J.Paul Getty antara orang yang paling kaya awal kurun ke 19. Bukan dirinya sahaja hancur malah seluruh keluarga Dinasty Getty pun turut hancur sehingga tidak ada lagi keturunan beliau.

Ianya tidak terbatas kepada kekayaan malah di dalam kekuasaan dan pangkat juga terbukti tidak membahagiakan sesiapa pun melainkan mereka berlaku adil. Adil ini bukan sekadar bercakap tentang keadilan malah bertidak dan nampak ianya adil. Dan adil ini bukan pada kacamata manusia tetapi adalah berlandaskan syariat. Sebagai contoh keatas mereka yang tidak Islam dikenakan cukai (Jizyah) dan ke atas yang Islam dikenakan zakat. Selepas itu tidak ada lagi cukai yang lain yang dikenakan seperti Cukai Impot, Cukai Tanah, Cukai Pintu dan lain-lain. Inilah yang dikatakan adil di dalam Islam.

Berita di atas cukup baik bagi kaki judi ekor dan loteri bahawa selama duit hasil yang haram maka selama itu ianya tidak pernah membahagiakan dan memeberi kesenangan.

Wallahualam.

Friday, April 5, 2013

Ruang Solat Liga Premier Inggeris (Newcastle United)




Baru-baru ini akhbar Inggeris  “Mirror” 4 April 2013 melaporkan bahawa gergasi bola sepak Inggeris, Newcastle United telah bersetuju menyediakan ruang solat bagi pemain Islamnya menunaikan solat sebelum perlawanan. Setakat ini ada sekurang-kurangnya tujoh orang pemain Islam di dalam pasukkan Liga Premier Inggeris. Hampir kesemua mereka menjaga solat fardhu. Namun mereka mengeluh kerana setiap kali perlawanan akan dijalankan dan dalam waktu yang sama masok waktu solat, maka sukar bagi mereka melaksanakan solat.

Namun begitu, pengurusan pasukkan Newcastle United bersetuju untuk menyediakan ruang solat kepada pemain Islamnya. Sebelum ini pemain-pemain yang beragama Islam terpaksa mencari ruang-ruang kosong untuk bersolat. Kata salah seorang pegawai pasukkan liga berkenaan,” Doa sebelum pertandingan juga sebahagian perkara yang penting di dalam sesuatu perlawanan.” Beliau memberi jawapan bila diajukan soalan oleh salah seorang wartawan. Mereka menganggap bersolat dan berdoa sebahagian dari “Team Work” di dalam pasukkan.

Pasukkan yang terbanyak pemain Islam setakat ini adalah Newcastle United. Setiap kali perlawanan, pasukkan ini akan berdoa dengan dipimpin oleh Demba Ba salah seorang pemain Islam yang paling soleh. Kini Demba Ba telah berpindah ke Kelab  Chelsea.

Terbalik di tempat kita di Malaysia, paling kerap tinggalkan solat adalah pemain bola sepak kita. Lihatlah ketika perlawanan di Liga Perdana Malaysia. Bukan hanya pemain yang tidak solat malah ribuan penonton juga ikut tidak solat. Ruang solat yang disediakan di stadium kekadang kosong sewaktu perlawanan diadakan. Kalau ada yang solat pun boleh dikira dengan jari. 

Tidak pernah terfikir dibenak pengurus pasukan yang ada  di Liga Perdana Malaysia agar setiap pemain pasukkannya boleh memelihara solat dan berdoa beramai-ramai sesudah solat. Bila ini berlaku maka rebutan jawatan khususnya di dalam FAM menjadi perkara utama. Mutu permainan masih ditakuk lama. Sekitar tahu 70an kita sebaris dengan Korea dan lain-lain negara, namun kini di tempat tercorot. Permainan gagal ke tahap professional ditambah lagi dengan dosa tinggalkan solat setiap perlawanan. Namun begitu di Barat, mereka telah nampak nilai-nilai amalan keagamaan di setiap keadaan.

Wallahulam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin