MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, October 18, 2012

Plenet PH1 : Satu Lagi Tanda Ciptaan Tuhan









WASHINGTON 16 Okt. - Satu pasukan antarabangsa terdiri daripada angkasawan profesional dan amatur, mengumumkan penemuan sebuah planet baru yang diterangi dengan empat matahari, penemuan fenomena pertama seumpamanya.

Planet yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya dari Bumi itu dinamakan sebagai PH1 sebagai penghormatan kepada program Planet Hunters yang diketuai oleh Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS) yang mengambil sukarelawan untuk mencari tanda-tanda kewujudan planet baru.
PH1 mengorbit dua matahari dan sepasang lagi bintang mengorbitnya dari jarak jauh.

Menurut penyelidik, hanya enam planet yang diketahui mengorbit dua bintang dan tidak ada daripada planet tersebut yang diorbit oleh bintang lain.

"Sistem pergerakan planet adalah ekstrem seperti pembentukan planet," kata Meg Schwamb dari Universiti Yale yang mengetuai pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat tahunan di Jabatan Sains Planet Masyarakat Astronomi Amerika di Nevada, semalam.

Saintis rakyat AS, Kian Jek dan sukarelawan program Planet Hunters, Robert Gagliano adalah orang pertama yang menemukan PH1.

Penemuan itu kemudiannya disahkan oleh satu pasukan penyelidik AS dan Britain yang bertugas di Hawaii.

Saiz PH1 adalah 6.2 kali lebih besar daripada Bumi dan planet itu mengorbit sepasang bintang yang masing-masing 1.5 dan 0.41 lebih besar daripada matahari.

Dua bintang yang mengorbit PH1 terletak pada kedudukan kira-kira 1,000 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan matahari. - AFP

Sedikit Komen :

Firman Allah :
“ Maha Suci Tuhan Yang menjadikan bintang-bintang (buruj) di langit dan menjadikan ianya bercahaya dan bulan yang menerangi. Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi mereka-mereka yang mahu beringat dan bersyukur.” (Al Furqan 61 -62)

Telah bertahun-tahun kita difahamkan oleh saintis bahawa planet di Cakrawala Bimasakti ada sembilan yang terbesar adalah Matahari dan yang terakhir adalah planet Pluto. Namun planet Pluto ni dikatakan telah hilang dan sebaliknya telah terjumpa lagi satu planet baru yang dikenali sebagai Penet X (Ke 10) atau Nibiru. Plenet Nibiru ini dikatakan akan melanggar bumi pada tahun 2020 dan kejadian ini juga dianggap sebagai Kiamat. Begitulah apa yang disajikan kepada kita oleh saintis-saintis khususnya dari Nasa USA.

Terkini, planet PH1 yang baru dijumpai ini jauh lebih besar dari Bumi serta mengorbitkan dua bintang yang 1.5 dan 0.41 lebih besar dari Matahari. Rupanya masih ada lagi planet atau bintang yang lebih besar dari Matahari. Maknanya juga bahawa teori semua planet mengelingi Matahari adalah teori yang salah kerana planet yang baru jumpa ini mengorbitkan dua bintang yang lebih besar dari Matahari.

Bagi aku apa sahaja yang saintis tu jumpa maknanya betapa luas dan hibatnya ciptaan tuhan yang mash lagi diluar kemampuan dan ilmu manusia dan juga agar kita ini lebih tunduk dan patuh serta tergolong dari gulongan yang beringat dan bersyukur.

Wallahualam

Thursday, October 4, 2012

Kulliyah Tafaqquh Fid Din



Kuliyyah Tafaqquh Fid Din

Tn.Guru : Syeikh Nuruddin Al Banjari

Tarikh    : 6 Oktober 2012 (Sabtu)

Tempat   : Surau Al-Amin, Cempaka 2

Masa       : Selepas Zohor Hingga Asar

Kitab       : Minhaj Tholibin

CERAMAH UMUM

Tarikh  :  6 Oktober 2012 (Sabtu)

Tempat :  Surau Ibn Khaldun, Lavender Height

Masa     :  Selepas Solat Mahrib.

Semua Penduduk Setempat Dan Yang Berdekatan Dijemput Hadir.

p/s : Jamuan Petang/ Insya' Disediakan.

Jadual Kuliah Bulan Oktober 2012



01 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Dr.Yusof  Teh, Pedas
02 Okt 2012 (sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2
03 Okt 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang.
04 Okt 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2 Tmn Gadong Jaya
05 Okt 2012 (Jum) : Kuliah Hadis Surau Hj.Musa BSS
06 Okt 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
07 Okt 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
07 Okt 2012 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Desa Melor
08 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Buanan Pengasih K.Lumpur
09 Okt 2012 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
10 Okt 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
11 Okt 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Kiambang
12 Okt 2012 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
13 Okt 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
14 Okt 2012 (Ahd) : Urusan Madrasah Anak-Anak
15 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
15 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Pinggiran Senawang
16 Okt 2012 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen  Al-Amin Cempaka 2.
17 Okt 2102 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
18 Okt 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Surau Qudwah G/Street Home
19 Okt 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height
20 Okt 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
21 Okt 2012 (Ahd) : Program 3 Hari Oktober Al-Amin
22 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
22 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Rembau Utama
23 Okt 2012 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen  Al-Amin Cempaka 2.
24 Okt 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
25 Okt 2012 (Kha) : Kuliah Hari Raya Qurban Kg.Sungai Pupoh.
26 Okt 2012 (Jum) : Hari Raya Qurban Di Pasir Gudang, Johor
27 Okt 2012 (Sab) : Hari Raya Qurban Di Pasir Gudang, Johor
28 Okt 2012 (Ahd) : Hari Raya Qurban Di Pasir Gudang, Johor
29 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld.3 G/Home  F
27 Okt 2012 (Sel ) : Kuliah Tanbihul Ghafileen  Al-Amin Cempaka 2.
31 Okt 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang.

Note : Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian. Insyaallah
AJK Surau/Masjid, jika terdapat kesilapan, sila hubungi saya. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin