Saturday, May 22, 2010
Melihat Dengan Nur Allah Swt
Ali bin abi Talib ra pernah bercerita :-
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Khatab ra. Aku melihat di dalam mimpi seolah-olah aku sedang Solat Fajar di belakang Rasulullah saw. Setelah selesai solat, aku keluar dari masjid. Tiba-tiba aku melihat seorang wanita sedang berdiri di pintu masjid drngan sepiring kurma di tangannya seraya berkata,” Ya Ali, terimalah piring ini dan berikanlah kepada Rasulullah saw.” Sesudah aku sampaikan amanat itu, Rasulullah saw mengambil sebiji kurma dari piring itu dan meletakkan ke mulutku. Setelah aku memakannya, aku berkata kepada Rasulullah saw,”Berikan kepadaku sebiji lagi, Ya Rasulullah….” Belum sempat baginda menambahnya, aku tiba-tiba terbangun oleh suara muazzin dari Masjid Rasulullah saw.
Selanjutnya Ali bercerita lagi :-
Aku pun pergi ke masjid bermakmum di belakang Amirul Mukminin Umar bin Khatab ra. Setelah selesai solat, aku keluar dan ternyata di pintu masjid ada seorang wanita dengan sepeiring kurma di tangannya. Wanita itu berkata kepadaku,” Ya Ali, berikan kurma ini kepada Amirul mukminin Umar bin Khatab ra.” Aku mengambil piring kurma berkenaan lalu aku pun pergi memberikannya kepada Umar ra. Lalu umar mengambil sebiji kurma dari piring berkenaan lalu menyuapkannya ke mulutku. Aku berkata kepadanya,” Ya Amirul Mukminin, tambahlah sebiji lagi untukku.” Umar pun berkata,” Kalau Rasulullah menambah untuk mu, maka aku akan menambahnya juga!”
Ali bin Abi Talib pun hairan, memikirkan mimpinya itu ada persamaannya dengan peristiwa yang baru dialaminya itu. Lalu ia berkata kepada Umar ra,” Ya Amirul Mukminin, adakah tuan bermimpi seperti mimpiku, atau Allah swt membukakan pintu ghaibnya untukmu? Umar ra menjawab,” Itu bukan mimpi dan bukan pula ilmu ghaib. Tetapi seorang mukmin, bila hatinya ikhlas kerana Allah swt, dia akan melihat sesuatu dengan Nur Allah.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
SubhanAllah, 'ajib...
Hanya untuk org yang terpilih....
salam ustaz,
Ustaz ada sumber penerangan hadith ini? dalam hadith sebelumnya, dinyatakan sebagai sifat2 golongan yang pertama masuk ke dalam syurga.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Akan datang dari umatku pada hari kiamat nanti dimana cahaya mereka seperti cahaya matahari. Kami bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab: Mereka itu ialah muhajirin yang miskin. Yang berada teguh dalam kerja-kerja yang sukar dibarisan hadapan. Apabila mereka mati keinginan mereka turut terpendam didalam dadanya. Mereka dihimpunkan dari segenap penjuru bumi ini. (HR Musnad Ahmad)
Muntakahb Hadith, Kedudukan Seorang Muslim, Hadith no 7.
Jazakallahu khairan.
Post a Comment