Saturday, November 10, 2012
Keluar 40 hari Sulawesi,Indonesia
MAKLUMAN :
Dimaklumkan bahawa saya akan keluar 40 hari di Sulawesi. Indonesia. Jemaah kami kesemuanya dari kawasan yang sama Senawang, Seremban telah diputuskan oleh Syura Malaysia ke kawasan Pulau Banggai Bahagian Timor Sulawesi.
Beberapa bulan yang lalu , Markas Sulawesi di Makasar meminta jemaah dari Malaysia ke sana. Pulau berkenaan belum pernah jemaah dari Malaysia datang berusaha di sana.
Muzakarah : Selepas Asar Petang Ini 10 Nov 2012 ( Sabtu )
Bayan Hidayat : Jam 10.00 pg 11 Nov 2012 ( Ahad )
Transit : Surau Tmn Gadong Jaya, Labu/Nilai
Penerbangan : 12 Nov 2012 Berangkat Jam 8.30 pg.
Doakan untuk kami agar menjadi asbab hidayat pada diri, keluarga dan penduduk di sana.
Wasalam.
P/s : Jika ada ruang dan masa Insyaallah akan saya buat posting dari sana.
Thursday, November 8, 2012
3 Kisah Dari Harian Metro 6 Nov 2012
Kisah 1
Promoter Ugut Bunuh Diri Kekasih Tunda Kahwin
GEORGETOWN: Akibat perselisihan faham dan kecewa kerana
teman lelaki menunda tarikh perkahwinan, seorang promoter jualan mengugut mahu
membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Lebuh Nordin,
di sini awal pagi Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, teman lelaki
mangsa berusia 28 tahun datang ke rumah mangsa untuk berbincang sebelum berlaku
perselisihan faham antara mereka.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang kecewa dengan tindakan teman lelakinya menunda tarikh perkahwinan yang sepatutnya tahun ini atas sebab tidak diketahui menyebabkan wanita itu tidak boleh menerima kenyataan.
Menurutnya, mangsa kemudian naik ke tingkat 12 dan mengugut
teman lelakinya untuk terjun jika lelaki itu tidak mengikut kehendaknya.
“Mangsa memanjat dinding koridor untuk terjun sebelum diselamatkan teman lelakinya. Polis yang tiba tidak lama kemudian membawa kedua-dua mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan,” katanya.
Kisah 2
‘Silap Cepat Kahwin’
PETALING JAYA: “Saya mengaku rumah tangga kami memang
berdepan dengan masalah ketika ini. Saya berusaha untuk menyelesaikan dengan menghadiri
sesi kaunseling dan berbincang dengan keluarga.
“Saya berada di pihak yang benar. Sebagai isteri, firasat
saya sangat kuat. Saya bukan sebaik manapun, tapi saya tidak perlu takut kerana
saya tahu apa yang betul dan apa yang salah. Sebagai isteri, sudah pasti saya
kecewa dengan apa yang berlaku, tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya. “Saya
akui kami kenal dalam tempoh yang cukup singkat iaitu tiga bulan dan terus
ambil keputusan untuk berkahwin. Justeru, saya belajar daripada apa yang
berlaku iaitu jangan buat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Apapun, saya
berdoa semoga semuanya berakhir cara baik,” kata pelakon Ana Dahlia atau nama
sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 29.
Ana berkata demikian ketika diminta mengulas gosip rumah tangganya yang baru berusia 11 bulan dengan bekas juri MasterChef Malaysia yang juga Chef Selebriti, Mohd Nadzri Redzuawan serta lebih mesra disapa Chef Riz, 30, yang dikatakan bergolak ketika ini. Malah, ada laporan dalam blog hiburan yang mendakwa Chef Riz dan Ana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.
Keadaan menjadi semakin panas apabila Chef Riz dikatakan
sudah membuat pengakuan di sebuah akhbar mengesahkan pergolakan dalam rumah
tangga mereka, baru-baru ini.
Ketika ditanya punca keretakan dalam rumah tangganya mungkin berpunca ada orang ketiga, Ana menafikan dia ada menjalin hubungan dengan lelaki lain atau kembali berhubung dengan bekas teman lelakinya dulu. . . . . . . (Sedikit Potongan)
Kisah 3
Aduhai Tunangku!
BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup,
seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila
membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk
dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya
serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang
sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada
majlis doa selamat.
Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai
Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)
empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia
menjadi mangsa samun.
“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.
“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.
“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Sedikit Komentar :
Inilah ragam kehidupan atau trend perkahwinan masa kini . Di
satu sudut tersangat ingin disegerakan perkahwinan dan di sudut yang lain
menyesal kerana silap berkahwin cepat. Pada sudut yang lain pula bila telah
ditetapkan tarikh perkahwinan mencari alasan ditangguhkan kerana tidak
kemampuan dikeranakan hantaran yang terlalu tinggi dan membebankan.
3 kisah di atas cukup untuk menampakkan bahawa beginilah
yang berlaku di dalam institusi perkahwinan masa kini. Kekadang begitu “gah”
ketika hari perkahwinan dengan liputan semua akhbar dan majalah. Riuh rendah
satu Malaysia tahu, pun begitu bila berlaku perceraian juga riuh rendah liputan
akhbar satu Malaysia.
Di mana-mana pun perkahwinan yang jika asasnya atas
keduniaan semata maka beginilah yang akan terjadi melainkan diiringi dengan
keagamaan dan takwa di awal perkahwinan di pertengahan mau pun di akhir
perkahwinan. Ini kerana perceraian tidak
semistinya di awal atau pertengahan perkahwinan malah di hujung-hujung usia pun
banyak yang berlaku. Nauzubilllah.
Yang penulis maksudkan adalah perlu bagi kita kembali
membina instutusi kekeluargaan yang lebih matap bermula dengan didahului
amalan keagamaan dan takwa. Bermula dari pemilihan calon sehinggalah kepada
masa menimang cucu dan cicit. Bukan kerana apa, jika intutusi kekeluargaan ini
rosak maka masa depan anak-anak yang kedua ibubapa mereka bercerai akan
terumbang ambing. Paling ketara penghayatan keagamaan akan tidak sempurna dan
kehidupan sosial akan bertambah rosak. Pengalaman penulis berkuliah, berceramah
dan kaunseling pelajar-pelajar yang bermasaalah di kolej tempat penulis bekerja
maupun di Pengasih, Kuala Lumpur rata-rata ianya datang dari keluarga yang
bermasaalah dan berlaku perceraian.
Ibubapa berpisah dan berkahwin lain manakala anak-anak akan
dijaga oleh dato dan nenek atau pun makcik yang tidak mendapat kasih saying ibubapa
yang sempurna. Secara tidak sedar bermula dari intutusi keluarga yang rosak inilah
gejala sosial makin bertambah dan disokong pula dengan tarikan maksiat dari
berbagai sudut.
Pandangan punulis dari awal pemilihan sebaiknya mistilah didahului
dengan solat istiqarah oleh calun pengantin itu sendiri atau pun ibubapa
pengantin. Pemilihan calun semistinyalah sebagimana berdasarkan syariat.
Selain itu hubungan mahran sebelum kahwin semistinyalah perlu dijaga. Di sini peranan
ibubapa memastikan bahawa calon pengantin anak mereka tidak bergaul mesra
tetapi mistilah terbatas atas dasar yang digariskan oleh syariat. Perkara ini juga
perlu ada di dalam modul Program Kursus Perkahwinan.
Hantaran perkahwinan perlu lebih bersesuaian dan memudahkan
kedua-dua pihak serta tidak membebankan calon pengantin lelaki khususnya.
Bebanan jumlah hantaran perkahwina ini juga menyebabkan tarikh perkahwinan
terlalu lambat sedangkan meyegerakan perkahwinan kedua calon itu adalah
tuntutan syariah.
Walimahtul Urus pun sebaiknya lebih Islamik dan tidak ada
unsur-unsur kelalaian. Jika diiringi dengan hiburan biarlah hiburan yang
dibenarkan seperi Qasidah Burdah. Ini adalah kerana ada pendapat ulama mengatakan
bahawa jika ketika walimah ini terdapat unsur kelalaian serta para jemputan
terhalang dari solat maka ianya akan memberi kesah kepada perkahwinan tersebut.
Pertengahan perkahwinan pula, kedua suami isteri bukan sekadar memikirkan pendapatan isirumah malah juga perlu difikirkan bagaimana amalan keagamaan tidak tercicir di dalam rumahtangga. Di sini suami perlu berulang-alek ke masjid solat berjemaah dan memakurkan masjid kerana bersumberkan Al- Quran dan hadis Nabi saw, lelaki berkenaan akan di”Khitab”kan sebagai “Ar-Rijal”. Ar-Rijal inilah yang boleh menguasai dan memimpin isteri dan anak-anak.
“Ar-Rijalu qawwamu na
‘alan nisak”. “Maknanya lelaki adalah pemimpin pada wanita"
Akhir perkahwinan di hujung usia sebaiknya lebih memikirkan
persoalan kematian dan keakhiratan berbanding persolan lain khususnya nak
tambah cawangan. Di sini gaya dan keterampilan serta amalan hendaklah
mengambarkan hujung usia dan persediaan kematian.
Jika begini yang kita lalukan secara otomatiknya perkawinan
akan terjaga dan perceraian akan dapat dihindari. InsyaAllah.
Wallahualam.
Thursday, November 1, 2012
Jadual Kuliah November 2012
01 Nov 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 Tmn Gadong
Jaya
02 Nov 2012 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari
Height
03 Nov 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 3 Al-Amin,Cempaka
2
04 Nov 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
04 Nov 2012 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Desa Melor
05 Nov 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Dr.Yusof Teh, Pedas
06 Nov 2012 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin
Cempaka 2
07 Nov 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan J.Tabligh, Rahang
08 Nov 2012 (Kha) : Kuliah Hadis Tmn Seri Pulai, Sikamat
09 Nov 2012 (Jum) : Program Khas Perkhemahan Remaja
10 Nov 2012 (Sab) : Keluar 40 Hari Sulawesi,Indonesia
Nota : Program Kuliah Bulanan Ini Akan Bersambung Selepas Pulang Dari
Sulawesi, Indoneia.
Thursday, October 18, 2012
Plenet PH1 : Satu Lagi Tanda Ciptaan Tuhan
WASHINGTON 16 Okt. - Satu pasukan antarabangsa terdiri
daripada angkasawan profesional dan amatur, mengumumkan penemuan sebuah planet
baru yang diterangi dengan empat matahari, penemuan fenomena pertama
seumpamanya.
Planet yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya
dari Bumi itu dinamakan sebagai PH1 sebagai penghormatan kepada program Planet
Hunters yang diketuai oleh Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS) yang
mengambil sukarelawan untuk mencari tanda-tanda kewujudan planet baru.
PH1 mengorbit dua matahari dan sepasang lagi bintang
mengorbitnya dari jarak jauh.
Menurut penyelidik, hanya enam planet yang diketahui
mengorbit dua bintang dan tidak ada daripada planet tersebut yang diorbit oleh
bintang lain.
"Sistem pergerakan planet adalah ekstrem seperti
pembentukan planet," kata Meg Schwamb dari Universiti Yale yang mengetuai
pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat tahunan di Jabatan Sains Planet
Masyarakat Astronomi Amerika di Nevada, semalam.
Saintis rakyat AS, Kian Jek dan sukarelawan program Planet
Hunters, Robert Gagliano adalah orang pertama yang menemukan PH1.
Penemuan itu kemudiannya disahkan oleh satu pasukan
penyelidik AS dan Britain yang bertugas di Hawaii.
Saiz PH1 adalah 6.2 kali lebih besar daripada Bumi dan
planet itu mengorbit sepasang bintang yang masing-masing 1.5 dan 0.41 lebih
besar daripada matahari.
Dua bintang yang mengorbit PH1 terletak pada kedudukan
kira-kira 1,000 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan matahari. - AFP
Sedikit Komen :
Firman Allah :
“ Maha Suci Tuhan
Yang menjadikan bintang-bintang (buruj) di langit dan menjadikan ianya
bercahaya dan bulan yang menerangi. Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang
silih berganti bagi mereka-mereka yang mahu beringat dan bersyukur.” (Al Furqan
61 -62)
Telah bertahun-tahun
kita difahamkan oleh saintis bahawa planet di Cakrawala Bimasakti ada sembilan
yang terbesar adalah Matahari dan yang terakhir adalah planet Pluto. Namun
planet Pluto ni dikatakan telah hilang dan sebaliknya telah terjumpa lagi satu
planet baru yang dikenali sebagai Penet X (Ke 10) atau Nibiru. Plenet Nibiru ini
dikatakan akan melanggar bumi pada tahun 2020 dan kejadian ini juga dianggap
sebagai Kiamat. Begitulah apa yang disajikan kepada kita oleh saintis-saintis
khususnya dari Nasa USA.
Terkini, planet PH1 yang baru dijumpai ini jauh lebih besar dari Bumi serta
mengorbitkan dua bintang yang 1.5 dan 0.41 lebih besar dari Matahari. Rupanya
masih ada lagi planet atau bintang yang lebih besar dari Matahari. Maknanya juga bahawa teori semua planet mengelingi Matahari adalah teori yang salah kerana planet yang baru jumpa ini mengorbitkan dua bintang
yang lebih besar dari Matahari.
Bagi aku apa sahaja
yang saintis tu jumpa maknanya betapa luas dan hibatnya ciptaan tuhan yang mash lagi diluar kemampuan dan ilmu manusia dan juga agar
kita ini lebih tunduk dan patuh serta tergolong dari gulongan yang beringat dan bersyukur.
Wallahualam
Thursday, October 4, 2012
Kulliyah Tafaqquh Fid Din
Kuliyyah Tafaqquh Fid Din
Tn.Guru : Syeikh Nuruddin Al Banjari
Tarikh : 6 Oktober 2012 (Sabtu)
Tempat : Surau Al-Amin, Cempaka 2
Masa : Selepas Zohor Hingga Asar
Kitab : Minhaj Tholibin
CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Oktober 2012 (Sabtu)
Tempat : Surau Ibn Khaldun, Lavender Height
Masa : Selepas Solat Mahrib.
Semua Penduduk Setempat Dan Yang Berdekatan Dijemput Hadir.
p/s : Jamuan Petang/ Insya' Disediakan.
Jadual Kuliah Bulan Oktober 2012
01 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Dr.Yusof Teh, Pedas
02 Okt 2012 (sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin
Cempaka 2
03 Okt 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang.
04 Okt 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2 Tmn Gadong
Jaya
05 Okt 2012 (Jum) : Kuliah Hadis Surau Hj.Musa BSS
06 Okt 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka
2
07 Okt 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
07 Okt 2012 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Desa Melor
08 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Buanan Pengasih K.Lumpur
09 Okt 2012 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin
Cempaka 2.
10 Okt 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
11 Okt 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Kiambang
12 Okt 2012 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari
Height
13 Okt 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka
2
14 Okt 2012 (Ahd) : Urusan Madrasah Anak-Anak
15 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
15 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Pinggiran Senawang
16 Okt 2012 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
17 Okt 2102 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
18 Okt 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Surau Qudwah G/Street
Home
19 Okt 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height
20 Okt 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka
2
21 Okt 2012 (Ahd) : Program 3 Hari Oktober Al-Amin
22 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
22 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Rembau Utama
23 Okt 2012 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
24 Okt 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
25 Okt 2012 (Kha) : Kuliah Hari Raya Qurban Kg.Sungai Pupoh.
26 Okt 2012 (Jum) : Hari Raya Qurban Di Pasir Gudang, Johor
27 Okt 2012 (Sab) : Hari Raya Qurban Di Pasir Gudang, Johor
28 Okt 2012 (Ahd) : Hari Raya Qurban Di Pasir Gudang, Johor
29 Okt 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
27 Okt 2012 (Sel ) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
31 Okt 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang.
Note : Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian. Insyaallah
AJK Surau/Masjid, jika terdapat kesilapan, sila hubungi saya.
Thursday, September 20, 2012
Colonel Amiruddin Saab Kembali Ke Rahmatullah
Colonel Amiruddin Saab memang tidak asing lagi bagi karkun-karkun awaleen 70an dan 80an, khususnya bagi mereka-mereka yang belajar di USA dan United Kingdom. Beliau antara para dae yang begitu gigih menjalankan usaha agama (Jemaah Tabligh) di UK,USA, Kanada dan Eropah pada zamannya. Pernah datang ke Malaysia sekitar tahun 80an beberapa kali dan seingat penulis beliau pernah datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1989 dan ketika itu beliau khuruj di Malaysia sekitar Kuala Lumpur dan penulis pernah nusrah serta membawa ahliah mendengar bayan masturat di rumah Arwah Abang Zainol RTM. Bayannya cukup memberi kesan pada ahliah penulis dan setahun selepas itu penulis dan ahliah keluar 40 hari Masturat di India.
Pada 17 September 2012, beberapa hari yang lalu iaitu bersamaan hari Isnin yang lalu pada jam 5.45 pg beliau menghebuskan nafasnya yang terakhir di Toronto,Kanada. Jenazah beliau disembahyangkan di Markaz Birchmount, Toronto/ Masjid Abu Bakar Toronto. Beliau dilahirkan di Scotland pada tahun 1922 dan menetap di Kanada. Bapa beliau berketurunan India dari galur Saidina Abu Bakar r.a, manakala ibu beliau berbangsa Scotish dan bekas seorang biarawati Kristian. Namun kemudiannya memeluk agama Islam dan menjadi wanita yang solehah.Beliau seorang dae yang begitu gigih bukan sekadar membawa saudara-saudara Islam kita di Eropah atau Amerika dekat dengan Allah, malah telah berjaya mengislamkan ribuan penganut agama Kristian ke dalam Islam.
Kematian beliau umpama kehilangan muntiara berharga di dalam Jemaah Tabligh dan masyarakat Islam Kanada Khususnya. Semoga Allah swt mencucuri rahmatnya ke atas arwah beliau.
Amin Ya! Rabal A'lameen
Pada 17 September 2012, beberapa hari yang lalu iaitu bersamaan hari Isnin yang lalu pada jam 5.45 pg beliau menghebuskan nafasnya yang terakhir di Toronto,Kanada. Jenazah beliau disembahyangkan di Markaz Birchmount, Toronto/ Masjid Abu Bakar Toronto. Beliau dilahirkan di Scotland pada tahun 1922 dan menetap di Kanada. Bapa beliau berketurunan India dari galur Saidina Abu Bakar r.a, manakala ibu beliau berbangsa Scotish dan bekas seorang biarawati Kristian. Namun kemudiannya memeluk agama Islam dan menjadi wanita yang solehah.Beliau seorang dae yang begitu gigih bukan sekadar membawa saudara-saudara Islam kita di Eropah atau Amerika dekat dengan Allah, malah telah berjaya mengislamkan ribuan penganut agama Kristian ke dalam Islam.
Kematian beliau umpama kehilangan muntiara berharga di dalam Jemaah Tabligh dan masyarakat Islam Kanada Khususnya. Semoga Allah swt mencucuri rahmatnya ke atas arwah beliau.
Amin Ya! Rabal A'lameen
Subscribe to:
Posts (Atom)