Wednesday, June 15, 2011
Permohonan murtad 135 orang diluluskan : Negeri Sembilan 33 Kes
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil. (Petikan Malaysiakini)
Komen Penulis:
Kepada saudara –saudara khusus dari Negeri Sembilan, berita di atas cukup menyedihkan . Kedudukan ke dua tertinggi di Malaysia di dalam isu murtad amat memalukan. Bayangkan dari jumlah 172 kes sejumlah 33 kes telah diluluskan.
Untuk ini jangan kita berpuas hati dengan kerja dakwah yang kita laksanakan. Terlalu jauh jika diukur dengan isu murtad yang berlaku. Sepatutnya isu ini berkurangan jika usaha gigih yang kita laksakan. Ini terbukti dengan firman Allah swt;
Katakanlah (Muhammad) ,” Inilah jalanku, aku menyeru manusia kepada Allah atas keyakinan, aku dan orang yang mengikuti aku . Maha suci Allah dan tidaklah aku termasuk orang-orang yang syirik.” Surah Yusof :108.
Maknanya jika dakwah dilaksanakan dengan sempurna pastinya syirik akan terkeluar dari masyarakat. Kerana ini janji dari Allah. Masaalahnya sekarang kelalaian kitalah yang menyebabkan kadar murtad begitu ketara. Nauzubillah.
Sebagai contoh, Jhor Ulama yang di adakan baru-baru ini di Bongek cukup mengambarkan bahawa kita masih lagi belum membuat sesuatu untuk menarik jumlah ulama-ulama Negeri Sembilan hadir ke majlis tersebut. Apa yang meneyedihkan apabila hampir pada tarikh untuk melaksanakan Jhor Ulama barulah kita terhege-hege ikram ulama.
Hakikatnya begitu ramai karkun yang tidak hadir di dalam majlis ilmu yang diadakan di setiap masjid dan surau di Negeri Sembilan. Dari segi jangka panjannya ikram di dalam majlis ilmu inilah lebih berkesan daripada Jhor Ulama itu sendiri.
Selain itu apabila ada program ulama setempat kehadiran karkun begitu ketara. Apakah dengan kita hadir dalam majlis serupa itu akan menyebabkan kita tidak “Istiqlas” di dalam usaha yang mulia ini. Kalau begitu mengapa pula Maulana Elyas seringkali hadir setiap minggu di dalam majlis Maulana Gongahe. Ini perlu kita fikirkan.
Selain itu juga agenda student, orang bisu dan orang asli sentiasa di mesyuaratkan hampir setiap minggu tetapi agenda ulama lansung tidak ada. Kalau ada pun hanya ketika akan di ada Jhor Ulama, itu pun seperti melepas batuk di tangga. Ini seolah-olah menunjukan bahawa usaha ke atas orang bisu dan orang asli itu lebih utama dari usaha ke atas ulama. Sedangkan ulama pewaris Nabi.
Ulama yang betul-betul menyokong Jemaah seperti Syeikh Nuruddin pun jika ada majlis beliau di laksanakan bilangan karkun yang hadir pun terlalu sedikit. Malah tidak ada seorang syura pun yang ikut hadir untuk ikram majlis tersebut. Takkanlah semuanya sebok dengan kerja dakwah 2jam setengah. Kalau betul kita sibuk dengan program dakwah, takkanlah sebegini jumlah murtad. Janji Allah pada ayat di atas tidak pernah berubah.
Jika begini keadaannya jika ada ulama yang membenci usaha yang mulia ini, jangan kita salahkan mereka kerana semuanya atas kelemahan kita.
Inilah yang perlu kita renung dan fikirkan demi bangunnya kerja agama di Negeri Sembilan.
“YANG PAHIT KEKADANG UBAT MUJARAB BAGI PESAKIT”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
salam tuan syeikh.
ana suka tulisan tuan syeikh yg diilhamkan oleh Allah Taala.
mohon izin meletakkan blog tuan syeikh dlm list blog ana.
tq
usaha atas ulama kat johor, markaz johor bharu maju..kene blaja buat ushe atas ulama dpd karkun johor bharu..
salam,di jitra ok jugak,masa jemaah ulama petani dtg buat jhor di pendang,timbalan mufti kedah dtg sampai org kmpung terkejut..
p/s: betul kata ustaz,ramai karkun yg memencilkan majlis ilmu,lepas tu,bila ada program ulama,ulama x nak dtg,sebab karkun x ikram awal...
dlm mesyuarat juga,xda umur utk bincg hal ulama,
sy cdgkan ustaz syor dlm mesyuarat mingguan,supaya perkara ini x terlepas...
Lazimnya kes murtad di sabah berlaku di kawasan pedalaman. Apabila takaza seperti ini dibentangkan di mesyuarat, jemaah2 akan ditaskyil dengan kerap ke tempat tersebut.
Dalam mesyuarat markaz Sandakan bbrp bulan yang lalu ada dibentangkan kes murtad di pedalaman. Daripada karguzari, untuk pergi ke kawasan itu perlu sehari perjalanan. Tiada infrastruktur jalan yang baik ke lokasi. Pihak jabatan agama telah buat program di kawasan tersebut..apa yg terjadi.. penduduk tempatan membawa minuman arak(tapai) dalam majlis dan babi berkeliaran di luar. Pihak jabatan agama serah budi bicara kepada karkun utk dimesyuarahkan supaya jemaah di hantar ke tempat terbabit. Karguzari usulan kerja, sy tidak mendengarnya.
Tempat yg dsatu lagi, alhamdulillah jemaah tempatan & semenanjung telah dihantar dengan kerap. Rakan mohalla dah pernah pergi, sempat bertemu dengan seorang makcik yg asalnya ISlam kemudian murtad dan kembali semula kepada Islam.
Asbab tiada/kurang suasana agama & aktifnya misionaris menumpu kaw. pedalaman, maka kes2 ini terjadi. yg murtad bukan seorang dua tapi majoriti setempat (ikut jumlah penghuni di satu2 kawasan).
Tazaka borneo. wallahua'lam.
MAULANA ILYAS BERKATA DLM MALFUZAT 88
Kita perlu fikir bersungguh-sungguh bagaimana ulama` dan org2 soleh boleh ambil bahagian dalam usaha ini agar mereka mendapat keredhoan dan ketenangan. Jika mereka tidak suka, kita hendaklah bersangka baik atas mereka dan sentiasa menziarahi mereka dgn niat utk mengambil faedah agama dan berkat dari mereka.
Peratusan murtad di N9 itu perlu perincian lagi. Kita perlu lihat dari sudut bangsa, pecahan umur mereka yang murtad tu.
Jika Melayu, maka ye, KITA dan MAINS kena buat sesuatu.
Jika Cina, dan India, kita kena kenalpasti kenapa mereka murtad. Kena bekerjasama dengan Pusat Dakwah.
Semua ini perlu dikenalpasti, bukan tengok data pastu terus petik ayat dan terus main serkap jarang.
Orang Islam bergerak dengan data dan fakta. Dan fakta dan data itu perlu penjelasan dari orang yang arif. Bak terjemahan atau tafsir Al Quran.
Kita tak boleh main serkap jarang lagi. Dan inilah kelemahan mesuarat para jemaah tempatan yang saya lihat. Kita tak fokus pada isu semasa sebaliknya sibuk dengan isu yang bukan local pada tempat kita. Sibuk meniruuu jer...
Panas? Sendiri mau ingat..
Wallahualam.
Atau, mungkinkah ini salah satu sebabnya?
http://payabesarpedas.blogspot.com/2011/04/berapa-cepat-mereka-membantu-kita.html
ushe agama tak bgerak atas data.
mbak kata ustaz hambali, Jika begini keadaannya jika ada ulama yang membenci usaha yang mulia ini, jangan kita salahkan mereka kerana semuanya atas kelemahan kita.
utk bawak umul ini dlm mesyuarat tak cukup masa 1jam. krn usaha atas ulama nih halus..perlu bnyak2 muzakarah bkenaan dgn cara kerja, adab dan petunjuk. mcm kat tmpt sy, masalahnya kurangnya golongan ust2 yg libatkan diri dlm usaha ini. yg org awamnya pulak mcm biasa.. kalau ada ust2 yg mnentang tabligh tu, majlis ilmunya mmg karkun tak ingin nak duduk. tak sanggup tekan nafsu.
maslah kita kurang korban n ikram..diri sendiri tau smuenya salah saya krna sy kurang korban n kerisauan.
jzkallah atas krisauan n teguran ust. sy azam utk ikram majlis2 ust tempatan.
mintak izin utuk dikongsi. terima kasih.
RAHIMY NAUAWI
assalamualaikum ustaz,
saya ada 1 syor dan mungkin baik untuk dimesyuaratkan.
sewaktu kita buat ghush @ ziarah kita boleh tanya pada orang yg kita buat ziarah tentang masalah agama yang mereka musykilkan.
kemudian kita boleh bantu mereka dengan cara kita hantar beberapa wakil di marhalah untuk berjumpa dgn ustaz-ustaz tempatan utk selesaikan masalah agama mereka.
kita dpt beberapa manfaat.
antaranya kita dpt selesaikan masalah org di marhalah kita dan di waktu yg sama kita dapat ikram ustaz-ustaz di tempat kita.
moga dapat perhatian ustaz.
-RAHIMY-
Post a Comment