MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, October 15, 2010

Memaaf Kepada Penzalim : Kisah Imam Ahmad rah


Dari Abi Kabasyah Al-Ammari ra sesungguhnya dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “ Tiga perkara yang aku bersumpah dengannya dan akan aku ceritakan kepada kamu satu hadis dan peliharalah ia : Tidak akan berkurangan harta sesaorang dengan sebab sedeqah.Tidaklah sesaorang yang dizalimi dengan sesuatu kezaliman dan dia bersabar, melainkan akan ditambah oleh Allah swt kepadanya kemuliaan.Tidaklah sesaorang membuka pintu meminta-minta melainkan akan dibukakan baginya pintu kefakiran. (Riwayat Tarmizi Hasan Sahih No.2325)

Sabda Rasulullah saw, “ Tiga perkara semuanya adalah Hak : Tiada sesaorang yang dizalimi (aniaya) lalu memaafkannya kerana mengharapkan keridhoaan Allah swt melainkan pasti ditambah kemuliaan oleh Allah swt : Tiada sesaorang yang membuka pintu meminta-minta kerana ingin menambah kekayaan melainkan ditambah kemiskinan (kekurangan) oleh Allah swt : Tiada sesaorang yang memberi sesuatu ikhlas kerana Allah swt melainkan akan ditambah (banyak) oleh Allah swt (hartanya). (Riwayat Abu Laits Samarqandi : Tanbihul Ghafilin)

Kisah Imam Ahmad bin Hanbal rah.

Beliau telah dipenjara dan didera oleh Khalifah Al-Mu’tasim semata-mata pendirian beliau mengenai sifat qadimAl-Quran. Namun begitu beliau telah memaafkan semua mereka-mereka yang terlibat menderanya.

Diceritakan oleh Ahmad Qattan Al-Baghdadi bahawa setelah lama penderaan ,luka-luka penderaan telah sembuh , namun Imam Ahmad bin Hanbal masih lagi menderita kesan luka-luka dibelakangnya yang menyebabkan satu ketumbuhan . Tabib yang merawat beliau menceritakan kepada Ahmad Qattan bahawa takkala beliau menekan ditempat ketumbuhan tersebut Imam Ahmad bin Hanbal hanya menyebut, “Saya berlindung dengan Allah daripadanya,” sambil menahan sakit.

Begitulah juga ketika tabib itu membelah ditempat ketumbuhan tersebut, Imam Ahmad bin Hanbal menyebut doa pengampunan (istighfar) bagi Khalifah Al-Mu’tasim sehingga selesai pembedahan. Selepas membalut lukanya, tabib tersebut bertanya kepada Imam Ahmad, “Wahai Abu Abdullah (panggilan kepada Imam Ahmad) apabila sesaorang terkena bala musibah kerana perbuatan orang lain, biasanya ia akan melaknati orang yang menzaliminya. Tetapi kamu wahai Imam mendoakan rahmat dan keampunan bagi Al-Mu’tasim?”

Imam Ahmad menjawab, “ Saya juga berfikir demikian, tetapi Al-Mu’tasim keturunan Rasulullah saw dan saya tidak ingin berbalah dengan keturunan Rasulullah saw pada Hari Pembalasan kelak. Maka saya lepaskan tuntutan saya ke atasnya.

Sedikit Komentar :

Beginilah sifat ulama-ulama awal ummah terhadap musuh-musuh mereka. Mereka benar-benar cuba mengamalkan dengan hadis –hadis Nabi saw yang mereka mempelajari dan mengajarkanya pada orang lain. Masih lagi mereka memuliakan sesiapa sahaja yang ada hubungkait dengan Nabi saw demi memuliakan keluarga Nabi saw. Al-Mu’tasim berketerunun dengan Nabi saw di sebelah Abbas ra.

Perlu difahaimi bahawa memaafkan kesalahan orang yang menzalimi kita serta mendoakan keampunan,rahmat dan hidayat adalah sebahagian doa terbaik di sisi kita. Namun di sisi Allah ada dua samada diberi hidayat atau didatangkan balasan atas kezaliman mereka. Janji dari hadis Nabi saw tidak ada dua dosa besar yang Allah swt begitu murka yang balasan di segerakan di dunia dan juga disediakan di akhirat iaitu kezaliman dan derhaka kepada kedua ibubapa.

Wallahualam

4 comments:

Irwan said...

saya dah maafkan dosa raja saya dan pemerintah politik...in fact, tiap-tiap solat jumaat saya doakan mereka..ini kira tak ustaz?

Unknown said...

Adakah dia orang menzalimi kita.Atau kita yang menzalimi diri kita di bumi Malaysia ini?

Unknown said...

Sy stuju ustaz.. kita yang mmg slalu zalimi diri sendiri.. kalau kita mmg org yg baik, bertaqwa.. Allah Azza wa Jalla tentu beri kita pemimpin yg terbaik utk diri kita. Pada pendapat saya ustaz.. Usahakn rakyat yg bertaqwa akn menghasilkn pemimpin yg bertaqwa.. Krn klau x salah.. Wallahu A'lam ada hadis qudsi yg pernah sy terbaca.. maaf sy x hafal hadis tersebut yg menyatakan tentang keadaan rakyat la yg menyebabkan Allah Azza Wa Jalla memberikan pemimpim seperi mereka.. Sampaikan la matan hadis ni atau betulkan pendapat sy kerana sy mmg x hafal hadis ni. cuma komen ttg kata Irwan dan Ustaz.. Wallahu'alam.. Maafkan sy Irwan kalau tersinggung dgn kata2 sy..

Unknown said...

Sy stuju ustaz.. kita yang mmg slalu zalimi diri sendiri.. kalau kita mmg org yg baik, bertaqwa.. Allah Azza wa Jalla tentu beri kita pemimpin yg terbaik utk diri kita. Pada pendapat saya ustaz.. Usahakn rakyat yg bertaqwa akn menghasilkn pemimpin yg bertaqwa.. Krn klau x salah.. Wallahu A'lam ada hadis qudsi yg pernah sy terbaca.. maaf sy x hafal hadis tersebut yg menyatakan tentang keadaan rakyat la yg menyebabkan Allah Azza Wa Jalla memberikan pemimpim seperi mereka.. Sampaikan la matan hadis ni atau betulkan pendapat sy kerana sy mmg x hafal hadis ni. cuma komen ttg kata Irwan dan Ustaz.. Wallahu'alam.. Maafkan sy Irwan kalau tersinggung dgn kata2 sy..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin