MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, May 11, 2010

Keajaiban Solat Malam


Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam kitab tarikh Al Bidayah Wa An Nihayah, bahawa Heraklius Kaisar Rom yang berada di Antakia, ketika mendengar berita kekalahan tenteranya, dia bertanya dengan geram kepada utusan yang menyampaikan berita itu. Katanya, “ Celaka kamu! Cuba terangkan kepadaku keadaan kaum yang kamu perangi itu, bukankah mereka manusia seperti kamu juga?”

Mereka menjawab,”Benar”. Heraklius bertanya lagi,”Mengapa kamu boleh dikalahkan?” Semua utusan yang tertua di antara mereka menjelaskan: “Kerana mereka selalu mendirikan solat di malam hari dan berpuasa pada siang harinya. Mereka selalu menepati janji, mengajak ke arah kebaikan dan mencegah yang mungkar serta bertolong- tolongan. Sedangkan kami biasa minum arak, berzina, menginkari janji, zalim, memerintahkan perkara yang batil dan mengerjakan yang mungkar, serta kami kerap membuat kerosakan di muka bumi”.

Kemudian Heraklius berkata,”Benar kamu !” Salah seorang tawanan kaum Muslimin kemudian dihadapkan kepada Heraklius dan berkata : “Aku akan beritahu kepada kamu seolah-olah kamu menyaksikan sendiri keadaan kaum Muslimin di medan perang. Mereka adalah pasukan berkuda pada siang hari dan pada malam harinya seperti rahib-rahib. Mereka tidak makan sesuatu pun milik rakyat yang dikuasainya melainkan pasti diganti harganya. Mereka tidak masuk ke tempat orang lain kecuali mengucapkan salam, dan tidak berperang melainkan apabila mereka diperangi”.
Kata Heraklius, “Kalau engkau membenarkan perkataanku, maka kaum Muslimin akan mengusai kawasan yang sekarang berada di bawah telapak kaki kekuasaanku.”

Targhib :

Begitulah kemenangan Umat Islam sebenarnya terletak di dalam amal khususnya amalan di malam hari dan puasa di siang hari. Namun jika kita tilek sekarang ini kegagalan Umat Islam kini adalah kekurangan bangun di malam hari. Beginilah juga kata Maulana Elyas di dalam malfuzat beliau: ,” Aku bimbang di akhir nanti ramai yang sibuk dengan dakwah di siang hari namun kurang beramal di malam hari.”

Jika kita renung , inilah kekurangan yang amat ketara dikalangan karkun sekarang ini. Hasilnya kalau keluar tiga hari pun ramai yang daftari. Keluar pun bergabung dan tiada orang baru yang dibawa keluar bersama. Bila ini berlaku maka kekurangan fikir dan risau di dalam hati. Yang baru jika ikut keluar pun tidak terkesan kerana karkun kehilangan kerohanian serta ikut keluar daftari.

Setelah pulang bila ditanya bagaimana kesannya pasti beliau akan berkata tidak ada apa-apa pun. Apa tidaknya kerana ia hanya keluar 2 hari dan 1 hari daftari serta tidak cukup 72 jam sebagaimana yang dikehendaki. Akhir si Mamat ini akan bercerita yang dia pernah keluar dakwah namun biasa sahaja dan tiada apa-apa kesan.

Silap siapa ? Jawapannya : Silapnya adalah kita. Kerana ini kita kena banyak istighfar.

3 comments:

Umma-ali said...

Salam,
Bhai Hj Abdul Wahab kata kita kena bykkan tasbih Yunus sbb kita buat usaha dgn menzalimi diri kita iaitu kita main2 dlm buat usaha... untuk org baru 300 x setiap hari, untuk org lama 1000 x...semoga Allah beri taufiq pd saya untuk amal...

mohamad kholid said...

terima kasih ustaz, banyak saya belajar di blog ini

Irwan said...

shukran semua.
doalah untuk kita semua

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin