(Jawapan Kepada Persoalan “ Ibu” Di Dalam CBOX)
Bab yang telah datang ia pada menyatakan hadis yang
menerangkan terdampak nampakan perempuan (ketahuilah kiranya ya saudaraku)
adalah orang laki-laki memandang perempuan dengan qasad memandangnya maka iaitu
haram dan jadi berdosa ia, bersalahan jikalau terpandang kepada perempuan itu
sebab ternampak lalu berpaling pandang dari padanya hanya terpandang sekali
imbas atau sekali lalu dengan terdampak pada mula-mulanya sahaja kemudian tidak
lagi dilekatkan pandang bahkan berpaling melari akan mata daripadanya maka
iaitu tiada berdosa atasnya.
Dan yang demikian itulah disuruh oleh syarak kita dengan
dalil hadis seperti yang dikeluarkan oleh Abu Isa At Tarmizi dengan katanya, “Diriwayatkan
daripada seorang sahabat bagi Nabi saw namanya Juraij bin Abdullah rhuma
katanya,”Talah aku Tanya akan Rasulullah saw daripada terpandangkan perempuan
dengan terdampak yakni tidak sengaja hendak memandang apa hukumnya adakah berdosa?
Maka disurohnya ku palingkan pandangan ku apabila sudah jadi terdampak
memandang perempuan itu.
Maka dengan sabda Nabi yang demikian dapat paham pada ulama bahawa
pandang dengan terdampak itu tidak berdosa tetapi jikalau berkekalan pandangan
itu dan tidak memalingkan daripadanya maka iaitu jadi berdosa. (kata Abu Isa ) At
Tarmizi bermula inbi hadis Hassan lagi sahih.
Kata Imam Nawawi rah di dalam Syarah Muslim dan makna
memandang perempuan dengan terdampak itu yakni jatuh penglihatanya atas
perempuan ajnabiyyah dengan ketiadaan sengaja maka tiadalah berdosa atasnya
pada awal mula berlaku demikian itu. Dan wajib atasnya palingkan penglihatanya
sekarang itu juga, maka jika berpaling ia sekarang itu juga maka tiada dosa
atasnya. Dan jika dikekalnya pandangannya berdosa ia kerana hadis dalam
masaalah 213 ini kerana bahawasanya Nabi saw menyuroh akan dia palingkan
matanya serta firman Allah swt ertinya “ Katakanlah oleh mu ya Muhammad bagi
orang-orang mukmin itu biar mereka itu pejamkan pandangan mereka itu “.
Kata Al-Qadhi ,”telah berkata ulamak dan pada ini ayat quran
hujjah bahawasanya tiada wajib atas perempuan menutup mukanya pada jalannya,
dan hanya sanya sunat jua baginya. Dan wajib atas laki-laki pejamkan matanya
daripada memandangnya pada sekelian ehwal , melainkan kerana maksud yang sahih
yang dibangsakan dia pada syarak iaitu pada masa jadi saksi , pada masa
berubat, dan masa hendak meminag, atau ,masa membeli jariah, atau masa
berjualbeli dengan dia atau lainnya. Dan hanya sanya harus pada sekelian itu
atas qadar hajat jua tiada lebih Wallahualam. Intaha : M/S 461 Jz 8 ditepi
Qastalani.
Sedikit Komentar :
Berdasarkan kitab Bahrul Maazi dan juga semua kitab fekah
yang berkaitan perkara di atas begitulah kedudukan hukum yang telah diletakkan
oleh ulama. Cumanya kelemahan bagi kita samaada lelaki atau perempuan untuk
memelihara pandangan mata. Perlu diingat bahawa memelihara pandangan mata ini
bukan hanya untuk lelaki tatapi juga sama untuk perempuan. Ini adalah kaedah pengubatan
yang terbaik bagi lelaki dan perempuan untuk tetap suci dan terpelihara dari
dosa . Di dalam ‘Fawaid Usmani” Maulana Ahmad Usmani rah berkata ,”Menjauhi
perbuatan yang haram , jangan membuka aurat di hadapan orang ramai, dan menjaga
kemaluan adalah amalan yang suci kerana perbuatan tersebut dapat menyelamatkan
kita dari perbuatan zina.
Dari hadis Ubadah bin Samit ra pernah Nabi saw bersabda
untuk menghindari atas enam perkara yang balasannya adalah syurga. Salah satunya
adalah tudukkan pandangan mata dari perkara yang haram. Ini adalah kerana
pandangan mata itu sebahagian dari panahan syaitan/iblis.
Ini sebagiamana hadis riwayat Abdullah ibn Masud ra ,” Rasulullah
saw bersabda ,”Pandangan adalah salah satu dari panah-panah iblis yang beracun.
Barangsiapa yang menjaga pandangan kerana takut kepada Allah swt maka Allah
akan memberikan cahaya iman kepadanya yang kenikmatanya dapat dirasa di dalam
hati.” (H/R : Ahmad ,Tabrani )
Atas dasar inilah pandangan dan fatwa sesetengah ulama (salafi/wahabi)
mengatakan melihat gambar-gambar wanita di dalam TV atau filem dibolehkan
kerana ianya adalah bayang-bayang sahaja. Namun pandangan seperti ini telah
ditolak oleh ulama-ulama yang bermazhab. Apa lagi zaman yang penuh dengan
fitnah dan teknik gambar yang terkini
dalam bentuk 3D sepatutnya lebih-lebih perlu dijauhi dan dilarang.
Kisah Iktibar :
Dikisahkan seorang syeikh sedang melakukan tawaf di Masjidil
Haram. Hanya satu matanya sahaja yang dapat melihat , sedangkan yang sebelah lagi di dalam keadaan buta.
Sambil melakukan tawaf, ianya menangis dengan kuatnya sambil berdoa ,”
Allahumma inni a’uzubika min ghodobika “, Ya Allah aku berlidung kepada Mu dari
kemurkaan Mu.”
Sesaorang bertanya, “ Apakah yang terjadi kepada kamu
sehingga kamu menangis sedemikian rupa? Dia menjawab,” Aku telah melihat
seorang wanita dengan pandangan yang kotor, tiba-tiba secara ghaib ada sesuatu
jatuh dari langit dan terkena sebelah mataku sehingga pecah. Kerana terlalu
takut aku menangis jangan sampai sebelah mataku yang lain diambilnya lagi.”
(Hawalah Bala)
Semuga Allah swt memberi kekuatan bagi penulis dan semua
pembaca untuk memlihara pandangan mata kita miski pun terlalu sukar.
Wallahulam.
No comments:
Post a Comment