MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, June 28, 2012

Antara Gila Dan Gila Dunia

Di dunia ini tidak ada sesiapa pun yang nak jadi gila. Malah kalau dituduh ia sebagai orang gila maka pasti akan dimarahinya. Maknanya manusia tak suka dengan gila dan tak suka dipanggil gila. Namun begitu mereka suka dengan perangai gila-gila.

 Di dalam syariah, orang gila tidak akan dikenakan hukum jika yang melanggari hukum. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, "Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah saw. Yang mana ketika itu beliau berada di masjid. Laki-laki itu memanggil beliau, 'Wahai Rasulullah, aku telah berzina!' Namun Rasulullah saw. berpaling darinya, sehingga ia mengulangi pengakuannya sampai empat kali. Setelah ia bersaksi atas dirinya sebanyak empat kali persaksian Rasulullah memanggilnya dan bertanya, 'Apakah engkau gila?' Ia menjawab, 'Tidak!' 'Apakah engkau sudah menikah?' tanya beliau. 'Sudah!' katanya. Maka Nabi saw. berkata, 'Bawa dia dan rajamlah'," (HR Bukhari [V/68]).

 Pertanyaan Rasulullah saw sebanyak tiga kali itu untuk memastikan bahawa lelaki itu tidak gila. Ini dikuatkan lagi oleh hadis diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a, ia berkata, "Dihadapkan kepada Umar r.a seorang wanita gila yang berzina. Beliau bermusyawarah dengan beberapa orang untuk memutuskan hukumnya. Umar r.a memerintahkan agar wanita itu dirajam. Lalu wanita itu dibawa dan kebetulan melintas di hadapan ALi bin Abi Thalib r.a. Beliau bertanya, 'Ada apa masaalah dengan perempuan ini?' Mereka menjawab, 'Ia adalah perempuan gila dari bani Fulan telah berzina. Umar r.a memerintahkan agar ia dirajam.' Ali r.a berkata, 'Lepaskanlah ia.'

 Kemudian Ali berjumpa dengan Umar dan berkata, 'Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau ketahui bahwa pena telah diangkat atas tiga macam orang iaitu atas orang gila hingga ia sembuh, atas orang tidur hingga bangun, atas anak kecil hingga ia baligh.' Umar menjawab, 'Ya sudah tentu.' Ali berkata, 'Kalau begitu bebaskan ia.' Umar berkata, 'Ya, bebaskan ia.' Maka Ali pun bertakbir'."Dalam riwayat lain disebutkan bahwa Ali berkata, "Tidakkah engkau ingat bahwa Rasulullah saw. bersabda, 'Diangkat pena atas tiga orang. orang gila yang tidak sempurna akalnya hingga ia sembuh, orang tidur hingga ia bangun, anak kecil hingga ia baligh'." Umar menjawab, "Benar!" Ali berkata, "Kalau begitu bebaskanlah!" (Shahih, HR Abu Dawud [4399]).

 Untungnya bagi orang gila jika ia melakukan perbuatan yang salah maka ia tidak akan berdosa. Sebaliknya jika ia melakukan perbuatan yang baik maka akan diberi pahala oleh Allah swt. Namun begitu tidak ada sesiapa pun ingin untuk jadi gila. Jika dihitung-hitung maka beruntung jadi orang gila. Aku pernah melihat ada orang gila namun ia boleh bersolat dengan baik. Kat kampong aku dulu-dulu ada seorang yang gila pun begitu selalu menolong dan membantu orang kampong. Dengan pertolongan itu ia diberi upah.

 Kekadang ada orang yang gila tetapi tidak bodoh. Pernah diceritakan bahawa seorang pergi menziarahi saudaranya yang gila di salah satu hospital mental. Ketika di dalam perjalanan pergi terasa seolah-olah salah satu tayar keretanya yang di belakang ada masaalah. Bila sampai dan berhenti di kawasan hospital mental berkenaan, di dapatinya salah satu tayar belakang keretanya ketiadaan sekeru pengikat. Ke empat-empat sekeru pengikat tersebut telah tanggal. Cuma yang untungnya tayar tersebut tidak tercabut keluar. Puas beliau memikirkan bagaimana untuk membeli ke empat-empat sekeru pengikut tersebut memandangkan hari tersebut adalah hari minggu yang umumnya kedai tayar dan sparepart tutup dan ditambah lagi hospital itu berjauhan dengan bandar. Tiba-tiba ia ditegur oleh seorang pemuda yang berada di kawasan hospital mental berkenaan. “ Apa masaalahnya bang, boleh saya bantu? Melihat pada gaya dan pakaian, pemuda itu adalah salah seorang dari ratusan pesakit gila di situ. Dengan sangkaan pesakit gila apa sangat yang boleh membantu maka ia menjawab dengan perasaan malas, “ Ni tayar ni entah macamana sekeru tayarnya telah tercabut. Kalau satu tu okay juga, ni ke empat-empatnya sekali.” Sambil tersenyum pemuda itu memberi pandangan, “ Apa susah sangat bang, “ Jawapan pemuda itu menyebabkan ia tersentak dan memandang semula kepada pemuda berkenaan. “ Abang buka setiap satu tayar yang tiga tadi satu sekerunya, kemudian pasang kat tayar yang tanggal ni. Jadi setiap tayar terikat dengan tiga sekeru. Tiga sekeru masih okay untuk mantap ikatan tayar.” “Aaa ya tak ya juga, apa le punya bengap aku ni,” sahutnya dengan tersenyum.” Kamu ni sebenarnya siapa?” tanyanya kepada pemuda itu. “ Saya salah seorang pesakit mental kat sini. Orang panggil orang gila tapi saya tidah bodoh dan bengap,” jawab pemuda itu selambar dan berlalu dari situ.

Ini menunjukkan bahawa tak semua orang gila tu bodoh. Yang lagi pelik ada gulongan yang tak gila dan mengaku sihat dan normal, mengaku okay dan waras namun menipu dan menganayai orang lain, menzalimi dan mencuri jutaan wang Negara. Gulongan ini lagi dasyat disebabkan gulongan ini terkena satu penyakit gila iaitu GILA DUNIA yang sebenarnya lebih gila dari orang yang gila. Penyakit gila dunia ini tidak akan hilang sehingga ke lubang kubor sebagaimana tercatit di dalam surah At-Takasur :-

“ Telah lalai dan bermegah-megah manusia mengumpul harta benda. Sehingga masuk mereka ke lubang kubur.” (At-Takasur : 1 dan 2)

Pesakit Gila Dunia ini lebih hina dari gila yang kita sebutkan di atas tadi kerana ianya tidak akan sedar-sedar sehingga ke lubang kubor. Ramai yang tak perasan yang ia terkena penyakit GILA DUNIA.  

Video : Seorang Gila Bernasyid 25 Rasul Di Dalam Lughat Acheh






No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin