MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, June 30, 2011

Persolan Mengangkat Jari Ketika Tasyahud


Persoalan mengangkat jari telunjuk ketika tasyahud sewaktu menyebut kalimah “illallah” kekadang dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Kata mereka ia tidak menepati amalan Nabi saw. Malah kata mereka menggerakkan jari dari awal tasyahud sehingga ke akhir itulah yang menepati pada sunnah dan yang lainnya adalah bid’ah.

Penulis dapati ada juga karkun-karkun yang terikut-ikut dengan fahaman gulongan yang tidak berpegang kepada mazhab ini. Jelas sekali kerana kekurangan kita menghayati pandangan dan fatwa mazhab kita sendiri.

Ulama Syafi’iyyah telah menentukan kaedah meletakan kedua tangan di atas paha ketika sedang duduk tasyahud. Kata mereka jari-jari tangan kanan hendaklah digenggam kecuali jari telunjuk. Maka takkala membaca “illallah” jari tersebut hendaklah diangkat tanpa digerak-gerakkan.

Berdasarkan hadis Muslim dari Ali bin Abdirrahman al-Muawi diceritakan bahawa pada satu ketika Ibnu Umar ra melihat Ali bin Abdirrahman sedang bermain dengan anak-anak batu (batu kerikil) ketika solat. Selepas bersolat Ibnu Umar ra menegur Ali dengan berkata,” Apabila kamu bersolat maka kerjakanlah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw.”

Ibnu Umar ra lalu berkata:

“Apabila Nabi saw duduk ketika melaksanakan solat, beliau meletakkan telapak tangan kanannya di atas paha kanannya dan menggenggamkan semua jarinya. Kemudian beliau berisyarat dengan (menggangkat) jari telunjuknya (ketika mengucapkan “illallah” ) dan meletakan tangan kirinya di atas paha kirinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini menjadi rujukkan ulama tentang sunnahnya mengangkat jari telunjuk ketika tasyahud atau tahiyat. Hikmah di sebalik amalan ini mengambarkan keesaan tuhan pada anggota tuboh berpandukan jari telunjuk.

Syeikh Wahbah Az-Zuhaili juga menyebutkan bahawa sunnah mengerakkan jari ketika tasyahud ini di dalam Mazhab Syafie kerana dari jari telunjuk terdapat sejenis urat yang memberi kesan sampai ke jantung.

Di dalam kitab Matan Zubad halaman 24, Syeikh Ibnu Rulan rah menyebutkan di dalam syairnya, “ Ketika mengucapkan “illallahu” maka angkatlah jari telunjukmu untuk mengesakan zat yang kamu sembah.”

Jadi menganggakt jari ketika tasyahud tanpa digerak-gerakan itu adalah sunnah dan perbuatan ini tanda atau isyara tauhid pada Allah swt.

Wallahulalm.

Sumber :Tulisan Makalah Pesentren Nurul Islam,Jember. Feqah Wahbah Az-Zuhaili Jld 1 DBDP.

Friday, June 24, 2011

Umar bin Abdul Aziz rah dan Rambutnya


Umar bin Abd. Aziz salah seorang Khalifah Kerajaan Umayyah yang paling saleh dan takwa. Satu ketika bapanya telah mengutuskan beliau ke Madinah untuk menuntut ilmu agama. Waktu yang sama beliau juga telah menulis surat kepada Salleh bin Kaisan rah seorang ulama yang cukup alim dan terpecaya agar berjanji dan bersumpah untuk menjaga dan mendidik anaknya dengan sebaik mungkin.

Di samping itu Umar bin Abd Aziz juga mempelajari ilmu agama dengan Ubaidillah bin Abdillah bin Ataibah, juga seorang ulama ketika itu. Ubaidillah mengajar ilmu manakala Salleh bin Kaisan pula memastikan Umar bin Abd.Azizi sentiasa menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah serta lain-lain amalan.

Satu hari Umar bin Abd.Aziz terlewat datang untuk solat berjemaah, lansung ditegur oleh Salleh bin kaisan dengan suara yang agak meninggi, “Mengapa kamu terlewat datang untuk solat berjemaah?” Jawab Umar, “ Aku membetulkan rambutku dengan menyikatnya dengan rapi.” Bila mendengar jawapan ini dari Umar, Salleh bin Kaisan pun dengan marah menengking Umar bin Abd.Aziz dengan katanya,” Aku telah mendidik kamu namun hanya kerana rambut kamu menyebabkan kamu terlepas solat berjemaah?”. Umar terdiam ketakutan.

Lanjutan dari tingkahlaku Umar sebegitu maka Salleh bin Kaisan pun menulis surat kepada Abd.Aziz bin Abd. Malek memberitahu mengenai apa yang telah terjadi tentang anaknya. Maka ketika itu juga Abd.Aziz b Abd.Malek mengutuskan tukang gunting untuk mengguntingkan rambut anak sehingga pendek agar tidak lagi mengganggu solat berjemaah anaknya.

Moral Dari Kisah Ini :


Bayangkan ketika itu Abd.Aziz berada di Mesir sedangkan anaknya berada di Madinah, namun sikap keperahatinan terhadap akhlak dan amalan anak menjadi keutamaan. Tidaklah menghairankan kita jika akhlak Umar sebegitu takwa dan alim.
Dari kisah ini juga dapat kita ketahui bahawa tugas utama seorang bapa adalah mendidik dengan didikan akhlak. Ianya tidak tergantung di bahu guru madrasah miski pun ianya seorang ulama yang hebat. Sabda nabi saw :

“Dari Ayub bin Musa rah dari bapanya dari datuknya r.a,” Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda,” Tidaklah ada pemberian yang terbaik dari seorang bapa kepada anaknya dari adab dan akhlak yang baik.” ( Hadis riwayat Imam Turmizi )

Selain itu jika kita tidak mampu memberi pelajaran agama kepada anak-anak kita, maka kita dituntut untuk mencari ulama yang terbaik untuk mengajar dan mendidik beliau. Ini juga bersumber dari firman Allah swt :

“ . . . . dan membesar ia (Mariam) dengan membesar yang terbaik dan dididik oleh Zakaria . . . . “ (Al-Imran : 37)

Maka berdasarkan inilah bila anak sudah membesar hak bagi ibubapa mencari dan memilih guru yang terbaik. Dan pada Mariam guru terbaik ketika itu adalah Nabi Zakaria a.s. Bagi Umar bin Abd,Aziz pula guru terbaik ketika itu adalah Salleh bin Kaisan dan Ubaidillah bin Abdillah bin Ataibah rah.

Selain itu didikan terbaik juga adalah melalui memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat berjemaah. Ini kerana di dalam solat berjemaah terkandong berbagai-bagai menafaat dan rahmat dari Allah swt.

Dari kisah di atas juga menunjukan bahawa jika pihak madrasah menceritakan sesuatu keburukan anak-anak maka ibubapa tidak sepatutnya melenting dan bertindak melulu. Malah sebaliknya mengambil tindakan positif membantu pihak madrasah.

Seterusnya fesyen rambut atau apa sahaja perilaku dan gaya mereka jika ianya bertentangan dengan sunnah serta terhalang mereka dari amalan-amalan maka sepatutnya diambil peduli oleh ibubapa.

Di dalam suasana akhlak anak-anak yang terhakis sekarang ini maka tidak misti tidak kembali kepada didikan sunnah dan didikan mereka yang terdahulu itulah yang terbaik untuk anak-anak kita.

Semoga Allah memaafkan kita atas kelalaian kita mendidik anak-anak serta moga diberi keupayaan untuk memdidik mereka dengan didikan terbaik seperti di atas.

Wallahualam.

Thursday, June 23, 2011

Pengumuman


Kepada semua pengunjung blog Al-Alorstari.

Dimaklumkan bahawa address terbaru blog Al- Alorstari yang terbaru seperti berikut

http://al-alorstari.blogspot.com

Perubahan ini disebabkan blog telah dijangkiti virus.

Jazakallah atas kunjungan.

Wednesday, June 15, 2011

Permohonan murtad 135 orang diluluskan : Negeri Sembilan 33 Kes


Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil. (Petikan Malaysiakini)



Komen Penulis:

Kepada saudara –saudara khusus dari Negeri Sembilan, berita di atas cukup menyedihkan . Kedudukan ke dua tertinggi di Malaysia di dalam isu murtad amat memalukan. Bayangkan dari jumlah 172 kes sejumlah 33 kes telah diluluskan.
Untuk ini jangan kita berpuas hati dengan kerja dakwah yang kita laksanakan. Terlalu jauh jika diukur dengan isu murtad yang berlaku. Sepatutnya isu ini berkurangan jika usaha gigih yang kita laksakan. Ini terbukti dengan firman Allah swt;

Katakanlah (Muhammad) ,” Inilah jalanku, aku menyeru manusia kepada Allah atas keyakinan, aku dan orang yang mengikuti aku . Maha suci Allah dan tidaklah aku termasuk orang-orang yang syirik.” Surah Yusof :108.

Maknanya jika dakwah dilaksanakan dengan sempurna pastinya syirik akan terkeluar dari masyarakat. Kerana ini janji dari Allah. Masaalahnya sekarang kelalaian kitalah yang menyebabkan kadar murtad begitu ketara. Nauzubillah.

Sebagai contoh, Jhor Ulama yang di adakan baru-baru ini di Bongek cukup mengambarkan bahawa kita masih lagi belum membuat sesuatu untuk menarik jumlah ulama-ulama Negeri Sembilan hadir ke majlis tersebut. Apa yang meneyedihkan apabila hampir pada tarikh untuk melaksanakan Jhor Ulama barulah kita terhege-hege ikram ulama.

Hakikatnya begitu ramai karkun yang tidak hadir di dalam majlis ilmu yang diadakan di setiap masjid dan surau di Negeri Sembilan. Dari segi jangka panjannya ikram di dalam majlis ilmu inilah lebih berkesan daripada Jhor Ulama itu sendiri.

Selain itu apabila ada program ulama setempat kehadiran karkun begitu ketara. Apakah dengan kita hadir dalam majlis serupa itu akan menyebabkan kita tidak “Istiqlas” di dalam usaha yang mulia ini. Kalau begitu mengapa pula Maulana Elyas seringkali hadir setiap minggu di dalam majlis Maulana Gongahe. Ini perlu kita fikirkan.

Selain itu juga agenda student, orang bisu dan orang asli sentiasa di mesyuaratkan hampir setiap minggu tetapi agenda ulama lansung tidak ada. Kalau ada pun hanya ketika akan di ada Jhor Ulama, itu pun seperti melepas batuk di tangga. Ini seolah-olah menunjukan bahawa usaha ke atas orang bisu dan orang asli itu lebih utama dari usaha ke atas ulama. Sedangkan ulama pewaris Nabi.

Ulama yang betul-betul menyokong Jemaah seperti Syeikh Nuruddin pun jika ada majlis beliau di laksanakan bilangan karkun yang hadir pun terlalu sedikit. Malah tidak ada seorang syura pun yang ikut hadir untuk ikram majlis tersebut. Takkanlah semuanya sebok dengan kerja dakwah 2jam setengah. Kalau betul kita sibuk dengan program dakwah, takkanlah sebegini jumlah murtad. Janji Allah pada ayat di atas tidak pernah berubah.

Jika begini keadaannya jika ada ulama yang membenci usaha yang mulia ini, jangan kita salahkan mereka kerana semuanya atas kelemahan kita.

Inilah yang perlu kita renung dan fikirkan demi bangunnya kerja agama di Negeri Sembilan.

“YANG PAHIT KEKADANG UBAT MUJARAB BAGI PESAKIT”

Thursday, June 2, 2011

Balasan Yang Menentang . . . . . .?

Beberapa tahun lepas satu kejadian ngeri menimpa gulongan "SalafiWahabi" yang menentang sesuatu yang dianggap "bid'ah' di Madinah An Munawwarah. Di Bawah ini gambar kejadian berkenaan:

Gambar pembenci makam Rasulullah saw (Salafi Wahabi) mati terpanggang di atas kubah hijau makam Nabi saw.


Foto Tahun 1427 H


Terjemahan Dari Tulisan Arab Pada Bawah Gambar :

Dikutip dari Syekh az-Zabidi: “Para musuh Rasulullah setelah mereka selesai menghancurkan makam-makam mulia di komplek pemakaman al Baqi’; mereka pindah ke Qubah Rasulullah untuk menghancurkannya. Salah seorang dari mereka lalu naik ke puncak Qubah untuk mulai menghancurkannya, tapi kemudian Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut yang dengan hanya satu kali hantaman saja orang tersebut langsung mati hingga -raganya- menempel di atas Qubah mulia itu. Setelah itu tidak ada seorangpun yang mampu menurunkan mayat orang tersebut dari atas Qubah; selamanya. Lalu ada salah seorang yang sangat saleh dan bertakwa mimpi diberitahukan oleh Rasulullah bahwa tidak akan ada seorangpun yang mampu menurunkan mayat orang tersebut. Dari sini kemudian orang tersebut “dikuburkan” ditempatnya (di atas Qubah; dengan ditutupkan sesuatu di atasnya) supaya menjadi pelajaran”.(Dari Website Indon)

Komen Penulis :

Tidak mengherankan kita jika kehadiran Imam Mahdi pastinya gulongan "SalafiWahabi"lah yang akan begitu giat menentang dengan alasan hadis Imam Mahdi adalah tidak sahih. Jika sahih sekali pun sebagaimana riwayat Imam Turmizi dengan katanya "HasanSahih" namun tidak "Soreh". Maka gulongan inilah yang akan kuat menentang Imam Mahdi dan pengikutnya dengan alasan menentang pembuat bid'ah.

Jika begitu memang benarlah kata Syeikh Isa Daud di dalam kitabnya dalam menguraikan hadis Nabi saw tentang tenggelamnya di dalam bumi di Mekah, maka beliau mengandaikan ianya adalah tentera pemerintah ketika itu (tentera Saudi)yang memerangi Imam Mahdi. Tidak semua tentera berkenaan berfahaman "SalafiWahabi" namun arahannya adalah datang dari pemerintah yang berfahaman tersebut. Yang mati dibangkitkan berdasarkan niatnya.

Katanya lagi maka itulah Imam Mahdi yang sebenarnya. Maknanya ramai yang akan mengaku Imam Mahdi sebelumnya.

Wallahualam.

Jadual Kuliah Jun 2011


1 Jun 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
2 Jun 2011 (Kha) : Program Bacaan Manzil dan Yaasin
3 Jun 2011 (Jum) : Kuliah Jemputan Pejabat TNB Seremban.
4 Jun 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
5 Jun 2011 (Ahd) : Program Keluarga Di Pasir Gudang, Johor
6 Jun 2011 (Isn) : Program Keluarga Di Pasir Gudang, Johor
7 Jun 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
8 Jun 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
9 Jun 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Matahari Height
10 Jun 2011 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Mantua Endah
11 Jun 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
12 Jun 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh G/Home Fasa F Al-Ikhlas
12 Jun 2011 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
13 Jun 2011 (Isn) : Kuliah Hadis Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi
14 Jun 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
15 Jun 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
16 Jun 2010 (Kha) : Kuliah Bulanan Bahrul Maazi Gadong Jaya
17 Jun 2011 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Pinggiran Senawang
18 Jun 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
18 Jun 2011 (Sab) : Kuliah Bulanan Garden Street Home (Qudwah)
19 Jun 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn College Height
20 Jun 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rembau Utama
21 Jun 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
22 Jun 2011 (Rab) : Kuliah Maghrib Tmn Seri Pulai
23 Jun 2011 (Kha) : Program Jhor Jakarta
24 Jun 2011 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height.
25 Jun 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
26 Jun 2011 (Ahd) : Program 3 Hari Bulanan Al-Amin.
27 Jun 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi G/Home Fasa F
28 Jun 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
29 Jun 2011 (Rab) : Kuliah Suboh Pinggiran Senawang.
29 Jun 2011 (Rab) : Ceramah Israq Mikraj Astana Raja.
30 Jun 2011 (Kha) : Program Bulanan Pengasih K.Lumpur

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin