MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, November 10, 2012

Keluar 40 hari Sulawesi,Indonesia








MAKLUMAN :

Dimaklumkan bahawa saya akan keluar 40 hari di Sulawesi. Indonesia. Jemaah kami kesemuanya dari kawasan yang sama Senawang, Seremban telah diputuskan oleh Syura Malaysia ke kawasan Pulau Banggai Bahagian Timor Sulawesi. 

Beberapa bulan yang lalu , Markas Sulawesi di Makasar meminta jemaah dari Malaysia ke sana. Pulau berkenaan belum pernah jemaah dari Malaysia datang berusaha di sana.

Muzakarah : Selepas Asar Petang Ini 10 Nov 2012 ( Sabtu )

Bayan Hidayat : Jam 10.00 pg 11 Nov 2012 ( Ahad )

Transit              : Surau Tmn Gadong Jaya, Labu/Nilai

Penerbangan    : 12 Nov 2012 Berangkat Jam 8.30 pg. 

Doakan untuk kami agar menjadi asbab hidayat pada diri, keluarga dan penduduk di sana.

Wasalam.
P/s : Jika ada ruang dan masa Insyaallah akan saya buat posting dari sana.








 

Thursday, November 8, 2012

3 Kisah Dari Harian Metro 6 Nov 2012



Kisah 1

Promoter Ugut Bunuh Diri Kekasih Tunda Kahwin

GEORGETOWN: Akibat perselisihan faham dan kecewa kerana teman lelaki menunda tarikh perkahwinan, seorang promoter jualan mengugut mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Lebuh Nordin, di sini awal pagi Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, teman lelaki mangsa berusia 28 tahun datang ke rumah mangsa untuk berbincang sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang kecewa dengan tindakan teman lelakinya menunda tarikh perkahwinan yang sepatutnya tahun ini atas sebab tidak diketahui menyebabkan wanita itu tidak boleh menerima kenyataan.
Menurutnya, mangsa kemudian naik ke tingkat 12 dan mengugut teman lelakinya untuk terjun jika lelaki itu tidak mengikut kehendaknya.

“Mangsa memanjat dinding koridor untuk terjun sebelum diselamatkan teman lelakinya. Polis yang tiba tidak lama kemudian membawa kedua-dua mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan,” katanya.


Kisah 2

‘Silap Cepat Kahwin’

PETALING JAYA: “Saya mengaku rumah tangga kami memang berdepan dengan masalah ketika ini. Saya berusaha untuk menyelesaikan dengan menghadiri sesi kaunseling dan berbincang dengan keluarga.
“Saya berada di pihak yang benar. Sebagai isteri, firasat saya sangat kuat. Saya bukan sebaik manapun, tapi saya tidak perlu takut kerana saya tahu apa yang betul dan apa yang salah. Sebagai isteri, sudah pasti saya kecewa dengan apa yang berlaku, tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya. “Saya akui kami kenal dalam tempoh yang cukup singkat iaitu tiga bulan dan terus ambil keputusan untuk berkahwin. Justeru, saya belajar daripada apa yang berlaku iaitu jangan buat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Apapun, saya berdoa semoga semuanya berakhir cara baik,” kata pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 29.

Ana berkata demikian ketika diminta mengulas gosip rumah tangganya yang baru berusia 11 bulan dengan bekas juri MasterChef Malaysia yang juga Chef Selebriti, Mohd Nadzri Redzuawan serta lebih mesra disapa Chef Riz, 30, yang dikatakan bergolak ketika ini. Malah, ada laporan dalam blog hiburan yang mendakwa Chef Riz dan Ana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.
Keadaan menjadi semakin panas apabila Chef Riz dikatakan sudah membuat pengakuan di sebuah akhbar mengesahkan pergolakan dalam rumah tangga mereka, baru-baru ini.

Ketika ditanya punca keretakan dalam rumah tangganya mungkin berpunca ada orang ketiga, Ana menafikan dia ada menjalin hubungan dengan lelaki lain atau kembali berhubung dengan bekas teman lelakinya dulu. . . . . . . (Sedikit Potongan)


Kisah 3

Aduhai Tunangku!

BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.
Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.

“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Sedikit Komentar :

Inilah ragam kehidupan atau trend perkahwinan masa kini . Di satu sudut tersangat ingin disegerakan perkahwinan dan di sudut yang lain menyesal kerana silap berkahwin cepat. Pada sudut yang lain pula bila telah ditetapkan tarikh perkahwinan mencari alasan ditangguhkan kerana tidak kemampuan dikeranakan hantaran yang terlalu tinggi dan membebankan.

3 kisah di atas cukup untuk menampakkan bahawa beginilah yang berlaku di dalam institusi perkahwinan masa kini. Kekadang begitu “gah” ketika hari perkahwinan dengan liputan semua akhbar dan majalah. Riuh rendah satu Malaysia tahu, pun begitu bila berlaku perceraian juga riuh rendah liputan akhbar satu Malaysia.

Di mana-mana pun perkahwinan yang jika asasnya atas keduniaan semata maka beginilah yang akan terjadi melainkan diiringi dengan keagamaan dan takwa di awal perkahwinan di pertengahan mau pun di akhir perkahwinan.  Ini kerana perceraian tidak semistinya di awal atau pertengahan perkahwinan malah di hujung-hujung usia pun banyak yang berlaku. Nauzubilllah.

Yang penulis maksudkan adalah perlu bagi kita kembali membina instutusi kekeluargaan yang lebih matap bermula dengan didahului amalan keagamaan dan takwa. Bermula dari pemilihan calon sehinggalah kepada masa menimang cucu dan cicit. Bukan kerana apa, jika intutusi kekeluargaan ini rosak maka masa depan anak-anak yang kedua ibubapa mereka bercerai akan terumbang ambing. Paling ketara penghayatan keagamaan akan tidak sempurna dan kehidupan sosial akan bertambah rosak. Pengalaman penulis berkuliah, berceramah dan kaunseling pelajar-pelajar yang bermasaalah di kolej tempat penulis bekerja maupun di Pengasih, Kuala Lumpur rata-rata ianya datang dari keluarga yang bermasaalah dan berlaku perceraian.

Ibubapa berpisah dan berkahwin lain manakala anak-anak akan dijaga oleh dato dan nenek atau pun makcik yang tidak mendapat kasih saying ibubapa yang sempurna. Secara tidak sedar bermula dari intutusi keluarga yang rosak inilah gejala sosial makin bertambah dan disokong pula dengan tarikan maksiat dari berbagai sudut.

Pandangan punulis dari awal pemilihan sebaiknya mistilah didahului dengan solat istiqarah oleh calun pengantin itu sendiri atau pun ibubapa pengantin. Pemilihan calun semistinyalah sebagimana berdasarkan syariat. Selain itu hubungan mahran sebelum kahwin semistinyalah perlu dijaga. Di sini peranan ibubapa memastikan bahawa calon pengantin anak mereka tidak bergaul mesra tetapi mistilah terbatas atas dasar yang digariskan oleh syariat. Perkara ini juga perlu ada di dalam modul Program Kursus Perkahwinan.

Hantaran perkahwinan perlu lebih bersesuaian dan memudahkan kedua-dua pihak serta tidak membebankan calon pengantin lelaki khususnya. Bebanan jumlah hantaran perkahwina ini juga menyebabkan tarikh perkahwinan terlalu lambat sedangkan meyegerakan perkahwinan kedua calon itu adalah tuntutan syariah.

Walimahtul Urus pun sebaiknya lebih Islamik dan tidak ada unsur-unsur kelalaian. Jika diiringi dengan hiburan biarlah hiburan yang dibenarkan seperi Qasidah Burdah. Ini adalah kerana ada pendapat ulama mengatakan bahawa jika ketika walimah ini terdapat unsur kelalaian serta para jemputan terhalang dari solat maka ianya akan memberi kesah kepada perkahwinan tersebut.

Pertengahan perkahwinan pula, kedua suami isteri bukan sekadar memikirkan pendapatan isirumah malah juga perlu difikirkan bagaimana amalan keagamaan tidak tercicir di dalam rumahtangga. Di sini suami perlu berulang-alek ke masjid solat berjemaah dan memakurkan masjid kerana bersumberkan Al- Quran dan hadis Nabi saw,  lelaki berkenaan akan di”Khitab”kan sebagai “Ar-Rijal”. Ar-Rijal inilah yang boleh menguasai dan memimpin isteri dan anak-anak.

 “Ar-Rijalu qawwamu na ‘alan nisak”.  “Maknanya lelaki adalah pemimpin pada wanita"

Akhir perkahwinan di hujung usia sebaiknya lebih memikirkan persoalan kematian dan keakhiratan berbanding persolan lain khususnya nak tambah cawangan. Di sini gaya dan keterampilan serta amalan hendaklah mengambarkan hujung usia dan persediaan kematian. 

Jika begini yang kita lalukan secara otomatiknya perkawinan akan terjaga dan perceraian akan dapat dihindari. InsyaAllah.

Wallahualam.

Thursday, November 1, 2012

Jadual Kuliah November 2012



01 Nov 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 Tmn Gadong Jaya
02 Nov 2012 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
03 Nov 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 3 Al-Amin,Cempaka 2
04 Nov 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
04 Nov 2012 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Desa Melor
05 Nov 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Dr.Yusof  Teh, Pedas
06 Nov 2012 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2
07 Nov 2012 (Rab) : Mensyuarat Mingguan J.Tabligh, Rahang
08 Nov 2012 (Kha) : Kuliah Hadis Tmn Seri Pulai, Sikamat
09 Nov 2012 (Jum) : Program Khas Perkhemahan Remaja
10 Nov 2012 (Sab) : Keluar 40 Hari Sulawesi,Indonesia

Nota : Program Kuliah Bulanan Ini Akan Bersambung Selepas Pulang Dari
Sulawesi, Indoneia.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin