MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, July 29, 2011

Kedidi Puteh


Kedidi putih itu
Kelihatan hitam
diselaputi lumpur
tercungki-cungkit di pantai
menunggu air pasang.

Pantai pasti dipenuhi air
Takkala purnama muncul
Kerana itulah ketentuan Ilahi

Kini hampir muncul purnama itu
Pastinya air akan pasang
Kedidi tetap menunggu
Bisa mandi sepuas-puasnya
Membersikan selaput lumpur

Bulu dan sayapnya
Akan kembali putih bersih
Akan terbang tinggi bersama camar
Hinggap dan berpaut
Di ranting pepohon bakau.

al-alorstari : 27 Sya’ban 1432
Saat mengenangkan kedatangan Ramdhan bulan penghapus dosa-dosa.

Tuesday, July 26, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432



Semuga Ramadhan Tahun Ini Akan Menambah Taqwa Serta Menjadi Perbekalan Ke Bulan-bulan Seterusnya

Tuesday, July 12, 2011

Restoran Hidang Bangkai Kambing Di Madinah


Metro Selasa : 12 Julai 2011.

MADINAH: Sebuah restoran terkenal diserbu pihak berkuasa tempatan semalam selepas pemilik premis itu didakwa menghidangkan pelanggannya dengan daging tercemar.

Menurut maklumat, pemilik restoran berkenaan membeli kambing berpenyakit kerana harganya yang murah sebelum ia digunakan dalam hidangan kepada pelanggan.

Malah, dalam kes tertentu, pemilik restoran itu turut menggunakan daging kambing yang lama mati sebagai bahan masakannya.

Selepas mendapat aduan daripada orang ramai, penguat kuasa kesihatan Madinah melakukan lawatan mengejut ke premis berkenaan, selain beberapa restoran lain di bandar raya itu bagi memeriksa standard kesihatan serta kelayakan kakitangannya.

Pegawai Jabatan Kesihatan Madinah, Dr Hamza Seebaih, berkata restoran terkenal itu kini ditutup sementara selepas semakan mendapati, pekerja di situ tidak memiliki sijil pengesahan kesihatan.

Empat daripada kakitangannya juga tidak memiliki permit kerja sah.
“Apabila pemeriksaan dijalankan di kediaman pekerja terbabit di belakang restoran berkenaan, kami terkejut kerana mendapati ia dijadikan pusat penyembelihan,” katanya.

Turut ditemui, kata Dr Hamza, kambing berpenyakit dan bangkai haiwan berkenaan.
Katanya, kebanyakan daging disimpan dalam peti sejuk tidak sesuai dimasak.

“Turut ditemui, sejumlah ayam beku yang tidak diketahui sumbernya,” katanya.

Semua daging itu dirampas dan dimusnahkan. – AN


Sedikit Komen :

Berita tentang Tanah Suci Mekah dan Madinah ini terdapat makanan haram terlah pun penulis dengar ketika mengerjakan haji pada tahun 1991 lagi. Ketika itu kecoh bahawa ayam yang terdapat di Mekah dan Madinah adalah ayam yang tidak disembelih berdasarkan syariat. Kata mereka ketika itu kebanyakkan ayam yang ada adalah ayam yang diimpot dari Brazil.

Selain daripada itu pemahaman “Salafi /Wahabi” yang mengatakan ayam sembelihan “Ahlul kitab” Yahudi dan Nasrani walaupun sehingga sekarang adalah halal dimakan, menyebabkan banyak ayam seperti itu masuk ke Mekah dan Madinah.

Tidaklah mustahil berita di atas kerana ramai peniaga yang ada di Mekah dan Madinah sekarang ini berniaga atas maksud keuntungan semata. Tidak lagi seperti mereka-mereka yang terdahulu yang mana mereka berniaga atas maksud lebih kepada memberi khidmat kepada jemaah haji daripada mengaut keuntungan.

Ketika penulis memberi kuliah di satu surau di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini. Turut hadir adalah kenalan lama penulis yang untuk beberapa tahun menghabiskan masa beliau di Negara-negara Arab terutama Yaman dan Saudi. Kata beliau kepada penulis bahawa pernah terjumpa daging babi di dalam tin di Mekah dan Madinah yang terdapat “logo halal”.

Di Malaysia kita ni pun suatu waktu dulu agak kecoh apabila CAP Pulau Pinang mededahkan terdapat daging babi di dalam tin yang berlogo halal. Bagi penduduk Malaysia rasanya tidak ada masaalah kerana kebanyakkan kita boleh membaca, namun bagi penduduk Saudi ramai di kalangan mereka tidak boleh membaca tulisan rumi.

Saudara saudari bayangkan makanan yang haram yang masuk ke Mekah dan Madinah kemudian di makan pula oleh jemaah haji dan juga jemaah yang mengerjakan umrah setiap musim cuti. Bagaimana dengan doa mereka ? Bagaimana dengan haji dan umrah mereka ?

Miski pun di Mekah sahaja terdapat 14 tempat yang dikabulkan doa dan tempat terbaik berdoa adalah di Padang Arafah. Ditambah lagi dengan kriteria sifat orang yang berdoa yang tidak ditolak doanya adalah para-para hujaj namun jika makanan yang haram yang masuk ke dalam perut mereka mana mungkin doa mereka akan dikabulkan.

Apakah ini salah satu perancangan Yahudi/Nasrani atau kelalaian pihak berkuasa Saudi? Sama-sama kita fikirkan .

Wallahualam.

Wednesday, July 6, 2011

Talfiq Tidak Dibenarkan : Sepakat Pandangan Ulama.


Talfiq bermakna “melipat”, namun pada istilah syar’i bermakna mencampuradukkan pendapat seorang ulama dengan pendapat ulama lain. Sedangkan tidak seorang pun dari mereka yang membernarkan perbuatan yang dilakukan tersebut.

Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi mengatakan:

“(syarat kelima dari taqlid) adalah tidak talfiq, iaitu tidak mencampurkan di antara dua pendapat di dalam satu qadliyah (masalah), samada sejak dari awal, pertengahan dan seterusnya. Akibatnya nanti dua pendapat itu akan menimbulkan satu amaliyah yang tak pernah disebutkan oleh orang pendapat tersebut.” (Tanwir al-Qulub, 397)
Ini menunjukkan bahawa talfiq adalah melakukan suatu perbuatan atas dasar hukum yang merupakan gabungan dua madzhab atau lebih.

Contoh seperti berikut:
a. Seseorang berwudhu’ menurut madzhab Syafi’I dengan menyapu atau mengusap sebahagian (kurang dari seperempat) kepala. Selepas itu dia menyentuh kulit wanita ajnabiyyah (bukan mahramnya), kemudian terus bersolat dengan mengikuti Mazhab Hanafi yang berpendapat bahwa menyentuh wanita ajnabiyyah tidak membatalkan wudhu’.

Perbuatan seperti ini disebut talfiq, karana mencapuradukkan pendapat Imam Syafi’I dan Hanafi dalam masalah wudhu’. Hasilnya, kedua Imam tersebut sama-sama tidak mengakui bahwa gabungan itu merupakan pendapat mereka. Ini adalah kerana, Imam Syafi’I berpendapat batal wudhu’ seseorang yang menyentuh kulit wanita yang bukan mahram (Ajnabiyah). Sedangkan dalam masa yang sama Imam Hanafi tidak mengesahkan wudhu’ seseorang yang hanya mengusap sebahagian kepala.

b. Seseorang berwudhu’ dengan menyapu sebahagian kepala, atau tidak menggosok anggota wudhu’ karena mengiikuti madzhab Imam Syafi’i. Kemudiannya dia menyentuh anjing, karena mengikut Mazhab Imam Malik yang mengatakan bahwa anjing adalah suci. Ketika dia solat, maka kedua imam tersebut tentunya sama-sama akan membatalkannya. Sebabnya menurut Mazhab Maliki wudhu’ itu hendaklah dengan mengusap atau menyapu seluruh kepala dan juga dengan mengosok anggota wudhu’. Berwudu’ cara Imam Syafi’I, menurut Imam Malik adalah tidak sah.

Demikian juga anjing menurut Imam Syafi’i termasuk najis mughallazhah (najis yang berat). Maka ketika menyentuh anjing lalu bersolat, Maka solatnya tidak sah. Sebab berlaku demikian kerana kedua imam itu tidak menganggap sah salat yang dilaksanakan dengan cara tersebut.

Talfiq seperti ini dilarang di dalam agama sebagaimana yang tersebut di dalam kitab I’anah al-Thalibin:

“talfiq dalam satu masalah itu dilarang, seperti mengikuti Imam Malik dalam sucinya anjing dan ikut Imam Syafi’I dalam bolehnya mengusap sebahagian kepala untuk mengerjakan solat.” (I’anah al-Thalibin, juz 1, hal 17)

Perkara ini dilarang kerana dibimbangi akan terjadi “tatabbu’ al-rukhash” (mencari yang mudah) di dalam beramal. Ini juga agar umat tidak mengambil jalan meringan-ringankan hokum dan agar tidak bersifat “tala’ub” (main-main) di dalam hukum agama.
Sebenarnya larangan talfiq bukan untuk mengekang kebebasan umat Islam untuk memilih mazhab. Ianya juga bukanlah merestui sikap pembelaan dan fanatik terhadap mazhab tertentu namun ianya lebih kepada menjaga kebebasan bermazhab agar tidak disalahfahami oleh sesetengah gulongan.

Untuk menghindari amalan talfiq yang dilarang ini, maka perlulah ada satu penetapan hukum dengan memilih salah satu mazhab dari ‘mazahib al-arba’ah’ yang sesuai dengan keadaan dan suasana di tempat kita.

Wallahualam

Sumber: Muhyiddin Abdusshomad, Fiqih Tradisionalis, Malang:Pustaka Bayan, 2004, dengan olahan di dalam bahasa Malaysia oleh penulis.

Tuesday, July 5, 2011

KH Zainuddin MZ Berpulang ke Rahmatullah


Jakarta, NU Online
Dai sejuta ummat, KH Zainuddin MZ meninggal dunia, hari ini, Selasa (5:7) pagi.

Mantan ketua umum PBR ini menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Pusat Pertamina Jakarta, karena sakit.

KH Asnawi Mardani, salah satu sahabat Zainuddin MZ membenarkan kabar tersebut.

Sumber : Dari PB Nahdatul Ulama,Indonesia.

Saturday, July 2, 2011

Jadual Kuliah Julai 2011


1 Julai 2011 (Jum) : Israk Mikraj Kg Semabok Astana Raja
2 Julai 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
2 Julai 2011 (Sab) : Israk Mikraj Tmn Kemuning, Senawang.
3 Julai 2011 (Ahd) : Israk Mikraj Tmn Pucong.
4 Julai 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi.
5 Julai 2011 (Sel) : Kuliah Israk Mikraj Surau Al-Amin
6 Julai 2011 (Rab) : Mesyurat Mingguan J.Tabligh N.Sembilan.
7 Julai 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Matahari Height
8 Julai 2011 (Jum) : Ceramah Perdana Kolej UTC.
9 Julai 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
9 Julai 2011 (Sab) : Israk Mikraj Kg Seperi, Jelebu.
10 Julai 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn College Height
10 Julai 2011 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Desa Melor
11 Julai 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rembau Utama
12 Julai 2011 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilin Surau Al-Amin
13 Julai 2011 (Rab) : Mesyurat Mingguan J.Tabligh N.Sembilan.
14 Julai 2011 (Kha) : Kuliah Hadis Tmn Mantau Endah.
15 Julai 2011 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Pinggiran Senawang.
16 Julai 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
17 Julai 2011 (Ahd) : Kuliah Bulanan Surau Hj.Musa BSS
18 Julai 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Hanger 6 KLIA.
18 Julai 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi.
19 Julai 2011 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilin Surau Al-Amin
20 Julai 2011 (Rab) : Mesyurat Mingguan J.Tabligh N.Sembilan.
21 Julai 2011 (Kha) : Kuliah Bulanan Bahrul Maazi Jld 3 Gadong Jaya
22 Julai 2011 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn. Seri Pulai.
23 Julai 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
23 Julai 2011 (Sab) : Program Ambang Ramadhan Sg. Pupoh.
24 Julai 2011 (Ahd) : Program 3 Hari Al-Amin.
24 Julai 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh G/Home Fasa F
25 Julai 2011 (Isn) : Program 3 Hari Al- Amin
25 Julai 2011 (Isn) : Kuliah BahrulMaazi Hanger 6 KLIA.
26 Julai 2011 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafilin Surau Al-Amin
27 Julai 2011 (Rab) : Mesyurat Mingguan J.Tabligh N.Sembilan.
28 Julai 2011 (Kha) : Program Bulanan Pengasih, Kulala Lumpur.
29 Julai 2011 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height.
30 Julai 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
29 Julai 2011 (Sab) : Kuliah Bulanan Garden Street Home (Qudwah)
30 Julai 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh G/Home Fasa F Al-Ikhlas

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin