MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, May 22, 2010

Melihat Dengan Nur Allah Swt


Ali bin abi Talib ra pernah bercerita :-

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Khatab ra. Aku melihat di dalam mimpi seolah-olah aku sedang Solat Fajar di belakang Rasulullah saw. Setelah selesai solat, aku keluar dari masjid. Tiba-tiba aku melihat seorang wanita sedang berdiri di pintu masjid drngan sepiring kurma di tangannya seraya berkata,” Ya Ali, terimalah piring ini dan berikanlah kepada Rasulullah saw.” Sesudah aku sampaikan amanat itu, Rasulullah saw mengambil sebiji kurma dari piring itu dan meletakkan ke mulutku. Setelah aku memakannya, aku berkata kepada Rasulullah saw,”Berikan kepadaku sebiji lagi, Ya Rasulullah….” Belum sempat baginda menambahnya, aku tiba-tiba terbangun oleh suara muazzin dari Masjid Rasulullah saw.

Selanjutnya Ali bercerita lagi :-

Aku pun pergi ke masjid bermakmum di belakang Amirul Mukminin Umar bin Khatab ra. Setelah selesai solat, aku keluar dan ternyata di pintu masjid ada seorang wanita dengan sepeiring kurma di tangannya. Wanita itu berkata kepadaku,” Ya Ali, berikan kurma ini kepada Amirul mukminin Umar bin Khatab ra.” Aku mengambil piring kurma berkenaan lalu aku pun pergi memberikannya kepada Umar ra. Lalu umar mengambil sebiji kurma dari piring berkenaan lalu menyuapkannya ke mulutku. Aku berkata kepadanya,” Ya Amirul Mukminin, tambahlah sebiji lagi untukku.” Umar pun berkata,” Kalau Rasulullah menambah untuk mu, maka aku akan menambahnya juga!”

Ali bin Abi Talib pun hairan, memikirkan mimpinya itu ada persamaannya dengan peristiwa yang baru dialaminya itu. Lalu ia berkata kepada Umar ra,” Ya Amirul Mukminin, adakah tuan bermimpi seperti mimpiku, atau Allah swt membukakan pintu ghaibnya untukmu? Umar ra menjawab,” Itu bukan mimpi dan bukan pula ilmu ghaib. Tetapi seorang mukmin, bila hatinya ikhlas kerana Allah swt, dia akan melihat sesuatu dengan Nur Allah.”

Tuesday, May 11, 2010

Keajaiban Solat Malam


Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam kitab tarikh Al Bidayah Wa An Nihayah, bahawa Heraklius Kaisar Rom yang berada di Antakia, ketika mendengar berita kekalahan tenteranya, dia bertanya dengan geram kepada utusan yang menyampaikan berita itu. Katanya, “ Celaka kamu! Cuba terangkan kepadaku keadaan kaum yang kamu perangi itu, bukankah mereka manusia seperti kamu juga?”

Mereka menjawab,”Benar”. Heraklius bertanya lagi,”Mengapa kamu boleh dikalahkan?” Semua utusan yang tertua di antara mereka menjelaskan: “Kerana mereka selalu mendirikan solat di malam hari dan berpuasa pada siang harinya. Mereka selalu menepati janji, mengajak ke arah kebaikan dan mencegah yang mungkar serta bertolong- tolongan. Sedangkan kami biasa minum arak, berzina, menginkari janji, zalim, memerintahkan perkara yang batil dan mengerjakan yang mungkar, serta kami kerap membuat kerosakan di muka bumi”.

Kemudian Heraklius berkata,”Benar kamu !” Salah seorang tawanan kaum Muslimin kemudian dihadapkan kepada Heraklius dan berkata : “Aku akan beritahu kepada kamu seolah-olah kamu menyaksikan sendiri keadaan kaum Muslimin di medan perang. Mereka adalah pasukan berkuda pada siang hari dan pada malam harinya seperti rahib-rahib. Mereka tidak makan sesuatu pun milik rakyat yang dikuasainya melainkan pasti diganti harganya. Mereka tidak masuk ke tempat orang lain kecuali mengucapkan salam, dan tidak berperang melainkan apabila mereka diperangi”.
Kata Heraklius, “Kalau engkau membenarkan perkataanku, maka kaum Muslimin akan mengusai kawasan yang sekarang berada di bawah telapak kaki kekuasaanku.”

Targhib :

Begitulah kemenangan Umat Islam sebenarnya terletak di dalam amal khususnya amalan di malam hari dan puasa di siang hari. Namun jika kita tilek sekarang ini kegagalan Umat Islam kini adalah kekurangan bangun di malam hari. Beginilah juga kata Maulana Elyas di dalam malfuzat beliau: ,” Aku bimbang di akhir nanti ramai yang sibuk dengan dakwah di siang hari namun kurang beramal di malam hari.”

Jika kita renung , inilah kekurangan yang amat ketara dikalangan karkun sekarang ini. Hasilnya kalau keluar tiga hari pun ramai yang daftari. Keluar pun bergabung dan tiada orang baru yang dibawa keluar bersama. Bila ini berlaku maka kekurangan fikir dan risau di dalam hati. Yang baru jika ikut keluar pun tidak terkesan kerana karkun kehilangan kerohanian serta ikut keluar daftari.

Setelah pulang bila ditanya bagaimana kesannya pasti beliau akan berkata tidak ada apa-apa pun. Apa tidaknya kerana ia hanya keluar 2 hari dan 1 hari daftari serta tidak cukup 72 jam sebagaimana yang dikehendaki. Akhir si Mamat ini akan bercerita yang dia pernah keluar dakwah namun biasa sahaja dan tiada apa-apa kesan.

Silap siapa ? Jawapannya : Silapnya adalah kita. Kerana ini kita kena banyak istighfar.

Wednesday, May 5, 2010

Hafal Quran Umur 82 Tahun


Sukar untuk kita mempercayai bahawa umur 82 tahun boleh menghafal Al-Quran 30 juzuk. Namun jika ada kemahuan maka di situ ada jalannya. Apatah lagi mukjizat dari Al-Quran tidak akan hilang sehingga ke Hari Kiamat. Jika dipermudahkan oleh Allah swt miski pun nampak payah, akan jadi mudah jika dikehendakki oleh Allah swt.

Hal ini berlaku kepada Ummu Shaleh yang berumur 82 tahun. Kisah beliau telah tersebar luas di Indonesia apabila beliau di temuramah oleh wartawan Majalah Ad-Dakwah Indonesia. Beliau mula menghafal Al-Quran ketika berumur 72 tahun, namun begitu keinginan untuk menghafal AL-Quran telah pun ada ketika beliau masih kecil. Ayah beliau ketika itu selalu mendoakan agar anaknya menjadi Hafizah Quran. Keinginan menghafal pada waktu itu amat kuat namun beliau hanya mampu menghafal kira-kira 3 juzuk sahaja.

Cita-cita beliau terhalang sewaktu berumur 13 tahun yang mana ketika itu beliau telah dikahwinkan. Ini adalah kerana ketika itu beliau sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak. Ketika dikurniakan 7 orang anak sumainya meninggal dunia. Maka ini menyebabkan masanya banyak dihabiskan di dalam urusan membesarkan anak-anaknya. Apatah lagi anak-anaknya ketika itu ramai yang masil kecil.

Tetapi di dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa beliau sangat-sangat berkeinginan untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran. Tuhan tidak mengsia-siakan keinginan beliau. Apabila anak-anak beliau telah dewasa dan berkeluarga, masa terluang kembali semula. Beliau menggunakan masa terluang ini untuk kembali menghafal Al-Quran.

Ini semuanya bermula takala anak perempuan bongsunya masih tinggal bersama dengannya. Ketika itu anak permpuannya masih lagi belajar di tingkatan “Sanawiyyah” sedangkan anak-anak perempuan yang lain semuanya telah berkahwin. Cita-cita anak perempuan bongsunya ini sama seperti beliau, kedua beranak ini mula menghafal Al-Quran setiap hari sepuloh ayat selepas Solat Asar. Anak perempuannya akan membaca dan beliau akan mengikutinya sebanyak tika kali. Keesokkan pagi, anaknya akan akan mengulangi ayat yang sama sebanyak 3 kali dan beliau akan mengikutinya dan mengulangi sebanyak 3 kali juga. Hafalan sebini berlaku sebelum anak perempuannya pergi ke Madrasah. Selain itu beliau akan mendengar bacaan Al-Quran melalui tape recorder bacaan Syeikh Khalil Al-Husyairi serta sekali lagi mengulangi sebanyak tiga kali. Sebahagian besar waktunya itu beliau akan mendengar bacaan Syeikh Khalil Husyairi.

Dalam pada itu setiap hari jumaat beliau dan anaknya mengkhususkan untuk mengulangi semua ayat-ayat yang telah mereka hafalkan selama seminggu. Begini aturan yang belau buat bersama anak perempuannya setiap hari dan setiap minggu.

Selapas 4 atau lima tahun program ini berjalan, beliau telah berjaya menghafal sebanyak 12 juzuk. Pada ketika ini anak perempuan bonsunya ini telah melansungkan perkahwinan, namun begitu apabila suaminya mengetahui kebiasaan beliau menghafal Al-Quarn bersama dengan anak perempuan bongsunya ini, maka menantunya telah menyewa rumah berdekatan dengan rumah beliau. Ini agar beliau (mentuanya) boleh meneruskan menghafal Al-Quran.

Tiga tahun kemuadian anak perempuanya ini telah dikurniakan anak. Maka beliau sibuk dengan urusan rumah dan anaknya. Bila keadaan ini berlaku, anak perempuan bongsunya ini bimbang hafalan beliau (emaknya) terbengkalai, maka beliau mencari seorang ustazah untuk mengajar ibunya.

Kesudahannya, beliau berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran semasa beliau berumur 82 tahun. Kini beliau juga mula menghafal hadsi-hadis Nabi saw dan telah pun berjaya beliau hafal kira-kira 90 hadis dan akan berusaha menghafal lebih banyak lagi.
Peleknya anak-naka beliau dan cucu-cucu beliau belum seorang pun menjadi hafiz dan hafizah.
SUBHANALLAH

(Sumber : Buku "Hafal Quran Tanpa Nyantri" :Abd Daim Al-Khalil)

Moral Kisah Ini.

Jika kita ada keinginan dan kemahuan, untuk dunia pun terkabul apatah lagi untuk urusan Akhirat. Tidak mustahil kita juga akan menjadi seperti beliau. Akhiri darjat kalau kita tak dapat sekali pun, namun biarlah anak-anak kita menjadi hafiz dan hafizah.

Saturday, May 1, 2010

Program Kuliah Mei 2010


1 Mei 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn Cempaka 2.
2 Mei 2010 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Tuanku Puan Chik, Bahau.
3 Mei 2010 (Isn) : Kuliah Bulanan KLIA MAS Hanger 6.
3 Mei 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Seri Pagi.
4 Mei 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
5 Mei 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
6 Mei 2010 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2. Tmn Gadong Jaya.
7 Mei 2010 (Jum) : Ceramah Jemputan Majlis Perbandaran Seremban.
7 Mei 2010 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Matahari Height.
8 Mei 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn Cempaka 2.
9 Mei 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 2 G/Home Fasa F.
9 Mei 2010 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor.
10 Mei 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2.Surau Ibrahim Fasa E.
11 Mei 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
12 Mei 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
13 Mei 2010 (Kha) : Kuliah Hadis Tmn Cempaka 1.
14 Mei 2010 (Jum) : Kuliah Khas Pelajar Sek.Men Seri pagi.
14 Mei 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Rembau Utama.
15 Mei 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
15 Mei 2010 (Sab) : Program 3 Hari Masturat.
16 Mei 2010 (Ahd) : Program 3 Hari Masturat.
17 Mei 2010 (Isn) : Program 3 Hari Masturat.
18 Mei 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
19 Mei 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
20 Mei 2010 (Kha) : Kuliah Maghrib G/Home Fasa F.
21 Mei 2010 (Jum) : Kuliah PagiTapak Politeknik Nilai.
21 Mei 2010 (Jum) : Ceramah Bulanan ILP Pedas,
21 Mei 2010 (Jum) : Kuliah Bulanan Hadith Tmn Lavender Height.
22 Mei 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
23 Mei 2010 (Ahd) : Kuliah Bulanan Surau Hj.Musa Tmn BSS.
24 Mei 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Seri Pagi.
25 Mei 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
26 Mei 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
27 Mei 2010 (Kha) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur.
28 Mei 2010 (Jum) : Program Kem Riadhah Remaja Al- Amin 2010
29 Mei 2010 (Sab) : Program Kem Riadhah Remaja Al- Amin 2010
30 Mei 2010 (Ahd) : Program Kem Riadhah Remaja Al- Ami 2010
31 Mei 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Rembau Utama.

Nota : Sekiranya Ada Perubahan Akan Dimaklumkan Kemudian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin